Gosip Artis | Artis Malaysia | Gossip Artis Malaysia | Cerita Artis Malaysia | Gambar Artis Malaysia | Malaysia Artist | Artis kontroversi

Dia yang patut minta maaf! - Liyana

Perang mulut diantara Liyana Manan dengan Hanez Suraya sepertinya tiada kesudahan, sana menafikan sini mempertahankan dakwaan, jadi sampai bila mahu settle pun tak tahu lagi.

Kedua-dua seperti egois dengan mempertahankan pendirian masing-masing. Kan bagus face to face, berbincang di meja bulat, cari persepakatan. Sekarang, satu Malaysia dah tahu kes mereka ni.

Dalam hal lain, satu laman page Facebook 'Kami sokong Liyana Manan' telah di bina bagi memberi sokongan terhadap Liyana.

Siapa benar atau betul, Wallahualam.
“Kenapa saya perlu meminta maaf? Sepatutnya, dia yang perlu memohon maaf pada saya. Kalau ikutkan kenyataannya sebelum ini, semuanya seolah olah mencabar dan menaikkan kemarahan saya, suruh serang, tunjuk bukti, dakwa bekas isteri buat fitnah dan macam macam lagi”

“Saya masih isteri Romie, belum bercerai lagi. Itu hakikatnya. Apabila saya bersuara dan tampil kemukakan bukti, saya pula dipersalahkan. Saya tidak kisah jika Hanez dan suami nak berkahwin, tapi biarlah kes penceraian kami selesai dulu,”

“Tidak guna hidup bersama lagi dengan suami bersikap dingin, lalai serta tidak sayang kepada isteri dan anak anak,” tambah Liyana Manan



@



0 comments:

Post a Comment - Kembali ke Post

Dia yang patut minta maaf! - Liyana