Gosip Artis | Artis Malaysia | Gossip Artis Malaysia | Cerita Artis Malaysia | Gambar Artis Malaysia | Malaysia Artist | Artis kontroversi

Gosip Artis Malaysia | Punca Sebenar budak 2 tahun dipenggal kepala sampai putus (7 ...

Gosip Artis Malaysia | Punca Sebenar budak 2 tahun dipenggal kepala sampai putus (7 <b>...</b>

Link to gosip artis malaysia - Google Blog Search

Punca Sebenar budak 2 tahun dipenggal kepala sampai putus (7 <b>...</b>

Posted: 30 May 2014 07:45 PM PDT

Pada 29.5.14 jam lebih kurang 2100 hrs, telah terima maklumat brkenaan telah terjumpa satu mayat di kawasan tepi sungai Klang dipercayai seorang kanak-kanak.

2. Siasatan Awal

Pihak polis telah menjalankan siasatan awal dan mendapati satu mayat dipercayai perempuan dijumpai tertiarap dan kepalanya putus dan berada berdekatan kakinya.

Pemeriksaan pihak Forensik mendapati mayat tersebut adalah kanak-kanak perempuan dan semasa dijumpai masih memakai seluar panjang putih dgn pampers dan tidak berbaju. Terdapat kesan potong di leher dan belakang tengkorak pecah. Tiada luka luaran yang lain.

Sandal hitam (dipercayai milik saspek) Sepasang sandal kanak-kanak berwarna hitam dan hijau Baju kanak-kanak tidak berlengan berwarna putih Tali pengikat rambut Serpihan ceramic (dipercayai digunakan untuk memotong leher mangsa) 

3. Maklumat seterusnya telah membawa seorang perempuan melayu dipercayai ibu mangsa dikenali sebagai SALMY.

Menurut SALMY, dia lepak bersama kawan-kawannya di tingkat 4 Kota Raya lebih kurang jam 3-4 petang. SALMY kemudiannya telah pergi ke tandas dan meminta kawan-kawannya jagakan anaknya sebentar.

Apabila keluar 5 minit kemudian dia mendapati anaknya tiada. Mreka telah mencari tetapi tidak jumpa, sehinggalah pnemuan mayat kanak-kanak ini

Soalsiasat ke atas SALMY telah dijalankan dan dia telah berikan deskripsi anaknya. (didapati bersamaan dengan mangsa).

Menurut SALMY, anaknya bernama SITI SOFFEA EMELDA berumur 2 tahun 6 bulan.


Keterangan Saksi

Saksi dua orang Sabahan mngatakan mereka ternampak seorang lelaki warganegara asing mendukung mangsa berjalan meredah rumput di tebing sungai l, mangsa tidak berbaju dan masih hidup.

Kemudian, saksi nampak saspek telah mencekik mangsa menekan ke tanah dan kmudiannya mengambil objek seperti ceramic dan memukul ke arah kepala mangsa. Saksi telah panggil Polis Bantuan Public Bank berdekatan dan apabila menyedari kedatangan Polis Bantuan, saspek telah terjun ke sungai Klang dan dibawa arus.

Suspek



Sumber turut memberitahu Polis sudah mengenalpasti suspek yang juga bekas banduan baru dibebaskan dari penjara Kajang pada 26 Mei lalu atas kesalah dadah.

"Suspek berusia 27 tahun berasal dari Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur itu sudah beberapa kali dipenjarakan atas pelbagai kesalahan sejak tahun 2000 antaranya curi kereta dan dadah" -Sumber /Kredit:Berita Harian

Lagi Gambar:



Lokasi penemuan, Tebing Sungai Klang

Petunjuk Mutakhir BN Akan Bungkus Di PRK Teluk Intan.. Ini Diakui <b>...</b>

Posted: 27 May 2014 06:21 PM PDT

Petunjuk Mutakhir BN Akan Bungkus Di PRK Teluk Intan.. Ini Diakui Rakannya

Dua parti komponen Cina dalam Barisan Nasional (BN) menuntut Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menjelaskan kenyataan "pengundi Cina tidak bersyukur".

Gerakan dan MCA berkata, menteri dalam negeri itu harus menjelaskan kenyataan beliau kerana BN berkemungkinan akan tewas di Teluk Intan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) pada Sabtu ini.

Setiausaha Agung Gerakan, Liang Teck Meng berkata, kenyataan itu akan menjejaskan sokongan pengundi Cina sedangkan presidennya, Datuk Mah Siew Keong adalah calon BN di sana.

Mah akan menentang calon DAP Dyana Sofya Mohd Daud dalam PRK itu.

"Sudah tentu ia akan memberikan kesan kepada undi jadi beliau perlu menjelaskannya," katanya merujuk kepada Zahid.

"Bagaimanapun, saya percaya beliau tidak mempunyai sebarang niat yang berunsur rasis," kata Liang kepada The Malaysian Insider.

Ketika di Teluk Intan semalam, Zahid berkata, hanya kaum Cina yang gembira jika BN tewas di Teluk Intan kerana mereka sudah mewah dan tidak bersyukur atas kejayaan mereka.

Liang bagaimanapun berkata, reaksi rakannya yang menghadiri program Zahid itu berkata ucapan beliau diputar belit media internet.

"Saya sudah maklumkan kepada pemimpin Umno agar berhati-hati dengan ucapan mereka kerana kdangkala ia diputar belitkan media sosial," katanya.

Sementara itu, Ketua Pemuda MCA, Chong Sin Woon berkata, Zahid tidak seharusnya melabelkan mana-mana komuniti sebagai tidak bersyukur.

"Sebagai menteri, Zahid tidak harus membezakan antara kaum. Sebaliknya, kita harus bekerjasama untuk pembangunan Malaysia tanpa mengira kaum.

"Mungkin beliau perlu jelaskan maksudnya," katanya melalui khidmat pesanan ringkas kepada The Malaysian Insider.

Chong berkata, perlu ada penjelasan apabila pengundi memilih BN.

"Bila pengundi tidak memilih kita, sudah pasti ada yang kita tidak lakukan sehingga mencetuskan situasi itu," katanya.

Pemimpin Gerakan Pulau Pinang Teng Chang Yeow sementara itu mengkritik Zahid, termasuk Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim atas kenyataan berunsur perkauman mereka.

Beliau berkata, kenyataan Zahid itu tidak sepatutnya dikeluarkan dan menggesa Dyana Sofya untuk memberikan komen terhadap kenyataan Anwar, "masyarakat Cina yang memilih BN itu bodoh".

"Itu masalahnya apabila pemimpin minta perkara lain tetapi melakukan sebaliknya.

"Mereka kata mahu memecahkan pemisahan kaum, tapi bila berkempen, gunakan garisan perkauman," katanya ketika sidang media di Teluk Intan.

Teluk Intan mempunyai seramai 60,349 pengundi, meliputi 59,927 pengundi biasa, 410 pengundi awal, dan 12 pengundi tidak hadir.

Daripada jumlah itu, 23,301 adakah pengundi Melayu (38.6%), Cina 25,310 (41.9%), dan 11,468 pengundi India (19%). ~tmi

Iklan C (ii)

UPDATE Kes gadis "dirogol" 38 lelaki - <b>Gossip</b> panas <b>artis malaysia</b>

Posted: 28 May 2014 11:27 PM PDT

Kota Bharu – "Saya tidak pasti dia (mangsa rogol) atau tidak, tetapi beberapa hari lalu dia ada datang ke sini bersama seorang pemuda kampung ini untuk membeli ubat penahan sakit," kata seorang peniaga kedai runcit di Kampung Hutan Pasir, Keterah, di sini ketika ditanya mengenai kejadian dua remaja disyaki dirogol 38 lelaki di kampung berkenaan.

Peniaga berusia 40-an yang enggan dikenali itu mendakwa didatangi remaja berkenaan sebanyak dua kali semata-mata mahu membeli ubat penahan sakit sekali gus mengundang curiga.

Katanya, dia mengesyaki gadis berkulit putih itu salah seorang mangsa kejadian selepas melihat pemuda yang menemaninya dikejar pihak polis kelmarin.

Suspek rogol yang ditahan polis


"Memang kedai saya ada menjual ubat tahan sakit untuk keperluan penduduk kampung, tapi beberapa hari lalu remaja itu datang menaiki motosikal dengan pemuda berkenaan untuk beli dapatkan ubat terbabit dengan jumlah keseluruhan tidak lebih lima biji. "Mereka datang sebelah pagi, kemudian datang lagi pada sebelah petang. Walaupun pelik kerana datang berulang, tapi saya tidak mengesyaki apa-apa dan tidak juga bertanya lanjut.

"Malah, gadis itu juga jarang dilihat di sini dan percaya dia bukan penduduk kampung kami," katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Seorang lagi penduduk kampung mendakwa terdengar bunyi orang berkejaran sekitar jam 6.30 pagi semalam.

Katanya, dia cuba mengintai daripada dalam rumah dan melihat beberapa lelaki ditahan sepasukan anggota polis yang melakukan serbuan di rumah kosong yang disyaki lokasi kejadian rogol.

"Rumah itu sudah ditinggalkan kosong sejak 10 tahun dan kami penduduk kampung tidak mengesyaki apa-apa," katanya, lapor Hmetro.

Baru 19.95% Mengundi Di Bukit Gelugor - <b>Gossip</b> panas <b>artis</b> <b>...</b>

Posted: 24 May 2014 09:55 PM PDT

GALERI FOTO

Sebanyak 17 pusat mengundi di kawasan Parlimen Bukit Gelugor dibuka mulai 8 pagi ini bagi membolehkan 38,055 pemilih berdaftar melaksanakan tanggungjawab mereka pada pilihan raya kecil itu.

Parlimen Bukit Gelugor mempunyai tiga kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Paya Terubong, Air Itam dan Seri Delima.

Terdapat tiga pusat mengundi di DUN Paya Terubong, lapan pusat di DUN Air Itam dan enam di DUN Seri Delima.

Antara pusat mengundi itu ialah Sekoleh Jenis Kebangsaan Kong Min (Cawangan 2) Jalan Paya Terubong, Sekolah Kebangsaan Air Itam, Sekolah Kebangsaan Seri Aman, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Hamid Khan dan SMK Datuk Haji Mohamad Nor Ahmad.

Semua pusat pengundian akan ditutup 5 petang ini dan pengiraan undi dijangka bermula 6 petang di pusat penjumlahan undi rasmi di Dewan Sri Pinang di George Town.

Pilihan raya kecil itu menyaksikan saingan empat penjuru antara calon DAP Ramkarpal Singh, Naib Presiden Parti Cinta Malaysia Datuk Huan Cheng Guan dan dua calon Bebas Mohd Nabi Bux Mohd Abdul Sathar serta Abu Backer Sidek Mohammad Zan.

Bagaimanapun kesemua calon tidak mengundi.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandangnya Karpal Singh daripada DAP dalam kemalangan jalan raya pada 17 April lepas.

Pada pilihan raya umum lepas, Karpal Singh memenangi kerusi itu dengan majoriti 42,706 undi menewaskan calon Barisan Nasional Teh Beng Yeam yang memperoleh 13,597 undi.

Pemangku Pengarah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Pulau Pinang Azizal Ahmad dilapor menjangka peratusan yang keluar mengundi pada pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gelugor hari ini sekitar 78 peratus.

Keputusan pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gelugor dijangka diketahui seawal pukul 8 malam ini. - Bernama

Laporan langsung

12pm: Peratusan keluar mengundi setakat jam 11 pagi sangat rendah, 19.95 peratus sahaja.

11:10am Flet Kg Melayu – Sekumpulan penduduk wanita Kg Melayu mengibarkan kain rentang dan bendera Parti Cinta Malaysia (PCM) di kawasan majoriti Melayu di sini mengajak pengundi mengundi parti itu dan bukannya DAP.

Jarak mereka yang hanya dipisahkan jalan selorong menyebabkan berlakunya 'perang jeritan dan sorakan.'

Penduduk yang hanya mahu dikenali sebagai Mak cik Mah berkata DAP tidak mengendahkan nasib Melayu di kampung Melayu.

Secara sinis ia dibalas dengan sorakan 'Dyana Sofya' oleh seorang penyokong DAP.

10:50am: Kg Melayu – ADUN Ayer Itam melawat pusat pengundian SK Ayer Itam dan SK Sri Aman.

Beliau berkata, peratusan keluar mengundi setakat ini masih terlalu rendah, terutamanya di Kg Melayu.

"Ramai orang Cina (sudah keluar mengundi) tetapi jumlah orang Melayu yang turun mengundi masih sedikit," katanya kepada pemberita.

10:00am Pegawai kempen Ramkarpal, Ng Wei Aik, mengadu kepada pengurus pilihan raya bahawa calon PCM Huan Cheng Guan berkempen dalam SJK Kong Min.

10am: Peratus keluar mengundi setakat jam 9 pagi, 8.62 peratus atau 7,112  pengundi.

9.45am: SMK Air Itam - Ramkarpal tiba bersama ibunya Gurmit Kaur dengan keadaan yakin.

9.30am: SMK Air Itam – ADUN Paya Terubong Yeoh Soon Hin, selesai membuang undi di pusat pengundian terbesar itu dengan 18,929 pengundi.


9:15am Kg Melayu – Calon bebas Mohamed Nabu Bux Mohd Abdul Sathar tiba bersama dua penyokongnya dan melawat saluran 1 di pusat pengundian Sek Keb Sri Aman.

Beliau meluangkan kira-kira 10 minit bersalam dengan pengundi kawasan berkenaan dan pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya berkenaan.

Nabi Bux kelihatan ceria dan yakin bakal menyaingi calon DAP dan Parti Cinta Malaysia.


9:00am: Kg Melayu - Pengundi sekitar kawasan mula hadir ke dua pusat pengundian yang terletak bersebelahan iaitu Sek Keb Ayer Itam dan Sek Keb Sri Aman di sini.

Calon Bebas Mohamed Nabi Bux Mohd Abdul Sathar berkata akan hadir ke Sek Keb Ayer Itam untuk lawatan pertamanya hari ini.

8.45am: SMK Air Itam – Exco Phee Boon Poh mengadu pemilih keliru dengan tanda arah yang disediakan SPR di kawasan sekolah.

Beliau tidak dibenarkan masuk membincangkan perkara itu dengan SPR dan polis atas kebimbangan cuba memancing undi, yang dinafikannya.

"Orang ramai sudah pun buat pilihan mereka," katanya.

Ketua polis negeri Abdul Rahim Hanafi singgah kira-kira 7.45 pagi tadi di sekolah sama untuk meninjau keadaan.


8.30am: DAP bersedia dengan 37 kenderaan untuk mengangkut pemilih ke pusat pembuangan undi. Ramkarpal dijangka membuat lawatan pertama di SMK Air Itam pada jam 9 pagi.

Ketua Menteri Lim Guan Eng akan mengundi di Sekolah Menengah Chung Hwa  pada jam 3 petang.

Kali ini, tiada pondok panas pihak bertanding didirikan.

7.50am: SK Seri Relau – Jalan raya masih tenang. Bagaimanapun, terdapat pemilih yang sudah berdaftar untuk menunaikan tanggungjawabnya.  (MK)




@



0 comments:

Post a Comment - Kembali ke Post

Gosip Artis Malaysia | Punca Sebenar budak 2 tahun dipenggal kepala sampai putus (7 <b>...</b>