Gosip Artis | Artis Malaysia | Gossip Artis Malaysia | Cerita Artis Malaysia | Gambar Artis Malaysia | Malaysia Artist | Artis kontroversi

Lagenda Dawn Raid 1981! (Hebatnya Mahathir & Khalid Ibrahim)

Lagenda Dawn Raid 1981! (Hebatnya Mahathir & Khalid Ibrahim)


Lagenda Dawn Raid 1981! (Hebatnya Mahathir & Khalid Ibrahim)

Posted: 18 Aug 2014 06:27 PM PDT


Tengok TV Online

Lagenda Dawn Raid 1981! (Hebatnya Mahathir & Khalid Ibrahim)





MAHATHIR – KHALID IBRAHIM – DAWN RAID 1981 !!!

"Dengan pemilikan baru ini, PNB selaku wakil orang
Melayu muncul sebagai pemilik tanah ladang terbesar di dunia."


LAGENDA 'DAWN RAID 1981′ MENGGEGARKAN NEGARA.

Kisah benar kejayaan sekumpulan anak Melayu mengambil kembali tanah-tanah di Malaysia yang dipegang Inggeris selama 160 tahun dengan serangan terancang ke atas ibu kota Britain.Pada 7 haribulan September tahun 1981, kota London digemparkan dengan pengambilalihan mengejut syarikat perladangan Guthrie di London. Guthrie yang berusia lebih 100 tahun dan merupakan antara syarikat perladangan terbesar British jatuh ke tangan pihak asing di dalam masa 4 jam sahaja.

Apa yang lebih mengejutkan ialah syarikat tersebut jatuh ke tangan kerajaan Malaysia, di bawah pimpinan Dr. Mahathir Muhammad yang baru memegang jawatan Perdana Menteri selama 2 bulan.


Latarbelakang – Kemiskinan Orang Melayu dan Kekayaan Orang Inggeris

Selepas kemerdekaan Malaya pada tahun 1957, hampir 1 juta bangsa pendatang seperti Cina dan India diberi kerakyatan secara beransur-ansur. Sebagai balasannya, mereka bersetuju untuk menghormati hak istimewa orang Melayu dalam perlembagaan.

Setelah lebih 10 tahun merdeka, pegangan orang Melayu terhadap kekayaan bumi Malaya sangat kecil. Walaupun orang Melayu merupakan majoriti , bangsa ini memegang hanya 1.5% bahagian harta korporat (itupun melalui syarikat kerajaan) berbanding bangsa Cina sebanyak 22.8%. Walaupun tidak lagi menjajah, bangsa Inggeris pula memegang lebih 60 % dari kekayaan negara ini.

Pada masa yang sama, hampir separuh penduduk Malaya tinggal di bawah paras kemiskinan. Orang Melayu yang kebanyakannya tinggal di kampung sebagai petani dan pesawah adalah bangsa paling ramai tinggal dalam kemiskinan (74%).

Ketidaksamarataan kekayaan dan sikap perkauman tebal menyebabkan beberapa insiden pergaduhan terjadi berulang-ulang diantara kaum pribumi yang miskin (Melayu) dengan kaum pendatang yang kaya (Cina). Ia berlaku di beberapa tempat seperti di Georgetown, Pangkor dan Bukit Mertajam — sehinggalah kemuncaknya pada tahun 1969 di Kuala Lumpur.

Dalam keputusan pilihanraya tahun itu, parti-parti bangsa Cina dan parti Islam berjaya menafikan majoriti parlimen parti pemerintah, sekaligus menyebabkan orang Melayu gusar kehilangan bukan sahaja kuasa ekonomi malah kuasa politik mereka. Orang Cina pula merayakan kemenangan mereka dengan berarak membawa penyapu dan melemparkan laungan provokatif dalam perarakan besar di Kampung Baru , Kuala Lumpur – satu kawasan penempatan yang dihuni kaum Melayu.

Provokasi ini akhirnya mencetuskan insiden berdarah 13 Mei 1969 yang mengakibatkan ratusan mati dan darurat di isytiharkan.

Antara pihak yang lantang menyalahkan kerajaan pada waktu yang dianggap memberi muka kepada kaum pendatang ialah seorang ahli parti pemerintah bernama Mahathir Mohammad yang mengkritik Perdana Menteri pertama dengan satu surat terbuka.
Katanya sikap berlembut Tunku Abdul Rahman menyebabkan "… orang2 China dan India membuat kurang ajar pada 12 Mei kepada orang Melayu. Kalau Tunku biasa di-ludah di-muka, di-maki dan di-tunjok kemaluan, boleh-lah Tunku faham perasaan orang Melayu."
Kerana kritikan ini, beliau dipecat dari parti itu.


Dasar Bagi Membantu Orang Melayu

Apabila Tun Abdul Razak menjadi perdana menteri ke-2 (1970-1976) beliau memperkenalkan satu dasar yang dianggap radikal yang diberi nama Dasar Ekonomi Baru (DEB). Tujuannya — menghapuskan kemiskinan bangsa Melayu dan memastikan agar pegangan orang Melayu dalam kekayaan negara dapat mencapai 30% pada tahun 1990. Dasar ini bukan saja akan membantu orang Melayu, tetapi juga boleh mengelakkan krisis antara kaum terjadi lagi.

Walaupun adanya dasar baru ini, pemilikan syarikat-syarikat Inggeris sebenarnya semakin bertambah. Guthrie contohnya, mempunyai 175,000 ekar pada tahun 1970an tetapi memiliki lebih 190,000 ekar tanah kelapa sawit, getah dan teh pada tahun 1981.
Sekitar tahun 1970an juga, seorang hartawan bijih timah Cina dari Ipoh bernama Lee Loy Seng giat membeli tanah pertanian dari British sehingga menyebabkan beliau menjadi salah seorang pemegang tanah terbesar di negara ini.

Pada masa yang sama, syarikat-syarikat British melengah-lengahkan usaha kerjasama dengan kerajaan dengan mengadakan perjumpaan demi perjumpaan dengan wakil kerajaan tanpa sebarang resolusi. Guthrie juga menolak usaha kerajaan untuk penanaman semula getah untuk pekebun kecil Melayu dan penubuhan kesatuan sekerja yang dianggap menyusahkan British.

Tetapi atas tekanan Bank Negara Malaysia, Guthrie akhirnya menubuhkan Guthrie-Ropel, sebuah anak syarikat Guthrie yang diberi kurang 17% dari jumlah tanah Guthrie di Malaysia. Usaha kerajaan ini bertujuan agar orang tempatan dapat membeli sebahagian kecil tanah Guthrie melalui Bursa Saham Kuala Lumpur. Namun begitu, tembelang British akhirnya pecah apabila didapati bahawa kebanyakan tanah kepunyaan Guthrie-Ropel adalah tanah yang buruk untuk pertanian dan lazimnya terletak di atas kawasan bukit.


Pemerintah Anti-Penjajah, Mahathir Menduduki Kerusi Penting

Mahathir yang diterima masuk semula pada 3 tahun selepas dipecat, akhirnya menjawat kerusi Perdana Menteri pada tahun 1981.

Berbeza dari 3 Perdana Menteri sebelum ini, Mahathir dirakamkan oleh ahli sejarah sebagai Perdana Menteri pertama yang tidak merokok, tidak minum arak dan tidak meminati sukan golf. Dan jika pemegang jawatan sebelum beliau berdarah raja, berpendidikan British dan mengekalkan hubungan baik dengan Inggeris, Mahathir pula belajar di Universiti Malaya Singapura, tidak mempunyai rakan berbangsa Inggeris dan terkenal dengan sikap anti-penjajahnya.

Sebelum menjadi Perdana Menteri lagi, beliau mengkritik dasar Inggeris yang membuka Tanah Melayu seluas-luasnya kepada pendatang dari India dan China, sekaligus menyebabkan orang Melayu terpinggir.

2 tahun sebelum beliau menjadi Perdana Menteri, pihak Inggeris menarik semula subsidi pendidikan kepada pelajar Malaysia yang melanjutkan pelajaran di Britain dan menaikkan yuran kepada pelajar asing, tetapi tidak kepada pelajar Eropah. Ia memberikan tamparan hebat kepada 17,000 pelajar Malaysia di negara itu yang terbeban dengan yuran pengajian yang meningkat 3 kali ganda secara tiba-tiba. Malaysia juga pada waktu itu tidak mampu menyerap pelajar-pelajar ini kerana ia hanya mempunyai 2 buah universiti.

Mahathir yang ketika itu merupakan Menteri Perdagangan memberi amaran bahwa tindakan ini akan merugikan Britain dalam jangka masa panjang. Namun begitu, amaran beliau tidak diendahkan.

Tidak lama kemudian, London menolak permohonan Malaysia agar syarikat penerbangan MAS diberi hak mendarat tambahan di lapangan terbang Heathrow. Tetapi pada masa yang sama, Inggeris mencabar kewibawaan kerajaan Malaysia apabila sebuah pesawat supersonic Concorde miliknya menceroboh ruang antarabangsa Subang dalam perjalanannya ke Singapura.

Mahathir melihat ini sebagai sikap angkuh British yang masih memperlakukan Malaysia seperti tanah jajahannya.


Dato Ismail Ali Sebagai Pemimpin Serangan

Keangkuhan British bukan sahaja disedari oleh Mahathir dan ahli-ahli politik Melayu, tetapi turut dirasai oleh penjawat awam seperti pengerusi PNB, Dato Ismail Ali. Secara kebetulan, abang ipar Mahathir ini juga adalah bekas Gabenor Bank Negara yang terlibat menggesa Guthrie menubuhkan Guthrie-Ropel.

Beliau juga adalah antara tokoh utama yang menubuhkan PNB — satu agensi yang ditugaskan khas bagi menjayakan DEB.

Sewaktu menjawat jawatan gabenor Bank Negara lagi, beliau menunjukkan sikap tidak mesra kepada Inggeris. Mark Gent, iaitu pengerusi Guthrie ketika itu berkata, beliau dan pengarah urusan Guthrie, Eric Griffith-Jones hampir pasti akan diarah oleh Ismail Ali untuk "menunggu diluar pejabatnya selama ½ jam" setiap kali mesyuarat diadakan.

Sewaktu Ismail menjadi gabenor juga, wang negara yang disimpan di bank Inggeris seperti HSBC dan Chartered dipindahkan ke bank tempatan. Bank-bank asing pula tidak lagi diberi peluang membuka cawangan di Malaysia.

Seperti Mahathir, beliau juga tidak berpuashati dengan orang Inggeris kerana sungguhpun PNB memiliki 25% saham Guthrie, tiada wakil PNB yang dirujuk dalam mesyuarat untuk menentukan halatuju syarikat. Ini termasuk keputusan Guthrie menjual beberapa kepentingannya kepada MPH, sebuah syarikat koperasi milik hartawan-hartawan Cina di Malaysia pada awal 1981.

Syarikat MPH yang memiliki aset yang banyak ini pernah cuba membeli bank UMBC (iaitu antara bank terbesar negara ketika itu) sehingga menyebabkan Mahathir campurtangan. Agar ia tidak didominasi bangsa Cina, Mahathir memastikan PERNAS dan Petronas juga mempunyai kepentingan dalam UMBC.

Kedua-dua tokoh ini melihat bahawa jika pengambilalihan demi pengambilalihan MPH diteruskan, bangsa Cina semakin hampir mengganti orang Inggeris menguasai ekonomi negara ini.

Atas sebab ini, Ismail membuat keputusan nekad. Guthrie mesti diambilalih secepat mungkin.


Kerjasama Pelbagai Pihak.

Setahun sebelum menjadi Perdana Menteri, Mahathir yang merupakan Menteri Perdagangan dan Tengku Razaleigh Hamzah selaku Menteri Kewangan telah di maklumkan oleh Ismail Ali bahawa beliau merancang untuk mengejutkan Inggeris dengan pengambilalihan syarikat mereka.

4 bulan sebelum serangan, pasukan di PNB yang diterajui oleh pengurus pelaburan bernama KHALID IBRAHIM diberi tugas khas untuk meneliti dan merangka strategi bagi memastikan semua berjalan lancar.

Khalid yang pernah bekerja di Barings London (iaitu syarikat yang menjadi penasihat kewangan Guthrie), pakar-pakar pelaburan PNB dan penasihat dari bank saudagar N. M. Rothschild & Sons Ltd diarahkan untuk mengkaji secara rahsia samada Guthrie boleh diambilalih. Jika positif, mereka diarahkan merangka strategi terperinci bagaimana ianya boleh dibuat.

Hasil dari penelitian mereka, kumpulan ini menjumpai satu kelemahan dalam akta bursa saham London yang boleh dieksploitasi. Dengan kelemahan ini, satu serang hendap ekonomi untuk mengambilalih Guthrie boleh dibuat. Syaratnya ianya dibuat sepantas dan serahsia mungkin hingga Inggeris tidak sempat melakukan pertahanan.

Dengan persetujuan Mahathir, modal pengambilalihan (sebanyak 282 juta pound) diambil dari tiga punca – Petronas, PERNAS dan menerusi satu skim amanah saham baru yang ditawarkan kepada orang Melayu 4 bulan sebelum serangan. Skim ini dinamakan Amanah Saham Nasional (ASN).

Untuk memastikan Inggeris tidak menyedari bahawa kerajaan Malaysia berada di belakang pengambilalihan ini, Khalid diarahkan oleh Rothschilds untuk membuka bank akaun di Switzerland untuk tujuan pembayaran saham.

Ismail dan Mahathir

Mengapa Guthrie?

Guthrie menjadi sasaran kerana selain dimiliki pelabur Ingeris, saham-saham Guthrie pada waktu itu juga dipegang oleh beberapa syarikat bukan Inggeris yang mesra kepada PNB. Antara syarikat tersebut antaranya adalah Genting, Bank Simpanan Nasional, Kuwait Investment Office dan OCBC.

Dengan pegangan sedia ada sebanyak 25%, PNB memerlukan 15% saham sahaja lagi bagi menjadikan keseluruhan pegangannya ke 40% , sekaligus menjadikannya sebagai pemegang saham utama Guthrie.

Untuk ini, N. M. Rothschild & Sons Ltd dilantik bagi membeli saham Guthrie dari pelabur besar bagi pihak PNB, manakala Rowe & Pittman pula dilantik menjadi broker bagi membeli saham Guthrie dari pelabur-pelabur kecil.

Ideanya di sini ialah agar sebahagian besar saham Guthrie di Malaysia dan di London dibeli serentak sebelum bursa dibuka, dan ia mesti dibeli tanpa disedari oleh pihak pengurusan Guthrie sendiri.

Untuk memastikan kejayaan serangan rahsia ini, hanya sekumpulan kecil perancang sahaja yang terlibat secara langsung. Mohammad Desa Pachi, yang juga Ketua Eksekutif PNB ketika itu juga tidak diberitahu secara terperinci bagaimana operasi ini akan dilaksanakan.


Operasi Serangan Subuh atau "Dawn Raid"

Hari serangan akhirnya diputuskan — 7 September, pukul 9 pagi waktu London (4 petang waktu Malaysia).

Mengikut rancangan, kesemua yang terlibat akan mendapatkan persetujuan penjual-penjual sebelum bursa dibuka. Apabila ia dibuka, PNB akan mengisytiharkan berita menggemparkan ini dan menguruskan dokumentasinya sahaja — sekaligus memberi kejutan kepada Guthrie dan pemegang saham lain.

Yang rumitnya ialah memastikan pembelian ini dilakukan secara rahsia. Kerana jika ia terbongkar awal, harga saham Guthrie bakal melambung tinggi dan pengurusan Guthrie akan bertindakbalas untuk menggagalkan serangan hendap ini.

Di Malaysia Khalid yang diberi tugas menguruskan pembelian di sini optimis bahawa Bank Simpanan, Genting dan Kuwait Investment Group akan menerima tawaran PNB kerana ketiga-tiganya dianggap "mesra" dengan PNB.

Dato Ismail pula bergegas ke Singapura pada hari itu untuk berjumpa dengan pengerusi OCBC. Rancangannya ialah untuk meyakinkan pihak OCBC untuk menerima tawaran membeli saham Guthrie yang dipegang bank itu pada pukul 3:30 ptg, dan menghantar notis penerimaan pada pukul 3:45 petang.

Di London, Rowe & Pittman serta Rothschilds hanya menunggu lampu hijau dari Malaysia untuk membeli saham-saham Guthrie dari pelabur Inggeris pada pagi tersebut.

Sewaktu di Singapura, Ismail dan pengerusi OCBC, Tan Chin Tuan berbincang mengenai pembelian saham Guthrie sewaktu makan tengahari. Perbincangan yang memakan masa lama itu akhirnya berakhir dengan satu berita kurang enak. OCBC menolak tawaran PNB.

Ismail menelefon Khalid dan memberitahu berita buruk tersebut. Tetapi oleh kerana Khalid telah berjaya membeli saham dari Kuwait, Bank Simpanan dan Genting, mereka tiada jalan lain kecuali meneruskan serangan.

Di London, sebaik menerima lampu hijau, kedua-dua firma yang diupah PNB memulakan proses pembelian sepantas mungkin. Bank saudagar Rothschilds berjaya memujuk M&G Investment Trust, sebuah syarikat amanah saham Inggeris (yang memegang 17% dari Guthrie) menjual 11% saham Guthrie miliknya.

Broker-broker Rowe & Pittman yang ditugaskan membeli saham dari pelabur kecil Britain pula berjaya mengumpulkan sasaran 5% saham dari orang Inggeris.

Walaupun tanpa saham OCBC, dalam masa 4 jam, PNB berjaya memiliki 8 juta saham, atau 50.41% dari keseluruhan syarikat, tanpa disedari atau keizinan pihak pengurusan Guthrie.

Lewat tengahari waktu London, Guthrie jatuh ke dalam genggaman Malaysia.


Mahathir Terus Menekan British

Pengerusi Guthrie, Mark Gent hanya sedar bahawa bahawa syarikatnya jatuh ke tangan Malaysia setelah mendengar berita itu di radio.

Pengambilalihan secara tiba-tiba dengan mengeksploitasi kelemahan system bursa London oleh tanah jajahannya sendiri menyebabkan kerajaan British malu besar.

Walaupun ada broker di London memujinya sebagai urusniaga "licik", media London kebanyakannya menyelar serangan ini sebagai "nasionalisasi pintu belakang". Sebagai tindakbalas, London kemudiannya bertindak meminda peraturan di Bursa Saham London bagi memastikan syarikat-syarikat lain milik British seperti Dunlop tidak jatuh dengan cara sama.

Sebulan selepas itu, London dikejutkan lagi dengan pengumuman baru Mahathir.

Mahathir mengumumkan bahawa Malaysia akan memboikot barangan dan perkidmatan dengan British melalui kempen yang dinamakan Buy British Last. Mahathir yang marah kerana spekulasi timah dunia di London mengakibatkan harga eksport utama Malaysia jatuh mendadak, telah mengarahkan agar semua kontrak kerajaan kepada pihak British dibekukan.

Tindakan Mahathir ini memberi kesan besar kepada kontrak semasa dan akan datang British berjumlah 1.25 billion pound sterling yang sepatutnya diterima oleh British. Kontrak Dunlop untuk membekal tayar kepada kerajaan sejak 1963 lagi contohnya kini diberi kepada sebuah syarikat Amerika Syarikat sehingga menyebabkan Dunlop menjual kepentingan mereka kepada MPH.


Dalam masa 3 bulan, saham-saham Guthrie perlahan-lahan dijual kepada PNB. Pada akhir tahun 1981, 100% Guthrie berada di bawah pegangan anak tempatan.

Ismail akhirnya mengambilalih pengurusan Guthrie dan memindahkan ibu pejabat operasi Guthrie dari London ke Kuala Lumpur sebagai tanda berakhirnya penguasaan Inggeris ke atas syarikat tersebut.

Tidak lama selepas Dawn Raid juga, Mahathir memboikot Persidangan Negara-Negara Komanwel (negara bekas jajahan British) yang diterajui oleh Britain. Menurutnya, mesyuarat itu hanya melebihkan kepentingan orang berkulit putih.

Beliau juga mengumumkan dasar baru kerajaan iaitu Dasar Pandang ke Timur. Dengan dasar ini , cara kerja Inggeris akan digantikan dengan cara pengurusan dan kerja orang Jepun, Taiwan dan Korea.


Hasil Besar dari Serangan

Operasi mengejut "serangan subuh" ke atas Guthrie dan dasar-dasar keras Mahathir memberi impak besar dalam masa yang cukup singkat.

Firma-firma British di Malaysia yang sebelum ini bersikap acuh tidak acuh kepada arahan kerajaan Malaysia kini akur membuka pintu rundingan.

Tidak lama selepas itu, tiga syarikat perladangan besar British di Malaysia — Highlands & Lowlands, Barlows dan Harrisons & Crosfield (H&C) akhirnya tunduk menjual kepentingan mereka di Malaysia kepada PNB. Hasilnya, tanah milik Guthrie dan tanah-tanah lain milik Inggeris di Malaysia kembali ke tangan rakyat Malaysia.

Oleh kerana H&C memiliki tanah ladang getah, kelapa sawit dan aset bukan sahaja di Malaysia tetapi di negara lain seperti di India, New Zealand dan Taiwan, PNB juga menjadi tuan tanah baru kepada asset-aset Inggeris dari seluruh dunia.

Dengan pemilikan baru ini, PNB selaku wakil orang Melayu muncul sebagai pemilik tanah ladang terbesar di dunia.

Lebih manis lagi, dalam temuramah dengan wartawan tempatan, Khalid memberitahu bahawa setelah PNB menjual aset Guthrie di luar Malaysia, keuntungan yang didapati melebihi jumlah kos yang diguna sewaktu Dawn Raid.

Kata Khalid "..kita sebenarnya mendapat Guthrie secara percuma."


Dari wall: Mimi Marina Jaafar.


Ridhuan Tee Meroyan Apabila PAS Terus Kekal Dalam Pakatan Rakyat.. Saksikanlah

Posted: 18 Aug 2014 05:55 PM PDT


Addin

Ridhuan Tee Meroyan Apabila PAS Terus Kekal Dalam Pakatan Rakyat.. Saksikanlah


PETALING JAYA: "Sama ada PAS mahu berada dalam ataupun keluar Pakatan, itu hak mereka. Persoalannya, kenapa setiap kali memberikan jawapan, mangsanya adalah Umno? Jahat sangatkah Umno ini?," soal Ridhuan Tee Abdullah.

"Walau apa pun berlaku dalam PR, PAS takkan keluar, jika Pas keluar, Umno akan menang," demikian reaksi Dr. Ridhuan Tee ketika ditanya mengenai kemelut yang melanda Pakatan Rakyat (PR).

Soal Ridhuan, benarkah PAS wujud atas dasar prinsip dan tanggungjawab mahu menegakkan Islam?

"Adakah kewujuan PAS hanya kerana Umno? Janganlah terlalu memusuhi Umno, tidak mendatangkan faedah kepada Islam.

"Dalam hal ini, ini bukan soal siapa betul, siapa yang salah. Jika ada kebaikan Umno, terimalah hakikat. Begitu juga sebaliknya, jika Umno salah, tegurlah dan lawanlah.

"Tetapi jangan terus wujudkan blaming culture," ujar beliau.

Menurut beliau, ultra kiasu merupakan musuh utama PAS yang mana ia sudah awal-awal menentang Islam dan perjuangan Islam PAS.

"Mereka sudah memberikan amaran, jika PAS menerima Khalid (MB Selangor) sebagai ahli parti, PAS adalah pengkhianat dan tidak bermaruah.

"PAS seharusnya dapat tangkap apa yang mereka maksudkan. Ultra kiasu kini bukan sahaja anti Islam, pada masa sama sangat bongkak dan sombong. Tidak boleh dikritik langsung," katanya.

Saran Ridhuan, sepatutnya PAS jawab, "ada aku kisah, nak saman, samanlah". ~fmt




Iklan C (ii)





Pemuda Indo Kahwini Gadis Palestin Semasa Pengeboman Gaza.

Posted: 18 Aug 2014 05:33 PM PDT


Ibnu Hasyim

Pemuda Indo Kahwini Gadis Palestin Semasa Pengeboman Gaza.


Fauzi Ar-Raqb Setelah Menikahi Muslimah Gaza
Fauzi Ar-Raqb Setelah Menikahi Muslimah Gaza
INI sebuah kisah cinta. Setelah sempat tertunda, akhirnya seorang sukarelawan Indonesia dari pesantren Al-Fatah yang tergabung dalam Medical Emergency Rescue Committee (MER-C) berjaya melangsungkan akad nikahnya pada Ahad (17/8) di Jalur Gaza, di masa perang masih berlangsung sejak awal Julai lalu.

Muhammad Husein bin Aji Muslim meminang seorang muslimah asal Khan Younis, selatan Gaza yang bernama Jinan Ar-Raqb kurang dari sebulan sebelumnya, di mana perkahwinan itu sempat ditangguhkan berikutan perang yang masih berkecamuk di Gaza awal Ogos lalu.

Aqad nikah di masa gencatan senjata pihak Palestin dan Israel ini berlangsung sederhana di Pejabat Urusan Agama Bandar Gaza dan dihadiri oleh ayah pengantin wanita sedangkan Muhammad Husein didampingi para sukarelawan MER-C diantaranya ketua MER-C cawangan Gaza, Muqarrabin Al-Fikri, Reza Ardila, Lutfhi, dan Nur Ikhwan Abadi.
Fauzi Ar-Raqb saat Melangsungkan Ijab Qabul
Fauzi Ar-Raqb saat Melangsungkan Ijab Qabul
Akad langsung dipimpin ayah pengantin wanita Fauzi Ar-Raqb, di mana suasana khidmat dan khusuk nampak kelihatan terlepas masih dalam suasana belum berakhirnya peperangan antara mujahidin Palestin dan penjajah Israel.

Muhammad Husein sendiri mengaku bahagia boleh melangsungkan perkahwinannya dengan muslimah di Gaza

"Alhamdulillah impian saya menjadi nyata, dan ini merupakan berkah dari Allah Subhanahu wa Ta'ala, saya boleh menikahi muslimah dari Gaza," katanya kepada Mi'raj Islamic News Agency (MINA).

Husein juga mengatakan, "Semoga ini menjadi pelekat ukhuwah Islamiyah antara muslimin di Indonesia dan muslimin di Gaza," kata Husein penuh bahagia.

"Saya juga mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah membantu dan menyokong saya, baik dengan moral atau pun materiil hingga terlaksananya perkahwinan ini, serta mohon doa dari semua untuk keberkatan perkahwinan kami," tambahnya mengucap syukur.

Sementara itu, Jinan Ar-Raqb isteri dari Muhammad Husein juga menyatakan kebahagiaanya atas keberlangsungan perkahwinan yang sempat tertunda itu.

"Saya sangat bahagia atas perkahwinan ini, dan semoga Allah memberkati kami berdua. Semoga perkahwinan kami menjadi awal kemenangan Palestin dari penjajahan Israel, "ujar Jinan.

Anak kelima dari keluarga Fauzi Ar-Raqb itu juga mendoakan semoga akan banyak lagi pemuda-pemuda dari Indonesia yang menikahi muslimah di Gaza atau pun sebaliknya agar ukhuwah atau jalinan persaudaraan antara kedua negera ini boleh terjalin erat.

Kronologi pertemuan kedua pengantin

Muhammad Husein masuk ke jalur yang disekat itu sejak awal 2011 melalui kafilah Asia Caravan to Gaza. Kemudian mendapatkan biasiswa untuk kuliah di Islamic University of Gaza (IUG) jurusan Syari'ah Islamiyah dan sekarang memasuki tahun terakhir.

Sementara Jinan, muslimah Gaza yang disebut ibunya sebagai "wanita istimewa" itu lahir pada 11 Mei 1996 Ia menyelesaikan hafalan al-Quran 30 juz pada program tahfidzul Qur'an rutin di Gaza Taaj al-Waqar pada 2010 Ia juga juara lumba menghafal 300 hadis Nabawi pada 2012.

Di usianya yang relatif muda, 18 tahun, Jinan berjaya menulis 20 novel karangannya sendiri.

Perkenalan Husein dengan keluarga pengantin wanita berlaku pada 2011 ketika hendak mendaftar sebagai calon mahasiswa di IUG. Ayah Jinan merupakan seorang kakitangan adminsitrasi di kampus tersebut. Perkenalan berlanjut hingga Muhammad Husein diundang secara khusus oleh Fauzi ke kediaman mereka di daerah Bany Suhaila Khan Younis.

Terjadilah perkenalan antara Husein dan Jinan dan berselang waktu, keduanya direstui oleh keluarga untuk melangsungkan perkahwinan, namun harus menunggu selesainya Jinan di masa sekolah pendidikan menengah atas terlebih dahulu.

Selepas menunggu kira-kira 2.5 tahun akhirnya Husein dan Jinan melangsungkan perkahwinannya tepat pada hari kemerdekaan Republik Indonesia yang ke-69

Selamat Pengantin Baru! (IH)


Syabas Khalid Ibrahim! Terima Keputusan Dengan Hati Terbuka. -IH

Posted: 18 Aug 2014 04:57 PM PDT


Ibnu Hasyim

Syabas Khalid Ibrahim! Terima Keputusan Dengan Hati Terbuka. -IH




KL: SYABAS diucapkan kepada Khalid Ibrahim! Kerana menteri besar itu menerima keputusan Mesyuarat PAS dengan hati terbuka. Ucapan dari Weblog Ibnu Hasyim.

Ini berikutan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Belia, Sukan, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Negeri Selangor, Dr Ahmad Yunus Hairi percaya ada hikmah di sebalik keputusan mesyuarat PAS Pusat dulu semalam, seperti lapor Selangor Kini.

Lazimnya ahli mesyuarat PAS dibenarkan memberikan pelbagai pandangan dari semua sudut sebelum apa-apa keputusan diambil.

"Ada hikmah di sebalik keputusan ini. Saya fikir ini yang terbaik.
"Biasanya dalam mesyuarat PAS kita menerima apa-apa pandangan dari ahli tidak semestinya majoriti itu jadi keputusan.
"Biasanya kita beristiqfar dan membuat keputusan yang terbaik dan dapat diterima semua pihak," katanya kepada wartawan selepas merasmikan penutupan Kejohanan Perahu Layar Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL) – KFC Open Regatta 2014 semalam.

Tambahnya, ini dapat dilihat apabila Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim turut menerima keputusan itu dengan hati terbuka.

"Datuk Menteri Besar sendiri dah keluarkan kenyataan akhbar dia dapat menerima keputusan ini dengan baik dan dia akan mengadap Tuanku apakah langkah seterusnya selepas ini," kata beliau lagi.

Ahmad Yunus berkata, mesyuarat yang dilangsungkan semalam itu juga memutuskan beliau dan tiga lagi Exco Kerajaan Selangor daripada PAS meneruskan tugas seperti biasa sehingga terdapat arahan baru sama ada dari pihak istana, kerajaan negeri atau pimpinan PAS pusat.

Dulu semalam mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat memutuskan mencalonkan dua nama iaitu Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan timbalannya, Mohammed Azmin Ali bagi menggantikan Abdul Khalid sebagai Menteri Besar Selangor. (IH)

Sila lihat..  

E-Buku IH-92: Selamatkah K'jaan PR S'gor? E-Buku IH-92: Selamatkah K'jaan PR S'gor?


Landasan Konkrit MRT 300 Tan Jatuh, 3 Pekerja Bangladesh Dikhuatiri Maut

Posted: 18 Aug 2014 04:55 PM PDT


Addin

Landasan Konkrit MRT 300 Tan Jatuh, 3 Pekerja Bangladesh Dikhuatiri Maut


Tiga pekerja binaan lelaki warga Bangladesh dikhuatiri maut selepas dihempap landasan konkrit seberat 300 tan di tapak projek Mass Rapid Transit (MRT) berhampiran Institut Penyelidikan Getah Malaysia (RRI) di Kota Damansara semalam.

Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) dalam satu kenyataan berkata pekerja terbabit adalah Mohamad Faruk Khan, Mohammad Elahi Hossain dan Mohammad Alauddin Mollik.

"Usaha menyelamat masih berjalan dan pasukan tindakan kecemasan sedang bersedia di tempat kejadian, kata kenyataan itu.

Sebahagian landasan MRT itu terlucut daripada tiangnya dan jatuh ke tanah pada pukul 8.30 malam semasa kerja-kerja membina tembok sepanjang landasan itu berjalan.
Landasan itu dibuat daripada 14 unit galang kotak yang 38 meter panjang dan seberat 300 tan, kata kenyataan itu.

Ketua Pegawai Eksekutif MRT Corp Datuk Wira Azhar Abdul Hamid yang berada di tempat kejadian melahirkan kekesalan atas kejadian itu.

"Walaupun siasatan sedang dijalankan, MRT Corp akan bertanggungjawab sepenuhnya atas insiden itu. Sebaik sahaja siasatan selesai, tindakan akan diambil terhadap mereka yang bertanggungjawab, katanya dalam satu kenyataan. ~bernama



Iklan C (ii)





Israel Cipta Senjata Baru Hapuskan Terowong..

Posted: 18 Aug 2014 03:48 PM PDT


Ibnu Hasyim

Israel Cipta Senjata Baru Hapuskan Terowong..


Tank Israel yang menyerang Gaza.  Tank Israel yang menyerang Gaza. (REUTERS/Baz Ratner ) 

TENTERA Israel kini tengah bersiap membuat senjata baru untuk menghadapi kumpulan militan Hamas yang akan kembali membina terowong agar dapat menyeberang ke negara zionis itu. Harian Sunday Times edisi Minggu, 17 Ogos 2014 menyiarkan senjata itu diberi nama "Iron Spade". 

Senjata ini akan dibangunkan oleh syarikat teknologi ketenteraan terbesar Israel, Elbit Systems. Mereka juga akan melibatkan syarikat Rafael, yang sebelumnya berjaya membuat senjata pemintas roket, Iron Dome 

Seorang pegawai dari Kementerian Pertahanan Israel yang dikutip harian Yediot Aharonot, menyebut sistem perlindungan ini akan ditempatkan di dua pendekatan berbeza. Pertama, sensor dan pemancar akan digunakan untuk memantau adanya aktiviti penggalian terowong dan rongga bawah tanah. 

Setelah dipastikan terdapat terowong, maka sebuah robot generasi baru akan secara automatik terus menghancurnya. Di kawasan yang sensitif, sebuah penghalang fizikal akan dimasukkan di kedalaman lebih dari 30 ribu meter.  

Projek baru ini diramalkan memakan kos bernilai 43 juta pound. Dengan adanya sistem pertahanan ini, diharapkan dapat melindungi kawasan sepanjang di sepanjang Jalur GazaNamun, walau Israel siap mengembangkan teknologi baru, bukan bermakna perlawanan terowong dari Hamas akan lenyap begitu saja.

Menurut bekas Komander Pasukan Israel, Atai Shelach, menghancurkan terowong yang dibuat Hamas tidak semudah yang dibayangkan.  

"Ini merupakan sebuah permasalahan strategik dan ancaman global. Bukan sebuah kerja mudah jika sudah ada terowong, samada di bahagian utara dan di Syria," papar Shelach.  

Sementara itu, pasukan delegasi Israel dan Palestin kembali mula untuk berunding pada hari ini. Mereka berkomunikasi secara tidak langsung untuk membicarakan kesinambungan gencatan senjata lima hari. Hamas berkata, cadangan Mesir yang kini ditawarkan tidak boleh diterima langsung dan boleh mengancam untuk membuka peperangan baru

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Jangan ingat Nabi Musa AS yang dikejar Fir'aun itu saja yang susah, bahkan Fir'aun yang mengejarnya lebih susah lagi sehingga ditenggelamkan di Laut Merah. 

Bantulah perjuangan rakyat Palestin, dengan apa cara sekalipun. Allah Akbar! (IH)


Berita Tergempar Dari HQ PKR.. Saksikanlah

Posted: 18 Aug 2014 06:28 AM PDT


Addin

Berita Tergempar Dari HQ PKR.. Saksikanlah


N Surendran, peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam rayuan kes Liwat II, menerima waran tangkap hari ini dan akan dihadapkan ke mahkamah esok.Beliau yang juga ahli Parlimen Padang Serai akan didakwa di bawah Akta Hasutan kerana menyabitkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam konspirasi Liwat II.

"Polis sudah mengeluarkan waran tangkap terhadap Surendran, peguam Anwar dalam kes rayuan Liwat II," kata notis media yang dihantar.Beliau akan didakwa di mahkamah Jalan Duta.Berikutan waran tangkap dikeluarkan atas Surendran juga, beliau dikehendaki hadir ke Balai Polis Pudu pada jam 7 malam ini.

Ketua Pembangkang itu ketika ini dalam proses rayuan kes liwat yang ditetapkan pada 28 dan 29 Oktober sebagai keputusan akhir.Awal hari ini, Anwar mendakwa peguamnya tersebut menerima ancaman daripada Umno yang melancarkan serangan dengan membuat laporan polis ke atasnya, serta disokong media milik kerajaan.

Anwar menuduh bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan secara peribadi bertemu dengan Najib pada 24 Jun, 2008.Najib juga dituduh menipu apabila pada mulanya mendakwa Saiful hanya bertemu pegawainya dan pertemuan itu hanya berkenaan isu biasiswa.

"Kemudiannya, Najib menukar ceritanya dan mengaku berjumpa Saiful di kediamannya."Pertemuan itu dirancang pegawai khas Najib sendiri, Khairil Annas Jusoh. Malah peguam pendakwa, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah juga mengakui bersama," katanya.

Katanya, lebih jelas lagi wujud konspirasi apabila pegawai polis atasan SAC Datuk Mohd Rodwan Mohd Yusof yang terlibat mendakwanya pada 1998 juga bertemu Saiful selepas pertemuan dengan Najib petang tersebut."Ini jelas konspirasi berlaku di depan mata kita," kata Anwar.

Mac lalu, Mahkamah Rayuan menjatuhkan hukuman penjara 5 tahun terhadap Anwar selepas mendapati beliau bersalah meliwat bekas pembantunya itu, kira-kira 6 tahun lepas.

Bagaimanapun, Hakim Datuk Balia Yusof Wahi yang mengetuai panel tiga hakim mendengar rayuan pihak pendakwaan dalam kes itu, membenarkan permohonan Anwar bagi penangguhan hukuman sementara menunggu rayuan dengan jaminan RM10,000. ~tmi




Iklan C (ii)





Jilboobs, Pakaian Pelacur Di Aceh. Masih Tak Boleh Kesan?

Posted: 18 Aug 2014 04:43 AM PDT


Ibnu Hasyim

Jilboobs, Pakaian Pelacur Di Aceh. Masih Tak Boleh Kesan?



Ditemui ATJEHPOST.com.. Di sebuah kafe di Banda Aceh, perempuan muda ini terlihat layaknya orang berpendidikan. Tubuh semampai. Aroma wewangian tercium lembut, pertanda bukan parfum murahan. Kulitnya telapak tangannya putih bersih, samar-samar memperlihatkan urat berwarna kehijauan. Jilbab coklat yang kedua ujungnya diikat ke belakang membalut kepalanya. Dengan tampilan begitu, ia terlihat modis.

Meski memakai jilbab, perempuan yang mengaku berusia 20 tahun itu memakai baju ketat, memperlihatkan bentuk dadanya. Dalam istilah sekarang, penampilan seperti ini diplesetkan menjadi jilboobs. Memakai jilbab, tapi bahagian dada membusung.
Bunga, sebut saja namanya begitu. Mengaku masih duduk di bangku kuliah di sebuah universiti ternama di Banda Aceh. Tak lama, iPhone 4S di tangannya berbunyi. Sebuah pesan masuk ke aplikasi Blackberry Messenger. Rupanya, seseorang mengiriminya foto lelaki.

Seraya memperlihatkan foto yang masuk itu kepada ATJEHPOST.com, wanita yang menolak namanya ditulis ini membalas pesan yang masuk. "No, thanks."

Rupanya, orang yang mengirim foto kepada perempuan itu sedang menawarkan seorang lelaki kepadanya. Kerana merasa tidak sreg, perempuan ini menolaknya.

"Aku pilih-pilih orang, bang. Nggak mau sembarangan. Kalau gak suka, ya gak mau. Aku kek gitu orangnya," katanya.

Lalu meluncurkan cerita dari bibir tipisnya. Katanya, ia berasal dari keluarga yang broken home. Ayah dan ibunya berpisah sejak ia berusia 10 tahun. Bunga pun mencari kebahagiaan di luar rumah. Sampai akhirnya, pergaulan membuatnya terjerumus pada kehidupan malam.

Penerapan syariat Islam di Aceh membuatnya perlu main kucing-kucingan dengan polisi syariat. Di siang hari, ketika keluar rumah, ia mengenakan jilbab. Tapi, ya itu tadi, lekukan dada tak tertutupi.

"Daripada ditangkap polisi syariat, kan bikin malu. Jadi kalau keluar ya pakai jilbab," ujarnya.

Bunga baru melepas jilbabnya jika sedang di dalam mobil. Jika menggunakan motorsikal, jilbab adalah asesoris yang wajib melekat di kepala. Latar belakang keluarga yang tak harmonis, membuat Bunga terlihat berdiri sendiri. Wanita yang bercita-cita menjadi pengacara ini mengaku membiayai sendiri wang kuliahnya.

"Kalau lagi perlu wang, ya aku cari tamu dari teman-teman. Tapi kalau aku tidak suka orangnya, ya tidak akan mau juga," kata Bunga yang mengaku hanya bersedia menemani lelaki yang usianya di bawah 35 tahun.

Apa susahnya memakai jilbab yang menutupi dada? "Abang tau sendiri lah. Lelaki kan sukanya yang ukuran ideal."

Bunga mengaku keluarganya di Langsa tak mengetahui pekerjaannya di Banda Aceh. Ia bahkan menganggap pekerjaannya lebih baik daripada meminta-minta. "Yang penting aku tidak menyusahkan orang lain. Aku tidak korupsi seperti pejabat-pejabat itu," ujarnya.

Ada rasa kesal dalam nada suaranya ketika ditodong pertanyaan menyesal atau tidak dengan profesinya itu. Ketika sedang berbicara, iPhone di tangannya kembali berbunyi. Lagi-lagi pengirim pesan sebelumnya mengirimkan sebuah foto lelaki. Bedanya, kali ini lelaki dengan wajah lebih muda. Bunga tersenyum.

Dia pun membalas pesan itu. "Oke, jangan lupa kasih tahu, Rp2 juta (kira-kira RM600) untuk satu jam. Kalau ngak mau segitu, nggak usah."

Setengah jam kemudian, sebuah keretaToyota Fortuner warna hitam berhenti di depan kafe. Bunga pamit. Sambil berjalan menuju kereta yang menjemputnya, ia membetulkan letak jilbab di kepalanya.

Tak mampukah, polis syariat Aceh mengesannya? Macam Malaysia juga dalam menengani pelacuran...
(IH)
jilboob-aceh
Pelacur di Aceh  guna jilboobs begini..

Lihat sebelum ini..
Jilboobs, Tutup Tapi Tonjol. Trend Baru Pakaian Mu...Jilboobs Kini Amat Menakutkan. Bagaimana Tangani?


3 Peserta Sukan Bogel Termasuk Penganjur Serah Diri

Posted: 18 Aug 2014 04:00 AM PDT


Ibnu Hasyim

3 Peserta Sukan Bogel Termasuk Penganjur Serah Diri


Pihak polis menunjukkan gambar-gambar individu yang dikehendaki oleh pihak polis bagi membantu siasatan kes pesta bogel di pantai Telok Kampi.

GEORGE TOWN: Tiga lagi peserta pesta sukan bogel telah menyerah diri, kira-kira 24 jam selepas Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Wira Abdul Rahim Hanafi mendedahkan butiran mereka di akhbar.

Mereka yang menyerah diri ialah Tok Chew Hwa, 57, dipercayai menjadi penganjur, Justin Ang Ji Keng, 24 dan Carmen Chan, 27.  Sumber polis berkata, ketiga-tiga mereka menyerah diri di ibu pejabat polis daerah di Balik Pulau pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Balik Pulau Superintendent Lai Fah Hin enggan mengulas mengenai perkara itu dan berkata Abdul Rahim akan mengadakan sidang akhbar tidak lama lagi.  Dilaporkan bahawa 18 dipanggil termasuk enam wanita, telah dalam rakaman video semasa mengambil bahagian dalam satu siri aktiviti bogel pada 31 Mei lalu, yang digelar sebagai Sukan Bogel Penang 2014.

Video lima minit menunjukkan peserta berbogel di pantai Teluk Kampi ketika mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti seperti lukisan badan, larian berganti-ganti dan 'catwalk' kumpulan.  Sembilan daripada 18 peserta itu juga bermalam di kebun di Balik Pulau dalam keadaan bogel.

Abdul Rahim berkata, pada 6 hingga 8 Jun lalu, sembilan daripada peserta-peserta ini turut menyertai parti bogel di Pattaya bersama 30 negara lain. (mStar)

Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-67: Kisah-kisah Bogel (3)
E-Buku IH-67: Kisah-kisah Bogel (3)


Cabaran Pasca 17 Ogos: Paksa Parti Lain Terima Agendanya -Dr Mujahid

Posted: 18 Aug 2014 03:01 AM PDT


Ibnu Hasyim

Cabaran Pasca 17 Ogos: Paksa Parti Lain Terima Agendanya -Dr Mujahid

Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa berkata pengajaran boleh diambil pemimpin PR sewaktu perselisihan mengenai calon pengganti Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. –  Gambar The Malaysian Insider, 18 Ogos, 2014.  Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa berkata pengajaran boleh diambil pemimpin PR sewaktu perselisihan mengenai calon pengganti Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. – Gambar The Malaysian Insider, 18 Ogos, 2014.

CABARAN pasca 17 Ogos adalah lebih besar menunggu selepas ini kepada Pakatan, kata Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa ahli Parlimen Parit Buntar.

"ADA ada beberapa pengajaran yang boleh diambil pemimpin PR sewaktu perselisihan mengenai calon pengganti Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, dan ia wajar dilihat dalam kerangka lebih besar.
"PR perlu memperbaharui diri mereka dengan meneruskan agenda nasional dan rakyat serta mengurangkan politiking sehingga merugikan maslahat yang lebih utama.
"PR gagal menggunakan kepakaran pengurusan konflik malah membiarkan kepercayaan rakyat kepada mereka tergugat.
"Kemunculan kes awalan bahawa penentuan jawatan yang perlu dipersetujui oleh ketiga parti tidak diserahkan hanya kepada parti penjawat," Kata beliau.dalam satu kenyataan di Tha Malaysian Insider  hari ini.

Semalam, mesyuarat ahli Jawatankuasa Pimpinan PAS Pusat menamakan dua calon pengganti Khalid, iaitu Presiden PKR dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kajang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, serta Adun Bukit Antarabangsa Mohamed Azmin Ali.

Bagaimana pun, mesyuarat Majlis Pimpinan PR kemudiannya menyenarai pendek Dr Wan Azizah sebagai pengganti Khalid, dan akan dipersembahkan kepada Sultan Selangor selepas keberangkatan pulang baginda dari luar negeri.

Mujahid berkata antara pengajaran yang boleh ditimba sepanjang krisis MB itu adalah setiap parti dalam PR tidak sepatutnya memaksa parti lain menerima agendanya tanpa dibahas secara lumat dan mendapat konsensus atau kompromi.

Katanya, dapat diperhatikan juga muncul trend khusus dari pemimpin pelapis yang mahu keluar dari kepompong lama pimpinan PR dan membawa beban sejarah mereka dalam menyelesaikan masalah.

"Masa depan PR diperhatikan oleh rakyat dan sejauh mana konsensus PR dapat dipertahankan antara tiga parti untuk bersaing dengan Barisan Nasional (BN).
"Seperti yang saya katakan, semua kita perlu melihat menjangkau sekadar PR lawan BN tetapi mula berfikir membina semula asas negara ini dan menumpukan kepada faktor yang menghancurkan perpaduan nasional iaitu, perkauman sempit, prejudis dan ekstrimisme," katanya.

Selepas mesyuarat pimpinan PR semalam, Azmin berkata beliau sanggup mengorbankan jawatan MB Selangor demi memberi keutamaan kepada kepentingan parti. Katanya, PR akan lebih bersatu padu selepas krisis membabitkan isu peralihan MB di Selangor.

"Bagi saya parti lebih utama. Saya bercakap dengan rakan-rakan pimpinan, kita mesti bekerja untuk PKR tanpa mengira apa sekalipun," katanya.

Khalid dalam satu kenyataan semalam berkata, beliau akan memohon menghadap Sultan Selangor bagi mendapatkan nasihat mengenai langkah seterusnya berikutan keputusan PAS memberi sokongan kepada Dr Wan Azizah dan Azmin.

Khalid berkata beliau menerima keputusan PAS dengan hati terbuka dan mengucapkan terima kasih kepada "rakan-rakan dan semua rakyat Selangor atas sokongan dalam usaha bersama untuk menjayakan agenda reformasi di Selangor".  (IH)

Sila lihat..  
E-Buku IH-92: Selamatkah K'jaan PR S'gor? E-Buku IH-92: Selamatkah K'jaan PR S'gor?


Khalid Ibrahim Buat Kejutan Lagi?..

Posted: 18 Aug 2014 02:36 AM PDT


Addin

Khalid Ibrahim Buat Kejutan Lagi?..


Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid menulis surat kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah untuk menghadap baginda selepas hilang kepercayaan majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri Adun) Pakatan Rakyat.

Setiausaha Sulit kepada Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani berkata, istana sudah menerima surat daripada Khalid (gambar) dan memaklumkan kepada Sultan Sharafuddin.

"‎Permohonan beliau sudah saya sembah maklum kepada Tuanku.

"Walau bagaimanapun baginda menitahkan supaya Khalid menunggu sehingga baginda berangkat balik ke tanah air dalam tempoh beberapa hari lagi," katanya dalam kenyataan hari ini. ~tmi




Iklan C (ii)





Tidak Timbul Lagi Soal Sokong Khalid Kerana ... - Presiden PAS

Posted: 18 Aug 2014 01:52 AM PDT


Ibnu Hasyim

Tidak Timbul Lagi Soal Sokong Khalid Kerana ... - Presiden PAS



KOTA BHARU: Presiden PAS menjelaskan Majlis Syura sebelum ini menyokong Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memandangkan ketika itu Menteri Besar Selangor masih lagi sebagai ahli PKR.

"Maka masalah itu sekarang tidak timbul lagi," kata Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Ditanya tuduhan penyelewengan terhadap Khalid belum lagi dapat dibuktikan kata beliau itu adalah perkara lain.  Jawatankuasa PAS Pusat semalam memutuskan PAS menyokong Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon Menteri Besar Selangor menggantikan Khalid. Selain itu mesyuarat itu juga menamakan Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali mengisi jawatan tersebut.

Bercakap pada sidang media bersama Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat di Kota Darulnaim hari ini katanya, ketika keputusan Majlis Syura menyokong Khalid masih lagi sebagai ahli PKR, namun sekarang tidak lagi. Hadir sama pada sidang media itu ialah Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali. (Foto atas oleh UKMB)

"Malah Khalid dilaporkan menghargai keputusan dibuat PAS semalam," ujarnya.

Ditanya apa nasihat PAS kepada Khalid, katanya beliau hanya menyatakan pandangannya apabila dapat berjumpa dengan Menteri Besar nanti dan bukan kenyataan melalui media. Mengenai cadangan Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat hanya mencadang nama Wan Azizah sebagai Menteri Besar Selangor kata Presiden PAS, Majlis Presiden Pakatan menghargai pencalonan dibuat PAS menggantikan Khalid.

"Majlis Pimpinan mengambil maklum Datuk Seri Dr Wan Azizah dan Azmin Ali diputuskan sebagai cadangan mengisi jawatan menteri besar.
"Sebaliknya Azmin menghormati keputusan partinya, ini maknanya kita serah kepada Sultan untuk putuskan dengan satu nama nama yang diangkat,"  ujarnya.

Oleh itu kata beliau tidak ada percanggahan dengan keputusan sebelum ini, dan terpulang kepada Sultan menamakan sesiapa sahaja termasuk Wan Azizah. Tuan Guru Abdul Hadi juga berkata, Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat turut menghargai pendirian PAS kekal bersama Pakatan Rakyat dan keperluan menggantikan Khalid sebagai Menteri Besar Selangor.

Ditanya kemungkinan Khalid membubarkan Dun, katanya itu terpulang kepada rakyat kerana kuasa membubar Dun hak sultan.

"Kita tidak boleh campur tangan. Kalau tuanku bubar maka kita terima realiti. Namun kita harap tidak berlaku begitu," katanya.

Presiden PAS juga menolak persepsi nepotisme berlaku bagi mengisi jawatan Meneri Besar Selangor. Manakala, Tuan Guru Nik Abdul Aziz menolak dakwaan PAS sering berubah pendirian. Ini kerana kata beliau perubahan itu berlaku ketika sebelum ada keputusan Jawatankuasa PAS Pusat.

"Dan apabila ada keputusan ia tidak lagi berubah kerana telah dibuat (Jawatankuasa PAS Pusat) dengan bilangan yang ramai," katanya.

Beliau juga menyokong penuh keputusan dibuah Jawatnkuasa PAS Pusat untuk PAS kekal dalam Pakatan Rakyat. Menurutnya kekal dalam Pakatan adalah perkara paling penting sebagai seorang beragama Islam kerana agama menyuruh supaya berpakat.

"Islam agama tauhid. Tauhid bermakna bersatu dan semasa Rasulullah saw hidup penyatuan dibuat dengan pelbagai bangsa dan agama yang kita panggil tahaluf siyasi.
"Syukur kepada Allah Taala dengan keputusan dibuat semalam kekal dengan Pakatan. Saya sokong keputusan dibuat jawatankuasa PAS Pusat, siapa jadi menteri besar itu soal lain," tambahnya.  - HARAKAHDAILY 18/8/2014


Keputusan Terbaru Pimpinan PAS Ini Menjadi Tamparan Hebat Buat Khalid Ibrahim

Posted: 18 Aug 2014 01:49 AM PDT


Addin

Keputusan Terbaru Pimpinan PAS Ini Menjadi Tamparan Hebat Buat Khalid Ibrahim


Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini bersetuju dengan segala keputusan mesyuarat Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat semalam yang menolak kepimpinan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Nik Abdul Aziz berkata, keputusan menyokong itu dibuat selepas beliau mengadakan pertemuan tertutup dengan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali di Kota Baru.

"Saya mendengar penjelasan daripada presiden PAS dan setiausaha agung dan saya bagi sokongan penuh terhadap keputusan AJK PAS Pusat itu.

"Alhamdulillah keputusan itu kita kekal dalam Pakatan (Rakyat) dan saya menyokong apa yang diputuskan semalam," katanya pada sidang akhbar di pejabatnya di Institut Pemikiran Tok Guru di Kota Darul Naim di Kota Baru.
Hadi dan Mustafa juga turut hadir dalam sidang akhbar itu.

Sebelum ini, Majlis Syura Ulama PAS yang diketuai Nik Aziz membuat keputusan menyokong penuh Khalid untuk kekal sebagai menteri besar.

Semalam, AJK PAS pusat itu turut mencadangkan dua nama iaitu Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan timbalannya Mohamed Azmin Ali sebagai calon menteri besar yang baharu bagi menggantikan Khalid.

Ketika ditanya kenapa bertindak menyokong Dr Wan Azizah sedangkan keputusan sebelum itu berbeza, Nik Aziz kemudiannya berkata:"Siapa jadi MB (menteri besar) itu terpulang kepada perkenan Sultan."

Sementara itu, Hadi berkata keputusan yang diputuskan parti itu adalah berdasarkan kepada keadaan semasa iaitu pada masa menyokong Khalid adalah kerana ketika itu beliau ia masih merupakan ahli PKR.

"Masa itu, Khalid masih dalam PKR dan kini dipecat dan masalah berkaitan dengannya sudah tidak timbul lagi," katanya.

Beliau berkata, persoalan sama ada Khalid bersalah atau tidak terhadap tuduhan yang dilemparkan parti termasuk dakwaan salah laku, itu merupakan isu yang berbeza dan tiada kaitan dengan keputusan yang dibuat semalam.

Hadi berkata, keputusan PAS memilih Dr Wan Azizah itu juga tiada kaitan dengan dakwaan menyokong nepotisme yang cuba diamalkan oleh PKR.

"Saya tidak mahu komen dengan nepotisme atau tidak atau ia bercanggah dengan keputusan Majlis Syura Ulama. Terpulang kepada Sultan untuk menentukan dan itu bukan hak kita," katanya.

Ketika ditanya adakah Hadi menasihatkan Khalid dalam soal itu, beliau hanya berkata:"Nanti saya jumpa dia (Khalid) dan bukannya nasihat melalui akhbar."

Hadi berkata, PAS berharap pilihan raya negeri tidak akan diadakan, tetapi tetap bersiap sedia menghadapinya.

"Bubar dewan itu hak Tuanku dan tiada siapa boleh campur tangan tetapi kita harapkan ia tidak berlaku," katanya. ~bernama



Iklan C (ii)





Nah!! Ini Bukti Bertulis Wan Azizah Tidak Boleh Jadi MB Selangor?

Posted: 18 Aug 2014 12:21 AM PDT


Addin

Nah!! Ini Bukti Bertulis Wan Azizah Tidak Boleh Jadi MB Selangor?


Sekarang ini menjadi perbincangan hangat di media sosial adakah Dato' Sri Wan Azizah menepati undang-undang tubuh Negeri Selangor yang nakkan seorang Melayu yang beragama Islam sebagai Menteri Besar.

Ada yang jawab He tafsiran peguam adalah meliputi lelaki dan perempuan. Apa pun yang boleh menafsir dan membuat kata putus ialah Sultan Selangor sendiri.

Bola di kaki sultan sekarang. ~tranungkite




Iklan C (ii)





Jika TuntutanTidak Dipenuhi, Hamas Janjikan Perang Tanpa Akhir

Posted: 17 Aug 2014 11:57 PM PDT


Ibnu Hasyim

Jika TuntutanTidak Dipenuhi, Hamas Janjikan Perang Tanpa Akhir

Jika tuntutan tidak terpenuhi, Hamas janjikan perang tanpa akhirPertarungan Palestin-Israel. ©AFP PHOTO/ABBAS MOMANI

RUNDINGAN antara Hamas dan Israel yang diadakan hari ini dibekukan. Hamas menolak   kompromi kerana Israel yang menolak untuk mencabut blokade dan sekatan. Hamas mengatakan tidak akan ada perundingan selama blokade tidak dihilangkan.

Theweek.com
melaporkan, Ahad (17/8), Ketua Urusan Luar Negera Hamas Osama Hamdan mengatakan tidak akan ada lagi negosiasi. Ini tuntutan warga Palestin. "Israel mesti menerima tuntutan ini atau pastikan perang yang berpanjangan." ujar Hamdan.

Gencatan lima hari berakhir besok dan untuk sementara negosiator masing-masing pihak sepakat bertemu di tempat lain tanpa difasilitasi Mesir. Israel menolak blokade sementara mereka menuntut pelucutan senjata Hamas namun kelompok ini menolak.

Pembicaraan masih belum mendapat jalan keluarnya. Sementara Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mendesak perang dihentikan mengingat sudah 1,900 warga Palestin dan 63 Israel telah terbunuh. (IH)


Antara 2 Jalan, Khalid Perlu Mengambil Jalan Terhormat.

Posted: 17 Aug 2014 11:12 PM PDT


Ibnu Hasyim

Antara 2 Jalan, Khalid Perlu Mengambil Jalan Terhormat.



Semua isyarat kini menunjukkan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hilang sokongan untuk terus mentadbir Selangor. Gambar fail The Malaysian Insider. Semua isyarat kini menunjukkan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hilang sokongan untuk terus mentadbir Selangor. Gambar fail The Malaysian Insider.                 Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim Khalid perlu mengambil jalan terhormat. Saran  The Malaysian Insider mengenai isu MB Selangor kini.
 Tan Sri Abdul Khalid telah membatalkan pertemuan dengan penjawat awam di Shah Alam pagi ini, urusan wajib beliau sejak menjadi menteri besar Selangor pada 2008. Dengan alasan munasabah juga, beliau hilang sokongan PAS untuk terus kekal memerintah. PAS kini bersama PKR dan DAP menyokong Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai menteri besar baharu.
Khalid mengetahui hilang sokongan tersebut dan semalam berkata akan mengadap Tuanku Sultan Selangor untuk memutuskan nasibnya. Masalahnya, Sultan Selangor hanya kembali daripada bercuti minggu depan. Demikian komen The Malaysian Insider lagi.   "Tetapi mengapa tunggu Sultan untuk tentukan masa depannya? Kenapa berselindung di sebalik protokol istana?
"Apabila pemimpin hilang sokongan majoriti seperti jelas berlaku ke atas Khalid dalam tempoh beberapa minggu ini, langkah terhormat adalah dengan meletak jawatan dan memberikan seseorang yang memiliki kepercayaan mengambil alih.
"Malah, Khalid juga sudah memecat empat Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) DAP dan PKR daripada pentadbirannya hanya kerana tidak mendapat sokongan mereka. Beliau perlu mengambil keputusan sama ke atas exco PAS.
"Ini akan menyebabkan beliau hilang minimum empat exco untuk memerintah negeri terkaya dalam negara tersebut. Sokongan 12 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Barisan Nasional (BN) saja tidak memadai."  Komen The Malaysian Insider, antara portal yang terkenal di Malaysia seterusnya.
Munurut komen itu lagi, semua isyarat sekarang menunjukkan Khalid sudah hilang kedudukannya. Beliau perlu letak jawatan. Beliau hanya perlu memberitahu Sultan dan tidak menanti untuk mengadap. Mengapa Selangor perlu ditadbir seminggu atau lebih oleh seorang menteri besar yang tidak mempunyai sokongan? Adakah penjawat awam perlu menuruti arahannya kerana beliau masih mentadbir sehinggalah Sultan melepaskannya? Khalid boleh mengambil tindakan sewajarnya selepas terseret dalam kemelut dengan Pakatan Rakyat. Bukan saja boleh, tetapi wajib.
 The Malaysian Insider menyarankan, "Beliau boleh hantar surat peletakan jawatannya dan mengisytiharkan dirinya sebagai pemangku menteri besar sehingga Sultan memutuskan untuk menerima atau tidak pencalonan Dr Wan Azizah sebagai pengganti Khalid. Atau Sultan boleh membubarkan dewan atas nasihat Khalid.  Ertinya, yang mana satu pun boleh, Khalid perlu mengambil jalan terhormat dengan meletak jawatan terlebih dulu. Tidak perlu tunggu Sultan untuk membuat keputusan tersebut.  (IH) Sila lihat..  
E-Buku IH-92: Selamatkah K'jaan PR S'gor?

E-Buku IH-92: Selamatkah K'jaan PR S'gor?


Keputusan Bertentangan Dg M/Syura? N/Aziz Jumpa A/Hadi. -Bernama.

Posted: 17 Aug 2014 09:57 PM PDT


Ibnu Hasyim

Keputusan Bertentangan Dg M/Syura? N/Aziz Jumpa A/Hadi. -Bernama.


Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik  Mat akan mengadakan pertemuan dengan presiden parti itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk mendapatkan penjelasan berhubung keputusan parti hari ini mengenai  krisis politik di Selangor.
  
Bekas Menteri Besar Kelantan itu berkata beliau akan membuat kenyataan setelah pertemuan berkenaan yang dijangka berlangsung di pejabatnya di Institut Pemikiran Tok Guru di Kota Darulnaim, hari ini.
  
"Saya tidak boleh sebut (komen) selagi presiden (PAS) tidak beri penjelasan kepada saya," katanya kepada pemberita ketika ditemui di rumahnya di Kampung Pulau Melaka di Kota Bharu semalam.

Semalam PAS mengumumkan tidak lagi menyokong kepimpinan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai menteri besar Selangor.
  
Selain itu, mesyuarat khas Jawatankuasa Kerja PAS Pusat di Kuala Lumpur itu turut mencalonkan dua nama iaitu Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan timbalannya, Mohamad Azmin Ali sebagai calon menteri besar yang baru bagi menggantikan Abdul Khalid.
  
Tindakan itu bertentangan dengan keputusan Majlis Syura Ulama sebelum ini yang memberi sokongan penuh kepada Abdul Khalid untuk kekal sebagai menteri besar.
- Bernama


Sila lihat..  
E-Buku IH-92: Selamatkah K'jaan PR S'gor?

E-Buku IH-92: Selamatkah K'jaan PR S'gor?


Khalid Ibrahim Letak Jawatan Hari Ini?

Posted: 17 Aug 2014 09:24 PM PDT


Addin

Khalid Ibrahim Letak Jawatan Hari Ini?


Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim membatalkan pertemuan dengan penjawat awam di Shah Alam pagi ini, urusan wajib beliau sejak menjadi menteri besar Selangor pada 2008.Dengan alasan munasabah juga, beliau hilang sokongan PAS untuk terus kekal memerintah. 

PAS kini bersama PKR dan DAP menyokong Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai menteri besar baharu.Khalid mengetahui hilang sokongan tersebut dan semalam berkata akan mengadap Tuanku Sultan Selangor untuk memutuskan nasibnya. Masalahnya, Sultan Selangor hanya kembali daripada bercuti minggu depan.

Tetapi mengapa tunggu Sultan untuk tentukan masa depannya? Kenapa berselindung di sebalik protokol istana?Apabila pemimpin hilang sokongan majoriti seperti jelas berlaku ke atas Khalid dalam tempoh beberapa minggu ini, langkah terhormat adalah dengan meletak jawatan dan memberikan seseorang yang memiliki kepercayaan mengambil alih.

Malah, Khalid juga sudah memecat empat Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) DAP dan PKR daripada pentadbirannya hanya kerana tidak mendapat sokongan mereka. Beliau perlu mengambil keputusan sama ke atas exco PAS.

Ini akan menyebabkan beliau hilang minimum empat exco untuk memerintah negeri terkaya dalam negara tersebut. Sokongan 12 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Barisan Nasional (BN) saja tidak memadai.Semua isyarat sekarang menunjukkan Khalid sudah hilang kedudukannya. 

Beliau perlu letak jawatan. Beliau hanya perlu memberitahu Sultan dan tidak menanti untuk mengadap.Mengapa Selangor perlu ditadbir seminggu atau lebih oleh seorang menteri besar yang tidak mempunyai sokongan? 

Adakah penjawat awam perlu menuruti arahannya kerana beliau masih mentadbir sehinggalah Sultan melepaskannya?Khalid boleh mengambil tindakan sewajarnya selepas terseret dalam kemelut dengan Pakatan Rakyat. 

Bukan saja boleh, tetapi wajib.Beliau boleh hantar surat peletakan jawatannya dan mengisytiharkan dirinya sebagai pemangku menteri besar sehingga Sultan memutuskan untuk menerima atau tidak pencalonan Dr Wan Azizah sebagai pengganti Khalid.

Atau Sultan boleh membubarkan dewan atas nasihat Khalid. Yang mana satu pun, Khalid perlu mengambil jalan terhormat dengan meletak jawatan terlebih dulu. Tidak perlu tunggu Sultan untuk membuat keputusan tersebut. ~tmi



Iklan C (ii)





Mengapa PAS Calonkan Azmin? -Khalid Samad

Posted: 17 Aug 2014 08:51 PM PDT


Ibnu Hasyim

Mengapa PAS Calonkan Azmin? -Khalid Samad



PAS menerima keputusan Pakatan untuk mencalonkan Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail sahaja sebagai calon menteri besar Selangor.
Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Khalid Samad berkata, beliau juga menghormati keputusan Timbalan Presiden parti itu, Mohamed Azmin Ali yang menyokong keputusan PKR untuk menamakan Wan Azizah sebagai pengganti Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

"Sebenarnya PAS mencadangkan Azmin kerana kita dapat maklum dari pihak istana kemungkinan istana tak sanggup terima Wan Azizah. Atas dasar itu kita cadangkan nama Azmin sekali. 
"Oleh kerana Azmin sendiri menarik diri maka kita tak boleh nak buat apalah. saya rasa ia bukan satu masalah
"Sebab utama kerana kita dapat maklumat dari istana. Itu sebab utama. Tapi kita tengoklah. Sebahagian ahli PAS kata cuba dulu. Kalau sultan tolak, biarlah sultan tolak. Maknanya, bukan kita (PAS) yang tolak, tapi sultan," katanya ketika ditemui pemberita selepas mengadakan forum di Kuala Lumpur malam tadi.

Semalam, Pakatan Rakyat akhirnya memutuskan untuk mencalonkan  Wan Azizah sahaja sebagai calon menteri besar Selangor  Perkara itu baru diputuskan dalam mesyuarat majlis presiden PKR, DAP dan PAS di sebuah hotel di Subang Jaya, Selangor.

Sementara itu, Azmin ketika ditemui media menegaskan partinya dan Pakatan lebih penting berbanding siapa yang menjadi menteri besar.

"Bagi saya, parti diutamakan. Saya beritahu rakan sejawat saya (dalam mesyuarat) kita mesti bekerja sedaya upaya untuk Pakatan.
"Saya amat percaya selepas krisis ini Pakatan dan PKR akan bertambah kuat," kata Amin (kiri).

Sebelum itu, dalam forum krisis Selangor yang diadakan di Dewan Himpunan Cina Kuala Lumpur- Selangor malam tadi, Khalid turut menjelaskan perkara yang menyebabkan Pakatan menolak Khalid Ibrahim sebagai menteri besar.

Forum selama dua jam setengah yang turut dihadiri oleh AJK PAS Pusat Dr Dzulkefly Ahmad, Ketua Pemuda Suhaizan Kaiat dan pakar perlembagaan Dr Abdul Aziz Bari antara lainnya turut membincangkan tentang sebab utama PAS masih meletakkan empat orang exconya di dalam kerajaan negeri Selangor.  (MK)

Sila lihat..   
E-Buku IH-92: Selamatkah K'jaan PR S'gor?

E-Buku IH-92: Selamatkah K'jaan PR S'gor?


Nora Danish mengamuk terperangkap 1 jam dalam lif Hotel Legoland

Posted: 17 Aug 2014 07:36 PM PDT


Tengok TV Online

Nora Danish mengamuk terperangkap 1 jam dalam lif Hotel Legoland




Caption Insta Nora Danish:

I was at Lego Land with my family earlier today n decided to stay for a night at Lego Hotel, JB. The rooms? Mmg cantik. Tetapi paling teruk pernah saya pergi. 

Here's the story. My sister @danishnadya , my pregnant friend @zaremazainal and ned's bodyguard @gg_brutale was stuck inside the lift for an hour!!!! 

Dan selama setengah jam tiada siapa yg bgtaw kami. Selama 10 minutes my sister nadya yg berada dalam lift itu tekan button merah baru ada orang jawab. Can u imagine??? They went for a break katanya dan tiada ganti yg jaga n monitor? 

Mereka kata dah banyak kali terjadi kes sebegini! Perkara ini tidak boleh dibuat mainan kerana dibuatkan org didalam itu sesak nafas? Budak kecil? Orang tua? Dah la lift dia bising dgn lagu dan juga lampu berkelip. 

Mmg pening la sesiapa yg stuck dalam lift, bila suruh hentikan lagu dan lampu kerana risau akan memeningkan my pregnant fren n my sister yg asthma itu, mereka kata tidak boleh. Bodoh! Lego Hotel adalah Hotel paling bahaya dan paling teruk pernah saya pergi. Bayangkan kalau ada kebakaran mmg tiada siapa yg datang selamatkan. Semua lembab. #justsharing

Luahan hati Dr. Nik Rahim: "Kenapa saya boikot Shaklee"



Assalamu 'alaikum dan salam sejahtera buat semua sahabat...moga sahabat semua dirahmati Allah. Ameen!

SUKAR....memang amat sukar untuk saya membuat keputusan ini. Saya dan keluarga menaruh harapan menggunung terhadap Shaklee. Bagi kami shaklee adalah laluan cukup sempurna bagi menyelesaikan masalah kewangan yang membelenggu diri.

Setelah MELOMPAT dari satu syarikat ke satu syarikat MLM dan GAGAL dalam kesemua penglibatan saya sebelum ini (atau belum lagi BERJAYA!) ..akhirnya saya sekali lagi bertemu jodoh dengan SHAKLEE...walaupun setelah 'berpisah' sekian lama pada awal tahun 1990an.

Kali ini saya tekad tidak mahu KECEWA lagi! cukuplah pengalaman-pengalaman lalu menjadi pengajaran berguna buat saya sekeluarga. PUNCA KEGAGALAN saya cuma satu....saya QUIT! dan berhenti setelah bertungkus lumus membina rangkaian. Saya tidak mahu kisah pedih yang pernah saya lalui berulang kembali.

Saya dan family join SHAKLEE untuk kali kedua pada Julai 2012. Tapi setahun kami SUNYI SEPI! kerana kesibukan, sepanjang tahun 2012, satu sen pun kami tidak membuat sebarang jualan!

Pada tahun 2013 sekitar bulan November, tekanan dari sudut kewangan semakin parah. Anak semakin bertambah. Pendapatan sebagai pensyarah di Maahad Tahfiz Negeri Pahang yang agak kecil, jauh sekali dari mencukupi untuk menampung perbelanjaan keluarga besar kami!

MESYUARAT TERGEMPAR dilakukan bagi mencari solusi kepada permasalahan yang amat kronik untuk ditanggung ini. Akhirnya kami membuat keputusan untuk bergerak aktif dalam Shaklee. Strategi diatur. Langkah disusun. Iklan dan promosi diperhebatkan. Syukur! pada bulan Oktober 2013, segala usaha membuahkan hasil! RM1,727 adalah bonus yang diterima pada bulan tersebut.

Sehingga artikel ini ditulis, bonus paling tinggi dicapai adalah pada bulan Mei 2014 berjumlah RM4,138 dan sekaligus layak untuk menyertai Konvension yang diadakan di Sunway Lagoon pada 7-9 June 2014.

Secara jujur, saya dan keluarga amat MENYAYANGI shaklee! Shaklee pada pandangan kami dan juga ramai pengedar Shaklee di luar sana adalah LUBUK EMAS. Apa tidaknya, ada di antara leader dalam shaklee memperoleh sehingga RM600,000 SEBULAN! Amazing kan?

Namun....KU SANGKA PANAS HINGGA KE PETANG, RUPANYA HUJAN DI TENGAH HARI!


Serangan bertubi-tubi tentera zionis israel MENGUBAH segalanya! Meskipun serangan seumpama ini bukan pertama kali dilakukan oleh tentera zionis terhadap umat Islam di Gaza, Palestin, namun entah kenapa...kali ini ianya benar-benar MENYENTUH JIWA saya dan famili. Tidak sanggup rasanya untuk melihat penderitaan saudara-saudara se Islam diperlaku sedemikian rupa oleh zionis yang bersifat kebinatangan. Anak-anak kecil yang tidak berdosa menjadi korban kebejatan israel laknatullah.

Dari sini bermula episod baru dalam hidup saya dah famili. Kami mengikuti perkembangan di Gaza setiap minit! Api kemarahan meluap-luap membakar bila jiwa demi jiwa gugur menyembah bumi akibat bedilan si pengecut tentera zionis syaitan yang dibantu oleh amerika yang menjadi talibarut.

Rasa bersalah menyelubungi jiwa. Tak sanggup rasanya berpeluk tubuh tanpa melakukan apa-apa untuk membantu pejuang-pejuang Al Qassam memerangi kaum bani israel yang mengganas. AKHIRNYA....setelah membuat search serta mengikuti perkembangan Gaza dari pelbagai sumber antaranya Aqsa Syarif, maka kami membuat keputusan untuk memboikot barangan Israel. Ini sahaja yang kami mampu untuk melakukannya. Moga Allah mengampuni dosa dan kelemahan kami! :o(

Langkah PERTAMA.....adalah memboikot McDonald yang dengan jelas bersekongkol dengan israel. Mc D sebenarnya sudah lebih setahun kami sekeluarga boikot.

Kali ini bukan hanya kami memboikot, tetapi trurut sama dalam kempen boikot barangan israel melalui media sosial seperti facebook dan lain-lain.

SUATU YANG TIDAK DIDUGA BERLAKU! Posting saya tentang pemboikotan tesco yang turut bersekutu dengan kerajaan israel menjadi viral di facebook dan dikongsi oleh sekitar 16,163 pengguna FB.



Demi mencari kebenaran - saya menulis sendiri kepada pihak Tesco UK bagi mendapatkan penjelasan dan inilah jawapan dari mereka!

Roger Barnett, Pengerusi Shaklee. Beliau berketurunan yahudi. Juga bertindak sebagai
Ahli Lembaga Pengarah kepada Elei Wiesel Foundation, satu pertubuhan
yahudi yang begitu fanatik menyokong israel. 

Saya memang tidak ada perancangan untuk memboikot Shaklee pada mulanya kerana beberapa sebab:

1) Walaupun Roger Barnett adalah se orang yahudi seperti yang dinyatakan di dalam banyak artikel di internet, namun tiada bukti kukuh bahawa shaklee menyumbang secara langsung kepada israel. Jadi tiada sebab untuk memboikot shaklee berdasarkan hukum asal dalam Islam yang membolehkan kita bermuamalah dengan orang yang bukan Islam.

2) Saya berfiki banyak kali sebelum membuat keputusan memboikot Shaklee kerana saya telah menikmati bonus yang amat saya perlukan walaupun ianya tidaklah sebesar mana jika dibandingkan dengan ramai leaders yang income mereka mencecah ratusan ribu. Bagi mereka ini, keputusan untuk memboikot mungkin jauh lebih sukar, bahkan akan ada di sana yang akan terus menjalankan perniagaan shaklee kerana SAYANG dengan wang ratusan ribu ringgit yang diperlolehi setiap bulan.

Gambar Roger Barnett bersama Elie Wiesel, pengasas Elie Wiesel
Foundation, penyokong tegar negara haram israeil. 

NAMUN...semuanya berubah bila saya dapat maklumat melalui wasap bahawa Dr Zaharuddin (Uzar) mengatakan bahawa Roger Barnett, CEO Shaklee adalah Board of Director kepada Elie

Wiesel Foundation yang merupakan yayasan kebajikan yang diasaskan oleh se orang yahudi yang merupakan penyokong kuat kepada negara haram yahudi. Walaubagaimanapun, entry berkaitan maklumat di atas di blog Dr Azaharuddin dipadam tidak lama selepas itu. Tidak tahu apa punca penarikan maklumat tersebut. Tidak berapa yakin apa yang diperkatakan, saya turut membuat search di internet dan TERNYATA maklumat oleh Uzar adalah BENAR!

Aduh! Jiwa semakin gundah gulana. Bertalu-talu soalan menerjah di fikiran. Apa nak buat sekarang?

Saya cuba memujuk hati...alah! Roger tu walaupun yahudi, dan menjadi Ahli lembaga Pengarah kepada Elie Wiesel Foundation, tak ada bukti jelas yang shaklee membuat sumbangan kepada israel. Namun jiwa terus bergelora. Ternyata, jawapan-jawapan tersebut tidak mampu membawa ketenangan kepada jiwa yang sedang berbolak balik ini.

"Dr Yusof Al Qardhawi kata wajib boikot barangan israel atau barangan keluaran amerika" kata isteri saya ketika saya sedang sibuk mencari bukti-bukti tambahan tentang Roger Barnett. Tercengang saya seketika. Tak percaya! Macamana boleh ada hukum baru yang bercanggah dengan hukum asal yang mengharuskan bermuamalah dengan orang bukan Islam.

Dalam hati saya mula berbisik, "kalau benar Dr Yusof Al Qardhawi ada mengeluarkan fatwa demikian, saya mesti BOIKOT Shaklee!! Saya nekad. Tak rela saya membantu yahudi membunuh jiwa-jiwa muslim yang tidak berdosa di Palestin dan saya menjadi salah se orang yang menyumbang ke arah itu. Selain itu, jika saya terus membeli dan menjual produk shaklee ini bermakna saya melakukan suatu yang HARAM kerana membantu musuh membunuh umat Islam, maka semua hasil bonus yang saya perolehi adalah HARAM...Astaghfirullah! saya tak sanggup memberi rezki yang HARAM kepada isteri-isteri dan anak-anak yang amat saya kasihi!

Saya terus mencari sumber asal fatwa/ pandangan Dr Yusof Al Qardhawi di internet. Saya tak mahu ambil dari sumber lain yang berbentuk secondary kerana macam-macam boleh berlaku. Ramai orang suka menebar fitnah dan khabar angin di interntet.

Saya tidak mengambil masa yang lama untuk menemui website Dr Yusof Al Qardhawi. Cari punya cari akhirnya saya temui jawapan yang sungguh mengejutkan saya. Tulisan Dr Yusof Al Qardhawi di dalam bahasa Arab, saya baca berulang kali agar saya tidak silap dalam memahami maksud tertulis.

JELAS!

Dr Yusof Al Qardhawi menjawab soalan dari salah se orang pembaca tentang hukum bermuamalah dengan musuh-musuh Islam dalam perniagaan dan aktiviti-aktiviti ekonomi yang mana hasilnya akan kembali kepada musuh tersebut samada di waktu aman atau di waktu perang. Ini ringkasan jawapan beliau:

Umat Islam diperintahkan untuk berjihad menentang musuh agama dan negaranya dengan segala cara yang termampu olehnya samada dengan tangannya, atau dengan lidahnya, atau dengan hatinya dan juga melalui boikot. Apa saja yang boleh melemahkan musuh WAJIB dilakukan oleh umat Islam mengikut kemampuan mereka masing-masing. TIDAK HARUS sama sekali bagi umat Islam membantu musuhnya samada yahudi atau mereka yang menyembah berhala. Firman Allah Taala di dalam surah al Maidah ayat 51:

يا ايها الذين آمنوا لا تتخذوا اليهود والنصارى أولياء بعضهم أولياء بعض ومن يتولهم منكم فإنه منهم

(المائدة 51)


Maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman janganlah kamu mengangkat Yahudi dan Nasrani sebagai pemimpin . Mereka adalah pemimpin di kalangan mereka maka barangsiapa yang melantik mereka di kalangan kamu maka orang itu termasuk golongan mereka."

Apa yang dimaksudkan dengan 'mengangkat yahudi dan nasrani sebagai pemimpin' ialah mengangkat mereka dengan berbagai cara samada dengan hatinya atau lidahnya atau dengan bermuamalah dengan mereka atau melalui apa-apa cara. Jika ini dilakukan maka, jadilah mereka itu seperti yahudi dan nasrani. Wal'iyazubillah...

Umat Islam jika tidak mampu untuk berjihad dengan menggunakan senjata, maka wajib atas mereka berjihad melalui cara boikot. Jangan sekali-kali membantu musuh menjana ekonomi mereka melalui kaedah perniagaan kerana setiap sen yang sampai ke tangan musuh bererti anda telah memberikan mereka wang untuk membeli peluru yang kemudiannya merobek dada-dada umat Islam.


Rujukan:

http://www.qaradawi.net/new/all-fatawa/5383-2011-10-04-15-10-15



FAKTA YANG WAJIB DIKETAHUI

1) Yahudi dan musyrik adalah musuh no. 1 kita umat Islam. Di dalam al Quran Allah memberi amaran:

"لتجدن أشد الناس عداوة للذين آمنوا اليهود والذين أشركوا" (المائدة:82)

Maksudnya: Demi sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) akan dapati manusia yang keras sekali permusuhannya kepada orang-orang yang beriman ialah orang-orang Yahudi dan orang-orang musyrik.

2) Golongan yahudi tidak akan meredhai umat Islam selamanya. Firman Allah Taala di dalam surah Al Baqarah ayat 120:

وَلَن تَرْضَىٰ عَنكَ الْيَهُودُ وَلَا النَّصَارَىٰ حَتَّىٰ تَتَّبِعَ مِلَّتَهُمْ ۗ قُلْ إِنَّ هُدَى اللَّهِ هُوَ الْهُدَىٰ ۗ وَلَئِنِ اتَّبَعْتَ أَهْوَاءَهُم بَعْدَ الَّذِي جَاءَكَ مِنَ الْعِلْمِ ۙ مَا لَكَ مِنَ اللَّهِ مِن وَلِيٍّ وَلَا نَصِيرٍ


Yang bermaksud:

"Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: "Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang benar)". Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemauan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. ''

( Qs : AL-BAQARAH Ayat : 120 )


ISU BOIKOT ISRAEL - BILA BERMULA?

Isu Shaklee dan kaitannya dengan Israel (Yahudi) sebenarnya telah menjadi bualan sejak bertahun dahulu dan ianya menjadi 'hot' bilamana Israel menyerang Palestine.

Hal ini dikaitkan dengan logo Shaklee yang terpapar dalam salah satu website milik badan keagamaan Israel iaitu kenesethisrael.com


APA FAEDAH BOIKOT?

Memboikot produk dan syarikat yang menyokong Israel secara aman mampu memberikan tekanan antarabangsa ke atas apartheid Israel mengikuti langkah kejayaan pemulauan terhadap apartheid di Afrika Selatan.

SUATU UNTUK DIRENUNGI...

Sebagai seorang muslim, kita pasti mempunyai semangat jitu untuk membantu saudara kita khususnya di Palestin dan mana-mana negara Islam yang ditindas atas dasar agama.

Adakah para billionare Yahudi tiada perasaan membantu bangsa dan agama mereka seperti kita?

Mungkinkah bantuan mereka dari sumber yang lain selain daripada keuntungan perniagaan mereka?

Jelas di dalam Al-Quran mengatakan Allah tidak akan memberi petunjuk kepada mereka. Jadi selama-lamanya mereka memang tidak akan menghormati Islam. Jangan kerana taksubkan sesuatu, maruah agama kita (akidah) tergadai.


Kesimpulan

Keputusan untuk memboikot dan meninggalkan pernigaan Shaklee bukanlah dibuat secara sembrono atau dipengaruhi oleh sentimen kebencian terhadap yahudi dan sekutunya. Namun ianya dibuat dengan berlandaskan tuntutan syara' meskipun pengorbanan ini amat bertentangn dengan kehendak hati. Kehilangan bonus antara RM1,000 hingga RM3,000 sebulan adalah suatu yang amat sukar untuk ditelan, namun demi menyahut tuntutan syara' dan demi menegakkan kebenaran dan membela darah-darah dan jiwa-jiwa yang terkorban di Gaza, Palestin, yang pahit ku telan jua. Moga Allah menerima sedikit pengorbanan ini sebagai amal soleh.

Ameen.

Oleh: Dr. Nik Rahim





@



0 comments:

Post a Comment - Kembali ke Post

Lagenda Dawn Raid 1981! (Hebatnya Mahathir & Khalid Ibrahim)