Lee Chong Wei Buat Kejutan Lagi..
Lee Chong Wei Buat Kejutan Lagi..
Kolekasi foto bayi perempuan Fasha Sandha tersangat tembam
Kolekasi foto bayi perempuan Fasha Sandha tersangat tembam
Fahmi Zainol Kena Marah, Tengking Di Forum Pelajar USM
5 Foto wajah sebenar S, kekasih baru Hanez Suraya
5 Foto wajah sebenar S, kekasih baru Hanez Suraya
Berita Menggemparkan Dari Cameron Highlands
6 Foto terkini aksi manja Zizie Ezette dan Bung Mokhtar
6 Foto terkini aksi manja Zizie Ezette dan Bung Mokhtar
Akhirnya Emma Maembong mengamuk kerana adiknya Chacha
Berita Menggemparkan Dari Mulut Najib Razak
Akhirnya Emma Maembong mengamuk kerana adiknya Chacha
Gambar Pesawat Pejuang Tembak MH17 Didedahkan
Foto terbaru Sharifah Sakinah buat kejutan lagi
Foto terbaru Sharifah Sakinah buat kejutan lagi
Berita Menggemparkan Buat Bangsa Melayu
Lee Chong Wei Buat Kejutan Lagi..
Posted: 15 Nov 2014 04:21 PM PST
Addin
Lee Chong Wei Buat Kejutan Lagi..
KUALA LUMPUR: "Tidak salah isu doping melibatkan Chong Wei dibawa ke Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS)."Itu ketegasan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin, semasa mengulas nasihat Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Tunku Imran Tuanku Ja'afar yang menyarankan agar kes doping Atlet Badminton Negara, Datuk Lee Chong Wei tidak dibawa ke CAS.
"CAS adalah saluran rayuan bagi kita, tiada sesiapa akan kata kita tidak serius dalam isu doping kalau sekiranya kita bawa (isu doping) kepada CAS," jelasnya pada sidang media selepas menghadiri sesi Townhall Pergerakan Pemuda UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra, PWTC, di sini, hari ini.
Khairy juga menyifatkan saranan Presiden MOM itu sebagai nasihat yang pelik."Saranan itu seolah-olah menggambarkan apabila seseorang itu dibawa ke mahkamah dan didapati bersalah, dia tidak boleh membuat rayuan terhadap keputusan mahkamah itu.
Saya rasa nasihat tu agak pelik sikit,""Kalau kita rasa kita dapati keputusan di peringkat BWF tidak memihak kepada Lee Chong Wei, beliau ada hak untuk bawa perkara ini ke CAS," tambahnya.
Menurut Khairy, pihaknya sentiasa memandang serius isu doping melibatkan Lee Chong Wei dan akan komited untuk menyelesaikan masalah melibatkan atlet negara itu."Ini tidak maksud bahawa kita tidak serius dalam isu doping dan tidak bermaksud kita tidak terima keputusan BWF , kita terima tapi kita masih lagi nak buat rayuan, dalam kes ini adalah CAS," ujar beliau.
Sebelum ini, Atlet Badminton Negara, Lee Chong Wei disahkan positif bahan terlarang 'dexamethasone' dalam ujian sampel B yang dilakukan di Hospital Universiti Olso, Norway. ~astro awani
Kolekasi foto bayi perempuan Fasha Sandha tersangat tembam
Posted: 15 Nov 2014 10:39 AM PST
Gosip dan Kontroversi Hiburan
Kolekasi foto bayi perempuan Fasha Sandha tersangat tembam
Putri Raysha Jemaima ialah nama kepada bayi perempuan pasangan Fasha Sandha dan Jejai atau nama sebenarnya Rizal Ashram Ramli yang dilahirkan pada 7 November lalu.
Kecomelan raut wajahnya benar-benar menarik perhatian orang ramai di serata Malaysia sehingga ada yang membandingkannya dengan anak perempuan Rozita Che Wan yang dilahirkan 7 hari lebih awal.
Berikut ialah koleksi foto bayi perempuan Fasha Sandha yang paling comel dan tembam.

Posted: 15 Nov 2014 08:42 AM PST
Addin
Fahmi Zainol Kena Marah, Tengking Di Forum Pelajar USM
Pengawal keselamatan kampus dan sekumpulan tukang sorak mengganggu forum pelajar menampilkan pemimpin pelajar Fahmi Zainol di Universiti Sains Malaysia (USM) hari ini.
Penganjur program, presiden Barisan Pelajar Progresif USM Lee Chung Lun baru mula berucap di hadapan Kompleks Cahaya Siswa di kampus itu jam 2.30 petang tadi apabila pengarah keselamatan universiti Prof Madya Dr P Sundramoorthy menahannya daripada meneruskan ucapan.
Sundramoorthy memberitahunya forum itu tidak dapat dibenarkan kerana kumpulan mahasiswa itu tidak mendapat keizinan universiti.
"Saya nasihatkan kamu bersurai. Bagi mengadakan perhimpunan seperti ini dalam kawasan kampus, kamu perlukan kebenaran. Kami mesti menjaga keselamatan semua orang, termasuk kamu," katanya kepada Lee.
Pelajar berusia 21 tahun itu cuba membantah, mengatakan mereka berhak mengadakan forum itu yang bertajuk: "Kebangkutan Mahasiswa: Satu Ancaman atau Harapan", walaupun terpaksa mengadakannya di bawah pokok.
Bagaimanapun, Sundramoorthy bertegas mengarahkan mereka bersurai.
Situasi bertambah tegang apabila sekumpulan individu yang bukan pelajar USM mula mengejek dan bersorak mengganggu kumpulan pelajar itu dan Fahmi yang pada waktu itu hanya sedang berdiam diri.
Lee kemudiannya mengumumkan yang forum itu akan dipindahkan ke Kopitan Classic, tidak jauh dari pintu pagar universiti itu di Sungai Dua.
Sundramoorthy memberi Lee dua minit bercakap kepada pemberita dan mengumpulkan orangnya sebelum beliau dan pegawai keselamatan kampus mengiringinya, ahli Barisan Pelajar Progresif dan penceramah terlibat meninggalkan tempat itu.
Bagaimanapun, keadaan tidak berjalan lancar di kafe itu apabila Fahmi Zainol , yang merupakan pemimpin Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya, menjadi sasaran mereka yang tidak dikenali.
Sebaik Fahmi duduk di sebuah meja, seorang lelaki duduk bertentangan dengannya dan mula berceramah kepadanya kerana menimbulkan masalah selama ini.
Lelaki yang memperkenalkan dirinya sebagai Azmeal Abu Bakar, 42, memberitahu Fahmi, selagi beliau bergelar pelajar dan dibiayai kerajaan, beliau harus menumpukan perhatian kepada pengajiannya.
"Kamu tak habis belajar pun lagi. Adakah kamu fikir apa yang kamu lakukan terhadap ibu bapa kamu? Apa perasaan mereka bila kamu lakukan semua ini?
"Adakah kamu dapat restu ibu bila buat perkara ini? Kalau tidak, jangan buat," katanya kepada Fahmi Zainol yang cuba menerangkan yang beliau hanya berhasrat berkongsi idea mengenai bagaimana sebuah universiti harus berfungsi dan mahasiswa harus berperanan.
Azmeal, bapa kepada tiga anak, kemudian memberitahu The Malaysian Insider beliau tidak setuju dengan apa yang dilakukan Fahmi kerana pelajar itu berpotensi mempengaruhi anak muda lain dengan cara yang negatif.
"Zaman ini, kita ada Facebook dan segala platform media sosial lain. Bukannya susah nak pengaruhi anak muda. Mereka tidak sepatutnya tersasar dari landasan sebenar iaitu belajar, atau digalakkan menentang kerajaan.
"Boleh dikatakan sejak lahir, kamu bergantung kepada kerajaan. Kalau kamu sudah habis belajar, dapat kerja, ada pendapatan sendiri, barulah boleh buat apa yang kamu mahu," katanya.
Ketika Azmeal memarahi Fahmi Zainol, seorang wanita kedengaran mengatakan "tak mengenang budi" kepada mahasiswa itu.
Seorang ahli panel forum itu, Zainulfaqar Yaacob, bekas pemimpin pelajar UM, cuba masuk campur dan mempertahankan Fahmi Zainol tetapi dia ditengking sekumpulan mereka yang sedang marah di kafe itu.
Kekecohan di hadapan kafe itu menjadi makin panas, menimbulkan kesesakan di koridornya dan membuatkan pelanggan yang lain tidak selesa.
Pengurus kafe itu kemudiannya muncul, dan menggunakan pembesar suara, berteriak menyuruh kumpulan yang sedang marah itu meninggalkan tempat itu.
Lee kemudiannya segera mengumumkan yang forum itu dibatalkan kerana terdapat gangguan daripada mereka yang digelarnya "samseng".
Ia menimbulkan lebih kemarahan kumpulan itu sambil ada yang mencabar Lee mengulang kata-katanya.
Terjadi insiden tolak-menolak di antara mereka tetapi tiada kejadian tidak diingini terjadi.
Fahmi Zainol, Zainulfaqar dan ahli panel ketiga, ahli Dewan Undangan Negeri Bakar Arang Simon Ooi Tze Min meninggalkan tempat itu kira-kira jam 3.15 petang.
Ooi berkata, ia hanya sebuah forum dan tidak sepatutnya berakhir sedemikian rupa, merujuk kepada kekecohan yang ditimbulkan kumpulan yang mengganggu itu walaupun mereka sudah berpindah keluar kawasan USM.
"Kami hanya jangkakan kehadiran kira-kira 50 orang pelajar. Ia sepatutnya boleh berjalan lancar. Pelajar itu seharusnya diberi kebebasan mengadakan forum itu," katanya.
Fahmi mula terkenal selepas program anjurannya di Universiti Malaya pada 27 Oktober, melibatkan pidato Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, berjaya diadakan walaupun mendapat tentangan pentadbiran universiti. ~malaysian insider
5 Foto wajah sebenar S, kekasih baru Hanez Suraya
Posted: 15 Nov 2014 08:42 AM PST
Gosip dan Kontroversi Hiburan
5 Foto wajah sebenar S, kekasih baru Hanez Suraya
Pelakon wanita yang cantik ni, Hanez Suraya pernah beritahu kepada media yang dia sudah putus cinta dan tiada lagi hubungan dengan kekasihnya Romie Razin Adilha Abd Jais
Tiba-tiba, Murai Batu dapat kiriman email oleh peminat ruangan ini yang mengatakan dia kini intim pula dengan Juruterbang.
Tak silap Murai Batu jejaka 'S' ini adalah juruterbang Malaysia Airlines. Wahhh.. patah tumbuh hilang berganti. Murai Batu juga dapatlah beberapa keping gambar mereka berdua.
Adakah jejaka 'S' ini punca perpisahan Hanez dengan Romie? Entahlah Murai Batu pun tak nak komen panjang-panjang.
Hanya empunya badan yang mampu memberi jawapan. Kalau betul mereka berdua ini memang rapat atau bercinta. Kita doalah yang terbaik yaa… Kita manusia siapa yang mahu sunyi.. Cewaahhh….
5 Foto wajah sebenar S, kekasih baru Hanez Suraya
Posted: 15 Nov 2014 08:18 AM PST

Posted: 15 Nov 2014 06:42 AM PST
Addin
Berita Menggemparkan Dari Cameron Highlands
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesyorkan supaya kerajaan negeri Pahang mengambil tindakan bersepadu bersama agensi berkaitan dalam menangani isu pencerobohan tanah kerajaan secara haram di Cameron Highlands.
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM, Datuk Mustafar Ali berkata dengan cara itu usaha kerajaan negeri memburu pihak-pihak yang terlibat dalam isu tersebut akan lebih berkesan.
"Sebelum ini kita pernah kemukakan 12 syor kepada kerajaan negeri Pahang bagi menangani isu berkenaan dan banyak cadangan yang disyorkan itu diambil tindakan secara proaktif oleh kerajaan negeri.
"Untuk penambahbaikan secara berterusan menggabungkan pelbagai agensi seperti Jabatan Alam Sekitar, Polis Diraja Malaysia dan agensi-agensi berkaitan adalah perlu supaya tindakan bersepadu dapat diambil kerana ia lebih berkesan dalam menangani isu tersebut," katanya hari ini.
Antara 12 syor yang dikemukakan kepada kerajaan negeri sebelum ini ialah kerajaan negeri diminta menentukan dasar yang jelas berhubung pembangunan tanah tinggi Cameron Highlands bagi memudahkan hala tuju penguatkuasaan dan pentadbiran tanah Cameron Highlands.
Kerajaan Pahang sebelum ini dikritik kerana dilihat seperti 'lepas tangan' apabila banjir lumpur di Ringlet dan Lembah Bertam, Cameron Highlands berulang baru-baru ini yang disebabkan oleh penerokaan tanah haram di kawasan itu.
Sementara itu, Mustafar berkata SPRM tidak mempunyai kuasa menyiasat kes-kes seperti tanah runtuh atau pencerobohan tanah kerajaan secara haram jika ia tidak melibatkan pemberian atau penerimaan rasuah.
"Tapi sebagai langkah pencegahan, SPRM akan menjadi peneraju utama bagi memastikan tindakan diambil (jika terdapat unsur rasuah). Untuk pertemuan dengan pihak-pihak berkaitan contohnya Persatuan Petani atau Jabatan Alam Sekitar kita boleh bekerjasama agar perkara ini tidak berlaku lagi," katanya.
Katanya, SPRM akan mengambil tindakan holistik iaitu melihat kepada akar umbi, atau sistem prosedur dan bagaimana penambahbaikan boleh dibuat bersama jabatan berkaitan.
Ditanya mengenai sama ada SPRM pernah menerima laporan mengenai pencerobohan tanah haram di Cameron Highlands, Mustafa berkata seorang peneroka tanah haram diambil tindakan undang-undang kerana memberi rasuah RM20,000 kepada pegawai dari pejabat tanah (Cameron Highlands). ~bernama
Iklan B (ii)
6 Foto terkini aksi manja Zizie Ezette dan Bung Mokhtar
Posted: 15 Nov 2014 04:36 AM PST
Gosip dan Kontroversi Hiburan
6 Foto terkini aksi manja Zizie Ezette dan Bung Mokhtar
Pergh.. tak sangka penampilan terkini bekas pelakon terkenal, Zizie Ezette yang juga isteri kepada Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar semakin mengancam seiring dengan peningkatan usianya.
Bertuah sungguh Datuk Bung Mokhtar kan. Siapa setuju? Kami tumpang gembira dengan kebahagian rumahtangga yang sedang dikecapi oleh kakak kepada aktor Shaheizy Sam itu.
Sejak berkahwin sekitar lima tahun lalu, jarang timbul kontroversi yang dikaitkan dengan mereka. Pandai Zizie jaga kehidupan peribadinya, betul tak? Apapun, jom layan 6 foto terkini Zizie Ezette di bawah.
6 Foto terkini aksi manja Zizie Ezette dan Bung Mokhtar
Posted: 15 Nov 2014 04:18 AM PST

Posted: 14 Nov 2014 10:39 PM PST
Gosip dan Kontroversi Hiburan
Akhirnya Emma Maembong mengamuk kerana adiknya Chacha
Susulan daripada isu kontroversi antara pereka fesyen Ezuwan Ismail dan pelakon, Chacha Maembong, kakak kepada pelakon cantik berkenaan, Emma Maembong telah memberikan kenyataan balas berhubung isu berkenaan.
Emma Maembong menerusi laman Instagramnya telah meluahkan pendapatnya terhadap rasa tidak puas hati dan kekecewaan Ezuwan Ismail selepas Chacha Maembong tidak menggayakan pakaian rekaannya ketika Anugerah Skrin 2014 baru-baru ini.
Melalui gambar dan mesej yang dimuat naik berkenaan, Emma Maembong telah menyatakan beberapa perkara penting mengapa adiknya, Chacha Maembong telah mengambil keputusan untuk tidak menggayakan gaun rekaan pereka fesyen berkenaan.
Jelasnya, dia terpaksa berbuat berkenaan (menulis di dalam Instagram) bagi menerangkan perkara sebenar dan tidak mahu pihak terbabit terasa hati jika apa yang ditulisnya menyinggung hati mana-mana pihak.
"Saya ada dengan Chacha time dia nak pakai baju designer tersebut. And ukuran badan pada baju tersebut lari. Ada gelembung belakang dan ukuran ketiak pun lari.
"Masa fitting Chacha ada bagi tahu bahu ni senget, tapi dia cakap 'you jangan tengok sekarang, belum siap lagi ni'. So she didn't expect la on the event day baju dapat macam tu sebab dia dah ambil pin cucuk kat mana yang kena alter masa fitting.
"Sebab bila dapat baju dua-dua belah tangan lari tak sama," katanya dalam Instagram yang turut disertakan dengan gambar pakaian merah jambu terdedah di bahuyang dihiasi dengan butiran manik.
Emma Maembong yang mewakili adiknya menulis, dia telah menghubungi pereka fesyen berkenaan melalui kiriman Whasapp sebaik sahaja majlis berkenaan selesai untuk meminta maaf dan menjelaskan perkara sebenar.
Malah adiknya, Chacha Maembong telah meminta maaf secara terbuka berhubung isu berkenaan semata-mata untuk meleraikan segala salah faham.
Bagaimanapun dia agak terkejut apabila hal berkenaan telah menjadi isu dan diperbesar-besarkan oleh Ezuwan Ismail.
Emma Maembong dalam kenyataannya itu lagi, kebarangkalian untuk adiknya menggayakan gaun berkenaan pada majlis lain cukup cerah kerana tidak sempat untuk menyarungkan pada majlis anugerah berprestij berkenaan.
"Kadang-kadang ada juga terjadi dekat Emma sendiri and usually designer lain faham dan amat professional, siap event lain pakai baju yang tak jadi pakai itu. Tapi ini macam over sangat.
"Jangan nak cakap time nak sponsor okay saja. Tapi dah kalau salah designer tu sendiri ukuran tak sama dan tak dapat seperti yang dijanjikan. Oh! Kita tak boleh bersuara pulak? Its fair and square lah, designer buat baju kita tolong mereka promote, sama-sama untung," katanya.
Sumber asal : Portal Murai
Berita Menggemparkan Dari Mulut Najib Razak
Posted: 14 Nov 2014 10:30 PM PST
Addin
Berita Menggemparkan Dari Mulut Najib Razak
Ketika berucap di majlis perasmian Konvensyen UMNO Johor semalam, Perdana Menteri, Najib Razak meminta pimpinan senior dalam parti segera berubah dengan tidak lagi mengamalkan budaya cantas serta menyekat kemasukan golongan muda ke dalam UMNO.
Katanya, mereka perlu segera berubah kerana amalan negatif mencantas dan menyekat golongan muda hanya akan menyebabkan mereka semakin menjauhi UMNO.
"Kita perlu buang perangai bodoh ini. Kalau terpaksa beri laluan, berundurlah dan beri peluang kepada orang lain," katanya lagi.
Memang nampak cantik, syahdu dan boleh mengalir air mata mendengar apa yang diucapkan oleh Najib Razak ini, tetapi persoalannya adakah beliau sendiri mengamalkannya?
Dalam kabinetnya sendiri, berapa ramai golongan muda berbanding mereka yang sudah berpenggal-penggal berada dalam kerajaan?
Lebih buruk lagi, di ketika menyedari pentingnya sokongan golongan muda itu, dalam pelantikan Senator yang dibuatnya baru-baru ini, semunya bukan saja terdiri daripada warga tua tetapi lebih merupakan kenalan rapatnya saja.
Tiga orang yang dilantiknya itu ialah Nallakaruppan, 68 tahun yang mulutnya hanya tahu memainkan isu mengenai peribadi Anwar Ibrahim semata-mata, Ibrahim Abu Shah, 64 tahun bekas Naib Canselor Uitm yang sebelumnya dilantik sebagai Ahli Majlis Tertinggi UMNO serta bekas Setiausaha Sulitnya suatu ketika dahulu, Abdul Halim Samad yang sudah pun berusia 74 tahun.
Mana penghargaan dan ruang menyediakan laluan kepada golongan muda melalui kuasa yang ada ditangannya sendiri?
Kenapa hanya pandai meminta orang lain memberi ruang kepada golongan muda sedangkan diri sendiri tidak melakukannya?
"KITA PERLU BUANG PERANGAI BODOH INI. KALAU TERPAKSA BERI LALUAN, BERUNDURLAH DAN BERI PELUANG KEPADA ORANG LAIN."
Siapa yang bodoh? Dan siapa yang tak beri peluang?
Najib Razak sepatutnya menujukan kata-katanya ini kepada dirinya sendiri, bukan orang lain. (SH 15/11/2014)
Kenapa lantik orang tua dan warga emas sebagai Senator kalau betul ingin menghargai golongan muda? ~shahbudin
Akhirnya Emma Maembong mengamuk kerana adiknya Chacha
Posted: 14 Nov 2014 10:21 PM PST
Gosip dan Kontroversi Hiburan
Akhirnya Emma Maembong mengamuk kerana adiknya Chacha
Susulan daripada isu kontroversi antara pereka fesyen Ezuwan Ismail dan pelakon, Chacha Maembong, kakak kepada pelakon cantik berkenaan, Emma Maembong telah memberikan kenyataan balas berhubung isu berkenaan.
Emma Maembong menerusi laman Instagramnya telah meluahkan pendapatnya terhadap rasa tidak puas hati dan kekecewaan Ezuwan Ismail selepas Chacha Maembong tidak menggayakan pakaian rekaannya ketika Anugerah Skrin 2014 baru-baru ini.
Melalui gambar dan mesej yang dimuat naik berkenaan, Emma Maembong telah menyatakan beberapa perkara penting mengapa adiknya, Chacha Maembong telah mengambil keputusan untuk tidak menggayakan gaun rekaan pereka fesyen berkenaan.
Jelasnya, dia terpaksa berbuat berkenaan (menulis di dalam Instagram) bagi menerangkan perkara sebenar dan tidak mahu pihak terbabit terasa hati jika apa yang ditulisnya menyinggung hati mana-mana pihak.
"Saya ada dengan Chacha time dia nak pakai baju designer tersebut. And ukuran badan pada baju tersebut lari. Ada gelembung belakang dan ukuran ketiak pun lari.
"Masa fitting Chacha ada bagi tahu bahu ni senget, tapi dia cakap 'you jangan tengok sekarang, belum siap lagi ni'. So she didn't expect la on the event day baju dapat macam tu sebab dia dah ambil pin cucuk kat mana yang kena alter masa fitting.
"Sebab bila dapat baju dua-dua belah tangan lari tak sama," katanya dalam Instagram yang turut disertakan dengan gambar pakaian merah jambu terdedah di bahuyang dihiasi dengan butiran manik.
Emma Maembong yang mewakili adiknya menulis, dia telah menghubungi pereka fesyen berkenaan melalui kiriman Whasapp sebaik sahaja majlis berkenaan selesai untuk meminta maaf dan menjelaskan perkara sebenar.
Malah adiknya, Chacha Maembong telah meminta maaf secara terbuka berhubung isu berkenaan semata-mata untuk meleraikan segala salah faham.
Bagaimanapun dia agak terkejut apabila hal berkenaan telah menjadi isu dan diperbesar-besarkan oleh Ezuwan Ismail.
Emma Maembong dalam kenyataannya itu lagi, kebarangkalian untuk adiknya menggayakan gaun berkenaan pada majlis lain cukup cerah kerana tidak sempat untuk menyarungkan pada majlis anugerah berprestij berkenaan.
"Kadang-kadang ada juga terjadi dekat Emma sendiri and usually designer lain faham dan amat professional, siap event lain pakai baju yang tak jadi pakai itu. Tapi ini macam over sangat.
"Jangan nak cakap time nak sponsor okay saja. Tapi dah kalau salah designer tu sendiri ukuran tak sama dan tak dapat seperti yang dijanjikan. Oh! Kita tak boleh bersuara pulak? Its fair and square lah, designer buat baju kita tolong mereka promote, sama-sama untung," katanya.
Sumber asal : Portal Murai
Gambar Pesawat Pejuang Tembak MH17 Didedahkan
Posted: 14 Nov 2014 08:45 PM PST
Addin
Gambar Pesawat Pejuang Tembak MH17 Didedahkan
Media Rusia mendedahkan gambar sebuah pesawat pejuang yang didakwa milik Ukraine telah melepaskan tembakan ke arah pesawat awam Penerbangan Malaysia MAS), MH17 pada Julai.
Gambar itu dipercayai dirakamkan oleh satelit British atau Amerika Syarikat yang kemudian didedahkan bagi menyokong dakwaan sebelum ini tentang kewujudan sebuah lagi pesawat berhampiran penerbangan MH17.
Pesawat MH17 ditembak jatuh di timur Ukraine pada 17 Julai, kejadian tersebut mengorbankan semua 298 penumpang dan anak kapal termasuk 43 rakyat Malaysia.
Pakar di Rusia berpendapat, penerbangan awam itu dipercayai telah ditembak oleh pesawat pejuang jenis MIG 29 milik tentera Ukraine.
Bagaimanapun, barat pula menyifatkan pesawat pejuang itu merupakan milik puak pemisah pro-Rusia yang menawan Donetsk.
Gambar itu dilapor didedahkan selepas berlaku ketegangan antara Perdana Menteri United Kingdom, David Cameron dengan pemimpin Rusia, Vladimir Putin di Australia baru-baru ini. ~mStar
Foto terbaru Sharifah Sakinah buat kejutan lagi
Posted: 14 Nov 2014 08:28 PM PST
Gosip dan Kontroversi Hiburan
Foto terbaru Sharifah Sakinah buat kejutan lagi
Ramai pasti terkejut dengan penampilan terkini Sharifah Sakinah selepas kontroversinya berpakaian menjolok mata di Konsert Ulangtahun Majalah EH! 2014 baru-baru ini.
Apa yang pasti, perubahan yang kami rasa mengejutkan ini adalah sesuatu yang amat positif dan sering ditunggu-tunggu peminat. Korang rasa apa ya? Jom tengok gambar kedua di bawah.
Gambar tersebut diambil dalam kereta ketika pasangan ini sedang dalam perjalanan untuk menghadiri kursus kahwin. Wah, Sharifah dah mula belajar ilmu rumahtangga. :)
Foto terbaru Sharifah Sakinah buat kejutan lagi
Posted: 14 Nov 2014 08:18 PM PST

Posted: 14 Nov 2014 07:33 PM PST
Addin
Berita Menggemparkan Buat Bangsa Melayu
Sasterawan Negara Datuk A Samad Said menasihatkan agar masyarakat Melayu tidak taksub dengan dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan bahawa bangsa itu kini semakin terancam.
Katanya, masyarakat perlu memahami bahawa Malaysia diperintah oleh seorang pemimpin Melayu yang turut mewakili parti yang dikatakan memperjuangkan bangsa itu.
Oleh itu, beliau hairan kerana masih timbul dakwaan dakwaan masih timbul bahawa kedudukan orang Melayu kini terancam, katanya yang lebih mesra dengan panggilan Pak Samad.
"Saya harapkan masyarakat Melayu janganlah terlalu taksub dengan hebahan bahawa orang Melayu sedang terancam.
Macam mana orang Melayu terancam? Macam mana agama, Melayu terancam apabila orang yang berkuasa di atas adalah orang Melayu selama lima dekad. Apa yang dia buat duduk di atas selama lima dekad itu?
"Kalau kedudukannya itu tidak mampu membuat orang Melayu berfikir secara waras, keluar (turun) sahaja.
"Biar orang Melayu lain (yang tadbir). Dia tadbir lima dekad. Bukan satu dekad," katanya dalam satu temubual dengan Malaysiakini. ~malaysiakini
@
Tagged @ artis malaysia seksi
Tagged @ cerita artis melayu 2014
Tagged @ GOSIP ARTIS
Tagged @ GOSIP ARTIS MALAYSIA
Tagged @ gosip artis malaysia 2014
Tagged @ gosip artis tempatan
0 comments:
Post a Comment - Kembali ke Post