Gosip Artis Malaysia | Punca Sebenar Kekalahan Dyana Sofya Disebabkan Portal <b>...</b> |
- Punca Sebenar Kekalahan Dyana Sofya Disebabkan Portal <b>...</b>
- Tazkirah N/Aziiz: <b>Artis</b> Bersukan & Dakwah.. ~ <b>Gossip</b> panas <b>artis</b> <b>...</b>
- Punca Sebenar Kes Buli Pelajar Perempuan Di Sabah Dan <b>...</b>
- JAIS Cekup Menteri? ~ <b>Gossip</b> panas <b>artis malaysia</b>
- Touching. ~ <b>Gossip</b> panas <b>artis malaysia</b>
- Panas!! Mahathir Bagi Penyepak Pada Najib.. ~ <b>Gossip</b> panas <b>artis</b> <b>...</b>
Punca Sebenar Kekalahan Dyana Sofya Disebabkan Portal <b>...</b> Posted: 04 Jun 2014 09:30 PM PDT Punca Sebenar Kekalahan Dyana Sofya Disebabkan Portal, Facebooker Dan Blogger Pakatan Rakyat.. Ikuti Analisis Ini Di PRU13, Mah Siew Keong mendapat 20,086 undi di Teluk Intan. Di PRK Teluk Intan baru-baru ini, Siew Keong mendapat lebihan 71 undi kepada 20,157 undi. Lebihan 71 undi membawa nasib berbeza untuk Siew Keong, di mana beliau berjaya mengalahkan calon popular, Dyana Sofya Mohd Daud daripada DAP dan menguasai semula kerusi Parlimen Teluk Intan yang pernah dimilikinya sebelum 2008.Jadi, di mana 7,242 undi (mantan ahli Parlimen Teluk Intan Seah Leong Peng menang dengan 7,313 majoriti, dan penulis menganggap terdapat 71 undi yang berpaling tadah ke Siew Keong) yang sepatutnya memenangkan Dyana Sofya di Teluk Intan? DAP berusaha habis-habisan untuk memenangkan Dyana. Tetapi mengapa penyokong mereka tidak kembali untuk mengundi? Silap media pro-pembangkang dan permainan di media sosial "Dyana pasti menang besar." – Itulah persepsi yang dibina oleh media pro-pembangkang dan di media sosial seperti di Facebook dan Twitter sebelum Dyana dinamakan sebagai calon lagi. Dyana diangkat seperti seorang puteri istimewa. Popularitinya bukan sahaja naik mendadak, malah melonjak ke langit dalam sekelip mata. Mereka yang suka berlegar di Internet, terutamanya mereka daripada kalangan pro-pembangkang akan merasakan kemenangan Dyana sudah pasti, cuma majoriti sahaja yang perlu dirisaukan. Bahkan, DAP sendiri hanya memberikan ramalan bahawa majoriti kemenangan mereka di Teluk Intan berkemungkinan kurang daripada 1,000 undi. Perkataan kalah langsung tidak terlintas di minda mereka. Ini juga yang tersemai di minda pengundi luar Teluk Intan. Melihat bagaimana Ramkarpal boleh meraih jumlah majoriti yang tidak jauh beza daripada jumlah yang dicatat bapanya di Bukit Gelugor meskipun peratusan keluar mengundi hanyalah 56.05 peratus, menyebabkan para pengundi luar Teluk Intan pula merasakan Dyana juga akan selamat kerana DAP menang besar dengan 7,313 majoriti di 2013. Perasaan tidak perlu kembali mengundi diperhebatkan lagi apabila portal pro-pembangkang pula menceritakan bagaimana sesaknya Teluk Intan di hari terakhir kempen pada Jumaat malam Sabtu. Malah, ada media pro-pembangkang yang melaporkan bahawa kesesakan jalanraya itu adalah petanda bahawa pengundi luar sedang berpusu-pusu kembali ke kampung halaman mereka untuk mengundi. Ternyata mereka tersilap. Bukan itu sahaja, para pengundi luar yang baru habis bekerja di lewat petang Jumaat pula disajikan dengan gambar ceramah raksasa DAP yang dihadiri 10 ribu orang berbanding dengan hanya kurang seratus orang di BN yang berlegar di Facebook dan Twitter. Motivasi pengundi luar untuk kembali mengundi terus merudum apabila media pro-pembangkang melaporkan perbandingan hadirin ceramah terakhir antara DAP dan BN. Bukan itu sahaja, persepsi tersebut diperkuatkan lagi dengan komen-komen daripada pakar penganalisa yang meramalkan Teluk Intan akan kekal di tangan DAP. Bagi mereka yang mengikuti laporan PRK Teluk Intan secara dekat, sudah pasti mereka menganggap DAP sudah menang. Memandangkan DAP tidak berkempen untuk mengekalkan majoriti kemenangan yang ada, malah mereka menghantar mesej bahawa sasaran majoriti hanya 1,000, ramai pengundi luar beranggapan sasaran itu boleh dicapai tanpa kehadiran mereka. Senjata yang sepatutnya membantu DAP untuk memenangkan Dyana akhirnya makan tuan. Penasihat DAP, Lim Kit Siang sudah awal-awal lagi menghidu perkara ini akan berlaku. Dari awal lagi, Kit Siang menegaskan bahawa Dyana adalah 'underdog'. Namun, media pro-pembangkang tidak mengikut rentak catur politik Kit Siang, malah Dyana terus diangkat menjulang tinggi ke langit. Ini adalah faktor terbesar yang menyumbang kepada kekalahan mengejut Dyana. Dimensi baru politik perkauman Kekalahan Dyana membuka satu lembaran baru dalam perspektif politik perkauman. Daripada lensa kaum, PRK Teluk Intan memperlihatkan orang Melayu yang menyokong Umno sanggup memberikan undi untuk memenangkan calon Cina daripada Gerakan (Pakatan Rakyat hanya mencatat kenaikan 3 peratus di kalangan pengundi Melayu). Manakala orang Cina yang menyokong DAP pula tidak sanggup memberikan undi untuk memenangkan calon Melayu DAP apabila Pakatan Rakyat mencatat penurunan sebanyak 15 peratus daripada pengundi Cina. Umno boleh menggunakan PRK Teluk Intan sebagai bukti untuk mematahkan serangan parti-parti yang menuduh mereka rasis. Yang rasis bukan mereka, tetapi dua NGO yang bertopengkan bangsa dan agama itu – begitulah agaknya jawapan mereka kerana dua NGO tersebut langsung tidak kedengaran di PRK Teluk Intan. Yang pasti, PRK Teluk Intan membuktikan Umno (dan juga BN) tidak perlukan sokongan kedua-dua NGO itu untuk memenangi hari rakyat Malaysia semula. DAP juga boleh mematahkan tuduhan bahawa mereka rasis kerana mereka berani meletakkan Dyana sebagai calon. Yang rasis bukan mereka, tapi segelintir pengundi Cina yang hanya sanggup mengundi mengikut bangsa walaupun berlainan parti. Dan DAP (dan juga Pakatan Rakyat) tidak perlukan sokongan golongan ini jika mereka betul inginkan cita-cita menjadi parti berbilang kaum berjaya satu hari nanti. Kerana jika DAP akur pada kehendak golongan ini, sudah tentu hasrat mencalonkan lebih banyak Dyana yang boleh menukar imej DAP mustahil untuk dilakukan. Itu hikmah terbesar di sebalik keputusan PRK Teluk Intan bagi BN dan juga PR. Semoga Dyana dan keluarga tabah mengharungi kehidupan sehinggalah PRU14 tiba. Iklan C (ii) |
Tazkirah N/Aziiz: <b>Artis</b> Bersukan & Dakwah.. ~ <b>Gossip</b> panas <b>artis</b> <b>...</b> Posted: 04 Jun 2014 05:45 AM PDT Tazkirah N/Aziiz: Artis Bersukan & Dakwah.. Bergambar bersama Tok Guru. SUKAN KOTA BHARU: Seramai 18 artis yang akan menyertai perlawanan persahabatan bola sepak dengan pasukan Pejabat Menteri Besar mengikuti tazkirah disampaikan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Tazkirah ringkas itu diadakan tengah hari tadi ketika mereka mengunjungi Mursyidul Am PAS di Institut Pemikiran Tok Guru di Kota Darulnaim. Kumpulan artis terbabit diketuai Syed Aiman mewakili Kelab Sukan Artis Malaysia. Hadir sama Sabri Yunus, Fizo Omar, Danny X Factor, Syed Aiman dan Yantzen. Malam ini pasukan artis akan bertembung dengan pasukan Pejabat Menteri Besar yang akan membariskan beberapa bekas pemain Kelantan termasuk Hashim Mustafa, Salim Mahmood. Selain itu turut disertai Speaker Dun Kelantan, Datuk Abdullah Yakob, anggota parlimen Kota Bharu, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah dan beberapa pemain The Red Warriors. Perlawanan itu akan diadakan di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV. Pada tazkirah terbabit, Tuan Guru Nik Abdul Aziz berkata, penglibatan artis dalam medan dakwah menarik perhatian orang ramai terutamanya anak-anak muda. "Artis memiliki banyak kelebihan termasuk suara baik, rupa paras lawa dan sebagainya seharusnya juga memiliki akhlak yang baik kerana ia akan menjadi ikutan orang ramai."Tuan-tuan merupakan tumpuan masyarakat dan perkara yang dilakukan akan menjadi ikutan ramai. "Dan perlu ingat semua tindak tanduk akan dipersoal di akhirat nanti. Buat perkara baik apabila orang ikut akan mendapat pahala dan begitu sebaliknya," ujar beliau. Sementara itu Syed Omar berkata, kunjungan itu dibuat bagi memenuhi hasrat semua artis yang datang ke Kelantan dan mereka amat teruja dapat bertemu Tok Guru. (IH) |
Punca Sebenar Kes Buli Pelajar Perempuan Di Sabah Dan <b>...</b> Posted: 04 Jun 2014 08:39 PM PDT Satu lagi rakaman video pelajar sekolah bergaduh tersebar melalui jaringan media sosial. Sekurang-kurangnya ini adalah rakaman video yang kedua atau yang ketiga dalam masa seminggu ini. Ini bukan perkara baru. Apa yang baru barangkali ialah kejadian seperti ini senang tersebar kepada umum — terima kasih kepada teknologi yang memudahkan komunikasi. Ini bukan kejadian gaduh, sebenarnya. Ini kes buli. Seorang pelajar dikelilingi oleh sekumpulan pelajar lain. Pelajar yang seorang itu kemudiannya dicaci, dimaki, dihina dan kemudiannya dipukul. Kenapa kejadian buli seperti ini terus berlaku? Kenapa seorang remaja boleh membiarkan dirinya terus jadi mangsa buli? Kenapa sistem keluarga atau sistem sokongan di sekolah atau sistem masyarakat gagal membendung gejala buli? Apakah mungkin mereka yang terlibat ini kurang perhatian dan kasih sayang? Apakah yang ada dalam fikiran mereka ini sebenarnya? Apakah yang pelajar-pelajar itu fikirkan semasa mereka melakukan aksi buli itu? Apakah yang mereka dapat dengan membuli? Sejauh mana pula pengaruh budaya popular membentuk pemikiran mereka? Anda saksikan rakaman video di bawah ini. Di mana mereka belajar bercakap seperti ini?: "Gua pailang; itu Kak Yong". Bukankah itu antara dialog yang dipopularkan oleh filem-filem gangster yang berlambak di pawagam dan kemudiannya di televisyen? Apakah ini harga yang kita bayar sekarang selepas masyarakat diasak dengan filem-filem tempatan yang mengangkat citra samseng? Apakah ini kejayaan sumbangan sebahagian karyawan filem kita kepada 'pembangunan masyarakat'? Kami mahu mendengar suara dan pandangan anda untuk kita sama-sama memahami isu masyarakat ini. Kami memahami keresahan dan kemarahan anda melihat apa yang berlaku. Tetapi kami juga mahu anda berkongsi apakah jalan keluar daripada permasalahan ini. Sekiranya anda pernah jadi mangsa buli, bersediakah anda berkongsi pengalaman itu? Sekiranya anda pernah menangani kes buli, kami mengalu-alukan juga pengalaman anda. ~awani Iklan C (ii) |
JAIS Cekup Menteri? ~ <b>Gossip</b> panas <b>artis malaysia</b> Posted: 04 Jun 2014 10:48 PM PDT Ahli Parlimen Serdang, Dr Ong Kian Ming berkata adalah melucukan jika Timbalan Ketua Pengarah Jais Ahmad Zaki Arshad mendakwa nama pemain tenis Sepanyol, Rafael Nadal mirip kepada orang Islam sedangkan nama tersebut digunakan secara meluas di serata dunia. "Ramai bukan Islam terutamanya dari Sabah dan Sarawak mempunyai nama mirip kepada orang Islam. Sebagai contoh Ketua Pegawai Eksekutif Pemandu, Datuk Seri Idris Jala mempunyai nama seperti orang Islam walaupun beliau sebenarnya adalah penganut Kristian Kelabit dari Bario, Sarawak."Adakah Jais akan menyiasat seseorang dengan nama Idris Jala jika seseorang membuat laporan individu itu hadir ke mana-mana gereja di Selangor," katanya dalam satu kenyataan hari ini. Zaki berkata kepada The Malaysian Insider pada Selasa, jabatannya tidak akan menghukum seseorang hanya kerana memiliki nama Islam. "Sebagai contoh, jika Rafael Nadal datang ke Malaysia dan pergi ke gereja, kami perlu siasat kerana dia mempunyai nama Islam. Jadi jangat cepat membuat kesimpulan," katanya merujuk kepada pemain tenis nombor satu dunia itu. Ong mempersoalkan apakah salah umat Islam melawat gereja, kuil atau tokong semasa perayaan atau sebarang majlis sambutan. Katanya, serbuan Jais dan kenyataan Zaki jelas menunjukkan kegagalan mereka memahami sensitiviti bukan Islam di Selangor dan berlebihan dalam menyiasat laporan sedemikian. "Baru-baru ini terdapat rakan media yang mengadakan perkahwinan di sebuah gereja di Subang Jaya dan turut dihadiri rakan Melayu. Adakah Jais juga akan menyerbu dan mengganggu perkahwinan ini? "Adakah bukan Islam di Selangor sekarang dilarang menjemput kawan Melayu ke majlis perkahwinan atau perayaan yang diadakan di rumah ibadat bukan Islam?" soalnya. Beliau berkata, apa yang dilakukan Jais selepas rampasan Bible dan serbuan ke sebuah gereja di Petaling Jaya pada 2011 hanya menambahkan persepsi masyarakat bukan Islam di Selangor dibelenggu. Katanya, hubungan antara etnik juga akan bertambah teruk yang bukan hanya berlaku di Selangor tetapi di Malaysia secara keseluruhannya. Zarinah Abdul Majid, pengantin perempuan yang terlibat dalam serbuan Jais pada Ahad berkata sejak tujuh tahun lalu, dia berulang-alik ke Mahkamah Syariah dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk membuang perkataan "Islam" di kad pengenalannya. Katanya, ajaran Islam sememangnya tidak diamalkannya selain mendakwa kerugian ribuan ringgit untuk membayar peguam tetapi semuanya tidak berhasil. "Saya sudah tidak takut lagi. Saya sudah bosan dan tidak boleh tunggu lebih lama. Usia saya sudah meningkat dan saya mahu keluarga saya sendiri," katanya kepada The Malaysian Insider. Zarinah, 32, seorang pekerja kilang diikat "thali" di leher oleh kekasihnya selama tujuh tahun dalam satu upacara perkahwinan Hindu di Petaling Jaya. Beliau menjemput 400 tetamu dan membelanjakan lebih RM30,000 untuk majlis tersebut. Tetapi majlis perkahwinan itu tidak berjalan seperti dirancang apabila penguatkuasa Jais yang ditemani pegawai polis menahannya untuk menyoal tentang status agamanya. "Kebanyakan tetamu saya terkejut dan meninggalkan majlis tanpa menjamah makanan. Sangat memalukan dan menyakitkan hati," katanya. ~tmi Iklan C (ii) |
Touching. ~ <b>Gossip</b> panas <b>artis malaysia</b> Posted: 03 Jun 2014 08:30 AM PDT Touching. بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ. Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه Meja: www.peceq.blospot.com . Sumber: FB Club Yok Ngomong Jowo. |
Panas!! Mahathir Bagi Penyepak Pada Najib.. ~ <b>Gossip</b> panas <b>artis</b> <b>...</b> Posted: 04 Jun 2014 07:46 PM PDT Panas!! Mahathir Bagi Penyepak Pada Najib.. Perdana Menteri Malaysia yang paling lama berkhidmat, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini berkata beliau tidak akan menyaman mana-mana portal berita walaupun mereka mengutuk beliau, tidak sepertimana Perdana Menteri Datuk Seri, Najib Abdul Razak. Kos untuk mendapatkan khidmat peguam adalah satu faktor, di samping beliau tahu bahawa kutukan dan pujian adalah lumrah pada orang politik, kata bekas presiden Umno itu.Dr Mahathir berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai saman Najib terhadap Mkini Dotcom Sdn Bhd, penerbit Malaysiakini, dan dua editornya berkaitan penyiaran komen pembaca. "Saya tak akan saman, mereka boleh kata saya macam-macam. Saya tak akan saman kerana ini adalah politik. Dalam politik, anda akan dikutuk dan anda akan dipuji." Sebagai contoh, kata Mahathir, beliau tahu ada yang memanggilnya "anti-hadis" dan "kafir". PAS, kata Mahathir, juga melabelkan orang Umno sebagai Kafir. ~mk Iklan C (ii) |
You are subscribed to email updates from gosip artis malaysia - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
@
Tagged @ Artis Baru
Tagged @ Artis Cantik
Tagged @ ARTIS MALAYSIA
Tagged @ Artis Melayu
Tagged @ artis wanita malaysia 2014
Tagged @ flexia masuk islam
Tagged @ GOSIP ARTIS
Tagged @ GOSIP ARTIS MALAYSIA
Tagged @ hamil 2014
0 comments:
Post a Comment - Kembali ke Post