Gosip Artis Malaysia | Kongsi2 Cerita Online: Artis Malaysia Terkantoi - <b>Gosip Artis Malaysia</b> |
- Kongsi2 Cerita Online: Artis Malaysia Terkantoi - <b>Gosip Artis Malaysia</b>
- Ada Pihak Cuba Lagakan Usop Wilcha Dengan Mamat Khalid <b>...</b>
- Kayda Rimas Terus Dibayangi Sheila Majid ~ KakiGosip! - <b>Gosip</b> <b>...</b>
Kongsi2 Cerita Online: Artis Malaysia Terkantoi - <b>Gosip Artis Malaysia</b> Posted: 19 Sep 2014 03:43 AM PDT Selamat datang ke Stesen Radio Online Sabahan (Sistem Shoutcast) Bukan Komersil Utara FM. Artis Malaysia : Isteri Awie Rozana Misbun Kongsi Cerita Sebenar DipukulKUALA LUMPUR: Air mata wanita ini menitis satu persatu tatkala bercerita peristiwa sedihnya termasuklah kegagalan berjumpa anak-anak. Rozana Misbun, 36, juga tidak dapat menahan sebak kerana usaha untuk berjumpa anak kandung sendiri dihalang oleh suami, Ahmad Azhar Othman atau Awie, 46. "Ina rindukan anak-anak Ina… Sudah sebulan Ina tak jumpa mereka. Panggilan telefon juga tak dijawab," jelas Rozana yang membahasakan dirinya Ina tatkala membuka bicara. Dalam satu pertemuan eksklusif dengan mStar Online di Bangsar pada malam Isnin lalu, jelas terbayang pada wajah wanita ini akan trauma kehidupan rumah tangganya bersama Awie. Namun, dia masih mampu untuk menyembunyikan kisah sebenar alam rumah tangganya malah turut mengelak untuk berkongsi rentetan peristiwa hitam, insiden dia dikatakan dibelasah suami sendiri. "Usahlah sentuh kisah Ina dipukul kerana ia sudah melibatkan pihak mahkamah. Cuma Ina ingin kongsi kisah sedih mengenai hati seorang ibu…" pintanya. Terdahulu Awie telah dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ampang pada 3 Julai lalu atas tuduhan sengaja mendatangkan kecederaan terhadap isterinya, Rozana Misbun di kediaman mereka di Ukay Bistari, Ukay Perdana, Hulu Kelang pada 2 Jun lalu. Air mata Rozana gugur apabila bercerita mengenai kerinduannya terhadap anak-anak. Awie bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas pertuduhan tersebut yang dibacakan di bawah Seksyen 325 Kanun Keseksaan. Sehubungan itu mahkamah menetapkan 11 Ogos depan untuk sebutan semula kes berkenaan. Awie dan Rozana bernikah di Songkhla, Thailand pada 20 Jun 2005. Hasil perkahwinan itu merkeka dikurniakan tiga orang anak iaitu Putra Ahmad Merrah, 7, Putra Ahmad Rezzki, 6, dan Puteri Qasseh Antasha, 4. Menerusi perkahwinan terdahulu Awie bersama penyanyi Arni Nazira, mereka dikurniakan dua orang anak iaitu Puteri Aleeya Antasha, 14, dan Puteri Aleefa Antasha, 12, yang kini tinggal bersama Awie. Rozana juga telah membuat tiga laporan polis di Balai Polis Daerah Brickfields berhubung kejadian yang berlaku keatasnya termasuklah ancaman halangan untuk berjumpa tiga anak kandungnya. Berikut dikongsikan tembual mStar Online bersama Rozana.
Saya simpati dengan nasib menimpa Ina. Bagaimana Ina boleh simpulkan sembilan tahun perkahwinan Ina dengan Awie? Alhamdulillah... Ina bahagia dengan Awie. Dia suami yang bertanggungjawab terhadap Ina dan anak-anak. Tetapi sedihnya apabila satu ujian telah berlaku dalam rumah tangga kami, kasih-sayang yang telah disemai selama sembilan tahun akhirnya musnah. Saya difahamkan sudah sebulan Ina tak jumpa anak-anak. Bagaimana ia boleh berlaku? Ina hidup dalam keadaan trauma. Emosi Ina juga tertekan akibat kejadian hitam yang menimpa Ina. Keadaan fizikal Ina yang sakit turut menambahkan lagi rasa bimbang. Sehinggalah kira-kira hampir dua minggu selepas peristiwa itu (iaitu pada 15 Jun 2014), Ina membuat keputusan untuk keluar rumah dan tinggal bersama ibu di Bangsar (Kuala Lumpur). Jika Ina sayangkan anak-anak, kenapa tidak bawa mereka bersama? Sejak awal-awal lagi Awie telah ingatkan Ina agar tidak berebut anak. Ina buat keputusuan untuk tingggalkan rumah ketika anak-anak sedang tidur iaitu kira-kira pukul 6.30 pagi. Ina bimbang kalau-kalau mereka terjaga, mereka pasti mahu ikut Ina kerana ia akan mengharu-birukan lagi keadaan rumah tangga Ina yang sedang tegang. Hanya Allah sahaja yang tahu betapa berat hati Ina untuk melangkah keluar ketika anak-anak sedang lena dibuai mimpi. Hati Ina benar-benar sayu. Lillahi Taala, abang... Ina tak pernah berpisah dengan anak-anak walaupun sesaat. Tetapi Ina terpaksa meneruskan langkah keluar rumah untuk ke rumah ibu dalam keadaan sehelai sepinggang menaiki teksi kerana perasaan trauma yang menghantui jiwa Ina.
Ina ada hubungi anak-anak atau tidak untuk melepaskan rindu? Sudah tentu abang tapi sayangnya bila Ina call, panggilan tidak berjawab. Ina tak tahu apakah sebabnya. Pernah juga bila Ina call, hanya sekali sekali sahaja ringing dan kemudiannya putus. Kenapa Ina tidak ke sekolah mereka? Kan lebih mudah berjumpa di sana! Ina ada hubungi pihak sekolah untuk bercakap dengan anak-anak. Tapi Ina benar-benar terkejut apabila pihak sekolah tidak membenarkan Ina bercakap dengan mereka. Pihak sekolah memaklumkan pada Ina, Awie telah menghantar surat bertarikh 21 Jun 2014 agar tidak membenarkan Ina menemui mereka. Pihak sekolah terpaksa akur kerana mereka tidak mahu timbul masalah di kemudian hari. Kalau Ina pergi juga ke sekolah dan jumpa mereka, tentulah anak-anak akan beritahu bapa mereka. Anak-anak kan tidak pandai berbohong. Sudah pasti banyak masalah lain akan timbul nanti. Saya dapat bayangkan betapa tertekannya jiwa seorang ibu. Kalau begitu, bagaimana Ina ikuti perkembangan anak? Ina tak ada pilihan bang! Ina hanya melihat perkembangan anak sulung Ina (Ahmad Merrah) menerusi Instagram dia sahaja. Dia dah kelihatan agak kurus, mungkin rindukan Ina. Ina... saya ada dengar kononnya Ina mengabaikan tanggungjawab pada anak-anak Awie bersama Arni. Apakah benar khabar itu? Fitnah bang… itu semua cerita rekaan. Hubungan Ina dengan anak-anak tiri Ina sangat rapat. Semasa Ina dalam keadaan sakit, anak tiri Ina iaitu Puteri Aleefa yang temankan Ina ke hospital. Malah Puteri Aleefa sanggup tidur di sebalah Ina untuk menjaga ibu tirinya ini. Kalau benar Ina abaikan mereka, kenapa kisah ini hanya timbul semasa kontroversi rumah tangga Ina sedang berlaku. Sepatutnya sejak dulu lagi. Ia fitnah!. Keadaan kesihatan Ina pula bagaimana? Masih sakit? Ina tak tipu… mestilah masih ada kesan sakit. Rusuk kiri iaitu tulang sembilan dan tulang sepuluh retak. Sekarang masih dalam rawatan dan doktor sedang beri perhatian serius. Doktor beritahu, kecederaan tu nyaris-nyaris nak kena paru-paru. Dalam gambar yang tersebar kelihatan hidung dan bahagian telinga seperti cedera. Bagaimana keadaannya? Tulang hidung Ina retak dan masih lagi membengkak. Ia menyebabkan hidung sebelah kanan Ina akan mengalami halangan atau akan mudah tersumbat. Doktor kata ia akan ambil masa tiga bulan untuk pulih. Telinga sebelah kiri sebelum ini ada pendarahan. Doktor kata, hanya sedikit sahaja lagi kecederaan telinga itu nak kena gegendang. Kalau tidak, mungkin Ina akan pekak sebelah. Tapi Allah selamatkan Ina. Keadaan dah okey. Aduhhh! Saya tak sanggup nak dengar kesakitan itu. Ina masih trauma? Tentulah. Ina dah jadi fobia dan trauma. Tapi jujurnya jiwa Ina tertekan kerana tidak dapat jumpa anak-anak. Setiap malam ketika hendak pejamkan mata, Ina akan teringatkan mereka. Dan tentunya Ina akan bayangkan keadaan anak-anak dan persiapan hendak menyambut Aidilfitri nanti. Ina Cuma harap agar Allah memberi kekuatan, kesabaran dan petunjuk untuk Ina hadapi ujian hidup yang sedang Ina lalui ini. Bagaimana perasaan Ina terhadap Awie selepas melalui ujian-ujian getir seperti ini? Entahlah... Ina susah nak jawab. Fikiran Ina kosong sekarang ni. Jujurnya Ina tak dendam apa-apa dengan dia, sungguh! | ||||
Ada Pihak Cuba Lagakan Usop Wilcha Dengan Mamat Khalid <b>...</b> Posted: 06 Oct 2014 01:34 PM PDT Pelakon komedi Shy8 atau lebih dikenali sebagai Usop Wilcha menganggap ada pihak yang tidak berpuas hati dengan dirinya dan mengambil kesempatan untuk melaga-lagakan serta mengeruhkan hubungan dia dengan pengarah Mamat Khalid. Usop atau nama sebenarnya Syed Mohammed Asri Syed Osman Jamalulail, 49, berkata, dia tidak mempunyai sebarang masalah dengan pengarah yang sudah dikenalinya sejak 15 tahun yang lalu. "Saya tahu ada pihak yang tidak berpuas hati dengan saya dan mengambil peluang ini untuk melaga-lagakan kami berdua, namun sebenarnya tidak ada apa yang perlu dibesarkan dengan cerita yang disebarkan itu. "Saya dengan abang Mamat Khalid sudah berkawan sejak tahun 1999 lagi, kami memang berkawan rapat dan sudah mengetahui cara kerja masing-masing sebab itu saya senang dengan hasil kerja dia," ujarnya. Usop Wicha berkata demikian ketika diminta mengulas tentang laporan di ruangan pojok sebuah akhbar mingguan tentang hubungan kedua-dua selebriti ini saling bermasam muka. Usop didakwa buat perangai di lokasi penggambaran filem Usop Wilcha Melawan Werewolf Dari Bangladesh (UWMWDB) dan bertindak melempar baju ke muka penjaga kostum. Manakala, Mamat pula dikatakan tidak memberi kerjasama dan sering kali mengubah skrip ketika penggambaran filem Usop Wilcha Menggonjang Makhluk Muzium (UWMMM) yang diterbitkan sendiri oleh Usop Wilcha. Dalam pada itu, Usop berkata, ketegasannya dalam menguruskan produksi ketika penggambaran filem UWMMM itu dilihat seperti terjadinya perselisihan faham berlaku antara dia dan pengarah itu. Bagaimanapun, jelasnya, ia merupakan perkara biasa yang berlaku secara profesional antara seorang pengarah dan penerbit. "Saya sudah tahu dan tidak ada masalah dengan cara kerja Mamat dan sebab itu saya berani panggil dia mengarah untuk filem terbitan saya yang pertama. "Bohonglah kalau kami tidak ada bergaduh, namun ia adalah secara profesional. Sebagai penerbit banyak yang saya perlu fikir, mana mahu berlakon, jaga bajet dan kos-kos lain lagi. "Mungkin daripada situ ada pihak ambil peluang itu untuk sebarkan cerita tersebut biar kami betul-betul bergaduh," katanya. Sementara itu, mengulas tentang tindakannya yang dikatakan buat perangai di lokasi, jelasnya, ia tidak benar sama sekali. Katanya, sepanjang bergelar artis, dia sentiasa mempunyai hubungan baik dengan rakan pelakon dan kru produksi. "Saya pelik juga dari mana mereka dapat cerita saya lepar baju tersebut, saya tidak pernah buat begitu dan buat hal di lokasi. "Perkara tersebut seperti ingin memburukkan nama saya dalam industri ini," katanya. Sementara itu, Mamat Khalid yang dihubungi, enggan memberi sebarang komen dan menyerahkan kepada Usop bagi menjelaskan perkara itu. | ||||
Kayda Rimas Terus Dibayangi Sheila Majid ~ KakiGosip! - <b>Gosip</b> <b>...</b> Posted: 07 Oct 2014 12:06 PM PDT Penyanyi rap yang juga anak kepada ratu jazz terkenal, Datuk Sheila Majid iaitu Kayda rimas apabila penglibatannya dalam industri hiburan sering dibayangi oleh populariti ibunya itu. Kayda atau nama sebenarnya Wan Nur Khaleda, 23, berkata, dia sebolehnya mahu kehadirannya itu dinilai oleh bakat yang ada padanya dan bukan kerana dia adalah seorang anak bintang terkenal. "Fakta bahawa saya anak kepada Sheila memang tidak boleh diubah dan saya sebagai anak bangga dengan segala pencapaiannya selama ini. "Namun pada satu tahap perasaaan kecewa dan rimas itu timbul kerana kemunculan saya terusan dikaitkan dengan latar belakang keluarga dan membandingkan saya dengan ibu. "Tapi perasaan itu hanya bersifat sementara kerana ia sebenarnya lebih membuatkan saya bersemangat untuk membuktikan kebolehan diri supaya saya dapat keluar daripada terus dibayangi ibu saya," katanya. Kayda ditemui pada sidang media pelancaran single duetnya bersama Hunny Madu berjudul Go Hard or Gostan dan Gucci Dowh secara digital di pejabat Warner Music Malaysia di sini, Selasa. Pada majlis sama, Hunny dan Madu turut menandatangani perjanjian kerjasama dengan syarikat tersebut bagi mempromosikan dua single berkenaan yang turut dihadiri oleh Pengarah Urusan Warner Music Malaysia dan Singapura, Darren Choy. Dalam pada itu, Kayda berkata, ibunya tidak pernah mempersoalkan minatnya yang cenderung kepada muzik Rap dan Hip Hop malah memberinya kebebasan dalam menentukan kerjaya muziknya. Kata Kayda lagi, dia juga beruntung Sheila banyak memberinya nasihat berguna apabila dia memerlukannya tentang dunia hiburan namun meletakkan sepenuh kepercayaan untuknya membuat keputusan. "Bukan sahaja Ibu, bapa saya juga banyak memberi galakkan untuk terus fokus dalam memastikan kerjay yang saya pilih ini mampu bertahan lama. "Mereka juga menghormati pilihan saya dengan tidak mencampuri urusan kerjaya saya tetapi tidak lokek memberikan nasihat dan ilmu supaya saya sentiasa berada dilandasan betul," jelasnya. Bercakap mengenai kolaborasinya dengan Hunny Madu, Kayda berkata, kerjasama itu disifatkan sebagai mimpi menjadi kenyataan kerana mereka sudah mengenali antara satu sama lain sejak dia berusia 14 tahun. "Tahun lalu idea untuk bekerjasama bagi menghasilkan muzik bersama-sama timbul dan tanpa disedari kami banyak menghasilkan banyak lagu bersama termasuk single Go Hard or Gostan. "Setakat ini ada empat buah lagu yang kami tulis bersama malah berjaya menghasilkan sebuah 'Mix Tape' pada awal tahun ini tetapi hanya untuk pasaran indie sahaja," ujarnya. Sementara itu, Kayda berkata, dia mempunyai misi dalam meneruskan legasi penyanyi rap wanita yang sedia ada dan membawa genre tersebut ke tahap lebih tinggi. Malah kata Kayda, dia juga turut memasang impian untuk berduet bersama ibunya suatu hari nanti. |
You are subscribed to email updates from gosip artis malaysia - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
@
0 comments:
Post a Comment - Kembali ke Post