Gosip Artis | Artis Malaysia | Gossip Artis Malaysia | Cerita Artis Malaysia | Gambar Artis Malaysia | Malaysia Artist | Artis kontroversi

Gabungan cerita seram jadi taruhan ~ KakiGosip! - Gosip Artis ... | Gosip Artis Malaysia



PERNAHKAH anda menonton A Haunted House yang ditayangkan pada tahun 2013?

Filem yang memperlihatkan Marlon Wayans (yang terkenal menerusi filem komedi seperti White Chicks, Little Man) bertindak sebagai penerbit, penulis skrip dan pelakon utama ini, merupakan sebuah filem parodi.

Jika dalam filem pertamanya, Wayans mengambil filem seram, Paranormal Activity, yang diparodikan menjadi filem seram komedi, kini Wayans kembali pula dengan sekuel, A Haunted House 2.

Kali ini, Wayans mengambil beberapa filem seram seperti The Conjuring, Annabelle, dan Insidious 2 untuk diparodikan di dalam filem terbarunya ini.

A Haunted House 2 mengisahkan Malcolm (Marlon Wayans) yang kehilangan teman wanitanya, Kisha (Essence Atkins) yang terlibat dalam kemalangan jalan raya.

Selepas itu, dia bertemu dan bercinta dengan seorang ibu tunggal beranak dua yang bernama Megan (Jaime Pressly).

Malcolm kemudiannya berpindah ke rumah baru bersama keluarga barunya, namun telah berlaku kejadian aneh dan pelik di kawasan kediamannya itu.

Jika anda sukakan filem parodi seperti Scary Movie, anda mungkin menggemari filem ini. Ini kerana dalam filem sebegini, anda pasti teruja melihat beberapa babak yang seram dalam filem asal, telah diparodikan menjadi babak komedi.

Ia sememangnya agak menarik dan membuatkan anda hilang rasa takut untuk menonton filem seram itu kembali.

Namun bagi anda yang tertanya-tanya, adakah hasil filem ini sama dengan filem terdahulu, jawapan penulis, ya.

A Haunted House adalah sebuah filem yang tidak mementingkan susunan dan garapan plot. Ia adalah sebuah filem santai untuk anda tonton dan berhibur semata-mata.

Namun sama ada mahu menyiapkan filem ini dalam masa singkat atau kerja sambil lewa menyebabkan sekuel kali ini kurang menyengat.

Lebih mengecewakan, banyak babak ulangan atau babak yang boleh anda tonton dalam filem terdahulu, disumbatkan kembali di dalam sekuelnya ini.

Pada pertengahan cerita, anda mungkin akan tertanya-tanya apa yang cuba Wayans sampaikan di dalam filemnya kali ini.

Selain itu, pemilihan Pressly sebagai gandingan Wayans di dalam filem ini dilihat kurang menjadi.

Tidak seperti Wayans yang berjaya membawakan watak Malcolm dengan gila-gila dan berkesan, Pressly dilihat menjadi pelakon 'malas' dalam menterjemahkan watak Megan.

Mujur Wayans berpengalaman beraksi dalam filem komedi, maka lakonannya boleh diberi pujian, walaupun pada pandangan penulis, lakonannya dalam White Chick tampak lebih berkesan.

Namun secara keseluruhan, filem ini tidaklah terlalu membosankan, kerana bagi anda yang mahukan sebuah filem santai untuk ditonton, filem ini mungkin boleh menjadi pilihan.


@



0 comments:

Post a Comment - Kembali ke Post

Gabungan <b>cerita</b> seram jadi taruhan ~ KakiGosip! - Gosip <b>Artis</b> <b>...</b> | Gosip Artis Malaysia