Gosip Artis | Artis Malaysia | Gossip Artis Malaysia | Cerita Artis Malaysia | Gambar Artis Malaysia | Malaysia Artist | Artis kontroversi

Gosip Artis Malaysia | Zed Zaidi Tidak Pancing Undi Rebut Jawatan Presiden Seniman ...

Gosip Artis Malaysia | Zed Zaidi Tidak Pancing Undi Rebut Jawatan Presiden Seniman <b>...</b>

Link to gosip artis malaysia - Google Blog Search

Zed Zaidi Tidak Pancing Undi Rebut Jawatan Presiden Seniman <b>...</b>

Posted: 27 Sep 2014 02:05 PM PDT

Pelakon Zed Zaidi menegaskan dia tidak pernah memancing ahli-ahli Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) mahupun berkempen dalam diam bagi mendapatkan jawatan presiden pada Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) Ke-14  persatuan itu.

Majlis berlangsung di dataran, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) di sini pada Sabtu.

Zed berkata, dia tidak perlu memancing undi bagi merebut jawatan itu tetapi yakin pemilihannya bagi menerajui kepimpinan itu berdasarkan usahanya sebelum ini yang banyak menaikkan nama Seniman.

"Saya tak berkempen pun. Apatah lagi berkempen dalam diam. Tetapi ahli-ahli persatuan boleh lihat usaha saya sebelum ini macam mana.

"Bagi saya jawatan itu tidak penting sebaliknya pergerakan persatuan perlu berjalan dengan betul bagi membantu ahli-ahli Seniman lain," katanya.

Pada AGM Seniman ke-14 itu, Zed berjaya meraih sebanyak 109 undian mengalahkan pesaingnya, Datuk Mustapha Maarof yang hanya meraih 71 undi dan Afdlin Shauki (66 undian).

Timbalan presiden pula disandang oleh Zack (Kool)  dan Zahrin Ishak dipilih sebagai Setiausaha Kehormat. Penolong Setiausaha pula disandang oleh Rena Tan manakala Vanidah Imran sebagai Bendahari.

Ahli Jawatan Kuasa (AJK) Seniman pula disandang oleh Sofea Jane, Jamaludin Mat, Khir Rahman, Sharifah Amani, Lisa Surihani, Arash Mohamad dan Rashidi Ishak.

Pelakon Dira Abu Zahar dan Adlin Aman Ramli menyandang jawatan sebagai juruaudit.

Terdahulu Zed pernah memegang jawatan presiden Seniman bagi AGM ke-14 hampir sepenggal sebelum ia dibatalkan atas perintah mahkamah pada 21 November tahun lalu dan jawatan itu tidak sah.

Sementara itu, Zed berkata, dia bersyukur apabila melihat pembabitan artis-artis popular pada AGM kali ini yang memperlihatkan golongan berkenaan mahu melihat kebangkitan semula Seniman.

"Saya rasa inilah kali pertama melihat  AGM Seniman disertai oleh artis-artis popular, bukannya veteran sahaja.

"Tambahan pula barisan AJK (Ahli Jawatan Kuasa) juga dilihat daripada kalangan artis yang pelbagai.

"Saya harap agar persatuan ini dapat menjadi kukuh dalam membangunkan industri. Bukan hanya mahu membantu artis-artis veteran yang susah tetapi juga artis baharu yang saya percaya turut mempunyai masalah-masalah tersendiri berhubung industri kita," ujarnya.

Hubungan Lee Byung Heon & Lee Min Jung Bermasalah Akibat <b>...</b>

Posted: 26 Sep 2014 02:52 PM PDT

PERKAHWINAN di antara aktor Lee Byung Heon dan Lee Min Jung dilaporkan bermasalah selepas lelaki itu terlibat dalam skandal melibatkan dua orang selebriti iaitu Dahee daripada kumpulan Glam dan model, Lee Ji Yeon.

Soompi melaporkan, akibat skandal melibatkan Byung Heon itu, Min Jung bertindak meninggalkan rumah mereka dan kembali tinggal dengan ibu bapanya di Gangnam, Seoul.

Malah pasangan itu dilaporkan sedang dalam proses menjual rumah mewah mereka sebagai satu langkah sebelum memulakan proses perceraian.

"Min Jung sangat kecewa dan patah hati dengan apa yang berlaku kerana dia tidak menyangka suami yang dikahwininya sejak setahun lalu bermain kayu tiga.

"Dia kini kembali tinggal bersama orang tuanya dan dilaporkan sedang dalam proses menjual rumah mereka," ujar sumber pelakon itu.

Bagaimanapun dalam satu laporan lain, Byung Heon mengakui sedang dalam proses menjual rumah tersebut namun bukan kerana mereka ingin bercerai ekoran skandal berkenaan.

Sehingga kini masih belum diketahui sama ada mereka akan bercerai atau pun tidak kerana kedua-dua mereka masih belum memberikan kenyataan rasmi berhubung perkara itu.

Royalti single Sujudku disalur ke badan kebajikan ~ KakiGosip <b>...</b>

Posted: 29 Sep 2014 06:09 PM PDT

SEMUA kutipan royalti bagi single Sujudku nyanyian Aidiel Ghaffar, Aris Ariwatan dan Badri Ibrahim akan dikumpul melalui Tabung Harapan Clixster sebelum disalurkan kepada badan kebajikan, kata pencipta lagu tersebut Othman Masri.
   
Beliau yang juga terkenal dengan nama Man Senoi berkata, single Sujudku dicipta sempena Hari Raya Aidiladha yang akan disambut Ahad ini dan merupakan projek ikhlas Clixster Music Sdn Bhd yang bukan mengejar keuntungan semata-mata tetapi lebih kepada menyentuh rohani masyarakat.
   
Katanya, lagu tersebut tidak akan dijual di pasaran kerana ia akan dimuat naik ke laman sosial Youtube bagi memudahkan pendengar untuk mendengar atau memuat turun lagu tersebut secara percuma.
   
"Kita wujudkan Tabung Harapan Clixster, dan melalui tabung tersebut kita alu-alukan sekiranya ada sumbangan daripada pendengar dan akan disalurkan kepada golongan kurang bernasib baik atau badan kebajikan.
   
"Sekiranya ada permintaan, kita akan keluarkan VCD single lagu Sujudku untuk dijual kepada masyarakat," katanya pada sidang media di ibu pejabat Clixster Mobile Group di sini hari ini.

Menurut Othman lagi, royalti ini tidak terhad kerana setiap tahun ia akan dikumpulkan selagi lagu itu masih mendapat siaran di kaca televisyen mahupun di muat turun atau ditonton di Youtube.
   
Katanya, lagu itu mengambil masa 10 bulan untuk dicipta selepas beberapa kali diubah dari segi muziknya dan mempunyai tiga kombinasi irama iaitu keroncong, gamelan dan samba.
   
"Saya lebih gemar untuk bereksperimen menerusi lagi ini," katanya sambil berharap lagu itu akan mendapat sambutan untuk disiarkan kerana ia akan menambahkan lagi jumlah kutipan royalti.




@



0 comments:

Post a Comment - Kembali ke Post

Gosip Artis Malaysia | Zed Zaidi Tidak Pancing Undi Rebut Jawatan Presiden Seniman <b>...</b>