Gosip Artis | Artis Malaysia | Gossip Artis Malaysia | Cerita Artis Malaysia | Gambar Artis Malaysia | Malaysia Artist | Artis kontroversi

Gosip Artis Malaysia | Koleksi Sejarah Hitam Artis Malaysia Terkantoi Tak ... - ape cerita!

Gosip Artis Malaysia | Koleksi Sejarah Hitam <b>Artis Malaysia</b> Terkantoi Tak ... - ape cerita!

Link to gosip artis malaysia - Google Blog Search

Koleksi Sejarah Hitam <b>Artis Malaysia</b> Terkantoi Tak ... - ape cerita!

Posted: 11 Aug 2014 03:05 AM PDT


Masihkah korang ingat siapakah antara artis-artis di Malaysia ini yang pernah kantoi berbogel??? Tak ingat? Ok, marilah kami recall nama-nama artis Malaysia yang pernah kantoi bogel. Sekadar berkongsi cerita lama dan jadikan teladan berjaga-jaga jangan dijadikan mangsa atau mangsa skodeng atau mangsa penipu.

ZARINA ZAINUDIN 

Di awal tahun 90an dahulu, Zarina Zainudin telah buat satu Malaya terkejut dengan aksi-aksi berani beliau berbogel di dalam sebuah rumah (mungkin rumah Zarina sendiri). Dikatakan sebanyak 300 keping gambar bogel Zarina dengan pelbagai aksi telah ditangkap (zaman tu, kamera pakai Kodak filem, takde yang auto).

Cerita gosipnya, Zarina ketika itu telah ditawarkan oleh seorang lelaki untuk mengambil gambar Zarina dalam keadaan telanjang dan gambar tersebut tidak akan dihebahkan ke Malaysia. Disebabkan desakan duit dan terpesona dengan wang yang ditawarkan, Zarina akur untuk beraksi telanjang di depan kamera.

Ada juga sumber lain, menurut sumber tu, Zarina dikatakan telah diberi pil khayal oleh seseorang (jurufoto). Dalam keadaan stone, Zarina tidak sedar perbuatan yang dilakukannya. Ye laaaaa… dah stone!!! Mana nak sedar. Yang mana satu yang benar, ntah laaaa..

NASHA AZIZ

Hampir 10 tahun selepas kes Zarina Zainudin, belum ada lagi kes artis kantoi berbogel. Hinggalah pada pertengahan tahun 2002, satu kes skodeng telah berlaku ke atas seorang model dan juga pelakon hot dan cun meletup iaitu Nasha Aziz.

Laporan kes ini ialah mengenai Nasha Aziz yang telah diintai oleh anak tuan punya rumah yang disewa oleh Nasha Aziz. Sebuah kamera video telah disembunyikan di dalam air cond di ruang tamu rumah Nasha Aziz. Khabarnya, segala perilaku Nasha telah diperhatikan oleh si anak tuan punya umah ni lebih dari 6 bulan. …Mak aiii!!!

Lepas je keluar isu tentang Nasha Aziz bogel ni, ramai benar kaum kerabat kami yang singgah ke Petaling Street nak beli cd skodeng Nasha ni. Sanggup wooo keluar RM20 semata-mata nak beli vcd skodeng Nasha ni. Last-last hampeh….. Kena tipu dengan tauke VCD tu. Owhhh…. Time 2002, internet tidak begitu digunakan secara berleluasa, time tu juga DVD belum wujud. Harga VCD cetak rompak ketika tu, dalam sekitar RM8 ke RM10. hehe..

Kemudian cerita Nasha Aziz senyap. ...

WAN NORAZLIN 

Pada tahun 2003 atau 2004, satu lagi kes artis kantoi berbogel. Kali ni, video lucah Wan Norazlin pula.

Wan Norazlin dan suaminya (ketika video tu direkod, mereka belum status bersuami isteri) telah merakamkan adengan seks mereka di dalam rumah Wan Norazlin sendiri dan juga di rumah pasangan lelakinya juga.

Bukan setakat adengan ranjang saja yang dirakam, adengan di dalam bilik mandi pun turut dirakam. Sekali lagi yang menjadi kaya ialah taukeh kedai VCD cetak rompak. Kerana time tu, internet belum digunakan secara berleluasa seperti sekarang. Adengan ranjang ini dikhabarkan telah sampai ke pihak ketiga apabila Wan Norazlin dan pasangannnya telah mengupah seseorang untuk mengedit video rakaman mereka. (eh ye ker??? Takkan laaaa!!!!! Takkan nak kasi kat orang aksi ghairah kita senang2 mcm tu ye tak?)…

Tamat isu Wan Norazlin.....

LINDA RAFAR & EDRIE KRU 

Pada masa yang sama juga, isu gambar Linda Rafar dan Edrie Kru turut dipersoalkan apabila gambar bogel mereka dihebahkan di dalam internet. Ketika itu, ramai rakyat Malaysia sudah mengenali internet.

Gambar-gambar Edrie dan Linda ini dikatakan fake oleh anggota kumpulan KRU iaitu, Norman, Yusry dan Edrie sendiri.

Mereka menyatakan gambar ini adalah fake kerana ada pihak yang cuba untuk menjatuhkan nama KRU serta Linda Rafar (yang ketika itu adalah anggota kumpulan Elite). Entah benar atau tidak, mereka berdua saja yang tau tentang gambar bogel tersebut.

IDA NERINA 

 

Lama menyepi tentang isu bogel dalam industri ni… Tup tupppp!!!! Isu Ida Nerina pula dikatakan beraksi ranjang bersama pasangan. Tapi, bagi kami yang dah tengok video tu, sah memang sah, tu bukan Ida Nerina.

Walaupun ada proof yang menyatakan itu adalah Ida Nerina seperti tindik di pusat Ida Nerina, subang telinga dan rantai yang dipakai Ida Nerina, tetap kami nyatakan yang dalam video itu bukanlah Ida Nerina. Sebabnya Ida Nerina tak sebuncit seperti minah dalam video tu…

ZARINA ANN JULIE 

Paling terbaru aksi panas dan gambar bogel Zarina Ann Julie bersama teman lelaki dalam keadaan beromen. Haiiihhhh…. Pelakon drama Anak Pontianak ini dikatakan terlalu bermasalah dengan imej dan akhlak.

Selain daripada itu, Zarina Ann Julie juga telah dicekup oleh polis di sebuah pusat hiburan malam kerana mengambil dadah. Bila dah ambil dadah, otak pun mereng. Segala tindak tanduk time tu, takkan sedar punya. Sedar-sedar esok hari, gambar bogel, gambar berasmara dah berada kat internet. Haaaa, ni la bahananya!!!

SUMBER

Ranking: 5

Datin Azrene, bantu masyarakat cara tersendiri ~ KakiGosip! - <b>Gosip</b> <b>...</b>

Posted: 16 Aug 2014 10:48 PM PDT

KETIKA dipelawa oleh teman di meja hiburan untuk membuat temu janji mewawancara figura besar ini, saya segera memberikan persetujuan meski pun jadual begitu padat. Bagi saya, bertemu dengan Datin Azrene Soraya Abdul Aziz sekeluarga adalah suatu peluang besar untuk mengenali nama ini lebih dekat; berbanding hanya mengikutinya menerusi internet dan blog.

Datin Azrene, isteri kepada selebriti terkenal program Masterchef, Datuk Fazley Yaakob tidak asing lagi dalam masyarakat kita.

Bertemu Datin Azrene dan Datuk Fazley membuka dimensi baru buat saya menilai sejauh mana kehidupan sebenar kedua-dua personaliti hebat ini. Ternyata kemasyhuran nama, bakat dan populariti dimiliki tidak membayangi kehidupan keluarga ini seperti mana anggapan klise kita yang memikirkan kemewahan dan status.

Sikap Azrene khususnya; ramah dan penuh dengan senyuman, membuat saya tersedar betapa manis dan manjanya wanita berusia 30 an ini; tidak sebanding usia. Bertubuh genit dan berwajah comel, penampilan dan pembawakan watak yang beliau tonjolkan menarik perhatian saya.

Mengenali Azrene dari sisinya sendiri cukup membuatkan saya kagum. Pendidikannya, perjalanan hidupnya, kariernya dan rumah tangganya; ada kisah tersendiri. Azrene merupakan perunding imej yang menjadi salah seorang panelis Bahagian Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (SKPK)/ National Occupational Skill Standard (NOSS) di bawah Kementerian Sumber Manusia.

Graduan Bachelor dan Master of Law dari Universiti Nottingham United Kingdom (UK) ini pernah berkhidmat sebagai seorang peguam yang menghabiskan kebanyakan masa mudanya dalam memperjuangkan hak asasi pelarian asing di UK dan London.

"Dua tahun di Nottingham, saya bertugas sebagai peguam di sebuah firma dan bertanggungjawab mengendalikan kes- kes pelarian asing kanak-kanak dan wanita dari negara- negara seperti Iran, Iraq, India, Pakistan, Afghanistan, Angola, Burundi, Liberia, Egypt, Jamaica, Indonesia yang mempunyai masalah dari segi penyelewengan hak asasi kemanusiaan dibawah semua Fasa The European Convention of Human Rights.  Selain itu, saya juga diberi kepercayaan untuk mengendalikan kes hak asasi banduan asing  dari penjara kategori A hingga D.

"Saya membantu dari segi hak asasi banduan asing yang telah salah disabitkan dan telah dibebaskan daripada penjara oleh kerajaan United Kingdom namun masih akan dibuang negara walaupun telah disahkan tidak melakukan sebarang kesalahan jenayah agar mereka dapat kekal tinggal di UK di bawah Article 8: The Right to Respect for Private and Family Life, European Convention of Human Rights.

"Kebanyakan banduan ini telah tinggal di sana melebihi 10 hingga 15 tahun dan dari sudut hak asasi mereka boleh dibantu agar dapat terus tinggal bersama-sama ahli keluarga mereka di sana. Kemudian saya berpindah ke London dan berkhidmat dalam perjuangan hak asasi pelarian dari negara Rusia (refugees) yang berprofil tinggi selain daripada menguruskan kes berkaitan warga European Union dan negara- negara asing lain mendapatkan hak kediaman dan kewarganegaraan," katanya  lagi.

Azrene kemudian dilamar sebuah syarikat guaman Amerika Syarikat yang mempunyai cawangan besar di di London, Jones Day untuk bertugas di bawah bahagian Hak Asasi Pekerja (Employment Law).

Bagi Azrene, pengalaman sebagai peguam masih segar dalam ingatannya dan pasti menjadi kenangan indah yang tak mungkin dilupakan. Namun sebagai wanita, terbetik di hati untuk mengakhiri zaman bujang ketika usia menjengah 25 tahun.

Dan siapa sangka, pertemuan tidak terduga antara beliau dengan penyanyi terkenal negara, Datuk Fazley ketika itu di The Royal Albert Hall, London mengetuk pintu hatinya.

"Ia berlaku secara tak sengaja semasa menonton konsert Datuk Siti Nurhaliza. Saya fikir, dia salah seorang urusetia biasa konsert sedangkan dialah Pengerusi Eksekutif konsert tersebut. Maklumlah dah lama tak balik Malaysia jadi saya tak tahu fasal industri hiburan. Dapat tahu dia artis pun selepas enam bulan berkawan. Itu pun di carian internet selepas seorang kawan di Malaysia kenal nama Datuk Fazley dan menyuruh saya taip namanya di Google," ujar Azrene diiringi ketawa.

Menceritakan detik pertemuan yang mengikat hati kedua-duanya, Azrene berkata, sebenarnya rancangan menonton konsert tersebut tidak ada dalam jadualnya yang padat. Namun, oleh sebab lokasinya berhampiran dengan firma guaman, diasak dengan kehadiran rakan-rakan yang mahu menonton konsert tersebut atas alasan semangat patriotisme, maka dia menyertainya.

"Masa tunggu rakan lain sampai saya berdiri di tepi dinding Royal Albert Hall kerana kebetulan saya sampai awal. Tiba-tiba ada lelaki rambut panjang lalu depan saya. Perkara pertama terlintas di fikiran saya masa tu, amboi wanginya mamat ni. Masa tu saya tidak kenal siapa. Dia sebagai penyanyi pun saya tidak tahu.

"Dalam dewan konsert saya perasan dia pandang-pandang. Tapi kami tidak berkenalan sehingga diperkenalkan oleh orang lain. Itu pun dia kata dia pelajar dari Malaysia yang berulang alik ke sini untuk uruskan konsert tersebut. Dalam perbualan, saya terkejut yang dia sudah banyak kali mengulang alik ke London tetapi tidak pernah meluangkan masa berjalan di London.

"Saya cadangkan dia rehat seketika sebelum pulang ke Malaysia supaya sekurang-kurangnya dia boleh membawa keluarganya sight seing di London sebelum balik Malaysia. Awalnya, dia beri alasan dah tempah tiket balik, tapi keesokan harinya dia telefon dan beritahu sudah tukar jadual penerbangan dan meminta saya luangkan sedikit masa untuk keluar dengannya. Di situlah bermulanya perkenalan kami," katanya.

Selama berada jauh di bumi orang, tidak sekali pun terdetik di hati Azrene untuk kembali bermastautin di Malaysia ekoran kerjayanya yang semakin berkembang di sana. Azrene lebih senang menabur bakti di bidang guaman yang dipilihnya.

Namun, sejak kehadiran insan tersayang membuka mata wanita ini untuk menjejakkan kaki ke Malaysia setelah meninggalkannya selama 11 tahun, sekali gus berhasrat tinggal di sini membina keluarga sendiri. Perkahwinan yang dibina pada November 2006 dikurniakan tiga cahaya mata lelaki, Ahmad Fariedz , (Payish) 6; Ahmad Fieradz (Piyash) 5; dan Ahmad Fierudz (Piyush) 3.

Pengalaman bekerja di bidang korporat dan antarabangsa tidak menyukarkan Azrene membawa diri sekembalinya di tanah air. Ibu tiga anak ini juga tidak kekok menukar haluan dari bidang guaman kepada bidang imej dan latihan korporat.

Pilihan ini ternyata menjanjikan kepuasan buat diri Azrene. Dia memulakan langkah menjadi speaker bagi latihan korporat, etiket, protokol dan komunikasi berkesan.

"Saya telah puas merantau jauh di negara orang membina kehidupan tanpa penghuni hati. Saya miliki segala-galanya namun belum lagi berteman hidup. Berkawan ramai tapi tiada yang mampu membuka hati untuk berkahwin dan kembali ke Malaysia. Hanya dengan suami, saya terbuka untuk balik ke sini.

"Suami membimbing saya ke arah kebaikan dan benar-benar menjadi seorang lelaki yang bertanggungjawab. Dia memenuhi kriteria yang saya cari. Alhamdulillah, kehidupan selepas berhijrah menjadikan saya seorang yang lebih dekat dengan-Nya. Bersama suami, saya berhijrah dari segenap segi. Saya bahagia dengan kehidupan sekarang," imbaunya.

Selain membantu mengendalikan syarikat produksi bersama suami tersayang, Azrene turut menubuhkan syarikat yang mengendalikan kursus korporat peningkatan imej, etiket, protokol dan komunikasi berkesan untuk bakal graduan dan syarikat- syarikat korporat, kerajaan dan agensi-agensi kerajaan di bawah naungan Imago Consultancy & Training. Azrene bertanggungjawab menyelaraskan kelayakan yang sepatutnya ada kepada seorang perunding imej yang bertauliah dan profesional.

Umumnya, beliau bertindak sebagai panelis bagi membangunkan suatu standard kepada  bidang pekerjaan sebagai Perunding Imej sebelum seseorang itu boleh bergelar perunding imej bertauliah dan profesional. dia juga telah ditauliahkan dengan Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM) dalam bidang Perunding Imej dan juga sebuah lagi Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia sebagai Vokasional Training Manager

Azrene merupakan ahli bertauliah profesional (AICI FLC) dan dilantik sebagai Timbalan Presiden Komunikasi kepada Association of Image Consultants International (AICI) - sebuah pertubuhan perunding imej antarabangsa yang berkaliber dan dianggotai oleh perunding imej profesional seluruh dunia pada 2012 dan baru sahaja menamatkan tanggungjawabnya pada Julai 2014.

Selain itu, Azrene turut dilantik sebagai Setiausaha kepada Federation of Image Professionals International United Kingdom (Persatuan Perunding Imej Professional Antarabangsa), cawangan Malaysia setelah sekumpulan daripada perunding imej bertauliah Malaysia dilamar oleh persatuan tersebut. Sebagai seorang Perunding Imej bertauliah, beliau memberikan khidmat rundingan yang menekankan aspek pembangunan penampilan, etiket dan komunikasi kepada syarikat-syarikat korporat serta swasta, rangkaian hotel, kerajaan dan agensi-agensi kerajaan, institusi pendidikan tinggi, di dalam dan di luar negara serta individu- individu yang ingin memperbaiki penampilan diri dari segi personal mahupun profesional.

Azrene juga telah diberikan kepercayaan untuk mengendalikan sebuah cawangan yang melatih dan mentauliahkan bakal perunding imej dengan sijil pentauliahan yang diiktiraf dari luar negara dan industri perunding imej melalui AICI melalui kolaborasi bersama guru dan mentornya, Ferial Youakim dibawah naungan ByFerial, Australia.

Jika ditelusuri, meski pun menukar kerjaya dari bidang perundangan ke bidang perundingan imej dan korporat, modus operandi wanita ini masih sama; iaitu membantu masyarakat. Jika dahulu beliau banyak membantu pelarian dan banduan dari sudut kerakyatan dan pemastautin, kini beliau membantu masyarakat dari sudut lain pula.

Berdasarkan pengalaman beliau sebagai bekas graduan, ternyata proses untuk mendapatkan pekerjaan begitu sulit meski pun memiliki ijazah tinggi dalam dan dari luar negara. Persaingan di bidang pekerjaan begitu sengit lantaran majikan mempunyai pilihan berkualiti.

"Pelbagai aspek perlu ditekankan setiap graduan sebagai usaha dan langkah menjadi seorang graduan yang dipandang oleh organisasi. Justeru, graduan perlu bijak menampilkan imej diri supaya dilihat berkelayakan dan berdaya saing di dunia pekerjaan.

"Dulu saya berharap sangat ada orang ajar saya cara berpenampilan, cara menjadi calon yang bagus semasa temu duga dan banyak lagi perkara yang diperlukan setiap kali pergi temu duga kerja. Tapi tak ada siapa yang ajar saya ketika itu kerana memang tiada servis seperti ini ditawarkan. Bukan senang nak penuhi kriteria yang dikehendaki sesebuah organisasi lebih-lebih lagi organisasi terkenal dan kukuh.

"Perkara ini amat diperlukan pada masa kini. Ramai graduan ada sijil tapi tidak ada kelayakan dan kriteria yang memenuhi hati majikan. Soft skill inilah yang diperlukan untuk memperlihatkan diri mereka lebih bagus dan menonjol daripada orang lain. Apabila saya melihat dengan mata sendiri dan mendengar tentang perubahan ataupun kejayaan setiap klien mahupun anak murid saya, ia adalah satu kepuasan yang tidak ternilai. Saya tidak akan berjaya jika mereka tidak berjaya walaupun sebesar sebutir habuk," katanya.

Berkongsi kebahagiaan bergelar ibu yang menguruskan sendiri rumah tangganya, Azrene secara bercanda menjawab "Saya berbangga menjadi mastershef suami!". Ketika itu, Datuk Fazley sempat mencelah dengan mengakui sebenarnya dia lebih suka menikmati masakan Azrene

Menariknya mengenai keluarga bahagia ini, Azrene lebih senang menguruskan keluarga dan anak-anaknya sendiri tanpa dibantu orang gaji. Mereka hanya mengambil orang gaji selepas mendapat anak ketiga. Begitu pun tugas orang gaji tidak meliputi tugasan memasak sebaliknya hanya membantu menjaga anak dan mengemas rumah.

"Saya tetap masterchef di rumah kerana suami lebih gemar makan air tangan saya. Bagi saya sendiri pun, memasak untuk suami dan anak-anak lebih membahagiakan berbanding makan di luar, atau membiarkan orang gaji masak. Mungkin itu yang mengikat kasih sayang kami sehingga kini." Katanya mengakhiri perbualan.

Sisi matang Yunalis Zarai` ~ KakiGosip! - <b>Gosip Artis Malaysia</b> <b>...</b>

Posted: 13 Aug 2014 05:22 PM PDT

KEUNIKAN personaliti dan bakat Yuna atau nama sebenarnya Yunalis Zarai sememangnya tidak perlu dipertikai lagi. Masakan tidak, dalam tempoh tiga tahun, pelantun lagu Terukir Di Bintang ini dapat membina tapak terbaik di laman seni suara Amerika Syarikat (AS).

Begitu pun, dalam kerancakan membina nama di peringkat antarabangsa, Yuna juga tidak terlepas dalam menghadapi pelbagai tuduhan serta gosip-gosip nakal. Menyifatkannya sebagai cabaran dan dugaan sepanjang menjadi anak seni, komposer berusia 28 tahun ini masih lagi 'teguh' dengan batasan kehidupan yang masih dipegangnya sehingga kini.

Jika dilihat pada awal kemunculannya, penyanyi ini lebih gemar mengenakan tudung jenis bawal dan selendang sebagai imejnya. Begitu pun, selari dengan perkembangan kariernya, imejnya turut melalui transformasi.

Pelantun lagu Rescue itu kini lebih selesa dan cantik apabila mengenakan turban. Namun begitu, baru-baru ini, ketika meraikan sambutan Hari Raya Aidilfitri, Yuna dilihat kembali kepada imej asalnya itu. Ketika ditanya mengenai perkara itu, kata Yuna itu bukanlah satu isu yang besar.

"Walau macam mana pun gaya saya berpakaian dan bertudung, ia tetap saya. "Lihat pada situasi. Contohnya, jika saya sekadar melepak bersama-sama kawan di kafe, sudah tentu saya akan memakai tudung gaya biasa-biasa saja.

"Apa yang penting, asalkan ia selesa dan sopan," katanya.

Tika ini, pastinya masyarakat akan rasa sedih, sayu dan hiba apabila melihat kesengsaraan rakyat Palestin akibat kekejaman rejim Zionis. Sehingga kini, penduduk Palestin yang tidak berdosa telah dibunuh dengan kejam yang kebanyakannya adalah kanak-kanak dan orang awam.

Ketika diminta berkongsi mengenai penderitaan dan kesengsaraan penduduk Palestin yang sekian lama dijajah Israel, terzahir rasa simpati di hatinya.

Begitu pun, kata Yuna, dia lebih selesa mengambil pendekatan berdiam diri sementelah lagi dia kini menetap di AS sejak tiga tahun lalu, demi mengembangkan kariernya ke peringkat antarabangsa.

Seperti yang diketahui, AS adalah sekutu kuat Israel dan tanpa berselindung menyalurkan berbilion ringgit sebagai bantuan ketenteraan kepada Israel.

"Peperangan di Gaza lebih kepada isu kemanusiaan. Malah, ramai tidak tahu, bukan semua masyarakat di AS menyokong Israel, lebih-lebih lagi apabila di sana juga mempunyai sekumpulan besar masyarakat beragama Islam.

"Memang saya tahu perkara itu, tapi saya tidak berkongsinya melalui laman sosial kerana ia adalah sesuatu yang sangat sensitif. Walaupun kerap melihatnya melalui Twitter, bagi saya ia adalah peribadi.

"Apa yang penting adalah kita kena sedar terhadap isu ini," katanya. Tambahnya lagi, pada masa sama, masyarakat Islam juga perlu menjaga ummah dan hubungan sesama manusia.
Ketika ditanya mengenai mengenai usaha memboikot produk keluaran Israel yang kini semakin giat dijalankan negara ini, Yuna memberitahu, tindakan itu bergantung kepada individu itu sendiri.

"Boikot itu hak individu masing-masing. Tapi, sebelum memboikot pastikan membuat kajian terlebih dahulu. Adakah betul produk yang hendak diboikot itu. Nanti dalam sibuk memboikot takut pula terjejas kedudukan ekonomi di negara kita," katanya sambil memberitahu ada banyak cara lagi untuk membantu Gaza.

Jangan tidak tahu, pelantun lagu Penakut ini juga adalah seorang penggemar kopi. Justeru, tidak hairanlah apabila dia di undang oleh Coffee Planet untuk melancarkan cawangan terbaru kafe terbabit di NU Sentral, kelmarin.

Mengulas mengenai Coffee Planet, Yuna memberitahu, kafe berkenaan adalah pilihan utamanya sebagai penggemar kopi. Menurutnya, kebanyakan kualiti coffee bean di Malaysia perlu dipertingkatkan lagi agar ianya setanding dengan negara luar.

"Meminum kopi bagaikan sudah menjadi satu budaya di AS. Kebanyakan coffee bean di sana bersifat indipendent kerana mereka mencipta kopi itu sendiri. "Tapi, sebenarnya saya kagum kerana di Malaysia sudah banyak terdapat coffee bean dan Coffee Planet adalah salah satu yang terbaik," katanya.

Jelas pelantun lagu Dan Sebenarnya, dia sendiri adalah penggemar coffee latte dan capucinno di kafe tersebut. "Saya adalah 'coffee freak' sejak dari remaja lagi dan setiap pagi saya akan mengambil kopi sebagai permulaan hari.

"Bukan saya saja, keluarga saya turut pencinta kopi. Kopi seolah-olah menjadi rutin kami sekeluarga," katanya yang turut mempunyai lagu berkonsepkan minuman tersebut, Coffee.

Setelah hubungan cintanya bersama pelakon, Qi Razali kecundang di tengah jalan, Yuna kini lebih selesa untuk tidak membincangkan soal hubungannya dengan mana-mana lelaki. Namun, lumrah kehidupan selebriti, setiap langkah dan pergerakannya sering menjadi perhatian masyarakat dan peminat.

Dalam kesibukannya menguruskan kerjaya seni di Los Angeles, AS, Yuna dikatakan sedang hangat bercinta dengan juru foto berbangsa Inggeris, Julian Schratter. Hubungan mesra itu mula dihidu setelah Yuna memuat naik beberapa gambar mesranya bersama Schratter di laman sosial, Instagram.

Tidak cukup dengan itu, Yuna turut menampilkan Schratter sebagai watak utama dalam video muzik, I Wanna Go. Begitu pun, Yuna mengambil pengajaran di atas kegagalan cinta lalu dan mengakui serik untuk berbicara soal cinta secara terbuka.

Malah, dia kini dilihat lebih selesa berbicara soal kariernya berbanding sisi peribadinya. Saya banyak belajar daripada pengalaman lalu. Cukuplah apa yang berlaku sebelum ini dan saya telah menerima pengajaran dalam hubungan lalu," katanya.

Joe Flizzow Tak Anggap Penyanyi Baharu Tumpang Popularitinya <b>...</b>

Posted: 16 Aug 2014 02:48 PM PDT

Penyanyi rap Joe Flizzow tidak pernah menganggap artis-artis baharu yang berkolaborasi dengannya sebagai cuba untuk menumpang populariti yang dimilikinya.

Joe atau nama sebenarnya, Johan Ishak, 35, berkata, dia sentiasa memberi peluang dan menyokong penyanyi yang mempunyai usaha keras untuk bersaing dalam industri seni tanah air.

"Saya tidak anggap mereka berkerjasama dengan saya sebagai menumpang populariti, malah saya berbesar hati dapat membantu mereka untuk bersaing dalam industri muzik kita.

"Kebanyakkan artis yang berkolaborasi dengan saya adalah yang benar-benar serius untuk berada dalam industri, contohnya Sleeq, saya lihat mereka penyanyi baru yang gigih biarpun mereka daripada Singapura," ujarnya.

Tambah Joe, dia juga melihat peluang berkolaborasi dengan penyanyi baharu sebagai satu perghormatan dan menjadikannya relevan untuk bersaing dengan generasi muda.

Dalam perkembangan lain Joe berkata, dia turut menghantar beberapa buah lagu dalam album Havoc sebagai pencalonan untuk Anugerah Industri Muzik kali ini.

Katanya, ia adalah permintaan daripada beberapa pihak termasuk pengurusannya selepas empat tahun tidak menyertai pencalonan anugerah berprestij tersebut.

"Setelah empat tahun tidak menyertai AIM kerana kurang berpuas hati dengan syarat yang terlalu rumit, tahun ini saya diminta oleh beberapa pihak untuk mencuba nasib.

"Saya harap syarat yang dikenakan tahun ini tidak begitu rumit hingga membataskan kelayakan lagu-lagu yang kami telah hasilkan," ujarnya.

Joe yang baharu sahaja keluar dengan single terbaharunya berjudul Apa Khabar featuring SonaOne turut melancarkan muzik video lagu tersebut.

Muzik video yang menjalani penggambaran di New York itu mengambarkan tentang rasa rindunya terhadap hubungan persahabatan dengan rakan baik dan anggota kumpulan Too Phat iaitu Malique ketika mereka bersama-sama memperjuangkan muzik rap di negara ini.

"Muzik video ini mengisahkan tentang persahabatan saya dan Malique yang mana ramai peminat tidak tahu tentang kami selepas kami membawa haluan masing-masing," ujarnya.

Sheila, Clayderman semarakkan Panggung Anniversary - KakiGosip!

Posted: 13 Aug 2014 10:15 AM PDT

SEBELUM kewujudan pentas persembahan popular masa kini seperti KL Live Centre dan yang bertaraf dunia sebagaimana Istana Budaya serta Dewan Filharmonik Petronas, pentas terbuka Panggung Anniversary Tasik Perdana Kuala Lumpur (Lake Garden), terlebih dulu menyimpan pelbagai kenangan manis membabitkan persembahan artis-artis popular tanah air.

Panggung Anniversary pernah menjadi ruang buat nama-nama besar berkongsi keasyikan karya mereka kepada umum. Sebahagian daripadanya adalah Allahyarham Datuk Sudirman Haji Arshad, Datuk Siti Nurhaliza, Datuk Jamal Abdillah, Rohana Jalil, Ramlah Ram, Francissca Peter termasuk kumpulan Alleycats, Slam dan Exists.

Pengalaman yang sama juga pernah dilalui seorang figura cukup terkenal dengan nuansa jazz sesuai dengan gelarannya selaku Ratu Jazz, siapa lagi kalau bukan Datuk Sheila Majid.  

Cukup menarik selepas hampir 30 tahun tidak melakukan persembahan di Panggung Anniversary, Sheila kembali menakluki pentas itu menerusi sebuah persembahan dinamakan Kuala Lumpur Lake Garden Festival: Rhythm in The Park (KLLGF) pada 15 Ogos (esok) jam 8.30 malam.

Turut memeriahkan acara pembukaan itu, adalah pemain piano terkenal antarabangsa, Richard Clayderman.

"Panggung Anniversary ada sejarah tersendiri sepanjang pembabitan saya dalam dunia seni. Di mana, ia menjadi pentas persembahan seawal pembabitan saya di dalam bidang ini khususnya era 1980-an.

"Hampir 30 tahun, saya kembali lagi menghiburkan peminat di sana dan pastinya ia mengimbau nostalgia buat semua yang hadir khususnya mereka yang membesar dengan lagu-lagu saya," katanya.

Dalam soal menghiburkan peminat, Sheila tidak pernah memilih bahkan amat berbesar hati  Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) selaku penganjur sudi memilih beliau.

"Saya akan membuat persembahan tidak kira di mana sekalipun dan setiap kali ada permintaan untuk menyaksikan persembahan saya," katanya lagi.

Mengemaskini kalendar seninya, penghibur terkenal dengan lagu-lagu hits seperti Sinaran, Pengemis Muda, Legenda, Antara Anyer dan Jakarta serta banyak lagi, bakal meraikan ulang tahun kerjaya nyanyiannya yang ke-30 pada tahun hadapan.

Tempoh 30 tahun bukan sekadar angka, sebaliknya ia lambang kebanggaan buat wanita hebat itu kerana mampu bertahan sebegitu lama, sedangkan yang lain, hadirnya mereka seketika tanpa sejarah sempat dicipta.

"Tahun depan adalah ulang tahun saya ke 30 tahun dalam bidang muzik.  Saya, pihak pengurusan dan syarikat rakaman di dalam proses penyusunan program untuk meraikan ulang tahun.

Misalnya sekarang ini, saya sedang dalam proses merakam album baru, Insya-ALLAH akan berada di pasaran awal tahun depan," katanya.




@



0 comments:

Post a Comment - Kembali ke Post

Gosip Artis Malaysia | Koleksi Sejarah Hitam <b>Artis Malaysia</b> Terkantoi Tak ... - ape cerita!