Gosip Artis | Artis Malaysia | Gossip Artis Malaysia | Cerita Artis Malaysia | Gambar Artis Malaysia | Malaysia Artist | Artis kontroversi

Gosip Artis Malaysia | Anak Datuk K, Adib Dilantik CEO Tune Studios ~ KakiGosip! - Gosip ...



Anak Datuk Seri Khalid Muhammad Jiwa atau Datuk K iaitu Mohd. Adib dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Tune Studios/Tune Records yang sebelum ini disandang oleh Allahyarham Jeremy Ahmad Maikel.

Adib, 24, menerusi laman Instagram miliknya memberitahu, selain memegang jawatan tertinggi itu dia juga bertindak sebagai pemegang saham syarikat kumpulan Tune tersebut berkuatkuasa 9 Oktober lalu.

"Saya ingin berterima kasih kepada semua di Tune Group terutamanya Datuk Kamarudin Meranun dan Tan Sri Tony Fernandes di atas kepercayaan diberikan kepada saya untuk memikul tanggungjawab dan mengalu-alukan kedatangan saya ke dalam keluarga Tune.

Terdahulu, Jeremy, 31, yang memegang jawatan tersebut sejak 2012 meninggal dunia pada 9 April lalu di Mekah, Arab Saudi semasa mengerjakan Umrah.

Selain syarikat rakaman, Tune juga mempuyai rangkaian hotel seluruh negara yang mana ia merupakan anak syarikat kepada AirAsia Berhad milik Kamarudin dan Tony Fernandes.

Dalam pada itu, Adib dalam kenyataan sama berjanji akan berusaha dalam memberikan perkhidmatan terbaik dengan menghidangkan muzik terbaik kepada peminat di seluruh rantau Asia.

"Saya tidak sabar untuk memberikan peminat di rantau ini hiburan muzik terbaik," katanya lagi.

Tune Studios/Tune Records adalah studio rakaman terbesar di Malaysia menyediakan peralatan rakaman audio dan produksi dengan lebih 10 bilik studio yang terletak di Klang, Selangor.

Selain kerja-kerja rakaman, ia juga menyediakan kelas pendidikan dan latihan muzik yang terbuka kepada orang ramai dan pemain dalam industri seni.

Dalam pada itu pihak Tune berkata, satu kenyataan rasmi berhubung pelantikan Adib akan dibuat dalam masa terdekat.

Adib sebelum ini mempunyai syarikat rakamannya sendiri iaitu What's Up Entertainment yang bertanggungjawab menerbitkan album Inggeris ibu tirinya iaitu Datuk Siti Nurhaliza berjudul All Your Love.




Rita Rudaini buat laporan polis diugut bunuh ~ KakiGosip! - <b>Gosip</b> <b>...</b>

Posted: 11 Oct 2014 02:45 PM PDT




Pelakon Rita Rudaini Mokhtar tengah malam tadi membuat laporan polis selepas diugut bunuh menerusi komen salah seorang pengikut dalam laman sosial milik bekas suaminya, Mohd. Aidil Zafuan Abd. Razak.

Ugutan bunuh berkenaan dilakukan oleh salah seorang pengikut lelaki yang menggunakan akaun atas nama Hanif*hafizul dalam laman Instagram milik Mohd. Aidil Zafuan dipercayai sehari sebelum itu.

Selain meminta Mohd. Aidil Zafuan supaya mengupah seseorang untuk membunuh Rita, pemilik akaun tersebut juga dengan berani menawarkan diri untuk merancang pembunuhan ke atas pelakon berusia 39 tahun itu yang merupakan ibu kepada dua anak.

"Upah orang suruh bunuh jer Rita. Habis cerita. Tak pa bro. Next time kena plan mcm mana nak bunuh si Rita ni. Jangan biar dia hidup. Panas pulak rasa," antara ugutan yang ditulis oleh individu berkenaan.

Laporan polis telah dibuat oleh peguam Rita, Thalia Rohaina Abdul Latiff di Balai Polis Jalan Tun Razak di sini kira-kira pukul 12.40 tengah malam.

Berdasarkan laporan polis itu, Rita Rudaini antara lain mendakwa, Mohd. Aidil Zafuan, 27, telah dengan sengaja memburuk-burukkannya sehingga menimbulkan kemarahan pengikutnya di laman sosial tersebut.

Rita Rudaini dan Mohd. Aidil Zafuan bernikah secara rahsia pada Februari 2008 lalu di Songkhla, Thailand dan sah bercerai di Mahkamah Rendah Syariah Seremban, Negeri Sembilan pada September tahun lalu.

Pada 8 November 2012, Rita menuntut RM5,392 sebulan untuk nafkah dua anak lelaki mereka, yang meliputi perbelanjaan makan minum, pengasuh dan lampin pakai buang.

Kes pasangan itu masih menjadi kontroversi yang tidak berkesudahan sedang dibicarakan di mahkamah sehingga ke hari ini.

Mohd. Aidil Zafuan yang juga pemain bola sepak kebangsaan dan pasukan Johor Darul Ta'zim telah bernikah dengan Zarema Zainal pada 14 Mac lalu.

Sementara itu, bimbang dengan keselamatan diri dan dua anaknya iaitu Airit Rayyan Rizqin, 4, dan Airit Qaqa Arjuna, 2, Rita Rudaini meminta agar bekas suaminya itu turut dikenakan tindakan kerana tidak langsung menasihati atau memadamkan kata-kata hasutan pengikutnya itu.

"Hidup dan matinya seseorang adalah pada kuasa Allah Yang Maha Esa. Negara Malaysia ada undang-undang, saya terpaksa membuat laporan polis ini kerana bimbang nyawa saya dan anak-anak bakal terancam," kata Rita Rudiani.

Sementara itu, pemerhatian Mingguan Malaysia, komen berbaur ugutan itu masih tidak dipadamkan di laman Instagram Mohd. Aidil Zafuan meskipun ia mencetuskan kemarahan dalam kalangan peminat aktres tersebut.

Antara kapsyen gambar yang menimbulkan kemarahan pengikut Mohd. Aidil Zafuan adalah apabila pemain bola sepak itu mengatakan dia tidak pernah mengabaikan nafkah dua anaknya dan bagaimana dia hilang sabar apabila sikap berdiam dirinya dianggap sebagai dia kalah.




Nikmati percutian terindah ~ KakiGosip! - <b>Gosip Artis Malaysia</b> <b>...</b>

Posted: 10 Oct 2014 01:15 AM PDT




PENGEMBARAAN ke Indonesia umpama pencarian yang tidak berkesudahan. Memiliki lebih 13,000 pulau yang menjanjikan pengalaman berbeza dengan kepelbagaian tradisi budaya, Indonesia pastinya menjanjikan satu pengembaraan yang sukar dilupa.

Dari Sumatera yang terletak di bahagian barat hingga ke Irian Jaya di bahagian timur, setiap pulau memiliki identitinya yang tersendiri. Sekali gus menjadikan Indonesia antara destinasi yang tidak jemu dikunjungi. Sementara itu, hampir semua bandar adalah kota kosmopolitan yang moden dan maju, dipenuhi keriangan, namun tetap mengekalkan warisan dan keunikan Indonesia.

Bagi yang menggemari alam semula jadi, keindahan pantai, bukit-bukau, gunung-ganang serta hamparan desa yang permai pasti menggamit dan memukau pandangan.

Jakarta merupakan ibu negara Indonesia dengan 10 juta penduduk, menjadikan ia sebuah bandar raya yang sentiasa sibuk dengan pelbagai aktiviti.

Malah, ia menjadi lubuk rezeki penduduk dari seluruh pelosok Indonesia, sekali gus merupakan bandar metropolitan yang terbesar di Indonesia dan kedua terbesar di dunia.

Jika Jakarta terkenal dengan kepelbagaian tarikan seperti syurga membeli-belah, tempat bersejarah serta berlibur, Bandung juga tidak kurang hebatnya.

Satu lokasi pelancongan menarik di Asia Tenggara yang terletak di Jawa Barat, Indonesia itu sudah dikenali semenjak zaman sebelum kemerdekaan Indonesia.

Ia turut dikenali dengan pelbagai nama seperti Kota Wisata, Wisata Belanja, Wisata Kuliner, Wisata Budaya dan Wisata Alam dan bandar bunga-bungaan. Perjalanan ke Bandung amat menarik merentasi kawasan pergunungan yang sejuk dan nyaman, di samping pemandangan yang mengasyikkan dengan sawah padi yang terbentang luas, deretan pepohon getah dan ladang teh. Sudah pasti menjadikan ia satu tempat pelancongan kegemaran.

Sejajar dengan moto untuk memberi pengalaman baharu, kali ini Golden Holidays meneroka ke Jakarta dan Bandung sebagai destinasi pilihan.

Menerusi pakej empat hari tiga malam Taste of Jakarta & Bandung, anda berpeluang menikmati pengalaman indah dengan penginapan selesa di hotel-hotel terpilih dan terkemuka sambil dibawa menyelusuri bandar raya yang sarat dengan tempat-tempat bersejarah dan menarik termasuk, taman tema Taman Impian Jaya Ancol, Bogor dan Safari.

Dapatkan pakej ini bermula dari RM1,730 seorang. Pakej termasuk tiket pergi balik kelas ekonomi, penginapan tiga malam, dijemput di lapangan terbang, pengangkutan pergi-balik dari Jakarta ke Bandung serta lawatan ke kedua-dua bandar ini. Tawaran sah sehingga 31 Disember 2014.




Gambar: Keindahan Alam Flora Dan Fauna Di <b>Malaysia</b> Terserlah <b>...</b>

Posted: 13 Oct 2014 11:03 PM PDT







Gambar: Keindahan Alam Flora Dan Fauna Di Malaysia Terserlah! - Serius dah memang parah anak gadis kita zaman sekarang! Selfie tunjuk buah hati yang tidak seharusnya berada di Sosial Media.

Apa sebenarnya niat mereka Dalam era yang membangun ni banyak betul style dan pengaruh media sosial barat yang memesongkan akidah anak-anak muda melayu terutamanya wanita.


Pelbagai fesyen yang menampakkan tubuh badan yang seksi dan menggairahkan samada dari barat,k-pop dan sebagainya.


Jom kita terjah cara pemakaian anak gadis melayu terkini dan sekarang...




Dua Lagi Dijangka Tinggalkan Kumpulan EXO ~ KakiGosip! - <b>Gosip</b> <b>...</b>

Posted: 12 Oct 2014 01:03 PM PDT




SELEPAS Kris dan Luhan, dua lagi anggota EXO iaitu Lay dan Tao dilaporkan bakal meninggalkan kumpulan terkenal K-Pop itu.

Soompi melaporkan kedua-dua bintang itu nekad meninggalkan EXO kerana ingin menyertai Kris dan Luhan menubuhkan kumpulan baharu di bawah agensi Hwai Brothers yang bertempat di China.

Keempat-empat mereka yang turut berasal dari China itu juga dikatakan mahu membina kerjaya di negara asal mereka.

Bagaimanapun syarikat pengurusan mereka di Korea Selatan, SM Entertainment segera menafikan khabar angin terbaharu itu dan menegaskan Lay dan Tao masih bersama EXO.

"Gosip berkenaan tidak benar dan mereka berdua masih ahli EXO," kata wakil syarikat tersebut.

Dalam pada itu, biarpun SM Entertainment telah mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung gosip terbaharu itu namun peminat masih ragu-ragu kerana Lay dilihat menjadi penyokong setia terhadap tindakan Kris dan Luhan agar meninggalkan EXO.


@



0 comments:

Post a Comment - Kembali ke Post

Gosip Artis Malaysia | Anak Datuk K, Adib Dilantik CEO Tune Studios ~ KakiGosip! - <b>Gosip</b> <b>...</b>