Nora Danish anggap kutukan satu gurauan
KELIBAT figura ini dalam industri seni sememangnya tidak perlu diperkenalkan lagi. Apa saja yang dilakukannya, baik soal karier mahupun kehidupan peribadi pasti menjadi bualan.
Bahkan sejak 10 tahun berada dalam industri seni, sudah pelbagai onak ranjau yang dilalui sehingga membuatkan dia kebal dengan segala kutukan dan penghinaan.
"Selama 10 tahun, memang dah banyak yang saya lalui. Kalau dulu orang lebih suka kutuk di dalam blog, tapi kini dengan kecanggihan teknologi, kalau orang nak kutuk, memang terus kepada saya.
"Lima tahun lalu, saya mungkin cepat tertekan kutukan dari orang luar. Tapi kini saya anggap kutukan itu satu gurauan sahaja.
"Bukan senang saya nak tangani 1.3 juta pengikut. Jadi kalau terlalu negatif sangat, saya terus sekat mereka jadi pengikut saya," katanya yang ditemui media pada majlis pelantikannya sebagai duta Safi Rania Gold di Petaling Jaya, baru-baru ini.
Justeru tatkala ditebak mengenai kutukan pihak lain terhadap hubungan mesra Nora bersama bekas keluarga mertuanya, setelah ada pihak menganggap Nora masih terhegeh-hegeh dengan ibu serta bapa Jejai (Toh Muda Rizal Ashram Ramli), Nora punya jawapan tersendiri.
"Dah lama orang bercakap perkara ini. Tapi bagi saya, walaupun saya dah berpisah, itu bukan bermaksud saya kena berpisah dengan keluarganya.
"Saya juga faham perasaan Fasha. Tapi kami semua bahagia, cuma orang luar yang suka burukkan keadaan," jelasnya.
Tambah Nora lagi, dia sudah menganggap bekas bapa mertuanya, Tan Sri Ramli Ngah Talib dan ibu mertuanya, Raja Puan Sri Noora Ashikin Raja Abdullah seperti bapa dan ibunya sendiri.
"Kalau orang di luar sana nak tahu, saya dan keluarga hanya sebatang kara di sini, apatah lagi ibu saya berasal dari Myanmar dan keluarga berada di sana.
Jadi bila saya berkahwin dengan Jejai, saya dah anggap keluarga mertua seperti keluarga saya sendiri," katanya.
Dalam pada itu, berkongsi perkembangan mengenai anaknya, Putra Rayqal Ramli Rizal Ashram, 5, Nora berkata, dia sedang melalui pengalaman baru setelah Rayqal dimasukkan ke sebuah sekolah antarabangsa.
"Mula-mula itu, saya agak risau kerana usianya baru sahaja 5 tahun. Tetapi mujurlah sekolah tersebut menyediakan satu diari untuk ibu bapa memantau prestasi anak-anak setiap hari. Malah Jejai dan keluarga mertua juga banyak membantu memantau kerja sekolahnya," katanya.
Bagaimanapun ujar Nora, baru-baru ini Rayqal telah membuat permintaan yang membuatkannya terkedu.
"Walaupun dia sudah ada adik, tapi dia tak cemburu. Malah jika dia ke rumah Jejai, dia teruja untuk berjumpa adik-adiknya.
"Sehinggakan dia pernah menyuruh saya melahirkan seorang adik untuknya dan melarang saya diet kerana mahu saya mudah hamil," katanya sambil ketawa.
Bagai memahami soalan seterusnya daripada pihak media, Nora berkata, hubungannya dengan Nedim Nazri berjalan seperti biasa dan jika ada rezeki, dia sememangnya merancang untuk berkahwin.
"Buat masa ini kami fokus pada kerjaya dan anak-anak. Kalau ada rezeki memang kami mahu berkahwin. Jadi doakanlah yang terbaik untuk kami," katanya.
Sementara itu, ditebak penyingkiran Hanez Suraya daripada produksi telefilem Cikgu Timah Sekolah Bandar, di mana Nora menjadi salah seorang pelakon dalam telefilem tersebut, Nora menjelaskan, dia amat terkejut selepas dimaklumkan berita itu.
"Saya sebelum ini memang sibuk dengan kerja dan tak tahu mengenai isu Hanez digam. Jadi ketika hari pertama ke set penggambaran, saya memang teruja nampak Hanez di set dan berkongsi gambar bersamanya di Instagram.
"Tapi hari yang sama, kawan saya beritahu ramai yang memberi komen negatif di gambar itu, dan saya telah bertindak memadam komen yang tak sepatutnya.
"Esoknya sebalik kembali ke set, pihak produksi minta saya jalani semula penggambaran kerana Hanez dikeluarkan dari telefilem tersebut dan saya terkejut kerana saya ingatkan sayalah yang menjadi punca Hanez disingkirkan.
Tapi produksi dah beri penjelasan dan saya terpaksa akur keputusan mereka," katanya yang kini fokus untuk mempromosikan produk Safi Rania Gold.
Pada masa sama, dia juga sibuk dengan penggambaran filem Suamiku Jatuh Dari Langit bersama Qi Razali, selain menunggu tiga filem, Gudang Kubur Hantu Bungkus Ikat Tepi dan Polis Evo yang dijangka tayangan tahun depan.
Koleksi foto Lara Alana, bayi <b>artis</b> paling comel di <b>Malaysia</b> - <b>Gosip</b> <b>...</b>
"Buat masa ini, barang termahal yang dimiliki oleh Lara adalah kereta BMW yang dihadiahkan oleh kenalan. Namun, ia bukanlah kereta BMW sebenar, sebaliknya kereta BMW mainan yang direka khas untuk kanak-kanak.
Kami tidaklah begitu memanjakan anak, sebaliknya Lara dimanjakan oleh orang sekeliling yang memberikannya hadiah. Saya pernah merasai hidup susah ketika kecil dan mahu Lara untuk menjalani hidup yang seimbang yang mana tahu erti kesusahkan serta kesenangan," ujar Awal ketika ditemui di majlis aqiqah Lara pada Sabtu.
Cerita Awal lagi, akaun Instagram Lara kini sudah mempunyai pengikut mencecah puluhan ribu orang. Jelas pengacara Melodi ini, dia membuka akaun tersebut bagi pihak anaknya adalah untuk berkongsi setiap saat istimewa dalam hidup anak sulungnya.
"Sebenarnya akaun ini sudah dibuat oleh saya ketika Scha masih sarat lagi namun ianya 'private' pada ketika itu. Niat saya adalah untuk menjadikan akaun tersebut seperti jurnal yang mana Lara berpeluang untuk melihatnya apabila besar nanti.
Malah ada juga yang turut berminat dengan idea ini dan berhajat untuk membuka akaun untuk anak mereka nanti. Malah akaun Lara ini juga membuka ruang kepada pihak-pihak yang terlibat secara langsung untuk mempromosikan produk mereka," ujar Awal.
Selain itu, Awal tidak menafikan yang Lara turut menerima tawaran untuk menjadi duta beberapa produk. Namun dia dan Scha memilih untuk menanti sehingga Lara mencapai usia yang sesuai untuk mula bekerja.












Krisdayanti gementar! ~ KakiGosip! - <b>Gosip Artis Malaysia</b> Terkini <b>...</b>
Posted: 19 Nov 2014 02:25 AM PST
.jpg&container=blogger&gadget=a&rewriteMime=image%2F*)
BAHANG kehangatan Krisdayanti Live in KL 2014 yang akan diadakan di Dewan Plenary, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada 22 November 2014 bermula jam 8.30 malam, semakin dirasai.
Setelah dua sidang media diadakan, segala info dan teka-teki mengenai konsert istimewa ini telah pun terjawab.
Tidak hadir sendirian, Krisdayanti atau lebih mesra di sapa dengan panggilan KD akan membawa puteri sulungnya, Aurel untuk berduet bersamanya.
Selain itu, KD juga akan berduet bersama penyanyi terkenal, Hafiz Suip.
Menurut KD, dia kini sedang sibuk menjalani latihan di Indonesia bersama Aurel dan pemuzik bagi memastikan konsert yang berdurasi lebih kurang dua jam itu akan berjalan dengan lancar.
"Tipu jika saya katakan saya tidak gementar. Sudah lama saya impikan konsert sebesar ini dan syukur kepada Tuhan kerana menemukan saya dengan One Drop Perfumes.
"Impian saya bakal terlaksana, Insya-Allah dan kini saya sedang giat melakukan latihan," ujarnya dalam satu kenyataan media, baru-baru ini.
Tambah KD lagi, dia teruja untuk berduet bersama dua penyanyi muda yang tentu sekali akan memberinya lebih tenaga untuk beraksi pada konsert kali ini.
"Saya beruntung kerana berpeluang berduet dengan dua penyanyi muda yang pastinya ada keistimewaan dan stamina yang luar biasa.
"Beberapa hari sebelum konsert berlangsung, saya akan turun ke Kuala Lumpur bagi menjalani latihan bersama Hafiz pula," katanya yang akan memperagakan lebih 10 persalinan untuk konsert ini.
Konsert Krisdayanti Live in KL 2014 dianjurkan oleh One Drop Perfumes. Tiket-tiket konsert boleh didapati di www.tickercharge.com.my, dijual dengan harga RM98 (Bronze), RM188 (Silver), RM328 (Gold), RM428 (Diamond), RM528 (Platinum), RM888 (VIP) dan RM1,088 (VVIP).
Tiket-tiket juga boleh didapati di outlet Speedy Video serata Malaysia, Neway Karaoke Box, Rock Corner, Celcom Blue Cube, Victoria Music Center, KL Life Centre, Cambers Music, Loud dan Clear danPJ Live Arts.
<b>Gosip Artis Malaysia</b> Terkini dan Gambar Artis Malaysia Terbaru <b>...</b>
Posted: 27 Oct 2014 01:51 AM PDT
Wow. Tahniah diucapkan kepada Nur Fazura kerana menjadi artis Malaysia pertama yang bakal mempunyai rancangan realiti sendiri. Menariknya rancangan yang diberi nama 'Facing Up To Fazura' ini akan ditayangkan di saluran antarabangsa E!. Pastinya para peminat Fazura sudah tidak sabar lagi untuk menonton 5 episod yang bakal ditayangkan pada Disember ini yang akan memaparkan kehidupan peribadi pelakon jelita ini.
Kata Fazura menerusi Berita Harian:-
Menerusi program itu nanti saya mahu mereka yang tidak mengenali diri saya akan lebih kenal siapa Fazura sebenarnya. Semua yang dipaparkan dalam program ini adalah realiti dan bukannya rekaan.
Sejujurnya saya sangat terharu dan teruja apabila saluran E! mahu mengabadikan kisah saya dalam program terbitan mereka.
Abang Nara pasti tak akan lepaskan peluang untuk menonton program realiti Fazura ini. Pasti banyak benda-benda peribadi yang dikongsikan oleh Fazura. Tak sabar rasanya nak tunggu Disember. Bolehlah tengok sisi sebenar Fazura. Diharap selepas ini, akan lebih ramai artis yang diberikan tawaran sebegini. Barulah makin meriah dunia hiburan tanah air kita. Tak gitu?
Related
PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.
Gaun karakter "Frozen" laris dijual ~ KakiGosip! - <b>Gosip Artis</b> <b>...</b>
Posted: 18 Nov 2014 02:03 PM PST

Apabila filem animasi Disney arahan Chris Buck dan Jennifer Lee, "Frozen" ditayangkan pada 2013, ia telah mencetuskan fenomena luar biasa.
Malah dua karakter utama dalam filem tersebut iaitu Elsa dan Anna turut menjadi perhatian. Maka tidak hairanlah apabila segala produk yang menampilkan dua karakter ini laris dijual, termasuklah gaun lakon peranan (role play) untuk kanak-kanak.
Menurut laporan ABC News, Disney Consumer Products (DCP) di bawah The Walt Disney Company mengumumkan, lebih 3 juta pasang gaun karakter Elsa dan Anna telah terjual di kedai Disney dan juga rangkaian pasaran di Amerika Utara sahaja kurang dari tempoh setahun. Malah gaun-gaun berkenaan masih lagi laris dijual sehingga kini.
Semenjak "Frozen" ditayangkan, Disney Publishing Worldwide telah menyiarkan lebih 800 tajuk cetakan secara global dan lebih 35 e-buku di Amerika Syarikat.
Malah lagu runut "Let It Go" telah dimainkan lebih 3.2 juta kali menerusi aplikasi Disney Karaoke: Frozen semenjak ia dilancarkan pada Mei 2014.
Tarikan taman tema "Frozen" juga akan dibuka di Epcot pada tahun 2016.
@
Tagged @ cerita artis melayu 2014
Tagged @ Nora Danish
0 comments:
Post a Comment - Kembali ke Post