Gosip Artis | Artis Malaysia | Gossip Artis Malaysia | Cerita Artis Malaysia | Gambar Artis Malaysia | Malaysia Artist | Artis kontroversi

Gosip Artis Malaysia | Berita Mengaibkan Najib Ini Mungkin Disorokkan Dibawah Meja ...

Gosip Artis Malaysia | Berita Mengaibkan Najib Ini Mungkin Disorokkan Dibawah Meja <b>...</b>

Link to gosip artis malaysia - Google Blog Search

Berita Mengaibkan Najib Ini Mungkin Disorokkan Dibawah Meja <b>...</b>

Posted: 17 Jun 2014 10:39 PM PDT

Berita Mengaibkan Najib Ini Mungkin Disorokkan Dibawah Meja Editor Media Pencacai Umno

KUALA LUMPUR: Ratusan peneroka berhimpun di luar Parlimen bagi menyatakan bantahan terhadap pihak kerajaan.Seramai hampir 200 orang peneroka telah berhimpun bagi menyatakan bantahan.

Mereka terdiri daripada peneroka Felda Keratong 1 hingga 10, Jengka, Selendang 1 dan 2, Kemahang, Bera, Chini dan SelancarMereka menuntut supaya diberikan Lesen MPOB.

Turut hadir sama menyertai bantahan ini adalah beberapa orang Ahli Parlimen Pembangkang terdiri daripada Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ahli Parlimen Padang Serai N. Surendran, dan Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah. ~fmt

Iklan C (ii)


Ini Kanak-kanak Jadi Pelacur, Piala Dunia.. ~ <b>Gossip</b> panas <b>artis</b> <b>...</b>

Posted: 21 Jun 2014 12:45 AM PDT

Foto

Foto

Lihat pelacur kanak-kanak.


Penyiasatan Sunday People mendedahkan kanak-kanak terbiar, kotor serta penagih gam dan kokain dieksploitasi pengedar dadah dan bapa ayam untuk keuntungan. 

Kanak-kanak berusia 10 tahun dipaksa melacur di jalanan sekitar Brazil bagi memenuhi selera seks peminat bola sepak sempena Piala Dunia di negara itu. Kebanjiran lebih 600,000 peminat daripada seluruh dunia ke Brazil menambah nasib buruk kanak-kanak itu.  

Foto

Siasatan dijalankan. 

Mark Williams Thomas terbang ke Recife untuk menemu bual kanak-kanak yang terperangkap dalam kancah pelacuran. 
"Selaku bekas detektif serta berpengalaman menyiasat selama 30 tahun mengenai penderaan kanak-kanak termasuk kes skandal Jimmy Savile, apa yang saya temui di Brazil membuatkan saya menggeletar.
"Beribu-ribu kanak-kanak berada dalam keadaan terdesak.
"Pencari pelanggan untuk seks serendah RM7.12 selepas bapa ayam memaksa mereka berpakaian dan bersolek agar kelihatan lebih tua.
"Mereka berulang-alik bagi menjalankan perdagangan kotor itu hanya beberapa ela dari hotel yang didiami peminat British.
"Mereka juga perlu menghidu gam untuk menghentikan rasa kelaparan.
"Malah, mereka takut selepas seorang pelacur ber–usia 14 tahun dibunuh dan mayatnya dibuang di jalanan beberapa bulan lalu oleh seorang lelaki yang enggan membayar perkhidmatan seks," katanya.

Pemerdagangan mengejutkan membabitkan kanak-kanak perempuan dan lelaki berada di bawah pemerhatian polis. Dengan suasana pantai yang menarik dan di sebelah bangunan pencakar langit, Recife adalah bandar kelima terbesar di Brazil serta tuan rumah kepada lima perlawanan Piala Dunia.

Recife juga terbabit dengan dadah dan penderaan kanak-kanak seperti mana yang dikatakan seorang pekerja amal, ia adalah sama di semua bandar di negara ini. Sebaik saja pelancong tiba di lapangan terbang, pemandu teksi yang menunggu akan menawarkan pelancong membeli dadah atau seks.

Kanak-kanak terbabit akan duduk di sekitar dataran pusat bandar, tempat yang sama peminat bola sepak berkumpul. Ia mungkin dianggap tempat kejadian yang tidak membahayakan, tetapi ramai kanak-kanak ini menawarkan seks tanpa berfikir dua kali.

"Terlintas di fikiran semuda manakah kanak-kanak ini kerana mereka cuba berlagak agar kelihatan lebih tua dengan pakaian dan solekan.
"Dengan ditemani penterjemah dan mubaligh yang bekerja dengan kanak-kanak di jalanan, saya bercakap dengan tiga budak perempuan, seorang daripadanya jelas tidak waras kerana menghisap dadah dan menghidu gam.
"Lorrisa baru berusia 13 tahun dan saya pasti tubuh kecilnya itu terbantut akibat dadah.


Dia menghidu gam industri yang kuat daripada sebuah botol plastik yang mereka namakan sebagai 'cola'.

"Saya rapatkan botol itu ke hidung dan cuba melihat isi kandungannya, namun bau yang terlampau itu menyakitkan kepala saya," kata Mark.

Menurut Lorissa, menghidu gam membuat–kan dia pening dan kebas sekali gus menghentikan rasa lapar, oleh itu dia tidak perlu makan.

"Ia membantu saya menghadapi keganasan dan bahaya di jalanan," kata Lorissa.

Seketika kemudian, Raphaela, 13, rakan Lorissa turut menyertai perbualan kami.

"Saya sering didatangi puluhan lelaki yang mahukan khidmat seks sama ada penduduk tempatan, pelancong dan pemandu teksi.  

"Mereka akan membayar BRL10 (RM14.28).
"Rakan saya, Mickela tinggal di jalan dan dia dibunuh pada hari polis merusuh.
"Seorang lelaki menjemputnya di stesen kereta api Metro dan dia mengadakan hubungan seks dengan lelaki itu.
"Tetapi, lelaki itu enggan membayar Mickela lalu dia dibunuh dan mayatnya dibuang. Ia berlaku hanya beberapa minggu lalu," kata Mickela, 14.

Seorang pelacur tua yang berperanan sebagai ibu kepada kanak-kanak terbabit memberitahu polis gagal mencari pembunuh itu. Dalam tempoh tiga jam Mark menghabiskan masa berbual dengan kanak-kanak itu, dua kali kereta polis melewati mereka, tetapi pegawai polis itu tidak melakukan apa-apa.

Ia membuatkan keba–nyakan bapa ayam datang dan pergi bersama pengedar dadah selamat daripada pengetahuan polis. Calliem, 14, memberitahu Mark bagaimana dia mula menjual tubuhnya untuk seks pada usia 11 tahun.

"Saya melakukan hubungan seks dengan lelaki dan mereka hanya membayar saya RM7.13," katanya.

Calliem adalah pengguna tetap cola, ganja dan kokain crack, memperoleh kokain itu daripada peniaga di jalanan.

"Ayah saya sudah mati, ibu saya tinggal di tempat perlindungan bersama ibu saudara dan saya mempu–nyai sembilan adik-beradik.
"Tiga daripadanya mati. Seorang darinya maut dalam satu tembakan," katanya.

Keluarga yang masih ada tahu kegiatannya yang hidup di jalanan dengan menjual diri untuk seks. Perkara yang paling mengejutkan adalah cara dia bercerita mengenai hidupnya, seolah-olah ia adalah normal dan boleh diterima. Calliem memberitahu Mark, dia takut jika Piala Dunia hanya menarik lebih ramai lelaki mengadakan hubungan seks.

Wanita berumur 41, yang tinggal di jalanan sejak berusia tujuh tahun berkata: 

"Kanak-kanak menghadapi risiko besar daripada lelaki dan pelancong tempatan.
"Seorang budak berumur 10 tahun dipaksa menjadi pelacur.
"Kanak-kanak ini mengikut kebanyakan lelaki kerana mereka ketagih pada dadah dan memerlukan wang yang lebih banyak untuk membeli dadah.
"Mereka menggunakan dadah untuk berasa kebas akibat penderaan seksual, mula menjadi ketagih lantas perlu menjual diri ber–ulang kali bagi mendapatkan wang," katanya.

Dadah mudah diperoleh secara meluas di Brazil dan negara ini berada dalam genggaman wabak kokain crack.  Menurut Mark, dia bertemu dengan seorang kanak-kanak lelaki berusia 15 tahun yang ketagih crack dan cola dan menjadi bapa ayam oleh seorang lelaki yang mereka gelar Pak Cik.

"Saya juga dibawa ke kawasan setinggan terkenal Santo Amaro untuk bercakap secara rahsia dengan seorang pengedar dadah berpangkat pertengahan, Stephanie.
"Dia memberitahu hanya menjual crack kepada remaja dan orang tua malah seorang pelanggannya bergelar peguam.
"Apabila saya memberitahunya dadah itu sering dijual kepada anak-anak muda, dia mula menangis kerana mempunyai anak ketagih 'crack'," katanya.

Beliau juga bertemu komander polis, Mejar Angelo yang menjemputnya ke stesen bersama seorang pegawai dari Jabatan Pemerdagangan Manusia.

"Pegawai polis terbabit memberitahu terlalu banyak kes seksual membabitkan kanak-kanak di negara itu sehingga mereka tidak ingat satu persatu," katanya.

Mejar Angelo menambah: 

"Kami memandang serius isu berhubung peminat mahu melakukan hubungan seks dengan kanak-kanak.
"Kami menubuhkan talian bantuan dan bertindak segera dengan mana-mana panggilan serta mencari bukti," katanya.

Namun tidak pasti sejauh mana serius dan ikhlas anggota polis di negara itu bagi membanteras kegiatan seks membabitkan kanak-kanak.
Namun operasi pengawasan yang mudah selama lebih seminggu mungkin mampu memerangkap ramai pesalah seks dan dapat menyelamatkan kanak-kanak.

Polis di United Kingdom akan bekerjasama dengan pihak berkuasa Brazil untuk menyekat kemasukan pesalah seks kanak-kanak yang dikenali. (The Mirror)

Komen Weblog Ibnu Hasyim:  Mengapa pihak penganjur Piala Dunia sepi? Mana pembela hak asasi manusia, yang mengaku mereka golongan bertamaddun?

<b>Gosip Artis Malaysia</b> | Patutlah Jakim Halalkan Cadbury.. Rupanya <b>...</b>

Posted: 08 Jun 2014 07:10 AM PDT

Patutlah Jakim Halalkan Cadbury.. Rupanya GLC Antara Pemegang Saham Cadbury

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom hari ini mengumumkan produk coklat Cadbury tidak mengandungi DNA babi selepas keputusan terbaru makmal Jabatan Kimia Malaysia diperoleh.

Jamil berkata keputusan tersebut diperoleh hari ini dan disahkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

"Makmal tersebut memang khusus untuk menjalankan ujian sedemikian," katanya di Kuala Lumpur hari ini.

Beliau berkata terdapat banyak makmal serupa di Malaysia, tetapi hanya di Petaling Jaya sahaja diiktiraf Jakim.

Menurut Jamil, umat Islam di Malaysia tidak perlu bimbang apabila membeli produk Cadbury dengan perkembangan ujian terbaru tersebut selepas kontroversi DNA haiwan tersebut menimbulkan kontroversi dan kritikan daripada banyak pihak.

Malah, pertubuhan bukan kerajaan dan penganut Muslim di Malaysia juga menggesa supaya memboikot semua produk yang dikeluarkan Cadbury dan pengeluar induknya, Mondelez International Inc.

Perkembangan tersebut juga menimbulkan kebimbangan produk Mondelez akan menerima impak buruk memandangkan produk mereka banyak dijual di Malaysia, Indonesia dan Timur Tengah yang merupakan negara memiliki populasi penduduk Islam terbesar di dunia.

Pengumuman hari ini selepas 10 hari Kementerian Kesihatan Malaysia mengesahkan kandungan dalam dua produk Cadbury, iaitu Cadbury Dairy Milk Hazelnut dan Cadbury Dairy Milk Roast Almond mempunyai DNA babi.

Malah Jakim juga menggantung lesen halal syarikat tersebut.

"Contoh yang dihantar ke makmal kimia adalah produk yang sama, tetapi yang ini diambil terus daripada kilang dan dihantar ke makmal.

Jakim menghantar 11 contoh daripada dua jenis produk tersebut, keputusan ujian diperoleh hari ini seperti dijanjikan dan kesemuanya disahkan tidak memiliki DNA babi.

"Kami putuskan untuk umumkan secepat mungkin bagi meredakan isu kerana ia menyentuh sensitiviti umat Islam," kata Jamil.

Beliau juga berkata hanya Jakim mempunyai kuasa mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai isu halal.

"Hanya Jakim berkuasa untuk memberi sebarang kenyataan mengenai isu halal," kata beliau.

Susulan tekanan daripada banyak pihak minggu lepas, pihak berkuasa meredakan kemarahan terhadap Cadbury dengan mengatakan ia masih tidak jelas sama ada pencemaran tersebut berpunca daripada syarikat tersebut.

"Orang ramai perlu memahami kita tidak boleh terus mengambil tindakan terhadap Cadbury apabila tidak ada bukti kukuh," kata Othman Mustapha, Ketua Pengarah Jakim baru-baru ini. ~tmi

Siapa pemegang saham dalam Cadbury? 
Klik untuk besarkan imej

Hal ini menjadi persoalan selepas seorang pemimpin PKR mendakwa Felda sebagai antara pemegang saham terbesar dalam Cadbury. Namun, dakwaan itu dinafikan oleh pihak Felda dengan menyatakan bahawa Felda hanya memegang 9.87% saham Cadbury.Bagi menyokong kenyataan itu, portal Feldavoice turut melampirkan paparan skrin SSM yang menunjukkan pemegang saham Cadbury Confentionery Malaysia Sdn Bhd. Selain Felda, syarikat itu turut disokong oleh Boustead Holding, Trebor Basset Limited dan Cadbury Schweppes Overseas Ltd.Walaupun bukan sebagai pemegang saham terbesar Cadbury, jelas dipaparkan di bawah Felda adalah antara pemegang saham minoriti dan jika benar produk Cadbury ada unsur babi maka sudah tentu Felda juga ada "saham" dalam hal ini.~dcm

Pengguna Masih Ragui Cadbury 

[FMT] Walaupun Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) pagi tadi mengumumkan produk coklat Cadbury tidak mengandungi DNA babi, namun beberapa pengguna Facebook masih lagi meragui status halal produk tersebut.

Mohamad Zairi Yaacob, 25, mempersoalkan sama ada sampel yang diambil terus dari kilang oleh Jakim itu merupakan dari stok sama yang sebelum ini dikatakan mengandungi DNA babi.

"Sampel di ambil dari kilang, adakah telah dirancang lawatan tersebut? Kemungkinan pengusaha sudah menukarkan kandungan coklat. Yang penting di pasaran, sebab itu yang dibeli oleh pengguna.

Lagi satu, coklat yang telah ditarik balik hari tu nak tahu juga statusnya. Adakah dilupuskan atau dikitar semula, atau dipasarkan di negara bukan Islam, atau tetap dipasarkan dalam negara tapi degan label nonhalal/tiada sebarang label?," komen Mohamad Zairi.

Pegawai ekskutif komunikasi korporat Nurul Izwanie Hashim, 26, pula berkata dia masih meragui status halal produk Cadbury tersebut.

Masih meragukan.

Namun begitu, terdapat juga beberapa pengguna laman sosial itu yang berfikiran berbeza.

Mohd Farwalis Bakri berkata "Tak salah makan babi kalau tak tahu," manakala Mohd Fadzli Farid pula secara berjenaka berkata "Cadbury sedap, aku tak dapat nafikan,".

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom hari ini mengumumkan produk coklat Cadbury tidak mengandungi DNA babi selepas keputusan terbaru makmal Jabatan Kimia Malaysia diperoleh yang disahkan oleh Jakim.

"Makmal tersebut memang khusus untuk menjalankan ujian sedemikian," Jamil Khir dipetik sebagai berkata dalam laman portal The Malaysian Insider.

Pada 23 Mei lalu, Kementerian Kesihatan mengesan DNA babi atau porsin dalam dua sampel coklat Cadbury iaitu Coklat Susu dengan Kacang Hazel bernombor kelompok NO200813M01H I2 bertarikh luput 13 Nov 2014 dan Coklat Susu dengan Buah Badam dengan nombor kelompok 221013N01R I1 bertarikh luput 15 Jan 2015.  ~fmt

Iklan C (ii)




@



0 comments:

Post a Comment - Kembali ke Post

Gosip Artis Malaysia | Berita Mengaibkan Najib Ini Mungkin Disorokkan Dibawah Meja <b>...</b>