Gosip Artis Malaysia | Didi Astillah kini tampil lebih segar & matang ~ KakiGosip! - Gosip ...
Penyanyi dan pelakon Didi Astillah bukanlah nama baru dalam industri seni tempatan ini. Memulakan perjalanan seninya seawal usia 3 tahun, Didi pernah tampil dengan sebuah album bertajuk "Adik-Adik Mutiara" bersama kakaknya Bella Astillah dan mereka juga pernah memiliki 10 buah album sejak itu.
Bukan itu sahaja, Didi turut terlibat dalam banyak drama termasuklah membintangi dalam dua buah filem iaitu "Skrip 7707" (2009) dan "Damping Malam" (2010).
Baru-baru ini artis dibawah naungan Warner Music Malaysia ini telah tampil dengan album terbarunya yang lebih segar dan matang berjudul "Didi Astillah" yang mana album ini mendapat sentuhan komposer dan penulis lirik terkenal iaitu L.Y dan juga komposer dari Indonesia Posan Tobing.
Baru-baru ini Didi sempat meluangkan masa untuk ditemubual bersama KAKIGOSIP untuk bercerita lanjut mengenai albumnya dan perkembangan terbarunya.
Assalamualaikum dan apa khabar Didi?
Waalaikumussalam, Alhamdulillah saya sihat sahaja dan khabar baik.
Jadi boleh cerita sedikit mengenai album "Didi Astillah"?
Album ini baru sahaja siap. Dalam album ini terdapat enam buah lagu dimana tiga lagu dicipta oleh Uncle L.Y dan tiga lagi dari Posan Tabing iaitu komposer dari Indonesia. Salah satu lagu dalam album ini iaitu "Fikirkan Kamu", video klip lagu ini baru sahaja dinaikkan di YouTube.
Kenapa lagu hasilkan video klip untuk lagu "Fikirkan Kamu" sahaja? Dan mengapa tidak mempromosi album itu sendiri?
Ini kerana lagu "Fikirkan Kamu" mendapat sambutan yang memberangsangkan jadi Didi mahu 'push' lagu itu terlebih dahulu supaya orang tahu itu lagu Didi. Jadi buat masa ini Didi dan pihak Warner Music sibuk mempromosikan single tersebut melalui media sosial seperti di Instagram dan Facebook.
Jika diikutkan Didi bukanlah nama baru dalam industri ini kerana Didi sudah lama bertapak di dalam industri seni dan banyak berlakon dalam drama dan juga filem, namun masih ramai yang belum mengenali Didi. Mengapa?
Memang dari dulu Didi dah aktif, dari umur tiga tahun lagi. Ketika itu Didi cuma buat lagu kanak-kanak seperti "Anak Kambing", "Tom Tom Bak" dan banyak lagi yang digunakan untuk budak-budak tadika. Didi akui memang banyak berlakon juga untuk drama dan filem tapi jika ditanya mengapa Didi tidak popular sejujurnya Didi tidak tahu mengapa. Mungkin belum ada rezeki lagi.
Siapa idola Didi dalam bidang nyanyian atau inspirasi Didi?
Kalau penyanyi tempatan, Didi paling minat Stacy. Bukan sebab dia orang Sabah macam Didi tetapi kerana suaranya yang sedap. Dia boleh menyanyi semua jenis genre lagu. Dia juga boleh menari sambil menyanyi. Klau artis antarabangsa pula Didi suka Agnes Monica, Cher Lloyd dan Ariana Grande.
Kalau diberi peluang untuk berduet, dengan artis manakah yang Didi ingin berduet?
Yang pasti bukan Stacy kerana kami dah pernah berduet waktu Didi di program "Kamilah Bintang". Mungkin Dato' Siti Nurhaliza tapi mungkin susah kerana genre muzik kami tidak sama. Tetapi Didi minat jika lagu Didi ada elemen-elemen rap dan hip hop sedikit. Kalau ada rezeki Didi teringin nak berduet dengan rapper di Malaysia seperti Joe Flizzow, SonaOne atau pun Altimet.
Didi masih muda dan baru sahaja habis sekolah, jadi Didi ada tak perancangan untuk menyambung pelajaran?
Ada, Didi memang cadang nak sambung belajar, tapi bukan tahun ini lah, mungkin tahun hadapan. Ini kerana tahun ini Didi nak beri serratus peratus tumpuan kepada karier nyanyi Didi. Jadi tahun depan baru Didi akan sambung belajar.
Okey, terima kasih sebab meluangkan masa dengan kami!
Terima kasih dan sama-sama!
Telefilem Saloma Papar Tohmahan Buruk Terhadap AR Tompel <b>...</b>
Posted: 07 Oct 2014 12:08 PM PDT
Pelakon Adlin Aman Ramlie meluahkan rasa kesal apabila telefilem biopik Saloma siaran Astro First yang turut memaparkan kisah ayahnya, Allahyarham AR Tompel, kebanyakannya berunsur tohmahan dan berfakta tidak benar.
Adlin berkata, telefilem yang diterbitkan oleh syarikat produksi Kus Semangat Aktor milik Melissa Saila itu sekali gus menjejaskan semua nilai dan tanggapan murni masyarakat terhadap AR Tompel, seolah-olah ayahnya itu menjadi punca Saloma menderita.
"Telefilem itu telah memberi impak buruk kepada waris-waris AR Tompel, termasuklah saya sebagai anaknya. Malah saya percaya, peminat-peminat setia ayah juga pasti terkilan selepas menontonnya.
"AR Tompel telah dieksploitasi oleh pihak penyiar, penulis, penerbit, pengarah dan pelakon dalam pelbagai nada prejudis malah berunsur kecaman yang telah mengaibkan sehingga mampu menjejaskan kredibiliti dan reputasinya," katanya.
Telefilem yang dibahagikan kepada dua bahagian iaitu Mencuri Guruh dan Pandang Kaseh telah disiarkan menerusi saluran Astro First Eksklusif bermula 28 Ogos lalu.
Ia menampilkan pelakon Nabila Huda sebagai Saloma, Tony Eusoff (Tan Sri P. Ramlee), Azhan Rani (A.R. Tompel), Sazzy Falak (Mariani) dan Sharifah Amani (Siput Sarawak).
Tambah Adlin, pihaknya yang diwakili peguam dari Azam & Co telah pun mengambil tindakan awal menerusi penghantaran notis kepada Astro agar telefilem itu segera dihentikan.
Bagaimanapun tiada respons yang diberikan.
Justeru, satu sidang media akan diadakan di Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) pada petang Khamis (esok) bagi mendapat liputan umum berkenaan isu tersebut.
"Memandangkan notis yang diberikan sebelum ini tiada respons, maka saya bersama waris-waris AR Tompel yang lain akan mengambil tindakan seterusnya.
"Pihak kami akan menjelaskan lebih terperinci berkenaan perkara ini pada sidang media nanti.
"Tambahan pula telefilem itu tidak mendapat kebenaran daripada mana-mana waris untuk memaparkan kisah ayah saya dan perwatakannya telah dipersembahkan tanpa dirujuk daripada sumber yang sah," tegasnya.
Pada sidang media tersebut, waris lain AR Tompel iaitu AR Badul, Amran Tompel serta dua isteri seniman itu, Ruminah Sidek dan Zaiton Ismail akan hadir.
@
0 comments:
Post a Comment - Kembali ke Post