Gosip Artis Malaysia | Pakar Penganalisis Politik Dedah Punca Sebenar Kekalahan DAP <b>...</b> |
- Pakar Penganalisis Politik Dedah Punca Sebenar Kekalahan DAP <b>...</b>
- Sahabat Sebantal Umno Perlekeh Kemenangan BN Di PRK Teluk <b>...</b>
- Gao Huayun & Mimi - <b>Gossip</b> panas <b>artis malaysia</b> - Blogger
- Sadis- Video budak 2 tahun ditemui mati dipenggal kepala di Klang <b>...</b>
Pakar Penganalisis Politik Dedah Punca Sebenar Kekalahan DAP <b>...</b> Posted: 01 Jun 2014 10:42 PM PDT Mereka memberitahu The Malaysian Insider, jangka masa setahun selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) terlalu pendek bagi pengundi untuk kecewa dengan PR dalam menguruskan beberapa isu yang kebanyakannya berpusat di Selangor atau pengundi Teluk Intan "menghukum" gabungan pembangkang itu. Lagipun, bukan semua pengundi luar Teluk Intan menetap di Selangor di mana PR menguasai kerajaan negeri untuk penggal kedua yang berdepan dengan masalah air, rampasan Bible berbahasa Melayu dan Iban serta lebuhraya kontroversi. "Satu tahun kekecewaan berbanding dengan lebih 60 tahun daripada apa yang pada dasarnya pemerintahan rasuah BN, saya tidak fikir hujah ini boleh dipakai," kata penganalisis politik, Dr Oh Ei Sun kepada The Malaysian Insider."Peratusan keluar mengundi rendah mungkin disebabkan mereka berfikir DAP sudah pasti akan memenangi kerusi tersebut," tambahnya. Sebaliknya, penganalisis dari Sekolah Pengajian Hubungan Antarabangsa S Rajaratnam di Singapura itu percaya DAP kalah kepada jentera BN yang kuat di Teluk Intan."DAP biasanya menang dengan rayuan media massa, tetapi dalam perlumbaan rapat seperti ini, jentera pilihan raya benar-benar penting, jadi DAP perlu bekerja keras mengukuhkan jentera di kawasan ini," kata Oh. Terdapat juga dakwaan keputusan DAP meletakkan Dyana Sofya Mohd Daud sebagai calon menyebabkan ketidakpuashatian di kalangan jentera yang mahukan calon tempatan, walaupun ini sudah dijelaskan oleh pemimpin parti itu pada awal waktu berkempen. Penganalisis politik Khoo Kay Peng juga berkata, walaupun sesetengah pengundi mungkin kecewa dengan masalah PR di Selangor dan juga kelemahan gabungan itu menggendalikan isu kontroversi hudud, tidak semua pengundi dari kerusi separa bandar itu tinggal atau bekerja di negeri terkaya dan termaju itu. Beliau menegaskan salah satu daripada sebab yang menyumbang kepada kemenangan BN adalah kerana DAP menggunakan strategi yang salah dan menambah, parti itu dilihat angkuh dan terlalu yakin menjelang pilihan raya kecil itu."Keyakinan mereka 'kemenangan sudah pasti' dan jumlah lebih besar orang yang menghadiri ceramah sebagai tanda kemenangan adalah salah," katanya. Pada ceramah akhir menjelang hari pengundian, Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang mendakwa 20,000 menghadiri ceramah mereka; pada masa sama, portal berita Malaysiakini melaporkan hanya 70 orang menghadiri ceramah BN. "Pada saat akhir, beberapa pemimpin memberi amaran Dyana hanya mempunyai 47% peluang untuk menang dan menggesa pengundi luar untuk kembali, tetapi mesej itu terlambat," kata Khoo. Dyana yang masih baru dalam politik dikalahkan dengan tipis oleh calon BN, Datuk Mah Siew Keong dengan majoriti 238 undi.Mah yang juga presiden Gerakan mendapat 20,157 undi berbanding Dyana yang hanya mendapat 19,919 undi. Terdapat 550 undi rosak.Mah merupakan ahli Parlimen Teluk Intan selama dua penggal selepas memenangi kerusi itu pada pilihan raya umum 1999 dan 2004.Selepas itu, beliau kalah kepada M Manogaran (pada 2008 dengan majoriti 1,830 undi) dan Seah Leong Peng 2013, dengan majoriti 7313 undi), kedua-duanya merupakan calon DAP. Peratusan keluar mengundi rasmi Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan 66.7% berbanding 80.7% pada PRU13 dan ini memudaratkan DAP kerana ia merupakan isyarat pengundi tidak menganggap pilihan raya kecil serius. "Perlu ada alasan kukuh untuk pulang mengundi dan pengundi tidak melakukannya untuk pilihan raya kecil. Ia tidak seperti pilihan raya umum, di mana pengundi mengetahui mungkin terdapat perubahan kerajaan," kata Profesor Dr James Chin dari Monash University Malaysia. Kedua-dua Dr Jayum Jawan dari Universiti Putra Malaysia dan Dr Arnold Puyok dari Universiti Malaysia Sarawak merasakan DAP tidak begitu gigih meyakinkan pengundi luar Teluk Intan untuk pulang mengundi. Jayum berpandangan ia berlaku kerana faktor baik PRK Bukit Gelugor pada 25 Mei, di mana DAP menang kerusi tersebut dengan mudah sementara Puyok mengatakan DAP terlalu tertumpu kepada Dyana berbanding isu setempat yang menjadi kebimbangan utama pengundi kawasan separa bandar itu. Tetapi Pengarah Strategi DAP, Dr Ong Kian Ming memberi amaran kekecewaan dengan prestasi PR selepas PRU13 tidak boleh ditolak sebagai punca peratusan mengundi yang lebih rendah. "Pakatan perlu mempertimbangkan arah keseluruhan gabungan itu untuk bergerak ke hadapan bagi mengelakkan pengundi tidak keluar mengundi dalam PRU kerana kecewa dengan kedua-dua BN dan PR," katanya. Ong juga tidak percaya keputusan PRK Teluk Intan adalah disebabkan pengundi bertindak balas kepada masalah kerajaan Selangor atau ketidakupayaan PR menguruskan PAS yang berdegil untuk melaksanakan hudud di Kelantan. Hasrat PAS melaksanakan hudud di Kelantan mendapat tentangan sengit daripada DAP dan parti komponen Cina BN.Setakat ini, rancangan itu ditangguhkan sehingga satu kajian dilakukan oleh jawatankuasa yang terdiri daripada Putrajaya, PAS dan kerajaan Kelantan. ~tmi Iklan C (ii) |
Sahabat Sebantal Umno Perlekeh Kemenangan BN Di PRK Teluk <b>...</b> Posted: 01 Jun 2014 08:33 PM PDT Setiausaha Agung Perkasa, Syed Hasan Syed Ali turut berkata, calon DAP di kerusi Parlimen Teluk Intan, Dyana Sofya Mohd Daud seharusnya lebih banyak "memaki hamun" Perkasa untuk menang di kerusi tersebut. "Kemenangan BN lebih bernasib baik kerana masyarakat Teluk Intan belum boleh terima calon muda yang jelas masih mentah dalam politik dan belum cukup matang untuk perjuangkan nasib rakyat. "Apa pun, jika jumlah keluar mengundi lebih tinggi, pasti DAP menang. Jelas penyokong DAP terlalu yakin akan menang jadi ramai berfikiran begitu, akhirnya mereka tidak keluar mengundi," kata Syed Hasan kepada The Malaysian Insider. Beliau turut berkata, Dyana Sofya dan ibunya, Yammy Samat seharusnya membuktikan mereka berada sangat jauh daripada Perkasa dengan membakar bendera pertubuhan tersebut untuk memenangi sebarang pilihan raya sekiranya kembali dicalonkan. "Dyana Sofya masih boleh ke hadapan dan berjaya atas tiket DAP masa hadapan. Dia perlu lebih kuat maki hamun Perkasa. Kena lebih kuat pertikai hak Melayu dan kena sebut semua rakyat negara ini kena terima kesamarataan dengan lebih tegas, perlu bersuara tegas peruntukan pembangunan Islam dengan agama-agama lain mesti sama banyak, tidak boleh hanya tumpu Islam sahaja. "Dyana Sofya terlupa perjuangkan golongan LGBT masa kempen tempoh hari. Lain kali kalau ada peluang bertanding lagi dia perlu mengajak pejuang-pejuang LGBT bersama dalam kempen. Jika semua di atas dilakukan, Dyana Sofya boleh lebih tegas pasti akan menang dengan mudah, bukan Islam dan bukan Melayu akan sokong 100%," kata Syed Hasan merujuk kepada golongan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender. PRK Teluk Intan hujung minggu lalu menyaksikan penurunan jumlah pengundi yang keluar mengundi dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memaklumkan 66.5% keluar mengundi daripada 60,438 pengundi berdaftar apabila tamat tempoh mengundi. Ketika pengundian awal pada 27 Mei, 95.61% atau 392 daripada 410 pengundi keluar mengundi.Mah berjaya memperoleh 20,157 undi menewaskan Dyana Sofya yang hanya meraih 19,919 undi. Kemenangan Mah menyaksikan Pakatan Rakyat (PR) kehilangan satu kerusi Parlimen, menjadikan BN memiliki 134 kerusi Parlimen dengan PR memiliki 88 kerusi Parlimen. Kerusi Parlimen Teluk Intan dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) dimenangi calon DAP, Seah Leong Peng. Kerusi itu bagaimanapun kembali kosong apabila beliau meninggal dunia akibat kanser. Mah, 53, yang juga anak jati Teluk Intan pada mulanya bertanding kerusi Parlimen itu pada pilihan raya umum 1999 yang menyaksikan beliau menewaskan calon DAP N Rajendran dengan majoriti 2,783 undi. Bekas Ketua Pemuda Gerakan dan Pengerusi Gerakan Teluk Intan itu mengekalkan kerusi berkenaan pada pilihan raya umum 2004, namun tewas pada 2008.Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang juga Pengerusi BN sebelum ini berkata, BN bersedia melantik Mah menganggotai Kabinet sekiranya beliau memenangi kerusi Parlimen Teluk Intan. "Saya boleh membuat komitmen itu di sini. Jika Datuk Mah memenangi Pilihan Raya Kecil Teluk Intan, maka sebagai Presiden Gerakan, beliau akan dilantik menganggotai Kabinet," katanya kepada wartawan Malaysia yang membuat liputan lawatan beliau ke China, Khamis lalu. Beliau berkata sebagai antara parti pengasas BN, sudah menjadi amalan untuk melantik Presiden Gerakan untuk menganggotai Kabinet. Syed Hasan juga berkata, Perkasa ingin memberikan peringatan kepada Mah yang menewaskan Dyana Sofya dengan majoriti 238 undi di Teluk Intan untuk tidak meminggirkan komuniti Melayu dan India yang turut membantu kemenangan beliau. "Gerakan masih terus bergantung kepada undi Melayu dan kaum India, maka apabila menjadi menteri nanti jangan lupa ada orang Melayu dan kaum India di Teluk Intan," katanya. ~tmi Iklan C (ii) |
Gao Huayun & Mimi - <b>Gossip</b> panas <b>artis malaysia</b> - Blogger Posted: 01 Jun 2014 11:15 PM PDT Gao (kanan) dan Mimi. KOTA KINABALU: Kumpulan lelaki bersenjata Abu Sayyaf tidak menyiksa atau mengapa-apakan warga China Gao Huayun dan pekerja resort Filipina Marcy Dayawan @ Mimi dalam tempoh 58 hari mereka ditawan di kawasan hutan di Jolo. Walau bagaimanapun, Mimi, 40, sentiasa diancam untuk dipenggal kepalanya jika keluarga Gao tidak membayar wang tebusan dalam masa 20 hari selepas mereka membuat panggilan. Difahamkan, dua wanita itu yang telah diserahkan kepada kumpulan Abu Sayyaf dengan bayaran oleh kumpulan penculik yang berpusat di Tawi Tawi itu sentiasa dijaga oleh sekurang-kurangnya 40 lelaki bersenjata selepas mereka terus dibawa ke Jolo. Mereka tidak dianiaya dan diberi makanan nasi dan ikan setiap hari, tetapi pernah sekali mendapat hidangan sayur-sayuran sepanjang mereka ditawan. Selepas rundingan berminggu-minggu, mediator berjaya menyelamat dan membebaskan Gao, 29 tahun dan Mimi pada hari Jumaat, kira-kira pukul 11.30 pagi. Mereka kemudian dibawa dari Jolo ke Sandakan pada pukul 4.30 petang sebelum diterbangkan ke Kota Kinabalu. Kedua-dua mereka berlepas ke Kuala Lumpur awal pagi semalam, manakala Gao terbang segera untuk pulang ke Shanghai. Polis sedang meneliti dokumentasi perjalanan untuk Mimi sebelum dia dihantar pulang ke Filipina. Kedua-dua wanita itu yang sering menangis semasa dikurung, tidak pernah terfikir bahawa mereka akan dibebaskan satu hari nanti dan bersyukur dengan pembebasan mereka. Dilaporkan, terdapat 'wanita ketiga' dengan mereka tetapi mereka tidak pasti sama ada dia adalah tebusan atau sebahagian daripada kumpulan itu. Kumpulan lelaki bersenjata Abu Sayyaf, yang terdiri daripada remaja sehingga lelaki berusia 40-an sering memerhatikan tebusan mereka di kawasan hutan di sebuah kampung di Jolo. Pada 2 April, Gao dan Mimi telah dibawa lari oleh tujuh lelaki bersenjata dalam 'pumpboat' kecil dari Singamata Reef Resort di Semporna sebelum mereka dipindahkan ke bot berkuasa tinggi dan terus dibawa ke Jolo. Difahamkan, mereka dibawa ke sebuah kawasan hutan, tetapi tiga hari kemudian apabila helikopter tentera Filipina berlegar di kawasan itu, mereka berpindah ke kawasan pedalaman di mana mereka kekal di situ sehingga mangsa berjaya diselamatkan. Walaupun Gao telah bersatu semula dengan keluarganya di China, nasib Mimi masih tidak diketahui kerana keluarganya, termasuk ibu bapanya, masih tidak pulang ke rumah mereka di Kampung Makam di bandar Semporna. Jirannya berkata, mereka tidak melihat ahli-ahli keluarganya yang pada mulanya ditahan polis atas kemungkinan wujudnya kaitan antara mereka dan penculik. Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata, polis telah membebaskan ahli keluarganya selepas disoal siasat. Beliau berkata, bagaimanapun, mereka masih menyiasat sama ada Mimi mempunyai sebarang kaitan dengan penculikan itu. Polis negeri dan polis Bukit Aman telah mengambil keterangan daripada Gao dan Mimi. "Jika kita yakin bahawa Mimi tidak terlibat, dia akan dihantar balik ke keluarganya di Filipina," kata beliau ketika dihubungi. (IH) Lihat sebelum ini.. Semporna: Wang Tebusan Besar Dibayar. Najib Tipu? ...Culik Di Semporna: Tebusan Bebas Tanpa Wang Pampas... |
Sadis- Video budak 2 tahun ditemui mati dipenggal kepala di Klang <b>...</b> Posted: 30 May 2014 12:50 AM PDT KUALA LUMPUR: Seorang kanak-kanak perempuan ditemui mati dalam keadaan kepalanya terpisah dari badan di tebing Sungai Klang berhampiran stesen komuter Kuala Lumpur, Jalan Hishamuddin, di sini, malam tadi. Kanak-kanak malang berusia antara dua hingga tiga tahun berkenaan ditemui orang awam kira-kira jam 9 malam dipercayai dikelar seorang lelaki warga asing yang sempat melarikan diri. Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad berkata, mangsa dikatakan dibawa lari oleh suspek berkenaan dari sebuah pusat beli belah di Pudu Sentral ketika ditinggalkan bersama rakan ibunya. "Polis sedang mengesan suspek yang melarikan diri sebaik menyedari tindakannya mengelar leher mangsa dilihat orang awam dan usaha mengesan lelaki warga asing berusia 30-an itu sedang giat dijalankan. "ibu bapa mangsa sudah dimaklumkan dan mereka sudah membuat pengecaman, namun belum disoal siasat berikutan keadaan ibunya yang hampir pengsan sebaik melihat keadaan anaknya," katanya. Menurut Zainuddin, pemeriksaan di tempat kejadian menemui serpihan jubin berhampiran mayat namun belum dapat dipastikan sama ada ia digunakan untuk mengelar mangsa. "Polis tidak menolak kemungkinan suspek menggunakan senjata tajam untuk mengelar leher mangsa berdasarkan kesan kelar berkenaan," katanya. Motif sebenar kejadian itu belum dikenalpasti dan siasatan lanjut dijalankan mengikut seksyen 302 Kanun Keseksaan. - Astro Awani VIDEO: |
You are subscribed to email updates from gosip artis malaysia - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
@
Tagged @ Artis Baru
Tagged @ Artis Cantik
Tagged @ ARTIS MALAYSIA
Tagged @ Artis Melayu
Tagged @ artis wanita malaysia 2014
Tagged @ flexia masuk islam
Tagged @ GOSIP ARTIS
Tagged @ GOSIP ARTIS MALAYSIA
Tagged @ hamil 2014
0 comments:
Post a Comment - Kembali ke Post