Kongsi2 <b><b>Cerita</b></b> Online: <b><b>Artis Malaysia</b></b> Terkantoi <b>...</b> | Gosip Artis Malaysia | |
- Kongsi2 <b><b>Cerita</b></b> Online: <b><b>Artis Malaysia</b></b> Terkantoi <b>...</b>
- Older Post - Gosip <b>Artis Malaysia</b>
- Maaf Jika Aku Tak Sempurna, Rindu Awak 200% Episod Akhir <b>...</b>
Kongsi2 <b><b>Cerita</b></b> Online: <b><b>Artis Malaysia</b></b> Terkantoi <b>...</b> Posted: 28 Aug 2014 03:42 AM PDT |
Older Post - Gosip <b>Artis Malaysia</b> Posted: 24 Aug 2014 07:04 AM PDT Gempar hari ini Media Sosial apabila satu berita mengejutkan mengenai anak kepada Sultan Selangor, Sultan Sharifuddin Idris Shah yang diterbitkan oleh laman berita Antarabangsa, World New Daily Report tersebar dan menjadi viral. Tengku Mahkota Selangor, Tengku Amir Shah didakwa telah murtad ke Agama Kristian Katolik kerana mahu berkahwin dengan Super Model Spain bernama Cristina Gomez yang baru berumur 16 tahun. Malah, Tengku Mahkota dikatakan telah dibaptiskan minggu ini dan akan berkahwin di Gereja Santa Maria di Braga, minggu ini. NAMUN... Dakwaan itu adalah Fitnah semata-mata... Laman berita WorldNewsDaily.com adalah sebuah laman web yang menyiarkan berita-berita palsu dan cerita-cerita satira di serata dunia. Laman terkenal About.com dalam satu artikelnya "Don't Be Fooled! A Guide to Fake News Websites" turut menyenaraikan laman web WordNewsDaily.com sebagai sebuah laman berita palsu. Melalui carian di twitter juga. Seorang pengguna media sosial menyatakan rasa terkejutnya terhadap berita itu kerana beliau baru sahaja terserempak dengan Tengku Mahkota menunaikan Terawih pada 2 hari lalu! Apa yang menarik dalam penemuan kami, WorldNewsDaily.com sebenarnya dimiliki oleh seorang warga berketurunan Amerika Yahudi Zionist dan berpangkalan di Tel Aviv, ibu negara Israel. Melalui maklumat itu, sudah cukup untuk kita mengesyaki motif buruk si penulis terhadap Institusi Raja yang menjadi penaung agama Islam di negara ini. Mungkin ramai yang telah mempercayai berita karut seperti ini memandangkan ia dikeluarkan oleh sebuah laman web berbahasa Inggeris dan berasal dari Luar Negara. Namun, mentaliti seperti itu harus dibuang dan menjadi tugas kita untuk mendidik diri agar memeriksa kesahihan berita itu terlebih dahulu sebelum membuat sebarang kesimpulan. |
Maaf Jika Aku Tak Sempurna, Rindu Awak 200% Episod Akhir <b>...</b> Posted: 02 Sep 2014 12:53 PM PDT Ada yang terlepas menonton episod akhir drama 'Rindu Awak 200%' semalam? Mesti semua melekat kat TV bukan, kalau ada yang terlepas boleh aje ulang tayang di tonton. Tapi mana boleh terlepas episod penamat drama yang paling digemari tu bukan. Rasanya setakat ni Rindu Awak 200% antara drama terbaik yang berjaya membuatkan peminat memuji jalan ceritanya dari awal hinggalah ke episod terakhir. Kalau ingat lagi, drama-drama popular seperti Ariana Rose dan Kerana Terpaksa Aku Relakan sebelum ni memang diterima baik tapi sayangnya jalan cerita episod akhirnya mengecewakan. Tapi berbeza dengan Rindu Awak 200%, respon yang diterima oleh kebanyakan penonton rata-ratanya positif dan sambutan peminat berjaya melonjakkan nama drama tersebut menjadi trending di laman Twitter. Dan dengan berakhirnya drama lakonan Zul Ariffin dan Ayda Jebat tersebut, sebuah bingkisan terbaru bakal menyusul dengan menampilkan Fahrin Ahmad dan Sara Ali sebagai teraju utama. Naskhah terbaru itu berjudul Maaf Jika Aku Tak Sempurna (MJATS) yang juga diadaptasi dari sebuah novel karya Acik Lana. Ramai sedia maklum bahawa beberapa episod awal kebiasaannya agak sukar diterima kerana penonton masih stuck dengan fenomena drama sebelum ini. Jadi persoalannya, mampukan MJATS menenggelamkan aura Rindu Awak 200% sekaligus membuatkan penonton setia melekat di depan TV setiap petang? Jika dilihat pada pemilihan pelakon pula, Fahrin Ahmad memang dikenali sebagai pelakon yang hebat tapi ada juga yang menganggap faktor usia Fahrin agak kurang sesuai membawakan watak utama. Apapun, ianya terlalu awal untuk menilai tahap kehebatan drama terbaru ini. Mungkin Fahrin dan Sara Ali ada magic yang tersendiri, siapa tahu kan? Sumber: OhBulan |
You are subscribed to email updates from cerita artis malaysia - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
@
Tagged @ Artis Baru
Tagged @ ARTIS MALAYSIA
Tagged @ Artis Melayu
Tagged @ Artis Seksi
Tagged @ GOSIP ARTIS
Tagged @ GOSIP ARTIS MALAYSIA
0 comments:
Post a Comment - Kembali ke Post