Gosip Artis | Artis Malaysia | Gossip Artis Malaysia | Cerita Artis Malaysia | Gambar Artis Malaysia | Malaysia Artist | Artis kontroversi

“3 Hari, 3 Rusuhan, 3 Tempat, Tiada Tindakan Kpd Samseng UMNO ...” plus 2 more | Gosip Artis Malaysia

“3 Hari, 3 Rusuhan, 3 Tempat, Tiada Tindakan Kpd Samseng UMNO <b>...</b>” plus 2 more | Gosip Artis Malaysia


3 Hari, 3 Rusuhan, 3 Tempat, Tiada Tindakan Kpd Samseng UMNO <b>...</b>

Posted: 24 May 2014 10:42 PM PDT


TIGA hari berturut-turut, Malaysia telah menyaksikan tiga rusuhan ganas yang dipelopori oleh pemuda Umno yang cuba mengganggu-gugat keamanan yang dinikmati masyarakat berbilang kaum dan agama di negara ini.

Pada hari pertama, gerombolan perusuh Umno ini merempuh masuk ke Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang, dan mencemarkan kemuliaan sebuah institusi yang mendapat mandat Yang di-Pertuan Agong dalam sebuah sistem demokrasi dengan raja berperlembagaan.

Pada hari kedua
, gerombolan Umno juga telah berhimpun dan merusuh di ibu pejabat kebangsaan DAP di Kuala Lumpur. Ketua Pemuda Umno Wilayah Persekutuan, Mohd Razlan Mohd Rafii telah mengancam untuk membakar bangunan DAP. Papan tanda ibu pejabat parti dirosakkan, manakala petugas parti dan juga anggota polis dikasari. Kumpulan ini turut bertindak membakar patung wakil rakyat DAP.

Tidak berhenti di situ, walaupun telah ditegur oleh Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin, gerombolan Umno ini merusuh pula di pejabat DAP di Kuantan.

Pada hari ketiga
, sekali lagi keganasan tercetus dan pintu pejabat ditendang dengan ganas sehingga bengkok manakala bangunan tersebut dihujani telur busuk.

Persoalan yang timbul kini ialah ke mana pula mereka akan bertindak tidak rasional dan ganas selepas ini? Adakah mereka akan merusuh di pejabat DAP Selangor, atau adakah mereka akan merusuh di Dun Selangor pula?

Melihat kepada trend serangan-serangan yang tidak diambil tindakan undang-undang ini, kita melihat kemungkinan bahawa kumpulan ini nampaknya mendapat lesen besar untuk mencetuskan kekecohan tanpa kemungkinan dikenakan apa-apa tindakan undang-undang.

Dengan 'lesen' besar ini, di manakah sasaran seterusnya untuk pemuda Umno untuk bertindak melakukan rusuhan ganas lagi?

Adakah pemimpin Umno, terutamanya presiden parti tersebut, Datuk Seri Najib Razak telah sama sekali gagal mengawal ahli-ahlinya? Atau adakah pimpinan Umno sememangnya mahu dan suka ahlinya bertindak seperti samseng?

Rakyat Malaysia resah dengan tindak-tanduk kumpulan yang merupakan anggota pelapis parti pemerintah. Kita pastinya tidak rela masa depan mereka ditadbir dan dikuasai sekumpulan samseng yang tidak rasional mahupun berakal waras.

Tidak ada tempat untuk keganasan di negara yang tercinta ini. Setelah tiga hari, tiga rusuhan, di tiga tempat berlainan; dengan tiada tindakan Perdana Menteri mesti campur tangan dan mengawal ahli-ahli partinya. Mereka yang bertanggungjawab mencetuskan keganasan ini mesti segera dihadapkan ke muka pengadilan, sebelum gerombolan ini bertindak menyerang sasaran mereka yang seterusnya.
Penulis ialah Ahli Parlimen Segambut.

Fesyen Felixia Yeap di ABPBH 2013 mengejutkan ramai <b>artis</b> seksi <b>...</b>

Posted: 24 May 2014 03:47 PM PDT

Fesyen Felixia Yeap di ABPBH 2013 mengejutkan ramai artis seksi lain - Acara berprestij yang ditunggu-tunggu iaitu Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2013 telah berlangsung dengan jayanya malam tadi di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Menampilkan beberapa kejutan dalam keputusan senarai pemenang anugerah, acara karpet merah juga turut ada kejutannya tersendiri.

Antara yang paling menarik perhatian peminat ialah penampilan ekslusif bekas model seksi Malaysia, Felixia Yeap yang amat anggun dan menenggelamkan penampilan seksi artis-artis lain.

Felixia Yeap dengan bersahaja menggayakan tudung labuh dan baju kurung longgar yang cantik sehingga wanita berusia 27 tahun itu kelihatan seperti seorang muslimah. Menerusi laman sosial facebook, ramai peminat memuji beliau dan menyindir artis lain yang mengenakan pakaian agak terdedah.




Sayu - Gossip panas <b>artis malaysia</b> - Blogger

Posted: 26 May 2014 06:37 PM PDT

Bagan Serai: "Dia begitu teruja menanti kenduri kahwin kami Ahad ini dengan semua barang hantaran sudah disiapkan."

Demikian kata Norfaizah Mohd Rejab, 22, tunang kepada Lans Koperal Mohd Azuan Abdullah, 25, yang terbunuh ketika bertugas selepas motosikalnya dirempuh penjenayah di Jalan Bagan Serai-Alor Pongsu, jam 1.15 petang semalam.

Lebih menyedihkan, kejadian berlaku hanya selepas kira-kira dua jam mangsa menghubungi Norfaizah dan selepas dua hari arwah menyambut hari jadinya.

Semalam adalah hari terakhir Mohd Azuan, yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah Kerian, bekerja sebelum bercuti panjang untuk berkahwin.

"Saya hampir pitam mendengar berita kematiannya kerana lebih kurang jam 11 pagi (semalam), dia mengirimkan SMS meminta saya makan ubat jika berasa kurang sihat.

"Saya tidak menyangka perkenalan sejak kira-kira empat tahun lalu berakhir dengan cara begini," katanya.

Norfaizah bagaimanapun reda dengan pemergian arwah dan berharap pengorbanannya ketika berkhidmat kepada masyarakat mendapat ganjaran sewajarnya.

"Sekarang semuanya ibarat 'nasi sudah menjadi bubur' dengan majlis perkahwinan yang sepatutnya berlangsung di Alor Setar, Kedah, hujung minggu ini, bertukar menjadi kenduri arwah," katanya ketika ditemui semalam.

Mohd Azuan dan dua rakan masing-masing menaiki motosikal Kawasaki Ninja Unit Ronda Bermotosikal (URB) mengejar sebuah kereta Toyota Wish dinaiki tiga penjenayah yang dipercayai terbabit dalam rompakan van rokok di Jalan Bagan Serai-Alor Pongsu, dekat situ.

Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Mat Fauzi Nayan, berkata motosikal mangsa dipercayai dirempuh sebuah kereta Honda Civic dinaiki rakan penjenayah itu.

Mangsa yang cedera parah di kepala, dada dan beberapa bahagian badan meninggal dunia di tempat kejadian manakala dua lagi rakannya tidak cedera.

Katanya, berdasarkan jarak pelanggaran dan kedudukan motosikal ditemui, polis percaya kejadian itu disengajakan dan dirancang.

"Polis masih mengesan suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu sehingga berlaku kematian.

"Saya juga terkilan tidak sempat bertemu arwah atas kesibukan kerja, sedangkan dia beberapa kali menyatakan hasrat bertemu saya bagi menyerahkan kad jemputan perkahwinan," katanya.

Beliau berkata, jenazah mangsa dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh untuk bedah siasat malam tadi sebelum di hantar ke Tanah Perkuburan Islam Kampung Batu 27, Kulaijaya, Johor untuk dikebumikan.




@



0 comments:

Post a Comment - Kembali ke Post

“3 Hari, 3 Rusuhan, 3 Tempat, Tiada Tindakan Kpd Samseng UMNO <b>...</b>” plus 2 more | Gosip Artis Malaysia