Gosip Artis | Artis Malaysia | Gossip Artis Malaysia | Cerita Artis Malaysia | Gambar Artis Malaysia | Malaysia Artist | Artis kontroversi

Premis Jual Barang Tiruan Dirampas Di Jalan Petaling.

Premis Jual Barang Tiruan Dirampas Di Jalan Petaling.


Premis Jual Barang Tiruan Dirampas Di Jalan Petaling.

Posted: 29 Aug 2014 11:02 PM PDT


Ibnu Hasyim

Premis Jual Barang Tiruan Dirampas Di Jalan Petaling.

 
Sebanyak 1,070 pelbagai jenis barangan tiruan bernilai RM250,000, antaranya beg tangan dan dompet dirampas dalam Ops Barangan Tiruan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) di sekitar Jalan Petaling, di Kuala Lumpur semalam.

Penolong Pengarah Kanan Bahagian Penguatkuasa KPDNKK Putrajaya, Aminuddin Muhammad berkata operasi yang dijalankan lebih dari tiga jam bermula pukul 3 petang itu melibatkan serbuan ke atas empat buah premis termasuk sebuah gerai di sekitar jalan itu.

"Seramai 10 anggota penguatkuasa KPDNKK dan tiga anggota polis dari Ibu pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur telah membuat serbuan di lokasi-lokasi berkenaan, bagaimanapun pemilik premis berjaya melarikan diri.

Hasil siasatan mendapati premis-premis berkenaan diuruskan penjual berbangsa asing dan berdasarkan rekod imigresen yang ditemui, dipercayai pemilik premis itu juga bukan warga tempatan," katanya kepada Bernama.

Kes disiasat di bawah Seksyen 8 Akta Perihal Dagangan 2011.
- Bernama


Adun PKR Belasah Rafizi Ramli

Posted: 29 Aug 2014 09:23 PM PDT


Addin

Adun PKR Belasah Rafizi Ramli


PETALING JAYA: Kenyataan Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli dilihat menghina ADUN  dari PKR Selangor  dan tidak mencerminkan seorang naib presiden kerana mencabar ahli-ahli Adun di media.Menurut ADUN Sri Muda, Shuhaimi Shafiei, tidak perlu untuk beliau dan rakan-rakan ADUN diarah tarik diri kerana mereka bukanlah orang yang dicalonkan sebagai MB. 

Cabaran Rafizi dilihat menghina mereka, seolah-olah mereka tidak ada pendirian."Saya sangat terkejut dengan saranan Rafizi hari ini. Disebabkan beliau mencadangkan melalui media, maka saya menjawap melalui media juga.""Siapa Rafizi yang hendak menyuruh saya membuat itu dan ini?

Jika beliau mempunyai cadangan yang difikirkan baik, bawalah ke dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat untuk kita bincangkan dan membuat keputusan," katanya dalam satu kenyataan kepada FMT.Katanya lagi, kenyataan Rafizi sebulan dua ini banyak merosakkan hubungan dalam Pakatan Rakyat dan kini dia melebarkan lagi retak yang sedia ada dalam PKR. 

Cara beliau memberikan gambaran bahawa hanya pendapat beliau seorang sahaja yang betul dan beliau sahaja yang layak memberikan pendapat."Saya fikir telah tiba masanya untuk Presiden parti dan Ketua Umum menegur cara melampau Rafizi. Tindakannya telah banyak memberi persepsi yang tidak baik pada PR. 

Pandangan rakyat melihat beliau seolah-olah memaksa pendapatnya untuk diikuti oleh semua orang. Ini sangatlah dikesali," ujarnya.Dalam masa yang sama Shuhaimi turut memberi amaran kepada Rafizi agar menghentikan segera sikap tergopoh-gapah beliau.

"Ia bakal menyerlahkan sikap sebenar seorang anak muda yang gelojoh dan mempunyai agenda peribadi dalam perlantikan Menteri Besar yang baru ini."Ia jelas mempamerkan sikap seorang yang angkuh dan bongkak. 

Saya ingin berpesan, hentikan tindak tanduk beliau ini. 'Wayang Langkah Kajang' sudah melabuhkan tirainya.""Tan Sri Khalid Ibrahim sudah berhenti. Berilah ruang kepada pihak istana melakukan tugas terakhir mengikut undang undang tubuh negeri dengan teratur," tegasnya.

Selain itu ADUN Seri Muda itu turut memuji tindakan YB Nik Nazmi mengeluarkan kenyataan.Menurutnya, ia wajar dipuji kerana beliau juga dicadangkan namanya sebagai calon oleh Pemuda PAS. 

Walaupun beliau tidak perlu berikan jawapan balas begitu kerana ia hanya cadangan rakan sejawatnya, namun Shafiei menghormati pendiriannya."Hakikat sebenar semua ADUN sudah menandatangani SD menyatakan sokongan kepada YB Dato Seri Wan Azizah Ismail adalah bukti sokongan padu saya /kami untuk akur kepada keputusan parti.

"Azmin Ali yang turut dicalonkan juga sudah secara terbuka mengatakan beliau mengikut keputusan parti dan beliau juga telah tandatangan SD menyokong Dato Seri Wan Azizah Ismail. Justeru itu tidak ada kewajaran cabaran Rafizi dan beliau tidak perlu mempertikaikan kesetiaan saya / kami kepada parti," ujarnya. ~fmt





Isu MB: Haluan Sendiri PAS, "strategi" Bukan "prinsip". - Khalid Samad.

Posted: 29 Aug 2014 08:51 PM PDT


Ibnu Hasyim

Isu MB: Haluan Sendiri PAS, "strategi" Bukan "prinsip". - Khalid Samad.


Golongan muda PAS merasakan parti Islam itu terlalu banyak berkompromi dengan rakan mereka dalam Pakatan Rakyat, menyebabkan kepimpinan PAS terpaksa membuktikan parti itu bertindak bebas dalam isu krisis MB Selangor. – Gambar The Malaysian Insider, 30 Ogos,2014. 
Golongan muda PAS merasakan parti Islam itu terlalu banyak berkompromi dengan rakan mereka dalam Pakatan Rakyat, menyebabkan kepimpinan PAS terpaksa membuktikan parti itu bertindak bebas dalam isu krisis MB Selangor. – Gambar The Malaysian Insider, 30 Ogos,2014. 

Tekanan dari golongan muda PAS yang merasakan mereka terpaksa menurut agenda rakan parti PKR dan DAP menyebabkan kepimpinan pusat parti Islam itu mengorak haluan sendiri dalam krisis menteri besar (MB) Selangor, kata  Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad.

Ahli jawatankuasa PAS pusat itu berkata itulah sebabnya PAS berdegil dalam krisis MB Selangor dan bercanggah pendapat dengan PKR dan DAP dengan tidak menyokong sepenuhnya pencalonan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai MB baru.

Demikian lapor The Mlaysian Insider hari ini.

"Kita perlu faham mengapa PAS berkelakuan sedemikian. Saya rasa masalah utamanya ialah golongan muda PAS... pemimpin lebih muda, mereka merasakan seperti perlu turut sahaja dengan agenda PKR dan DAP," kata Khalid kepada The Malaysian Insider.
"Mereka merasakan seolah-olah identiti PAS dan ahli partinya semakin kabur, solah-olah kita mengikut sahaja rancangan (Ketua Umum PKR Datuk Seri) Anwar Ibrahim dan kumpulan beliau.
"PAS ingin menunjukkan ahlinya yang ia ada pendirian sendiri dan ia masih bebas," kata Khalid tentang penentangan partinya terhadap rakan parti Pakatan Rakyat (PR) dalam isu MB yang berkemungkinan memecahbelahkan pakatan berusia enam tahun itu.

Khalid memberitahu The Malaysian Insider ada ahli secara terbuka meminta pemimpin PAS mengkaji semula kerjasama dengan PKR dan DAP, mengatakan parti Islam tersebut sudah banyak berkompromi.

"Berdasarkan sentimen ini, ada antara pemimpinnya yang ingin menunjukkan identiti yang berbeza daripada PKR dan DAP, jadi kita dapat katakan kita bukannya hanya bertindak mengikut arahan PKR dan DAP." tambahnya.
"Sebagai parti yang kukuh kedudukannya, PAS tidak mahu dilihat sebagai orang bawahan PKR."
Bagaimanapun, Khalid berkata ini merupakan agenda Umno dan BN bagi mewujudkan perselisihan antara parti dalam PR.
"Jadi malang sekali, inilah yang tidak difahami ahli serta pemimpin kita sendiri... sebenarnya kita tidak melakukan apa-apa yang tidak kita persetujui. Jika terdapat perbezaan pendapat, selalunya ia akan diselesaikan melalui perbincangan," tambahnya.

Rabu lepas, Khalid berkata mereka yang ingin PAS meninggalkan PR patut keluar parti itu. Beliau berkata sekiranya ahlinya berpendapat partinya lebih baik tanpa PR, mereka patut meninggalkan parti dan sertai Umno.

"Sebaik sahaja ahli-ahli ini pergi, barulah PAS boleh menjadi rakan yang efektif kepada PR."

Pendirian parti Islam tersebut menamakan sekurang-kurangnya dua calon menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim membangkitkan persoalan keteguhan PR, memandangkan PKR dan DAP bertegas menamakan calon tunggal Dr Wan Azizah, bagi jawatan tersebut. Ini berlaku selepas Sultan Selangor mengarahkan setiap parti mengemukakan lebih daripada dua nama calon, membayangkan istana tidak berkenan dengan Dr Wan Azizah.

Bagaimanapun, Khalid memandang ringan isu tersebut dengan mengatakan perbalahan antara PAS dan rakan partinya hanya berkisar aspek "strategi" dan bukan dari segi "prinsip".

"Ia tidak sepatutnya dilihat sebagai masalah kerana ia bukannya isu besar," katanya, pada masa sama mengatakan cabaran terbesar tahun ini ialah memastikan kesinambungan PR.
"PKR dan DAP juga perlu faham pendirian kami supaya mereka juga akan pastikan apa sahaja keputusan yang perlu dibuat, reputasi dan kepentingan kami juga turut dipertahankan." Kata Khalid Samad melalui The Malaysian Insider lagi.– 30 Ogos, 2014. (IH)


Patutlah PAS Bagi 2 Nama Calon MB Ke Istana Selangor.. Ikuti Penjelasan AJK PAS Pusat

Posted: 29 Aug 2014 07:39 PM PDT


Addin

Patutlah PAS Bagi 2 Nama Calon MB Ke Istana Selangor.. Ikuti Penjelasan AJK PAS Pusat


Tekanan dari golongan muda PAS yang merasakan mereka terpaksa menurut agenda rakan parti PKR dan DAP menyebabkan kepimpinan pusat parti Islam itu mengorak haluan sendiri dalam krisis menteri besar (MB) Selangor, kata  Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad.

Ahli jawatankuasa PAS pusat itu berkata itulah sebabnya PAS berdegil dalam krisis MB Selangor dan bercanggah pendapat dengan PKR dan DAP dengan tidak menyokong sepenuhnya pencalonan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai MB baru."Kita perlu faham mengapa PAS berkelakuan sedemikian.

Saya rasa masalah utamanya ialah golongan muda PAS... pemimpin lebih muda, mereka merasakan seperti perlu turut sahaja dengan agenda PKR dan DAP," kata Khalid kepada The Malaysian Insider.

Mereka merasakan seolah-olah identiti PAS dan ahli partinya semakin kabur, solah-olah kita mengikut sahaja rancangan (Ketua Umum PKR Datuk Seri) Anwar Ibrahim dan kumpulan beliau.

"PAS ingin menunjukkan ahlinya yang ia ada pendirian sendiri dan ia masih bebas," kata Khalid tentang penentangan partinya terhadap rakan parti Pakatan Rakyat (PR) dalam isu MB yang berkemungkinan memecahbelahkan pakatan berusia enam tahun itu.

Penganalisis politik berkata tampak ada antara ahli PAS merasakan PR perlu mengikut rentak parti Islam tersebut, seperti yang berlaku di Kedah sebelum Pilihan Raya Umum 2013 (PRU13) dan semasa isu hudud timbul.

PAS Kedah menghadapi pergaduhan dan pergolakan dalaman di bawah pimpinan Allahyarham Datuk Seri Azizan Abdul Razak, dan PAS kekal dengan MB satu penggal itu apabila bertanding untuk PRU13 dan hilang kuasa atas negeri itu kepada Barisan Nasional (BN).

Parti itu bertegas mahu menguatkuasakan kanun jenayah Islam hudud, meskipun rakan PKR dan DAP membantah dengan mengatakan jika isu itu terus digembargemburkan, mereka aan kehilangan undi pada masa depan.

Khalid memberitahu The Malaysian Insider ada ahli secara terbuka meminta pemimpin PAS mengkaji semula kerjasama dengan PKR dan DAP, mengatakan parti Islam tersebut sudah banyak berkompromi.

"Berdasarkan sentimen ini, ada antara pemimpinnya yang ingin menunjukkan identiti yang berbeza daripada PKR dan DAP, jadi kita dapat katakan kita bukannya hanya bertindak mengikut arahan PKR dan DAP." tambahnya.

"Sebagai parti yang kukuh kedudukannya, PAS tidak mahu dilihat sebagai orang bawahan PKR."Bagaimanapun, Khalid berkata ini merupakan agenda Umno dan BN bagi mewujudkan perselisihan antara parti dalam PR."Jadi malang sekali, inilah yang tidak difahami ahli serta pemimpin kita sendiri... sebenarnya kita tidak melakukan apa-apa yang tidak kita persetujui. 

Jika terdapat perbezaan pendapat, selalunya ia akan diselesaikan melalui perbincangan," tambahnya.

Rabu lepas, Khalid berkata mereka yang ingin PAS meninggalkan PR patut keluar parti itu.Beliau berkata sekiranya ahlinya berpendapat partinya lebih baik tanpa PR, mereka patut meninggalkan parti dan sertai Umno.

"Sebaik sahaja ahli-ahli ini pergi, barulah PAS boleh menjadi rakan yang efektif kepada PR."Pendirian parti Islam tersebut menamakan sekurang-kurangnya dua calon menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim membangkitkan persoalan keteguhan PR, memandangkan PKR dan DAP bertegas menamakan calon tunggal Dr Wan Azizah, bagi jawatan tersebut.

Ini berlaku selepas Sultan Selangor mengarahkan setiap parti mengemukakan lebih daripada dua nama calon, membayangkan istana tidak berkenan dengan Dr Wan Azizah.

PAS mengulangi ia akan menghantar dua nama calon MB Selangor kepada Sultan, sekaligus menentang keputusan Majlis Presiden PR mencalonkan hanya Dr Wan Azizah, mengatakan mereka hanya menurut titah Sultan.

PAS juga menimbulkan kemarahan PR sebelum ini apabila mengambil masa terlalu lama memutuskan sama ada menyokong penyingkiran Khalid Ibrahim, dan meskipun digesa membuat keputusan dengan lebih cepat, kepimpinan PAS hanya bermesyuarat seminggu selepas PKR memecat Khalid Ibrahim.

Penganalisis menjangkakan gambaran masa depan suram bagi Pakatan.Khoo Kay Peng berkata penentangan PAS ini bakal menjatuhkan PR pada peringkat negeri dan kebangsaan.

Ibrahim Suffian dari Merdeka Center juga setuju bahawa kedegilan PAS untuk mencalonkan dua nama pasti "mewujudkan lebih banyak ketegangan" dalam pakatan tersebut.

Bagaimanapun, Khalid memandang ringan isu tersebut dengan mengatakan perbalahan antara PAS dan rakan partinya hanya berkisar aspek "strategi" dan bukan dari segi "prinsip".

"Ia tidak sepatutnya dilihat sebagai masalah kerana ia bukannya isu besar," katanya, pada masa sama mengatakan cabaran terbesar tahun ini ialah memastikan kesinambungan PR.

"PKR dan DAP juga perlu faham pendirian kami supaya mereka juga akan pastikan apa sahaja keputusan yang perlu dibuat, reputasi dan kepentingan kami juga turut dipertahankan. ~tmi





Iklan C (ii)













@



0 comments:

Post a Comment - Kembali ke Post

Premis Jual Barang Tiruan Dirampas Di Jalan Petaling.