Gosip Artis | Artis Malaysia | Gossip Artis Malaysia | Cerita Artis Malaysia | Gambar Artis Malaysia | Malaysia Artist | Artis kontroversi

Gosip Artis Malaysia | B/Gelugor: DAP Berjaya Raih Undi Melayu - Gossip panas artis ...

Gosip Artis Malaysia | B/Gelugor: DAP Berjaya Raih Undi <b>Melayu</b> - <b>Gossip</b> panas <b>artis</b> <b>...</b>

Link to gosip artis malaysia - Google Blog Search

B/Gelugor: DAP Berjaya Raih Undi <b>Melayu</b> - <b>Gossip</b> panas <b>artis</b> <b>...</b>

Posted: 26 May 2014 09:00 AM PDT

KUALA LUMPUR: Pertambahan undi Melayu untuk calon DAP, Ramkarpal Singh Deo dalam pilihan raya kecil Bukit Gelugor disifatkan satu kemenangan besar buat Pakatan Rakyat. Menurut Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Mohamad Sabu, pengundi dari Kampung Melayu antara yang terbanyak memberi undi kepada calon DAP walaupun Umno BN sering menggambarkan parti itu anti Islam dan Melayu.

"Kita berbangga apabila undi melayu meningkat dalam PRK semalam. Orang Melayu di Bukit Gelugor tidak mudah terpengaruh dengan politik Umno BN.
"Satu kejayaan besar apabila unit peti undi di situ tidak pernah menang tetapi kali ini ia menyebelahi Pakatan Rakyat," katanya kepada Harakahdaily.

Beliau yang juga Timbalan Presiden PAS, berkata, PRK Bukit Gelugor menyaksikan 869 undi dari Kampung Melayu telah berjaya diperoleh DAP berbanding 433 yang menyokong Parti Cinta Malaysia (PCM).

Difahamkan, Kampung Melayu merupakan salah satu daripada dua kawasan majoriti pengundi Melayu yang gagal diraih undi oleh DAP pada Pilihan Raya Umum Ke-13. Jelas Mohamad, kemenangan ini juga menunjukkan kebencian rakyat terhadap isu perkauman yang dibawa oleh Umno BN apatah lagi dengan insiden mereka menceroboh sidang Dun Pulau Pinang baru-baru ini.

Bukan itu sahaja, tambahnya, kehidupan rakyat yang semakin terhimpit dengan pelbagai kenaikan kos hidup dalam masa yang sama pembaziran terus berlaku membuatkan rakyat menolak pentadbiran Umno BN.

"Dalam keadaan rakyat miskin, kerajaan pula boleh membawa masuk dua ekor panda yang menelan kos puluhan juta ringgit, bagi rakyat ini adalah pembaziran," katanya yang juga Timbalan Presiden PAS. Selain tanpa penyertaan Umno dalam PRK ini, bagi Mohamad tiga calon lawan DAP yang kehilangan wang deposit juga memberi gambaran bahawa Pakatan Rakyat menjadi pilihan rakyat.

"Kemenangan ini sekaligus menjadi referedum rakyat menolak pentadbiran Umno BN," tambahnya.

Dalam PRK itu, calon Pakatan Rakyat dari DAP itu menang dengan majoriti 37,659 undi. Calon PCM, Datuk Huan Cheng Guan mendapat 3,583 undi sementara dua calon Bebas, Mohamed Nabi Bux Mohd Nabi Abdul Sathar (799) dan Abu Backer Sidek (225), undi rosak pula 539.

Sebanyak 46,099 pengundi atau 56.04 peratus daripada keseluruhan 82,431 membuang undi di 17 pusat mengundi. - HARAKAHDAILY 26/5/2014

<b>Artis</b> Pondan Ini Penyebab Banjir Besar Di Balkan. - <b>Gossip</b> panas <b>...</b>

Posted: 26 May 2014 04:33 PM PDT

Conchita Wurst. ©2013 
 

Seorang pendeta asal wilayah Balkan menyalahkan pondan Conchita Wurst asal Austria sebagai penyebab banjir di negeri itu . Air bah tersebut mengorbankan 50 orang .

Akhbar the Daily Mail melaporkan , Jumaat ( 23 / ​​5 ) , Wurst tampil di acara bertajuk Eurovision dan langsung tersohor sedunia lantaran tetap mempertahankan janggut meski sudah mengimbangi dirinya jadi wanita .


Penyanyi bernama asli Thomas Neuwirth ini dianggap penyebab utama Tuhan menghukum Balkan dengan memberikan banjir besar meragut nyawa puluhan orang . 

 Sekitar 150 ribu orang menjadi pelarian dari rumahnya . Pendeta Montenegro Partriark Amfilohije mengatakan banjir itu bukan kebetulan namun peringatan . Dia menyayangkan Eurovision memaparkan Wurst yang melanggar norma dan kudrat Tuhan . 

 " Ini peringatan bagi mereka yang sepatutnya tidak memaparkan sisi liar manusia , " ujarnya .

Pemimpin spiritual Serbia , Patriarch Inerej juga mengatakan hal sama . Ini hukuman Ilahi bagi mereka yang melanggar undang-undang Tuhan dan banjir dipercayai boleh mencuci dosa - dosa dilakukan manusia .


Banjir kali ini paling teruk di Balkan dalam 120 tahun belakangan . Air yang naik juga mencetuskan tanah runtuh di Bosnia dan Serbia . Hujan memang sudah berhenti namun warga masih dirundung ketakutan .


Tuduhan ini bukan pertama kali dilayangkan pada Wurst . Dia pernah mengalami serentetan serangan dari mereka yang tidak suka pada homoseksual dan transeksual .
Cemuhan untuknya bahkan datang dari Rusia , Armenia , hingga Belarus . (IH)

Lihat sebelum ini..

<b>Artis</b> Nina Iskandar: Dia Dapat Hikmah Hudud.. ~ <b>Gossip</b> panas <b>artis</b> <b>...</b>

Posted: 26 May 2014 08:39 PM PDT

Artis Nina Iskandar: Dia Dapat Hikmah Hudud..

Nina memberitahu perubahannya itu bukanlah semata-mata kerana pelaksanaan hudud di negaranya tetapi ia ikhlas daripada hatinya. Foto Ihsan ROTIKAYA.

HALAMAN HIBURAN

PETALING JAYA: Pelakon baharu, Nina Iskandar mengakui antara sebab dia mula menutup aurat dan mengenakan tudung adalah kerana menghormati undang-undang terbaharu negara asalnya, Brunei Darussalam yang secara rasmi melaksanakan hukum hudud.

Nina, 23, bagaimanapun berkata, perubahannya itu bukanlah semata-mata kerana pelaksanaan hudud di negaranya, tetapi ia ikhlas daripada hatinya dan memang berhasrat untuk memakai tudung sebelum ini lagi.

"Brunei telah melaksanakan undang-undang syariah dan hudud, jadi sebagai rakyat dan wanita beragama Islam saya mahu membawa imej negara saya atas rasa hormat yang mendalam.

"Bagaimanapun perubahan saya ini bukan semata-mata kerana undang-undang baharu itu tetapi ia ikhlas dan datang daripada hati sendiri," jelasnya.

Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah pada awal Mei mengumumkan baginda akan meneruskan pelaksanaan hukum hudud biarpun mendapat kritikan di negara itu dan peringkat antarabangsa.


Fasa permulaan undang-undang itu berkuat kuasa secara rasmi dengan fasa kedua termasuk hukuman lebih ketat, termasuk potong tangan bagi kesalahan kecurian dan rompakan, yang akan dimulakan lewat tahun ini. Sementara kesalahan termasuk liwat dan zina akan dikenakan hukuman direjam sampai mati pada fasa ketiga.

Nina kelihatan ayu dengan berhijab.

Dalam pada itu, Nina berkata, perubahannya itu tidak dirancang, sebaliknya perasaan untuk menutup aurat datang secara tiba-tiba sejak beberapa minggu lalu. Jelas Nina lagi, sebelum itu dia sering mencuba mengenakan hijab sekiranya keluar bersama rakan-rakan dan berasa selesa dengan imej berkenaan.

"Sebelum ini saya sering pakai tudung jika keluar untuk cuba sama ada saya selesa atau pun tidak dan baru-baru ini hati saya terus terbuka untuk terus mengenakan hijab dan saya berasa begitu tenang.

"Perubahan ini juga sebagai salah satu persiapan untuk diri sendiri kerana jika tidak mulakan sekarang, bila lagi?," ujarnya.

Sementara itu, Nina berkata, pihak pengurusannya di Malaysia iaitu  Metrowealth International Group (MIG) juga tiada halangan untuk dia mengenakan tudung dan gembira dengan perubahannya itu.

Dalam perkembangan lain, Nina yang mengakui bakal bertunang dengan seorang ahli perniagaan dari Kelantan pada Ogos depan memberitahu masih belum membuat sebarang persiapan perkahwinan mereka kerana masih terlalu awal. Malah kata Nina, mereka juga belum menetapkan sebarang tarikh perkahwinan untuk hari bahagia itu nanti. (mStar)

Sila lihat..

E-Buku IH-86: Hudud Selepas Nik Abdul Aziz MB K'tan.

E-Buku IH-86: Hudud Selepas Nik Abdul Aziz MB K'tan.



@



0 comments:

Post a Comment - Kembali ke Post

Gosip Artis Malaysia | B/Gelugor: DAP Berjaya Raih Undi <b>Melayu</b> - <b>Gossip</b> panas <b>artis</b> <b>...</b>