Gosip Artis | Artis Malaysia | Gossip Artis Malaysia | Cerita Artis Malaysia | Gambar Artis Malaysia | Malaysia Artist | Artis kontroversi

Gosip Artis Malaysia | Perspektif Baru Hudud – Dr Mujahid Yusof Rawa ~ Gossip panas ...

Gosip Artis Malaysia | Perspektif Baru Hudud – Dr Mujahid Yusof Rawa ~ <b>Gossip</b> panas <b>...</b>

Link to gosip artis malaysia - Google Blog Search

Perspektif Baru Hudud – Dr Mujahid Yusof Rawa ~ <b>Gossip</b> panas <b>...</b>

Posted: 27 May 2014 05:57 AM PDT


Oleh:
Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa

Bermulanya hudud

Pada tahun 1993 ketika Undang-Undang Jenayah Syariah II diperkenalkan, masyarakat mula terdedah kepada satu konsep perlaksanaan undang-undang jenayah Islam yang diusahakan oleh Kelantan di bawah pentadbiran PAS atas semangat Angkatan Perpaduan Ummah.

Respons kepada penggubalan enakmen ini telah menimbulkan hubungan yang tegang antara kerajaan negeri dan kerajaan pusat di bawah kepimpinan Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Tun Dr Mahathir Mohammed.

Ketegangan hubungan menyebabkan kerajaan PAS Kelantan mengalah dengan mengambil pendekatan menghormati kerajaan pusat namun semangat enakmen Jenayah Syariah Kelantan II diteruskan melalui taklimat hudud dan dijadikan acara tahunan di mana isu hudud dalam kerangka Syariah Islam dibahaskan dan diseminarkan. Itu adalah gelombang pertama isu hudud.

Taklimat dan penjelasan

Adalah tidak benar kepada yang menanggap bahawa kerajaan negeri Kelantan tidak membuat penjelasan tentang hudud, malah dalam ceramah-ceramah dalam dan luar Kelantan isu perlaksanaan hudud menjadi tajuk ceramah dan perbahasan akademik di sekitar 90-an.

Kini tahun 2014, gelombang kedua hudud bermula lagi. Generasi yang baru mengenali PAS mungkin hanya mengikuti gelombang kedua hudud dan menganggap penjelasannya belum mencukupi.
Saya boleh bersetuju penjelasan hudud tidak akan selesai namun langkah dan gelombang awal telahpun diperbahaskan oleh masyarakat pada tahun 90an lagi.

Namun perkembangan terkini tentang hudud telah sampai kepada tahap baru perdebatan dan ia lebih banyak menguasai isu hudud itu secara substantif iaitu isu demokrasi dan perundangan serta keterlibatan lebih ramai pihak cuba memberikan pandangan mereka.

Ada beberapa perbezaan gelombang pertama hudud dan gelombang kedua hudud dalam perspektif faktor yang mempengaruhi suasana perbincangannya.

Suasana politik

Perbahasan hudud dalam gelombang pertama (90an) berlaku dalam suasana kerajaan pusat pimpinan Umno-BN (UBN) berada pada kedudukan yang lebih kuat berbanding hari ini.

Mereka juga kuat dengan sokongan masyarakat Cina dan kerana itu nada keras yang ditunjukkan oleh kerajaan pusat tidak memberi kesan kepada kedudukan politiknya.

Gelombang kedua hudud menyaksikan kerajaan pusat berada dalam keadaan lemah dengan kehilangan 2/3 suara majoriti dan tekanan 51% undi popular PR memaksa UBN mengubah strateginya.

Kalau dahulu PAS yang menuntut tetapi kini kerajaan pusat seolah-olah menawarkan dengan jaminan sokongan wakil rakyatnya di Parlimen. Kalau dulu amaran tindakan Kelantan adalah ultra-vires kepada Perlembagaan Persekutuan tetapi kini ada pula peluang melalui pindaan Akta Mahkamah Syariah 1965 dan peruntukan 76(A) melalui bill persendirian.

Soalannya mengapa kerajaan pusat beriya benar membantu kerajaan PAS di Kelantan?

Hudud isu strategi politik?

Jawapannya ialah, berasaskan perkiraan politik UBN bagi memecahkan kolusi PAS dengan rakannya dalam Pakatan Rakyat (PR) khususnya DAP.

PAS mendapat manfaat besar daripada kerjasama politiknya dengan berjaya menembusi kawasan di Pantai Barat dan meraih sokongan bukan Melayu hampir 80% sokongan. Keadaan ini membimbangkan UBN justeru itu mereka memerlukan isu yang boleh menggugat kepercayaan pengundi Cina kepada PAS dan isu hudud Kelantan adalah umpan terbaik yang mereka ada.
Sebelumnya isu "perpaduan Melayu" diasak oleh UBN tetapi ia gagal memenuhi strategi mereka apabila PAS bertegas untuk meneruskan komitmennya dengan PR.

Jalur demokrasi

Sememangnya sebelum ini gelombang pertama hudud mendapat respons daripada sudut perbahasan demokrasi dan perundangan namun kematangan rakyat Malaysia berbeza berbanding dengan gelombang pertama.

Kesedaran tentang demokrasi dan suara besar yang membawa PR kepada pesada politik nasional menjadikan isu hudud yang dibawa oleh PAS tidak dibiarkan dengan begitu mudah malah menjadi bahan diperincikan untuk perdebatan.

Perdebatan bukan sangat mempertikaikan kesahihan hudud daripada sudut ianya sistem jenayah syariah Islam tetapi lebih kepada kerangka perlembagaan dan tuntutan demokrasi. Ketegasan dan suara lantang bukan sahaja daripada MCA atau Gerakan tetapi juga dari rakan PAS iaitu DAP dan PKR.

PAS berhadapan dalam isu hudud hari ini di peringkat nasional dan PAS menjelaskan bahawa ia akan akur kepada kritikan terhadapnya asalkan suasana perdebatan sihat berlaku tanpa sikap prejudis terhadap langkahnya.

Dari satu segi PAS terbuka dan mungkin juga mencatat satu-satunya parti politik Islam yang membawa isu jenayah syariah Islam dalam jalur demokrasi untuk dilaksanakan di Kelantan.
Ia akan menguji komitmen parti berhaluan Islam untuk meletakkan sebahagian agendanya dalam kerangka sistem yang ada dan tanpa perlu melakukannya dari pintu belakang.

Kesan kepada PR

Gelombang kedua isu hudud juga meletakkan PAS dalam posisi yang berbeza, kalau 90an dahulu PAS tidak ada rakan kecuali parti Semangat 46, itupun terbatas kekuatannya hanya di Kelantan, namun kini PAS punya rakan daripada DAP dan PKR sehingga membawa PAS mempunyai pengaruh besar di pantai barat Semenanjung.

Sokongan masyarakat bukan Melayu bertambah malah memenangkan PAS di tempat yang dianggap campuran. Sesuatu yang PAS kena akur bahawa di kawasan-kawasan ini, pengundi Cina dan India mengundi PAS kerana kesepakatan yang ada dalam PR dan manifesto bersama yang diusung ke mana-mana sahaja pimpinan PAS pergi.

Implikasi kepada isu hudud ialah pengundi Cina akan merasakan bahawa suara mereka kepada PAS dikecewakan dengan hudud lantaran kesan pengundian untuk PRU akan datang pasti akan terjejas sedikit sebanyak tidaknya jika ianya tidak ditangani dengan baik.

Begitu juga dengan semangat politik baru yang cuba diketengahkan oleh PR dengan agenda fajar baru, politik baru dan impian Malaysia seolah menjadi anti-klimaks dengan isu hudud yang sifatnya adalah lokal, iaitu untuk keperluan Kelantan sahaja.

Politik inklusif yang menjadi agenda PR dan agenda reformasi institusi undang-undang dan penguatkuasaan seoalah-olah dialih pandangan kepada isu hudud yang sifatnya terlalu eksklusif untuk orang islam sahaja. Dengan kemunculan isu hudud perdebatan yang tak habis-habis didebatkan ialah adakah Malaysia negara sekular atau tidak membawa rakyat kepada sesuatu yang tidak produktif untuk perubahan yang diperlukan.

Kesepakatan PR

DAP pernah keluar pada tahun 2001 dari Barisan Alternatif (BA) kerana membantah isu 'Negara Islam' yang PAS pertegaskan setelah bersama dalam PRU 1999. Pada tahun 2008 DAP kembali melalui PR melalui penubuhannya secara rasmi pada tahun 2009.

Satu persefahaman atas Common Policy Framework (CPF) hanya mengisyaratkan komitmen kepada Islam sebagai agama rasmi Persekutuan sebagai sesuatu yang mesti dipertahankan. Isu perlaksanaan hudud di negeri yang PAS perintah seperti Kelantan tidak menjadi persefahaman PR. Sebab itulah apabila isu hudud muncul semula asas persefahaman ini mula dipertikaikan oleh rakan PAS.

Walaupun PAS mempertahankan sikapnya bahawa isu hudud sudahpun wujud sebelum adanya PR, namun bagaimana ia disesuaikan dalam CPF belum lagi jelas kelihatan. Kepimpinan PR harus ambil serius hal ini kerana akhirnya persepsi pengundi kepada PR akan terjejas dan satu rumusan awal tidak dapat dielakkan lagi bahawa PR tidak bersatu sedangkan PR ada agenda besar iaitu menjadi kerajaan persekutuan di masa hadapan.
Sokongan pengundi pastinya akan terjejas khususnya pengundi Cina dan golongan pertengahan Melayu tyang idak akan yakin kemampuan PR menyelesaikan masalah kesatuan mereka.

Implikasi

Negara kita diuji dengan arah tuju politik negara jikalau isu hudud dijadikan bahan eksploitasi politik kerana ahli politik akan dipaksa mengambil jalan inklusif atau eksklusif sebagai mengekalkan kedudukannya.

Jikalau bill persendirian atas peruntukan 76 (a) dan meminda Akta Mahkamah Syariah (1965) dibentangkan oleh MP PAS maka desakan untuk menyokong atau tidak akan menguji MP Muslim khususnya merentangi fahaman politik.

MP bukan Islam daripada aliran politik berbeza juga dipaksa untuk menyatakan sikap mereka, jikalau ini berlaku politik negara kita bukan sahaja semakin runcing perkaumannya tetapi faktor agama dalam sokongan boleh menambahkan lagi kerumitan politik di Malaysia.

Hanya politik berprinsip dengan komitmen kepada kerangka negara dan mengambil kira kepelbagaian kaum yang ada akan menyelamatkan keadaan malah isu hudud berupaya untuk melahirkan sikap ini lewat politik baru yang sedang mengintai peluang untuk muncul.

PAS tidak perlu bimbang kerana politik baru ini jugak adalah Islamik karakternya kerana ia mengambil jalan sederhana dan perkiraan maslahah umum yang merupakan intipati kepada siyasah syariyyah dan lebih penting ia akan menumbangkan kerajaan korup dan rasuah yang kini diterajui oleh UBN. -- 27 Mei, 2014.


* Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa ialah Ahli Parlimen Parit Buntar merangkap Pengerusi Lujnah Perpaduan Nasional PAS Pusat 

Lihat sebelum ini..   

E-Buku IH-86: Hudud Selepas Nik Abdul Aziz MB K'tan.

E-Buku IH-86: Hudud Selepas Nik Abdul Aziz MB K'tan.

Raja Nazrin Shah Ditabal Sultan Perak Yang Baru ~ <b>Gossip</b> panas <b>...</b>

Posted: 29 May 2014 01:51 AM PDT


IPOH: Raja Muda Perak, Raja Nazrin Shah diisytiharkan sebagai Sultan Perak yang baharu ekoran kemangkatan Sultan Azlan Shah ibni Almarhum Sultan Yusuff Izzuddin Shah semalam.

Pengisytiharan perlantikan itu diumumkan Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja Jen (B) Tan Sri Mohd Zahidi Zainuddin pada istiadat yang diadakan di Balairong Seri Istana Iskandariah, Kuala Kangsar petang tadi.

Istiadat ini dijalankan sebelum istiadat pengebumian jenazah Sultan Azlan Shah yang dijadual selepas Asar nanti. Perlantikan Raja Nazrin menjadikan baginda adalah Sultan Perak yang ke 35. Istiadat perlantikan dan pengisytiharan itu turut disiar secara langsung oleh beberapa stesyen televisyen negara. (IH)

Que Haidar sakit? botakkan kepala - <b>Gosip Artis Malaysia</b> - Blogger

Posted: 27 May 2014 01:22 AM PDT


Difahamkan Que Haidar kini tampil dengan imej botak. Katanya bukan untuk bernazar atau suka-suka, sebaliknya kesanggupannya untuk sebuah telemovie Malaikat Di Pintu Babusalam.

Watak berkenaan adalah seorang pesakit kanser.

"Saya begitu cerewet dalam memilih naskhah yang diberikan kepada saya. Setiap kali menerima tawaran berlakon daripada mana-mana syarikat produksi, saya pastikan bahawa saya tahu tentang kekuatan jalan ceritanya, skrip, watak, pengarah serta para pelakon yang akan bekerja dengan saya.

"Saya berbuat demikian bukan semata-mata kerana mahu dikenali menerusi filem atau drama yang hebat tetapi proses memilih itu mampu membuatkan para penonton mengingati karakter lakonan saya sampai bila-bila. Impak tersebut yang saya mahukan dalam karier saya,

"Apabila sudah bergelar sebagai pelakon, kita tidak seharusnya meletakkan status itu sebagai penghalang untuk terus merealisasikan watak yang telah diberikan.

"Watak itu menuntut saya untuk membotakkan kepala, mengapa saya perlu menidakkan permintaan itu? Jika saya telah bersetuju untuk berlakon dalam sesebuah telemovie atau filem, maka saya juga telah bersetuju untuk mengikut jalan cerita serta watak yang telah tertulis dalam perjalanan cerita tersebut," -Que Haidar. Kosmo!

Petunjuk Baru MH370 Didedahkan? ~ <b>Gossip</b> panas <b>artis malaysia</b>

Posted: 27 May 2014 06:49 AM PDT

Jabatan Penerbangan Awam (DCA) hari ini mengeluarkan data satelit belum diproses Inmarsat setebal 45 muka surat yang diguna untuk mengesan pola penerbangan pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang.

Dalam kenyataannya, DCA berkata log data komunikasi daripada Inmarsat, syarikat komunikasi satelit Britain itu, dan keterangan mengenainya, dikeluarkan untuk membolehkan pembaca memahami data berkenaan.

Menurut kenyataan itu, log data yang disertakan bersama nota tambahan Log Unit Isyarat (9M-MRO) bagi MH370 disediakan Inmarsat.

Berdasarkan nota yang amat bersifat teknikal ini, semua masa adalah dalam Masa Universal (UTC) dan jadual yang disertakan adalah dalam bentuk fail log boleh dibaca yang dirakam di stesen bumi untuk berkomunikasi dengan terminal bagi MH370 dari 16:00 hinggalah ke cubaan Handshake Request (Log On Interrogation) terakhir pada 01:16 UTC.

Nota itu juga menyebut bahawa beberapa lajur yang tidak mengandungi maklumat material, dibuang daripada jadual bagi tujuan pembacaan.

Menurut laporan, 19 Mei lalu, Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein meminta DCA berbincang dengan Inmarsat tentang pengeluaran data mentah Inmarsat untuk tatapan umum.

Sejak itu, Inmarsat dan DCA mengambil langkah untuk membolehkan log data komunikasi dan pemerihalan teknikal tentang analisis berkenaan, dikeluarkan.

Semalam, Hishammuddin berkata keputusan untuk mengeluarkan data Inmarsat yang belum diproses itu dibuat untuk memenuhi permintaan anggota keluarga penumpang serta anak kapal MH370 dan data itu juga boleh digunakan pakar dari seluruh dunia bagi tujuan analisis.

Awal bulan ini, mereka meminta pihak berkuasa mengeluarkan data berkenaan bagi membolehkannya dikaji dari segi ketepatan oleh pakar.

Penerbangan MH370 bersama 239 penumpang dan anak kapal dari Kuala Lumpur ke Beijing, hilang daripada skrin radar ketika terbang di ruang udara Laut China Selatan pada 8 Mac setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL di sini pada 12.41 tengah malam.

Apabila analisis terhadap data satelit menunjukkan kedudukan terakhir pesawat itu di Lautan Hindi, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan pada 25 Mac bahawa Penerbangan MH370 "berakhir di selatan Lautan Hindi". ~tmi

Iklan C (ii)

gambar Fouziah Gous, suami beryoga - <b>Gossip Artis Malaysia</b>

Posted: 29 Apr 2014 08:00 PM PDT

Fouziah Gous, Gambar Artis, Instagram, Pelakon, Suami Isteri, Yoga,

{[["☆","★"]]}

Fouziah Gous dengan suaminya, Zhafran telah bermesra-mesraan di rumah. Mereka bukan sahaja suami isteri yang paling bahagia sekali namun sekali sekala memuatnaik gambar mesra mereka ke dalam laman sosial Instagram.

Kali ini mereka dikatakan beryoga dimana Fouziah di berikan 'penerbangan' khas terapung diudara menggunakan kekuatan kaki suaminya itu.

banner

Tag : , , , , ,

Komen yang betul-betul negative/promosi dan seumpamanya akan dibanned terus untuk berkomen di sini. terima kasih



@



0 comments:

Post a Comment - Kembali ke Post

Gosip Artis Malaysia | Perspektif Baru Hudud – Dr Mujahid Yusof Rawa ~ <b>Gossip</b> panas <b>...</b>