Gosip Artis | Artis Malaysia | Gossip Artis Malaysia | Cerita Artis Malaysia | Gambar Artis Malaysia | Malaysia Artist | Artis kontroversi

Gosip Artis Malaysia | Shiqin Kamal Hanya Mahu Berlakon Filem ~ KakiGosip! - Gosip ...

Gosip Artis Malaysia | Shiqin Kamal Hanya Mahu Berlakon Filem ~ KakiGosip! - <b>Gosip</b> <b>...</b>

Link to gosip artis malaysia - Google Blog Search

Shiqin Kamal Hanya Mahu Berlakon Filem ~ KakiGosip! - <b>Gosip</b> <b>...</b>

Posted: 11 Aug 2014 02:16 PM PDT

Pelakon Shiqin Kamal mengaku dia hanya akan mengambil tawaran untuk berlakon dalam filem sahaja bagi menjaga nilai eksklusifnya sebagai seorang pelakon.

Shiqin atau nama sebenarnya Nur Ashiqin Mohd Kamal, 23, berkata, dia tidak mahu masyarakat menjadi bosan apabila terlalu kerap melihat dia muncul dalam drama-drama televisyen tempatan.

"Saya sebagai penonton, ada masanya juga berasa bosan apabila melihat kekerapan seseorang artis itu muncul di pelbagai drama. Jadi saya percaya orang juga akan bosan jika melihat saya kerap di televisyen.

"Kalau boleh saya ingin menjaga nilai eksklusif sebagai seorang pelakon profesional dengan hanya muncul sekali sekala, tetapi dengan hasil lakonan yang bagus," katanya.

Tambah Shiqin, dia juga berpendirian demikian kerana ingin memberi fokus sepenuh perhatian dalam perfileman agar lebih mudah menjaga kualiti lakonan yang dibawanya.

Sementara itu, beritahu Shiqin, selepas menghabiskan  pengajiannya dalam jurusan Sarjana Muda Sains Aktuari di Universiti Teknologi Mara (UiTM), dia juga merancang ingin mengambil kursus lakonan.

"Melihatkan ramai pelakon yang masih mencari ilmu di bidang lakonan, membuatkan saya juga bersemangat mahu berbuat demikian.

"Mungkin saya akan mengambil kursus jangka pendek di New York Film Academy (NYFA), tetapi bukan dalam masa terdekat ini. Saya ingin membina nama semula selepas sekian lama sepi di industri hiburan tempatan dahulu sebelum menyertai kursus tersebut," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Shiqin bakal membintangi filem Warna Cinta Impian bersama pelakon Awie, Erra Fazira dan Nellydia Senrose dan kini mereka sedang menjalani penggambaran di sekitar Kuala Lumpur, Jaipur di India dan Brisbane, Australia.

Dunia <b>Artis</b> Jadi Punca Johan As&#39;ari Lupa Diri ~ KakiGosip! - <b>Gosip</b> <b>...</b>

Posted: 04 Aug 2014 11:34 PM PDT

Pelakon Johan As'ari mendedahkan dunia artis yang diceburinya telah membawa kemudaratan sehingga menyebabkan dia lupa diri dan meninggalkan solat.

Johan atau nama sebenarnya Johan Ariff As'ari, 28, berkata, selepas drama pertamanya berjudul Juvana dan Cinta Elysa mendapat sambutan hangat daripada penonton, dia mula mengabaikan diri terhadap perintah Allah.

"Dahulu saya seorang yang cintakan ilmu dan sanggup menggambara ke Batam dan Jambi, Indonesia berbulan-bulan bagi mendalami pengetahuan Islam. Kemudian saya balik ke Malaysia dan belajar di Kolej Universiti Islam Malaysia (KUiM) dalam jurusan kaunselor, selepas itu saya mendapat tawaran berlakon.

"Sekelip mata saya terus jadi popular yang saya langsung tidak pernah terfikir. Daripada situ saya sedikit demi sedikit berubah dan seronok dengan populariti yang saya kecapi hingga lupa untuk sembahyang dan berzikir yang dahulunya memang menjadi amalan saya," katanya .

Johan ketika ini berada di Krabi, Thailand kerana menjalani penggambaran drama bersiri Cintaku Di Krabi bersama pelakon Liyana Jasmay dan Hisyam Hamid.

Dalam pada itu kata Johan, kemewahan dan khidupan dunia glamor yang diraihnya selama ini membuatkan jiwanya berasa kosong selain hati tidak tenang berbanding sebelum bergelar artis.

Bagaimanapun dia tiba-tiba didatangi perasaan insaf dan sedar terhadap kealpaan itu ketika menjalani penggambaran drama di Krabi yang mana ia itu turut dikongsi dalam Instagram miliknya pada pagi Selasa.

"Ya, pagi tadi (Selasa) saya benar-benar sedar dan menangis meminta keampunan daripada Allah S.W.T. Selama ini Allah banyak kali beri teguran melalui beberapa kejadian yang menimpa saya, namun hati saya sudah mati dan tidak menyedarinya.

"Alhamdulillah ketika bangun pagi tadi tiba-tiba saya rasakan taufik dan hidayah Allah meminta saya bertaubat untuk kembali ke jalanNya semula.

"Saya berniat untuk kembali semula untuk belajar seperti dahulu dan mendalami ilmu agama agar hati saya tidak tersasar," katanya.

Dalam pada itu, Johan berkata, dia tidak berniat untuk mengundurkan diri daripada dunia seni, sebaliknya berusaha untuk mengimbangkan antara kerjaya seninya dan tuntutan akhirat.




@



0 comments:

Post a Comment - Kembali ke Post

Gosip Artis Malaysia | Shiqin Kamal Hanya Mahu Berlakon Filem ~ KakiGosip! - <b>Gosip</b> <b>...</b>