Gosip Artis Malaysia | Perlawanan Bola Superlawak FC di Sabah Ditunda ~ KakiGosip <b>...</b> |
- Perlawanan Bola Superlawak FC di Sabah Ditunda ~ KakiGosip <b>...</b>
- Shuhaimi Lua Tunai Nazar Sembelih Lembu Kerana Drama MJATS <b>...</b>
- Almy Nadia Terkejut Dituduh Sombong Di Kedai Makan ~ KakiGosip <b>...</b>
- Isteri Lee Soo Man Meninggal Dunia ~ KakiGosip! - <b>Gosip Artis</b> <b>...</b>
Perlawanan Bola Superlawak FC di Sabah Ditunda ~ KakiGosip <b>...</b> Posted: 08 Oct 2014 02:40 PM PDT Program Jelajah Malaysia Superlawak FC 2014 yang bakal menentang pemain bola sepak Legenda Veteran Sabah di Stadium Likas, pada Ahad ini terpaksa ditangguhkan pada 2 November depan akibat faktor cuaca. Pengurus Kumpulan Saluran Premium Astro, Nizam Sani, berkata, penangguhan itu disebabkan hujan lebat dan banjir kilat yang berlaku di negeri itu. "Selepas mengambil kira faktor bencana alam yang terjadi di negeri tersebut perlawaan bola sepak Superlawak FC 2014 yang dijadualkan berlangsung pada 12 Oktober ini terpaksa ditangguhkan ke 2 November depan. "Perubahan monsun telah menyebabkan bandar Likas mengalami hujan setiap hari dan menyebabkan banjir kilat. Pihak kami turut prihatin dengan kejadian yang tidak diduga itu," ujarnya. Dalam pada itu, Nizam berkata, perlawanan bagi negeri-negeri lain masih kekal seperti yang dijadualkan sebelum ini. Sementara itu, pihak Sony Music dalam satu kenyataan pada Rabu menjelaskan, siri jelajah yang pertama di Melaka dan Johor minggu lalu mendapat sambutan menggalakkan. "Hampir 20,000 pengunjung membanjiri Stadium Hang Jebat, Melaka pada Sabtu lalu dan Stadium Pasir Gudang, Johor pada Ahad bagi menyaksikan pelawak dan artis kegemaran mereka beraksi di padang. "Kebanyakkan penonton sudah datang ke stadium seawal 12 tengah hari bagi mendapatkan tiket masuk dan menyaksikan persembahan artis yang bermula seawal 4 petang," ujarnya. Pasukan Superlawak FC yang disertai oleh pelawak terkenal dan selebriti tempatan menentang bekas pemain bola sepak negeri dalam program Jelajah Malaysia Superlawak FC 2014. Superlawak FC turut disertai oleh Datuk AC Mizal, kumpulan Sepahtu, Bocey, Shiro, Johan, Emal, Jali, Along Cham, Atu, Akim Ahmad dan bekas pemain kebangsaan, Zainal Abidin Hassan. Siri jelajah ini bermula pada 27 September lalu melibatkan beberapa lokasi antaranya di Stadium Hang Jebat, Melaka, Stadium Majlis Perbandaran Pasir Gudang Johor (28 September), Stadium Indera Mulia, Ipoh Perak (19 Oktober) dan Stadium Negeri Kuching Sarawak (26 Oktober). |
Shuhaimi Lua Tunai Nazar Sembelih Lembu Kerana Drama MJATS <b>...</b> Posted: 05 Oct 2014 08:31 PM PDT Pengarah drama Shuhaimi Lua menunaikan nazar melakukan ibadah korban sempena Hari Raya Aidiladha selepas drama arahannya berjudul Maaf Jika Aku Tak Sempurna (MJATS) mendapat sembutan hangat penonton. Shuhaimi berkata, dia memasang nazar tersebut sejak mula drama tersebut disiarkan di slot Akasia TV3 pada 2 September lalu. "Saya bernazar sejak awal disiarkan lagi jika drama ini dapat sambutan dan menjadi tranding di laman sosial Twitter saya akan menyembelih seekor lembu pada Hari Raya Aidiladha ini. "Alhamdulillah minggu lalu drama ini berjaya menjadi tranding beberapa hari selepas ia ditayangkan pukul 7 malam setiap Isnin hingga Khamis lalu," ujarnya. Biarpun mengakui agak sukar untuk mencapai populariti drama sebelum ini iaitu Rindu Awak 200%, namun ia sudah mencapai sasaran untuk terus menarik penonton di slot popular itu. Tambahnya, dia turut menerima pelbagai komen positif daripada penonton melalui laman-laman sosial. "Pada awalnya memang agak perlahan namun sejak kebelakangan ini iaitu sudah pertengahan cerita ramai yang memperkatakan tentang watak-watak utama drama ini. "Ramai juga yang beri komen positif tentang drama ini setiap kali selepas disiarkan di TV3," ujarnya. Dalam pada itu, dia tidak menafikan populariti pelakon-pelakon utama drama tersebut juga menjadi faktor menarik penonton menyaksikan drama tersebut. |
Almy Nadia Terkejut Dituduh Sombong Di Kedai Makan ~ KakiGosip <b>...</b> Posted: 06 Oct 2014 01:36 PM PDT Pelakon Almy Nadia terkejut dituduh salah seorang pengikut Instagram kononnya dia bersikap sombong ketika berada di sebuah kedai makan baru-baru ini. Almy atau nama sebenar Almy Nadia Aminuddin Shah, 28, berkata, sepatutnya dia tidak dituduh sebegitu memandangkan dia tidak mengenali individu berkenaan apatah lagi dia bersama suaminya, Fizz Fairuz ketika itu sedang menikmati makan malam bersama. "Terkejut dibuatnya apabila individu berkenaan mengambil gambar kami di kedai makan itu, kemudian memuat naik di Instagram dan menuduh kami sombong. "Bila masa pula saya berlagak? Takkan saya sesuka hati nak menegur orang yang tidak dikenali di situ," katanya Sabtu lalu, Almy telah memuat naik semula foto daripada Instagram pengikut yang menuduh dia dan suaminya sombong di akaun miliknya pula dengan menjelaskan dia tiada niat mahu bersikap sombong dengan sesiapa pun dan dan menganggap tuduhan mengatakan dia dan suaminya berlagak agak keterlaluan. "Assalammualaikum .. minta maaf awal2 yer.. bukan nak burukkan sesiapa tapi dia dah burukkan nama saya dan suami..Nak tumpang tanya adik yang bernama @fatensahaja ..Bila saya berlagak? Sy dtg kedai makan untuk isi perut. "Jadi mana salahnya? Saya tahu saya artis tapi takkan lah nak sapa semua orang kat kedai makan tu nanti orang kata gila pulak,betul?? Apa sebab awak kata saya berlagak yer??? Saya tak kenal awak langsung dan tak ingat pun kat mana awak duduk?? Motif keluar dalam Instagram kata saya berlagak? Nak glamor ker??," kata Almy di Instagram miliknya. Sementara itu, Almy juga terkilan apabila individu berkenaan mengambil fotonya bersama Fizz tanpa meminta izin kerana ia sedikit sebanyak telah mengganggu privasi mereka. Bagaimanapun pelakon itu enggan memanjangkan isu tersebut kerana menganggap ia hanyalah sebuah isu yang remeh. "Biarlah dengan mereka, saya pun tak mahu komen panjang tentang perkara ini," ujarnya. |
Isteri Lee Soo Man Meninggal Dunia ~ KakiGosip! - <b>Gosip Artis</b> <b>...</b> Posted: 06 Oct 2014 01:33 PM PDT ISTERI kepada pengasas SM Entertaiment Lee Soo Man iaitu Kim Eun Jing dikhabarkan meninggal dunia pada 30 September lalu akibat penyakit kanser usus. Perkara tersebut diberitahu melalui satu kenyataan yang dikeluarkan oleh pengurusan tersebut Ahad lalu. "Isteri Lee Soo Man, Kim Eun Ji meninggal dunia kerana penyakit kanser usus yang dihidapinya sejak Disember 2012. "Pada Januari 2013, wanita itu telah melakukan pembedahan dan menjalani rawatan susulan," ujarnya. Ucapan takziah turut disampaikan oleh artis-artis dibawah naungan syarikat tersebut seperti Siwon (Super Junior), Kibum, Victoria dan Zhang Li Yin. "Saya sangat sedih dengan berita pemergian isteri Lee Soo Man, kami sentiasa bersama mu. Kamu seperti ayah bagi kami. Selesai daripada konsert kami akan kembali. Bersemangatlah!," tulis Victoria di laman sosial twitter miliknya. |
You are subscribed to email updates from gosip artis malaysia - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
@
0 comments:
Post a Comment - Kembali ke Post