Gosip Artis | Artis Malaysia | Gossip Artis Malaysia | Cerita Artis Malaysia | Gambar Artis Malaysia | Malaysia Artist | Artis kontroversi

Amerika Ditawan Muslim, 3 Abad Sebelum Colombus -Tayyip Erdogan

Amerika Ditawan Muslim, 3 Abad Sebelum Colombus -Tayyip Erdogan 
Rahsia Peniaga Pekan Rabu Alor Setar Enggan Berpindah Terbongkar 
4 Foto Nora Danish mengamuk jatuh dalam air longkang 
4 Foto Nora Danish mengamuk jatuh dalam air longkang 
Kejutan Dari Iszuree Ibrahim, Bendahari PAS Pulau Pinang 
3 Foto wajah terkini dan luahan hati Shima isu cerai 4 kali 
3 Foto wajah terkini dan luahan hati Shima isu cerai 4 kali 
Jangan Mimpi Israel Hadkan Penempatan Haram Yahudi -Lieberman. 
Foto selfie Nora Danish sebelum tidur meruntun jiwa 
Foto selfie Nora Danish sebelum tidur meruntun jiwa 
Video Pesawat MH17 Yang Mengejutkan Umum Tersebar 
Suami mangsa MH370 terpaksa kahwin di sempadan Thailand 
5 Foto wajah terbaru Azwan Ali berhijab sepenuhnya 
5 Foto wajah terbaru Azwan Ali berhijab sepenuhnya 
Ucapan romantik Alyah buat Ramli MS di ulangtahun kelahiran 
Ucapan romantik Alyah buat Ramli MS di ulangtahun kelahiran 
Kisah sayu adik tahun satu terpaksa berjauhan dengan ibu bapa 
Berita Gempar Ini Bakal Memalukan Najib 
4 Foto Rozita Che Wan & Fasha Sandha berpantang didedahkan 
4 Foto Rozita Che Wan & Fasha Sandha berpantang didedahkan 
Khalid Ibrahim Mungkin Terkedu Dengan Berita Gempar Ini 
Sebab sebenar Elyana belum mahu bertudung sebaik pulang dari Mekah 
Najib Umum Berita Mengejutkan Umno 

Posted: 17 Nov 2014 05:48 PM PST

Ibnu Hasyim

Amerika Ditawan Muslim, 3 Abad Sebelum Colombus -Tayyip Erdogan

Recep Tayyip Erdogan. ©www.ibtimes.com

PRESIDEN Turki Recep Tayyip Erdogan disebutkan memang merancang untuk membina kekuatan dan kebudayaan Islam kembali, bukan hanya di negaranya tetapi juga di pelbagai wilayah lain di dunia. 

Benua Amerika ditawan pertama kali oleh muslim, 3 abad sebelum Christopher Colombus menjejakkan kaki di sana.

Semalam beliau menyatakan benua Amerika ditawan pertama kali oleh muslim, tiga abad sebelum Christopher Colombus menjejakkan kaki di sana. Stesen televisyen Al Arabiya melaporkan, Ahad (16/11), menurut Erdogan muslim datang pada 1178 ke wilayah Amerika Latin, demikian hal itu disampaikannya pada Sidang Kemuncak (Sidang Kemuncak) Pemimpin Muslim Amerika Latin pada Festival Istanbul. 

"Pelaut muslim tiba di Abad 12. Malah Colombus menyebutkan dia mencari sebuah masjid di bukit pantai Cuba," ujar Erdogan.

Hal ini diketahui dari catatan harian Colombus dan dilaporkan pada artikel yang ditulis oleh ahli sejarah Youssed Mroueh. Colombus sendiri baru tiba di Amerika pada 1492 apabila mencari laluan maritim baru ke India. 

Berambisi pada mengembalikan kejayaan Islam di Amerika Latin, di lokasi yang sama nanti Turki bakal memberi bantuan pada Cuba untuk membina sebuah masjid yang indah. (IH)

Lihat sebelum ini..

Posted: 17 Nov 2014 05:45 PM PST

Addin

Rahsia Peniaga Pekan Rabu Alor Setar Enggan Berpindah Terbongkar

ALOR SETAR - Pekan Rabu iaitu pusat perniagaan Bumiputera di bandar raya ini akan diroboh untuk dibina semula supaya lebih selesa dan lapang, kata Menteri Besar Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir. 

"Kompleks Pekan Rabu yang moden akan didirikan semula di tapak asal," kata Mukhriz kepada pemberita selepas meninjau pusat perniagaan itu, di sini hari ini.

Beliau berkata kerajaan negeri sedar Pekan Rabu penting kepada Alor Setar khususnya untuk industri pelancongan dan sehubungan itu pusat perniagaan berkenaan akan dibina semula agar lebih menarik. Permohonan untuk tujuan itu telah diluluskan kerajaan persekutuan, katanya. 

Pekan Rabu yang wujud sejak 1900 menjadi tarikan pengunjung serta sinonim dengan jualan makanan, kuih dan pakaian tradisional, tukang jahit, songkok, kraftangan tempatan, buku, kitab, majalah dan produk industri kecil dan sederhana (IKS). 

Mukhriz berkata kompleks baharu itu akan mempunyai lebih banyak ruang perniagaan. Mukhriz berkata semua peniaga Pekan Rabu akan dipindahkan ke tapak sementara milik Majlis Agama Islam Kedah (MAIK) di sini untuk membolehkan kerja-kerja meroboh dilaksanakan dalam masa dua atau tiga bulan dari sekarang. 

Beliau berkata kompleks baharu Pekan Rabu itu akan mempunyai ruang meletak kereta mencukupi dan dijangka siap dalam tempoh dua tahun daripada tarikh pembinaannya. ~bernama

Warkah utk Menteri Besar

Assalammualaikum.. 

YAB Dato Srii Menteri Besar Kedah. Sbg. peniaga makanan tradisional Pekan Rabu, terpanggil utk saya beri sedikit info berkenaan beberapa masaalah d lokasi sementara d Ukir Mall sehingga mengakibatkan ramai penega yg enggan berpindah. 

Utk makluman pihak YAB Dato. Sebelum ni.. salah satu sebab pekan rabu dikunjungi pelancong dalam dan luar adalah kerana kehebatan dan kekuatan perniagaan kue dan makanan tradisionalnya spt karas dodoi bahulu serunding loyang dan sebagainya. 

Utk makluman YAB Dato, sejak arahan pemindahan ke Ukir Mall ramai penega yang enggan berpindah kerana kondisi tempat/kedai yg. ditempatkan dlm keadaan yg amat mendukacitakan, kedai berisiko terdedah dengan hujan ,panas ,angin dsbnya.. yg boleh merosakkan barangan makanan tersebut. 

Jadi dsinilah antara faktor utama penega mknan tak bergerak utk berpindah. Disamping ada beberapa faktor lain. Berikut adalah foto-foto lot kedai kue.di ukir mall yg berisiko terdedah dgn hujan panas angin dan sebagainya. (Rujuk foto dibawah) Yab Dato. Sehingga tika dan saat ini. 

Pihak yg berkaitan masih blum membuat apa apa tindakan utk selesai masaalah ini. Pihak berkaitan hanya menjadi pendesak supaya cepat-cepat pindah. Saya rasa tak adil . Utk menekan penega utk pindah skg. 

Sedangkan kedai belum sempurna. Apa maknanya sekiranya pindah sekarang tetapi kedai terpaksa ditutup akibat musim hujan sekarang ni. Yab Dato. Walaupon disebut sementara tapi 2 tahun setengah tu agak lama jika perniagaan tak berjalan lancar. 

Sumber pendapatan utama penega datang dari sini semuanya. Sy berharap sungguh2 pihak Dato dapat amik perhatian ttg masaalah ni. Kalau bole pihak YAB Dato turun sendiri tengok lokasi dan permasalahannya.

Rintihan peniaga makanan tradisional

Posted: 17 Nov 2014 05:33 PM PST

Gosip dan Kontroversi Hiburan

4 Foto Nora Danish mengamuk jatuh dalam air longkang

Sebuah video yang dimuatnaik oleh Nora Danish menerima 20 ribu likes daripada peminatnya kerana video tersebut menayangkan insiden pelakon jelita itu terjatuh ke dalam parit. Tergelak besar kami dibuatnya.

Siapa kata jadi pelakon itu senang? Apabila adanya babak-babak yang memerlukan anda untuk melakukan sesuatu yang luar biasa, nak atau tidak, kena buat juga kan? Tak pedulilah anda artis gred apa sekalipun.

Tapi perkara itu dianggap sebagai satu pengalaman berharga buat Nora yang nampaknya perlu melakonkan scene jatuh parit semasa penggambaran filem 'Suamiku Jatuh Dari Langit'. Nampak realokay!

Khabarnya filem itu bakal menyaksikan Nora berlakon bersama Qi Razali. Nak tahu best ataupun tak filem tersebut, kenalah tunggu hari tayangannya.

Tonton video penuh di SINI (Portal Ohbulan)

Posted: 17 Nov 2014 05:18 PM PST

Posted: 17 Nov 2014 04:42 PM PST

Addin

Kejutan Dari Iszuree Ibrahim, Bendahari PAS Pulau Pinang

Bendahari PAS Pulau Pinang Iszuree Ibrahim memfailkan permohonan di mahkamah bagi kebenaran mencabar pemecatannya daripada semua jawatankuasa tetap Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dan pembekuan peruntukannya.

Permohonan itu difailkan di Mahkamah Tinggi di sini pada 14 November lepas melalui peguam Mohd Harris Abdullah. Iszuree Ibrahim mengedarkan salinan afidavit permohonan itu kepada pemberita pada sidang media pada Isnin.

Dalam permohonan itu, beliau menamakan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pulau Pinang sebagai responden pertama, MPPP sebagai responden kedua dan kerajaan negeri sebagai responden ketiga.

Dalam afidavitnya, beliau menuntut kebenaran mahkamah untuk membatalkan surat responden kedua bertarikh 26 September 2014 dan keputusan responden pertama pada 25 September 2014 yang memutuskan Iszuree Ibrahim dikeluarkan daripada semua jawatankuasa tetap responden kedua serta pembekuan semua peruntukannya.

Iszuree Ibrahim juga memohon kebenaran mahkamah untuk membatalkan surat responden kedua bertarikh 29 September 2014 dan keputusan responden pertama pada 25 September 2014 yang memutuskan beliau dikeluarkan daripada semua jawatankuasa tetap responden kedua, mesyuarat ad-hoc dan pembekuan peruntukan secara serta-merta.

Sekiranya mahkamah membenarkan kedua-dua permohonan itu, beliau memohon perintah sementara untuk menggantung keputusan responden pertama yang disampaikan kepadanya melalui surat responden kedua bertarikh 26 dan 29 September 2014 sehingga usul substantif didengar.

Iszuree Ibrahim juga memohon responden pertama, kedua dan ketiga membayar ganti rugi kepadanya seperti yang ditaksirkan mahkamah kelak dan kos permohonan sampingan ditanggung dan dibayar oleh ketiga-tiga responden dalam apa keadaan sekalipun.

Dalam sidang media itu, Iszuree Ibrahim berkata tuntutan yang dibuat itu bertujuan menuntut keadilan dan memulihkan semula maruahnya kerana diberhentikan tanpa berpeluang membuat pembelaan.

"Ini adalah soal maruah... bukan saya hendak tuntut semula jawatan saya itu, jangan menghukum tanpa bicara.

"Saya berharap agar keadilan yang diperjuangkan dapat dibuktikan, jangan hanya cakap tidak serupa bikin," katanya.

Iszuree Ibrahim didakwa disingkir daripada semua jawatankuasa tetap MPPP berikutan ucapan dasarnya pada Muktamar Tahunan PAS ke-60 di Batu Pahat, Johor Bharu baru-baru ini yang mengkritik kerajaan negeri berhubung isu dasar perumahan. ~malaysian insider

Iklan B (ii)

Posted: 17 Nov 2014 04:21 PM PST

Gosip dan Kontroversi Hiburan

3 Foto wajah terkini dan luahan hati Shima isu cerai 4 kali

Begitulah suratan takdir yang harus dilalui oleh penyanyi popular 1990-an, Shima atau nama sebenarnya Ku Nazhatul Shima Ku Kamarazzaman, 45. 

Kali terakhir dia bercerai ialah dua tahun lalu selepas mengahwini rakyat Kanada pada tahun 2003. Perceraian itu merupakan perceraiannya kali keempatnya... oleh yang demikian, kini dia tidak mahu lagi memikirkan soal pasangan hidup.

Untuk info, Shima juga pernah mendirikan rumah tangga dengan pemain keyboard kumpulan The Boys iaitu Satiman pada tahun 1990 dan bercerai pada tahun 1994. 

Selepas itu, dia berkahwin pula dengan seorang guru bernama Khairun Lamb pada tahun 1996, namun mereka bercerai pada 1998. Bagaimanapun Shima enggan berkongsi identiti individu ketiga yang dikahwininya. 

"Empat kali berkahwin, empat kali juga bercerai. Ingatkan yang terakhir sebelum ini dapat bertahan lama, tetapi jodoh kami tidak panjang.

"Kerana itu kami bercerai dua tahun lalu dan sekarang saya kembali solo. Cukuplah dengan alam berumahtangga. Bukannya serik, tetapi saya rasa hidup sendirian seperti sekarang lebih membahagiakan," ujarnya dipetik sebagai berkata. 

"Dulu masa awal-awal bercerai, memanglah rasa sunyi, tetapi lama-lama rasa itu hilang lebih-lebih lagi apabila hari-hari kita diisi dengan pelbagai aktiviti. 

"Sekarang ini saya rancang mahu kembali aktif dalam industri seni muzik tempatan. Lagipun saya dah lama tak keluar album. InsyaAllah pada tahun hadapan saya akan muncul dengan single lagu baharu," tambah Shima yang tidak akan menolak sekiranya ditakdirkan Allah bertemu dengan jodoh lain.

Sumber asal : Blog Myartis

Posted: 17 Nov 2014 04:18 PM PST

Posted: 17 Nov 2014 03:57 PM PST

Ibnu Hasyim

Jangan Mimpi Israel Hadkan Penempatan Haram Yahudi -Lieberman.

AFP - BEBERAPA penduduk Palestin membakar tayar berhampiran tembok yang memisahkan bandar Abu Dis di Tebing Barat dengan Baitulmuqaddis semalam. 

BAITULMUQADDIS – Menteri Luar Israel, Avigdor Lieberman memberitahu rakan sejawatnya, dari Jerman kelmarin bahawa Israel tidak akan berhenti membina kediaman untuk orang Yahudi di Baitulmuqaddis Timur di sini.

Kenyataannya menambahkan lagi kekecewaan Barat berhubung dasar pembinaan penempatan haram Yahudi di tanah milik penduduk Palestin.

"Kami tidak akan me­netapkan sebarang had untuk membina penempatan Yahudi sini," kata Lieberman pada satu sidang akhbar bersama dengan Menteri Luar Jerman, Frank Walter Steinmeier.

Sejak awal Oktober lalu, Israel mengumumkan untuk membina 4,300 buah rumah peneroka haram Yahudi di sini dan di Tebing Barat yang ditakluki Israel, sekali gus me­ningkatkan ketegangan dengan penduduk Palestin.

Pengumuman mengenainya telah mencetuskan kemarahan Kesatuan Eropah dan Amerika Syarikat yang melihat pendudukan Israel di Tebing Barat sebagai tidak sah dan menghalang proses damai Asia Barat. Penduduk Palestin mahu menjadikan Baitulmuqaddis Timur sebagai ibu kota negara Palestin merdeka yang me­rangkumi wilayah Tebing Barat dan Genting Gaza.

Israel berundur dari Genting Gaza pada 2005 tetapi terus mengenakan sekatan ke atas wilayah berkenaan. Rejim Zionis pula menganggap seluruh bandar ini sebagai ibu kota Yahudi dengan tuntutan tersebut tidak diktiraf oleh masyarakat antarabangsa. Sehingga kini, dianggarkan seramai 150,000 orang Yahudi tinggal di Baitulmuqaddis Timur.

"Jangan bermimpi kerajaan Israel akan menyerah dan mengehadkan pembinaan (penempatan haram Yahudi) di sini," kata Lieberman.
"Kami bersedia untuk mempertahankan kemerdekaan, kedaulatan kami dan tidak akan ada sebarang kompromi," tambahnya. – Reuters

Posted: 17 Nov 2014 07:45 AM PST

Gosip dan Kontroversi Hiburan

Foto selfie Nora Danish sebelum tidur meruntun jiwa

Sekeping foto selfie Nora Danish yang diambil sebelum tidur dan dimuatnaik di akaun Instagram peribadinya mencuri tumpuan sebahagian besar pengikutnya.

Kami tidak nafikan aura dan kecomelan yang dimiliki ibu kepada Putra Raqyal itu boleh membuat ramai jejaka-jejaka kacak di luar sana makan hati.

Ada tak yang kurang setuju dengan pandangan kami ini? Kalau yang tak setuju tu, korang mungkin ada pendapat peribadi sendiri. Betul tak?

Jom tengok gambar selfie terbaru Nora Danish yang amat meruntun jiwa kami.

Posted: 17 Nov 2014 07:42 AM PST

Posted: 17 Nov 2014 06:30 AM PST

Addin

Video Pesawat MH17 Yang Mengejutkan Umum Tersebar

Sebuah video amatur didakwa memaparkan imej mengejutkan sejurus nahas MH17 kini muncul di internet. Klip video berdurasi dua minit yang dimuat naik ke YouTube pada Ahad oleh agensi berita Russia Today menggambarkannya sebagai rakaman terawal sejurus nahas berlaku.

Penduduk yang jelas terkejut dengan tragedi itu kedengaran menjerit dan berteriak, manakala yang lain berlari ke arah lokasi nahas dengan baldi air dalam usaha memadamkan api yang marak.

Pada Julai, sebuah video berdurasi 54 saat, didakwa memaparkan letupan besar akibat impak pesawat MH17 yang terhempas di timur Ukraine, muncul di internet. ~astro awani

Iklan B (ii)

Posted: 17 Nov 2014 06:27 AM PST

Tengok TV Online

Suami mangsa MH370 terpaksa kahwin di sempadan Thailand

PETALING JAYA: Status penumpang dan kru MH370 yang hingga kini masih belum dimuktamadkan bukan sahaja menyebabkan kepiluan kepada waris mangsa, malah ia turut menjadi 'penghalang' untuk mereka meneruskan kehidupan.

Antara masalah yang didepani waris mangsa terlibat ialah untuk membina rumahtangga dengan pasangan baharu.

mStar Online difahamkan, keadaan ini dialami sekurang-kurangnya seorang waris mangsa apabila dia terpaksa bernikah di negara jiran, sebelum mendaftarkan perkahwinannya di negara ini.

Malahan, pasangan ini juga mungkin berdepan tindakan undang-undang kerana mengamalkan poligami tanpa kebenaran kerana isteri baharunya bermadukan seseorang yang tidak diketahui statusnya sama ada meninggal dunia atau ghaib.

Sumber memberitahu mStar Online, suami salah seorang penumpang pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 yang hilang sejak Mac lalu terpaksa memfailkan permohonan daftar nikah untuk berpoligami di Mahkamah Tinggi Syariah awal November.

Bapa kepada empat anak itu menghadapi kesukaran kerana tidak dapat mengemukakan surat kebenaran isterinya untuk membolehkan dia bernikah kali kedua.

"Sijil kematian isterinya juga tidak dikeluarkan, jadi sukar untuk bernikah dalam negara, oleh itu pasangan itu ke Songkla, Thailand dan kini memfailkan permohonan daftar nikah untuk berpoligami," katanya kepada mStar Online.

Menurut sumber itu lagi, lelaki berkenaan mengahwini seorang wanita yang berasal dari Muar, Johor dan bekerja di ibu negara.

"Majlis meraikan pasangan pengantin baharu ini juga dilangsungkan secara kecil-kecilan di sebuah homestay di Langat bulan lalu," kata sumber itu.

Isteri lelaki terbabit merupakan antara 239 penumpang yang berada dalam pesawat MH370 yang sedang dalam perjalanan ke Beijing apabila hilang awal pagi pada 8 Mac sebaik berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.

Pesawat itu sepatutnya tiba di Beijing pada pukul 6.30 pagi hari yang sama.

Analisis satelit menunjukkan kedudukan terakhir pesawat ialah di selatan Lautan Hindi, barat Perth, Australia.

Bagaimanapun, usaha mengesan pesawat itu terus buntu kerana tiada sebarang bukti ditemui walaupun operasi mencari dan menyelamat (SAR) diperluaskan.

Baru-baru ini, seorang ahli Parlimen meminta mufti dan pihak berwajib mengeluarkan fatwa bagi menjelaskan kekeliruan dialami waris penumpang dan kru pesawat MH370 yang masih hilang sehingga kini.

Ahli Parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani Abdul Hamid berkata, fatwa itu perlu untuk mencari penyelesaian dan tidak timbul lagi kekeliruan dari segi harta, wasiat, insurans dan sebagainya berkaitan anggota keluarga mereka.

Ikuti penjelasan pihak mufti dan Majlis Fatwa Kebangsaan berhubung situasi yang menimpa waris penumpang MH370 ini, Selasa. -mStar

Posted: 17 Nov 2014 03:48 AM PST

Gosip dan Kontroversi Hiburan

5 Foto wajah terbaru Azwan Ali berhijab sepenuhnya

Jangan sakit jantung, diva Azwan Ali kesayangan ramai ni bertudung ala-ala Yuna, Shila Amzah dan ala-ala balik dari Mahkamah Syariah kerana dia baru saja dilantik menjadi wajah Domino Pizza.

Dalam TV Comercial terbaru Domino Pizza, Azwan Ali akan memegang berpuluh-puluh watak orang awam, termasuk watak makcik-makcik kaki order 1300888333 order domino.

Semoga rezeki Azwan Ali kesayangan ramai ini terus melimpah-ruah. amin. Jom tengok 5 keping foto adik kepada Menteri Besar Selangor itu cantik berhijab - mforum.cari

Posted: 17 Nov 2014 03:18 AM PST

Gosip dan Kontroversi Hiburan

5 Foto wajah terbaru Azwan Ali berhijab sepenuhnya

Jangan sakit jantung, diva Azwan Ali kesayangan ramai ni bertudung ala-ala Yuna, Shila Amzah dan ala-ala balik dari Mahkamah Syariah kerana dia baru saja dilantik menjadi wajah Domino Pizza.

Dalam TV Comercial terbaru Domino Pizza, Azwan Ali akan memegang berpuluh-puluh watak orang awam, termasuk watak makcik-makcik kaki order 1300888333 order domino.

Semoga rezeki Azwan Ali kesayangan ramai ini terus melimpah-ruah. amin. Jom tengok 5 keping foto adik kepada Menteri Besar Selangor itu cantik berhijab.

Posted: 17 Nov 2014 12:42 AM PST

Gosip dan Kontroversi Hiburan

Ucapan romantik Alyah buat Ramli MS di ulangtahun kelahiran

Pasangan ini pernah menggemparkan industri hiburan Malaysia apabila mereka berdua disahkan sudah berkahwin semasa diserbu oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di kediaman mereka.

Tapi, kami rasa perkara tersebut seharusnya tidak menjadi masalah kerana mereka pasti mempunyai alasan tersendiri untuk merahsiakan perkahwinan yang diadakan di Batam, Indonesia itu.

Maka, seperti kebanyakan pasangan yang lain, Alyah pun mesti nak membuat ucapan hari lahir buat suaminya yang tercinta kan? Hurm..Untunglah Datuk Ramli MS dapat isteri sweet macam Alyah.

Kami pun pelik juga kenapa Alyah dan Ramli MS tak pernah mengambil gambar bersama-sama. Ada pun hanya nampak wajah Ramli MS sipi-sipi sahaja.

Tapi, sebenarnya bersikap low profile itu juga adalah satu perkara yang patut dipuji. Takdelah nanti orang cakap sengaja mahu show off kebahagiaan pula.

Apapun, kami juga nak ucapkan selamat hari lahir buat Ramli MS. Semoga terus success dalam karier! - Portal Ohbulan

Posted: 16 Nov 2014 11:39 PM PST

Tengok TV Online

Kisah sayu adik tahun satu terpaksa berjauhan dengan ibu bapa

Sedihnya Bila Adik Tahun 1 Berketurunan Iban Ini Bertanya…"Cikgu..Bila Ari Lima? 

Kepada adik adik yang masih bersekolah. Malam ini adik berada dimana? Mungkin adik berada di rumah sedang menonton cerita Korea bersama ibu dan bapa.

Mungkin juga adik sedang bermain permainan video atau bermain gadjet tablet. Setiap malam adik yang berada di tahun 1 hingga tingkatan 5 akan berada dirumah bersama ibubapa dan keluarga setiap hari.

Namun adik yang berada didalam gambar ini. Pada saat ini sedang nyenyak tidur beralaskan bantal sambil memeluk anak patung setelah menghitung hari untuk pulang pada hujung minggu ini. Adik didalam gambar ini amat merindui ibu dan bapanya.

Ini benar dik. Ini betul betul kejadian. Namanya Lysiana. Seorang kanak kanak Iban berumur 7 tahun. Seawal usia itu Lysiana sudah tinggal di asrama sekolah semata mata untuk 1 tujuan. BELAJAR. Itulah tujuannya.

Bagi adik adik dibandar usia yang sama juga ke sekolah namun perginya berhantar pulangnya disambut.

Namun Lysiana ini hanya dihantar oleh ibunya ditepi jalan rumah panjang di sebuah tempat bernama Klauh (berdekatan dengan Sri Aman). Jarak dari rumah ke sekolah hampir 60km mustahil bagi ibubapanya menghantar dan mengambil setiap hari.

Kerana itu kepergian Lysiana ke sekolah hanya menggunakan van pada petang Ahad dan kembali ke rumah ibubapanya pada petang Jumaat.

Cikgu masih ingat dik semasa cikgu mengajar kelasnya pada awal Januari … airmata Lysiana tidak kering dari bertakung dikelopak matanya.

Namun dia tidak pernah meraung berguling minta balik. Bila Cikgu lalu disebelah mejanya dia akan menarik tangan cikgu dan bertanya…"Cikgu … bila ari lima?" (Cikgu, bila hari Jumaat?) cikgu akan pegang kepalanya dan berkata … lagi 3 hari.

Maka mulutnya akan mencebik dan terus mewarnakan gambar aktiviti yang diberi. Sesekali dia mengesat airmata dengan lengan baju.

Anak sekecil ini sudah diajar berdikari. Anak sekecil ini sudah jauh berpisah dengan ibubapa demi mencari ilmu. Anak sekecil Lysiana ini sudah mula belajar mengemas tempat tidur sendiri di asrama. Anak sekecil ini sudah mula mencuci baju didalam baldi dibilik mandi. Anak sekecil ini sudah mula menyidai dan melipat kain bajunya sendiri. Anak sekecil ini diajar erti pengorbanan.

Sedangkan anak seusia Lysiana ini di Kuala Lumpur mungkin bajunya dicuci bibik. Anak orang JB seusia Lysiana ini mungkin tidurnya diatas tilam spring. Anak orang Georgetown seusianya mungkin makannya bersuap tidak makan bertalam

Posted: 16 Nov 2014 11:21 PM PST

Addin

Berita Gempar Ini Bakal Memalukan Najib

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan tidak akan menghadiri forum berkaitan hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dijadualkan Rabu depan kerana beliau tidak menerima sebarang jemputan daripada penganjur.

Ahli Parlimen Pontian itu berkata, Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB Mohd Hazem Abd Rahman juga dijangka tidak menghadiri forum berkenaan.

"Forum ini dianjurkan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) NOW, yang dipercayai rapat dengan Rafizi," kata Ahmad pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Ahmad Maslan berkata, forum berkenaan mula tersebar di laman media sosial dengan tertera gambar bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, dirinya, Hazem dan ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli, serta Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua mewakili Pakatan Rakyat (PR).

"Saya tidak menerima surat jemputan dan tidak menyatakan akan hadir. 1MDB juga tidak akan hadir.

"Ini salah satu lagi usaha, bila tidak datang kata saya penakut. Cukuplah bagi saya menjawab di Parlimen," kata Ahmad kepada pemberita.

Forum berkenaan dijangka diadakan di The Club, Kuala Lumpur pada Rabu, bermula dari jam 8 malam hingga 11 malam. ~malaysian insider

Iklan B (ii)

Posted: 16 Nov 2014 10:18 PM PST

Gosip dan Kontroversi Hiburan

4 Foto Rozita Che Wan & Fasha Sandha berpantang didedahkan

Bulan ini memang ramai selebriti yang menimang cahaya mata. Antaranya , Rozita Che Wan, Amyza Aznan, Zahid AF, Fasha Sandha dan beberapa nama lagi.

Kami pun tumpang seronok dengan kehadiran si comel ini tau! Iyalah, bila buka je akaun Instagram, penuh dengan wajah baby. Sejuk je hati memandang.

Namun, pagi ini, foto Rozita Che Wan dan Fasha Sandha yang kini sedang berpantang menarik perhatian kami.

Bukan apa, teruja pula melihat kejelitaan mereka berdua ni. Berpantang pun wajah tetap glowing! Tak percaya? Korang lihatlah foto-foto yang kami kongsikan ini.

Kalau dah cantik, dalam apa jua situasi pun pasti nampak menawan kan.

Jika Che Ta akan menjaga pantang bersalin selama setahun untuk mengekalkan kecantikan tubuh badannya, rasa-rasanya Fasha akan berpantang berapa lama pula ya? 45 hari? 100 hari?

Sumber asal : Portal Ohbulan

Posted: 16 Nov 2014 09:39 PM PST

Posted: 16 Nov 2014 09:30 PM PST

Addin

Khalid Ibrahim Mungkin Terkedu Dengan Berita Gempar Ini

Pemberian RM2.6 juta "golden handshake" kepada bekas pembantu Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menimbulkan persoalan terhadap pembayaran lantikan politik dan sama ada ia mengikut prosedur sewajarnya.

Pembayaran tersebut dikritik kerana terlalu tinggi, terutamanya laporan mengatakan Khalid dianggap sebagai seorang yang kedekut dalam mentadbir.

"Ini menimbulkan persoalan sama ada terdapat mekanisma sewajarnya dan polisi dalam pelantikan pembantu politik serta sama ada terdapat garis panduan prosedur apabila mereka meletak jawatan selepas bos mereka berhenti," kata penganalisis Wan Saiful Wan Jan.

Wan Saiful berkata, sebarang pembayaran melibatkan dana awam perlu telus, bagaimanapun menegaskan ia tidak perlu menjadi pertikaian jika ia dilakukan mengikut prosedur yang betul seperti dalam terma kontrak.

"Selagi terma dan syarat kontrak diikut, kita tidak mempunyai asas untuk persoalkannya," kata ketua eksekutif Institut Hal Ehwal Demokrasi dan Ekonomi (Ideas) itu.

Beliau berkata wujud beberapa jawatan di peringkat persekutuan dan negeri yang perlu dibuat menerusi lantikan politik dan kontrak mereka mungkin termasuk syarat yang membenarkan "golden handshake" kerana ketidaktentuan politik.

"Mereka ini mungkin bersetuju untuk memegang jawatan tetapi ia satu risiko yang besar kerana ketidaktentuan politik pada masa akan datang dan bagi mengatasinya, kontrak mereka mungkin termasuk klausa golden handshake," katanya.

Seorang bekas pembantu kepada menteri dan timbalan menteri berkata, beliau menerima purata dua bulan gaji dan juga ganjaran apabila majikannya meninggalkan pejabat.

"Saya masih ingat hanya menerima ganjaran berjumlah sebulan gaji saya untuk tiga tahun saya bekerja dengan timbalan menteri," katanya.

Bagaimanapun, jika beliau meletak jawatan tanpa bekerja semasa notis dua bulan sebelum berhenti, beliau sebaliknya perlu membayar wang itu kepada Putrajaya.

Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali semalam mengakui wujud elemen salah laku dalam pembayaran kepada pembantu Khalid Ibrahim dan berkata perkara tersebut akan dibincangkan dengan lembaga anak syarikat kerajaan negeri, Menteri Besar Incorporated pada Khamis ini.

Bekas Pengarah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) Teresa Kok berkata semasa meletak jawatan pada akhir tahun lepas, beliau tidak menerima sebarang pembayaran seumpamanya.

"Saya hanya terima pembayaran gaji pengarah pada 2013, sama seperti jumlah yang dibayar kepada ahli lembaga pengarah lain. Saya tidak diberi upah tambahan atau pampasan," katanya.

Khalid Ibrahim didakwa membuat gaji pemberhentian berjumlah lebih RM2.6 juta kepada lapan pembantunya, salah seorang daripada mereka menerima hampir RM700,000.

Khalid berkata tidak mengetahui tentang jumlah tersebut, bagaimanapun menyifatkan ia sebagai pembayaran "skim peletakan jawatan sukarela" yang ditawarkan kepada stafnya susulan pertukaran menteri besar dua bulan lalu. ~malaysian insider

Iklan B (ii)

Posted: 16 Nov 2014 07:42 PM PST

Gosip dan Kontroversi Hiburan

Sebab sebenar Elyana belum mahu bertudung sebaik pulang dari Mekah

Ketika ini kisah mengenai artis berbakat besar iaitu pelakon dan penyanyi Erneelya Elyana Emrizal atau lebih popular dengan panggilan Elyana agak jarang kedengaran.

Kelihatan seperti memencilkan diri daripada industri hiburan, tiba-tiba ada sumber yang menyatakan penyanyi itu kini sedang bertarung dengan penyakit kanser. Namun begitu, sumber berkenaan tidak menyatakan jenis kanser yang dihidapnya. 

Apa yang lebih mengejutkan, akibat penyakit yang dideritainya itu membuatkan Elyana pergi mengerjakan umrah baru-baru ini dan berdoa di depan Kaabah agar penyakitnya itu sembuh.

Bagi mendapatkan cerita yang sebenar, Kosmo! menghubungi Elyana yang sedang dalam perjalanan ke lapangan terbang kerana ingin pergi bercuti bersama ibu dan kakaknya ke Vietnam.

Kosmo!: Rasanya sudah agak lama tidak mendengar perkembangan Elyana. Apakah aktiviti anda sekarang?

Elyana: Buat masa ini saya sedang sibuk dengan proses pembikinan album terbaharu yang dijangka dilancarkan pada tahun ini. Ia merupakan album yang kelima selepas Jaga Diriku yang dihasilkan pada tahun 2007. 

Kosmo!: Minta maaf, saya ingin bertanya tentang kesahihan berita ini. Betulkah anda sedang menghidap penyakit kanser? 

Elyana: Sakit kanser? Rasanya sekarang saya masih sihat dan tidak menghidap sebarang penyakit kritikal. Kalau setakat demam itu memang ada, tetapi tidak pula mengalami penyakit kronik seperti kanser.

Kosmo!: Ada orang kata pemergian anda ke Mekah untuk mengerjakan umrah tempoh hari kerana mahu berdoa di depan Kaabah agar penyakit itu cepat sembuh. Boleh komen sedikit?

Elyana: Sebenarnya pemergian saya ke Mekah bersama suami merupakan undangan daripada pihak produksi rancangan Romantika yang akan disiarkan di Astro pada bulan Ramadan ini. Secara jujurnya saya agak terkejut dan ia undangan pada saat-saat akhir. Sebelum ini rancangan tersebut menyiarkan pasangan selebriti yang bercuti di tempat percutian yang menarik, tetapi apabila tiba giliran saya mereka buat keputusan untuk membawa kami ke Mekah dan saya rasa sangat bertuah.

Kosmo!: Biasanya kebanyakan artis wanita yang pulang dari Mekah, pasti mereka akan membuat perubahan terutamanya tampil bertudung. Bagaimana pula dengan imej anda selepas mengerjakan umrah?

Elyana: Secara jujurnya saya masih lagi tampil seperti biasa, namun sentiasa berdoa agar terbuka pintu hati untuk bertudung nanti. Buat masa ini saya mahu menjaga solat terlebih dahulu.

Sumber asal : Kosmo

Posted: 16 Nov 2014 07:36 PM PST

Addin

Najib Umum Berita Mengejutkan Umno

Prestasi Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum ke-12 dan 13 memerlukan semua parti komponennya untuk menyegarkan dan mencergaskan semula gabungan itu dalam menghadapi cabaran di masa depan, menjelang pilihan raya umum akan datang, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau memberi amaran anggota BN perlu menjangkakan cabaran lebih berat yang bakal dihadapi.

"Prasyarat pertama bagi kelangsungan politik kita adalah untuk merapatkan barisan, memperkukuhkan parti, mengelak perpecahan dalam politik dan terus melangkah untuk semua rakyat Malaysia," kata beliau ketika merasmikan Perhimpunan Agung ke-25 Parti Liberal Demokratik di Kota Kinabalu Ahad.

Najib, yang juga Pengerusi BN, berkata sebaik sahaja parti komponen telah memperkukuhkan keupayaan masing-masing, setiap parti mewakili komuniti tertentu di Malaysia perlu mengenal pasti apa yang diharapkan daripada parti itu oleh komuniti terbabit.

Beliau meminta parti komponen BN untuk berhubung dengan rakyat bagi meyakinkan mereka bahawa BN masih kerajaan terbaik untuk memimpin Malaysia.

Perdana menteri turut meminta parti komponen BN supaya sentiasa cekal dalam menangani tipu daya pembangkang dalam media sosial.

Beliau berkata parti perlu berusaha sedaya upaya untuk menangani isu yang menyerang usaha dan dasar kerajaan.

"BN seringkali dimanipulasi menerusi media sosial, dengan begitu banyak kenyataan separuh benar.

"Dalam pilihan raya lepas, pengundi diperdayakan oleh pembangkang kononnya BN membawa masuk secara senyap 40,000 warga Bangladesh sebagai pengundi.

"Ini (membawa masuk secara senyap 40,000 warga Bangladesh sebagai pengundi) terang-terangan merupakan pembohongan dan saya tidak percaya begitu ramai orang tertipu dengannya," katanya.

Najib mengingatkan rakyat agar tidak mempercayai apa sahaja perkara dalam media sosial, yang dijadikan alat oleh pembangkang untuk meyakinkan rakyat bahawa mereka (pembangkang) lebih baik daripada BN.

Beliau berkata rakyat perlu melihat akibat buruk daripada sikap membenci BN, seperti yang pembangkang mahu mereka lakukan.

Katanya parti juga perlu menambat hati rakyat dengan keupayaannya sebagai sebuah kerajaan, bukannya menyemai kebencian dalam kalangan mereka.

"Malaysia antara ekonomi terbaik dalam Asean sejak sembilan bulan lepas dan baru-baru ini, pemimpin Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik memberitahu saya mereka berpendapat Malaysia sebuah negara yang semakin berkembang maju, dan ini merupakan penghargaan kepada BN," kata Najib. ~malaysiakini

Iklan B (ii)

You are subscribed to email updates from Gossip panas artis malaysia

To stop receiving these emails, you may unsubscribe now

Email delivery powered by Google 

Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States 

@

0 comments:

Post a Comment - Kembali ke Post

Amerika Ditawan Muslim, 3 Abad Sebelum Colombus -Tayyip Erdogan