Keputusan SPM <b>Artis Malaysia</b> - 1 Malaysia News - Berita Harian <b>...</b> - Blog Celebrity Malaysia |
- Keputusan SPM <b>Artis Malaysia</b> - 1 Malaysia News - Berita Harian <b>...</b>
- Senarai <b>Artis Malaysia</b> Yang BerpendidikanTinggi « Cik Siti Online
- Bloglist Malaysia: <b>Artis Melayu</b> seksi berskirt berpeluk sakan dengan <b>...</b>
- 8 gambar <b>Artis Malaysia</b> Julie Woon tampil seksi Dalam majalah <b>...</b>
- UtusanDaily: Sudah-sudahla tu bergaduh wahai <b>artis Malaysia</b> <b>...</b>
Keputusan SPM <b>Artis Malaysia</b> - 1 Malaysia News - Berita Harian <b>...</b> Posted: 06 Mar 2014 11:16 PM PST Jom kita lihat keputusan para artis yang berjaya dikorek. Sudah tentu ramai yang tertanya-tanya. Untuk pengetahuan, tahun 90an, SPM menggunakan aggregate untuk menilai. Dan aggregate yang dikumpul akan menentukan gred atau pangkat. Baca : Hanez Suraya Akur, Tak Jadi Nak Saman Liyana Baca : Hanez Tak Takut 'Balasan' Rampas Suami Orang Semakin sikit aggregate semakin bagus la keputusan tersebut. Gred 1 pula adalah adalah lebih bagus dari gred 2 dan gred 3. Ini sedikit sebanyak keputusan SPM artis 1. Neelofa – 10A (7A1 + 3A2), 2006 2. Syura – 3A spm. 2004 3. Siti Nordiana – 5A spm ,2000 4. Dato Fazley – Gred 1 Agregat 7 5. Diana Danielle - 2A 5B 6. Sheila Rusly – Gred 2 7. Fauziah Latif – Gred 3 8. Dato Siti Nurhaliza – Gred 2, Dikatakan mendapat tawaran Uitm Arau tetapi tidak lapor diri. 9. Syafinaz Selamat – Gred 1, Aggregate 8. SPM 1990 10. Nasha Aziz [Keputusan di bawah]
11. Najwa Latif – 4 A 12. Aishah – Gred 3 13. Christina Suzanne – ambil 2 kali, pertama gagal kedua lulus. Berita berkaitan:Siti Nordiana temui pengganti Tahniah! Bahagiamu Deritaku Ungguli AJL28 Fesyen Pelik Dan Merepek Neelofa Jadi Lawak Viral Di Media Sosial Punca Nabila Huda cari pasal dengan Nur Fathia (Ariana Rose) Takkan baca je kot? Komenla sikit...comments | ||||||||||||||||||||
Senarai <b>Artis Malaysia</b> Yang BerpendidikanTinggi « Cik Siti Online Posted: 26 Feb 2014 12:15 PM PST Disediakan oleh Siti Norasikin | at 4:03 PG Untuk melangkah kaki dalam lapangan glamor, bakat tidak disangkal menjadi syarat utama. Tetapi, harus diingat, persediaan diri akan lebih mantap jika dibalut kelulusan tinggi. Malah, jika tidak lagi popular atau bersara, ilmu ditimba mampu membantu hari mendatang. Walau segelintir artis di Malaysia tidak berpendidikan tinggi tapi tidak semua. Malahan ramai artis yang datang dengan pakej yang lengkap. Berbakat, cantik, hensem, dan berpendidikan tinggi adalah satu bonus bagi mereka. Bila artis perpendidikan tinggi mereka takkan mudah ditipu dan diambil kesempatan oleh golongan tertentu. Malah peminat akan semakin respect pada artis yang berpendidikan tinggi ini. Berikut senarai artis Malaysia yang memiliki pendidikan tinggi: 1. Adi Putra 2..Azhar Sulaiman 3. Azlee Khairi 4.Aiman Hakim Ridza 5. Awal Ashaari 6. Arja Lee @ Azharudin Ramli 7. Ahmad Idham 8. Datuk Aznil Hj Nawawi 9. Adibah Noor 10. Ainan Tasneem 11. Dafi 12. Dazrin Kamarudin 13. Dira Abu Zahar 14. Diana Amir 15. Datuk Dr Fazley Yaakob 16. Fahrin Ahmad 18. Fizo Omar 19. Farid Kamil 20. Fasha Sandha 21. Hazami 22. Hans Isaac 23. Heliza Helmi 24. Hanis Zalikha 25. Izara Aisyah 26. Izreen Azminda 27. Irma Hasmie 28. Ida Nerina 29. Jins Samsuddin 30.Jason Lo 31. Jehan Miskin 32. Johan Ariff Asari 33.Juliana Evans 34. Lisa Surihani 35. Muzammil Alias - Rembau Most Wanted 36. Mizz Nina 37. Maya Karin 38. Norman KRU 39. Nabil Mentor 40. Nur Fahia 41. Najwa Muhyiddin 42. Nadiya Nissa 43. Nad Zainal 44. Neelofa 45. Najwa Latif 46. Puteri Sarah Liyana 48. Rashidi Ishak 49. Risteena Munim 50. Allahyarham Sudirman Hj Arshad 51. Sohaimi Mior Hassan 52. Sarimah Ibrahim 53. Scha Al-Yahya 54. Siti Saleha 55. Shasa Saidin 56. Yuna 57. Yatt Hamzah 58. Yana Samsudin 59. Zulhuzaimy 60. Zed Zaidi | ||||||||||||||||||||
Bloglist Malaysia: <b>Artis Melayu</b> seksi berskirt berpeluk sakan dengan <b>...</b> Posted: 03 Mar 2014 04:21 PM PST Entah bila Hanez Suraya dan Mr. R pergi bercuti bersama-sama di Bangkok tidaklah diketahui, namun itulah bukti bergambar yang ditunjukkan oleh isteri Mr. R, Liyana Manan. Liyana juga turut mempertikaikan kenyataan Hanez yang suaminya duda kerana sehingga ke hari ini, tiada surat cerai yang diterima olehnya. Bagi Liyana, selagi tiada surat cerai, dirinya masih isteri Mr. R yang sah. Kata Liyana Manan kepada BiPop semalam:- Saya nak tanya bila masa saya sah diceraikan? Mana surat cerai? Kenapa Hanez begitu berani membuat kenyataan sedangkan kami belum bercerai? Kenyataan Hanez bagaikan mencabar saya, seolah-olah saya tunggul kayu sedangkah saya masa isteri Mr. R yang sah. Teman baik saya terkejut dan bertanya kepada sah. Dia melihat saya dan suami OK, tapi tidak tahu kisah sebaliknya. Di situlah saya mula tahu suami menjalinkan hubungan dengan Hanez. Tidak lama selepas itu, saya mendapat bukti gambar mesra dan percutian mereka. Dan ini buktilah yang saya nak tunjukkan. Gambar mesra ketika menyambut hari jadi Mr R dan percutian mereka ke Bangkok, Thailand. Sebelum ini saya mendiamkan diri, tapi saya juga manusia. Walaupun hati saya terluka, tapi saya bukan wanita yang tidak bermaruah. Fuh. Memang pedih ayat Liyana Manan ini. Pelik juga macam mana Hanez boleh bercuti dengan kekasih sedangkan belum ada ikatan yang sah. Liyana juga turut menegaskan yang dirinya tidak pernah membuat fitnah seperti yang didakwa oleh Hanez. Kata Liyana lagi:- Hanez sepatutnya minta surat cerai dari suami saya dulu, buktikan kami sudah bercerai. Atau Hanez sengaja buat tidak tahu? Tidak boleh bersabar dulu sehingga kes penceraian kami selesai. Siapa buat fitnah? Kalau saya nak menyebarkan cerita, saya boleh buat sejak tahun lalu tapi saya ambil langkah berdiam diri. Saya ada bukti dari awal lagi. Saya buat kenyataan ini kerana wartawan mencari saya, buka saya cari wartawan. Saya rasa sudah sampai masanya saya bercerita hal sebenar, daripada masyarat terus mendengar pembohongan Hanez. Dulu saya dan suami bertapan dari bawah mengusahakan sarikat pembinaan bersama. Susah senang kami bersama. Tapi adatlah manusia, apabila sudah kaya raya, saya dicampak ke tepi. Saya berhenti kerja dan meninggalkan apa yang diusahakan bersama. Biarlah hidup saya susah, namun untuk bermadu tidak sama sekali. Sebenarnya saya sudah kering air mata mengenangkan apa yang berlaku. Sejak tidak tinggal sebumbung, nafkah anak kedua pun suami tidak pernah hulur. Saya terpaksa mencari kerja untuk menyara anak. Apa perasaan anda (Hanez) jika berada di tempat saya? Sebagai wanita, ibu dan isteri, saya diperlakukan seperti patung bernyawa. Mungkin ini hari saya, esok lusa mungkin giliran anda pula. Saya tidak minta jadi begini, jadi tolong hormat perasaan saya selagi saya masih bergelar isteri Mr. R Begitulah luahan hati Liyana Manan yang telah pun berkahwin dengan Mr. R selama 8 tahun. Susah senang bersama, bila jadi begini confirm sedih dan merana hati. Kesian sungguh. Semoga Liyana Manan tabah menghadapi dugaan ini. Insya Allah kebenaran akan terbukti jua. Kepada Hanez, renung-renungkanlah perkara ini. PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. | ||||||||||||||||||||
8 gambar <b>Artis Malaysia</b> Julie Woon tampil seksi Dalam majalah <b>...</b> Posted: 20 Feb 2012 11:07 PM PST | aksi panas artis malaysia untuk majalah men s health ju.. | aksi panas julie woon artis malaysia untuk majalah men .. | artis malaysia b0gel untuk majalah men s health julie w.. | gambar tun dr mahathir mohd hadir dalam perlawanan card.. | 3 gambar china dakwa jumpa serpihan pesawat malaysia ai.. | zaharie kongsi gambar jenaka dalam whatsapp sebelum ter.. | zaharie berkongsi gambar jenaka dalam whatsapp sebelum .. | keputusan spm artis malaysia | gambar serpihan pesawat mh370 dirakam penumpang dalam p.. | 10 artis korea paling seksi di asia | artis romantik awie dan erra fazira di teaterikal suara.. | artis melayu seksi berskirt berpeluk sakan dengan laki .. | artis seksi melayu angkuh tidak takut kuasa tuhan | foto topless artis vicky shu di majalah popular | gambar najib dalam taklimat mh370 | insiden pesawat mas jadi bahan jenaka artis malaysia ya.. | pegawai miti dalam pesawat mh370 gambar | gambar gigi tumbuh dalam otak bayi berusia 4 bulan | pelarian rohingya berpuasa di dalam kem tahanan 12 gamb.. | gambar antara rakyat malaysia yang hilang mh370 |
UtusanDaily: Sudah-sudahla tu bergaduh wahai <b>artis Malaysia</b> <b>...</b> Posted: 02 Mar 2014 06:19 PM PST "SAYA akan panggil mereka semua!," itulah jawapan Presiden Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan), Datuk Freddie Fernandez berhubung kemelut yang semakin serius di antara pelakon Sharnaaz Ahmad, Lisdawati dan Fauzi Nawawi. Menurut Freddie, pada mulanya, dia beranggapan perkara ini akan menemui jalan penyelesaian kerana ianya hanyalah melibatkan salah faham. "Mulanya, saya hanya menjadi pemerhati kerana perkara ini tidak perlu dipanjangkan sehingga membabitkan mahkamah. "Setelah puas melihat perang saraf di antara mereka seperti yang dilaporkan media, saya terpanggil untuk mengajak mereka bersemuka dan berbincang mengenainya. "Pada saya, ia hanyalah salah faham sahaja dan tidak perlu saman menyaman. Mungkin sedikit masa lagi saya akan panggil mereka bertiga," katanya yang mengharapkan perjumpaan itu dapat memulihkan keadaan. Menurut Freddie, tiada gunanya untuk saling menuding jari menyalahkan antara satu sama lain kerana ia akan memburukkan lagi keadaan. "Saya akan menyediakan 'platform' sebagai orang tengah untuk mereka berbincang agar perkara ini diselesaikan di luar mahkamah. "Sekiranya cara ini tidak berkesan untuk membantu mereka, saya akan akur dengan pilihan mereka kerana ia adalah hak individu. "Namun, saya berharap ianya dapat berakhir dan berdamailah. Industri kita bukanlah besar mana, alih-alih jumpa juga," katanya yang bakal berbincang dengan Ketua Biro Pelakon, Ezany Nizarif berhubung pertemuan itu. Bertanya mengenai keahlian, Freddie memberitahu bahawa dia akan menyemak keahlian ketiga-tiga pelakon itu. "Walaupun mereka tidak berdaftar dengan Karyawan, namun kami akan membantu sedaya upaya kerana ia melibatkan industri. Ia turut menjadi tanggungjawab Karyawan," katanya yang sebelum ini pernah menyelesaikan beberapa masalah artis. Artis kontroversi? Lisdawati, kes saman, gaduh Menyelak kontroversi saman menyaman Lisdawati atau nama sebenarnya, Nisdawati Nazaruddin, 36, pernah memfailkan saman fitnah terhadap pelakon, Nadia Mustafar pada 1 April 2010. Saman itu difailkan kerana Lisda mendakwa Nadia memberi wawancara berunsur fitnah terhadapnya dalam artikel sebuah majalah mingguan bertarikh 8-14 Januari 2005. Dalam tuntutannya itu, isteri kepada pelakon, Fauzi Nawawi ini memohon ganti rugi RM250,000 serta faedah lapan peratus dan kos-kos lain ekoran penyiaran wawancara itu yang didakwa menyebabkan imej dan periuk nasinya terjejas. Setelah lebih lima tahun berlanjutan, akhirnya kes itu berakhir dengan mahkamah mengarahkan Nadia membayar RM250,000 kepada Lisda. Selain itu, Lisda juga turut terpalit dalam kes pergaduhan bersama aktres, Rita Rudaini ketika menjalani penggambaran drama pada tahun 2006. Ada yang mendakwa, hubungan antara kedua-dua pelakon ini sememangnya dingin sehingga ianya divisualkan dalam adegan tarik rambut dalam kolam renang di sebuah hotel terkenal di George Town. Namun, sehingga kini, tiada siapa yang tahu punca pergaduhan berkenaan walaupun Lisda turut membuat laporan polis ekoran kes itu. Fauzi Nawawi, ugut pengurus produksi? Dua tahun lalu, pengurus produksi wanita dan rakannya membuat laporan polis mendakwa pelakon popular yang juga pengarah, Fauzi Nawawi mengugut untuk mencederakan selain merampas kereta miliknya dalam kejadian di pejabatnya di Ampang. Dalam kejadian kira-kira jam 10 malam itu, mangsa mendakwa Fauzi dan beberapa rakan menaiki empat kereta pergi mencarinya di rumah. Mangsa berkata, dalam kejadian itu, Fauzi bertindak luar kawalan dengan memberi ugutan terhadapnya kerana masih belum menjelaskan baki bayaran penggambaran sebanyak RM14,000. Pun begitu, Fauzi menafikan perkara berkenaan dan Lisda memberitahu bahawa dia menjadi saksi kerana turut berada di sana ketika insiden itu terjadi. Katanya, ia bukanlah seperti yang didakwa kerana sebelum ini dia pernah mengajak pengurus itu berbincang mengenai bayaran, namun tidak diendahkan. Sharnaz Ahmad, panas baran Pelakon terkenal, Sharnaaz Basir Ahmad sememangnya terkenal dengan sikap panas barannya dan turut terlibat dalam beberapa insiden. Dua tahun lalu, Sharnaaz didakwa pernah menolak dan mencengkam leher penolong pengarah filem, Darah Panas, Mohd Hafiz Mat Ishak kerana terpaksa menunggu lama untuk mendapatkan pakaian bagi penggambaran. Tidak cukup dengan itu, dia dikatakan turut meninggalkan lokasi penggambaran kerana tergesa-gesa untuk menemui bekas kekasihnya, Shila Amzah yang ketika itu perlu terbang ke China untuk pertandingan, Asian Wave 2012. Malah, Sharnaaz juga pernah melepaskan kemarahan kepada Shila Amzah di Twitter ketika penyanyi berkenaan berduet bersama, Taufik Batisah di Anugerah Planet Muzik 2012. Namun, dia kemudiannya menafikan perkara itu dan memberitahu akaunnya telah digodam. Setelah hubungannya bersama Shila putus di tengah jalan pada tahun lalu, dia turut terpalit dengan perang mulut dan berbalas kenyataan dengan bapa Shila, ND Lala. Mengakui keburukan sikap baran itu, Sharnaaz turut berjumpa dengan suami penyanyi, Noraniza Idris, untuk merawat dan mengatasi kemarahannya. Namun, sebelum ini, pelakon drama, Ruby ini juga pernah memberi amaran kepada mana-mana pihak yang cuba mengaitkan dirinya dengan bekas kekasihnya itu ataupun perkara yang menduga kesabarannya. |
You are subscribed to email updates from Artis Malaysia - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
@
0 comments:
Post a Comment - Kembali ke Post