Gosip Artis | Artis Malaysia | Gossip Artis Malaysia | Cerita Artis Malaysia | Gambar Artis Malaysia | Malaysia Artist | Artis kontroversi

Pernikahan Syamsul, Puteri Sarah ditunda

Dengar khabar Syamsul Yusof ditimpa musibah apabila dirinya disahkan menghidap demam denggi. Dan keadaannya kini ditahan di wad Pusat Perubatan Gleneagles.

Memetik sumber MediaHiburan, ayahnya, Datuk Yusof Haslam mengakui kondisi anaknya itu sangat lemah dan dijangka kurang seminggu akan baik seperti sedia kala.

Dan ini sekaligus memberikan satu situasi mencabar untuk Syamsul yang akan bergelar suami kepada Puteri Sarah Liyana yang dijadualkan pada hari Sabtu ini memandangkan kad undangan sudah diedarkan.

Keluarga Datuk Yusof sudah berjumpa dengan keluarga Puteri Sarah bagi membincangkan lebih lanjut musibah yang menimpa Syamsul ketika ini.
“Malam ini (semalam) saya akan berjumpa dengan keluarga pihak perempuan untuk berbincang mencari alternatif lain untuk majlis pernikahan dan persandingan di pihak perempuan hujung minggu ini.

“Kalau keadaan kesihatan Syamsul masih tidak mengizinkan, mungkin kita akan tunda tarikh, atau hanya adakan majlis pernikahan sahaja, tapi itu semua terpulang pada keadaannya.

“Kami sekeluarga hanya mampu berserah pada Tuhan dan mengharapkan kesihatan Syamsul akan pulih supaya semuanya dapat berjalan seperti yang dirancang,”

“Majlis ini tidak akan dijalankan di hospital kerana saya rasa memang tidak sesuai dan hanya akan mengganggu pesakit lain, lagi pun saya rasa ia kurang manis.

“Saya juga tidak yakin kalau pihak hospital juga akan memberikan kebenaran,” katanya.



@



0 comments:

Post a Comment - Kembali ke Post

Pernikahan Syamsul, Puteri Sarah ditunda