Gosip Artis | Artis Malaysia | Gossip Artis Malaysia | Cerita Artis Malaysia | Gambar Artis Malaysia | Malaysia Artist | Artis kontroversi

Gosip Artis Malaysia | Didi Astillah kini tampil lebih segar & matang ~ KakiGosip! - Gosip ...

Gosip Artis Malaysia | Didi Astillah kini tampil lebih segar & matang ~ KakiGosip! - <b>Gosip</b> <b>...</b>

Link to gosip artis malaysia - Google Blog Search

Didi Astillah kini tampil lebih segar & matang ~ KakiGosip! - <b>Gosip</b> <b>...</b>

Posted: 04 Oct 2014 01:58 AM PDT

Penyanyi dan pelakon Didi Astillah bukanlah nama baru dalam industri seni tempatan ini. Memulakan perjalanan seninya seawal usia 3 tahun, Didi pernah tampil dengan sebuah album bertajuk "Adik-Adik Mutiara" bersama kakaknya Bella Astillah dan mereka juga pernah memiliki 10 buah album sejak itu.

Bukan itu sahaja, Didi turut terlibat dalam banyak drama termasuklah membintangi dalam dua buah filem iaitu "Skrip 7707" (2009) dan "Damping Malam" (2010).

Baru-baru ini artis dibawah naungan Warner Music Malaysia ini telah tampil dengan album terbarunya yang lebih segar dan matang berjudul "Didi Astillah" yang mana album ini mendapat sentuhan komposer dan penulis lirik terkenal iaitu L.Y dan juga komposer dari Indonesia Posan Tobing.

Baru-baru ini Didi sempat meluangkan masa untuk ditemubual bersama KAKIGOSIP untuk bercerita lanjut mengenai albumnya dan perkembangan terbarunya.

Assalamualaikum dan apa khabar Didi?
Waalaikumussalam, Alhamdulillah saya sihat sahaja dan khabar baik.

Jadi boleh cerita sedikit mengenai album "Didi Astillah"?
Album ini baru sahaja siap. Dalam album ini terdapat enam buah lagu dimana tiga lagu dicipta oleh Uncle L.Y dan tiga lagi dari Posan Tabing iaitu komposer dari Indonesia. Salah satu lagu dalam album ini iaitu "Fikirkan Kamu", video klip lagu ini baru sahaja dinaikkan di YouTube.

Kenapa lagu hasilkan video klip untuk lagu "Fikirkan Kamu" sahaja? Dan mengapa tidak mempromosi album itu sendiri?
Ini kerana lagu "Fikirkan Kamu" mendapat sambutan yang memberangsangkan jadi Didi mahu 'push' lagu itu terlebih dahulu supaya orang tahu itu lagu Didi. Jadi buat masa ini Didi dan pihak Warner Music sibuk mempromosikan single tersebut melalui media sosial seperti di Instagram dan Facebook.

Jika diikutkan Didi bukanlah nama baru dalam industri ini kerana Didi sudah lama bertapak di dalam industri seni dan banyak berlakon dalam drama dan juga filem, namun masih ramai yang belum mengenali Didi. Mengapa?
Memang dari dulu Didi dah aktif, dari umur tiga tahun lagi. Ketika itu Didi cuma buat lagu kanak-kanak seperti "Anak Kambing", "Tom Tom Bak" dan banyak lagi yang digunakan untuk budak-budak tadika. Didi akui memang banyak berlakon juga untuk drama dan filem tapi jika ditanya mengapa Didi tidak popular sejujurnya Didi tidak tahu mengapa. Mungkin belum ada rezeki lagi.

Siapa idola Didi dalam bidang nyanyian atau inspirasi Didi?
Kalau penyanyi tempatan, Didi paling minat Stacy. Bukan sebab dia orang Sabah macam Didi tetapi kerana suaranya yang sedap. Dia boleh menyanyi semua jenis genre lagu. Dia juga boleh menari sambil menyanyi. Klau artis antarabangsa pula Didi suka Agnes Monica, Cher Lloyd dan Ariana Grande.

Kalau diberi peluang untuk berduet, dengan artis manakah yang Didi ingin berduet?
Yang pasti bukan Stacy kerana kami dah pernah berduet waktu Didi di program "Kamilah Bintang". Mungkin Dato' Siti Nurhaliza tapi mungkin susah kerana genre muzik kami tidak sama. Tetapi Didi minat jika lagu Didi ada elemen-elemen rap dan hip hop sedikit. Kalau ada rezeki Didi teringin nak berduet dengan rapper di Malaysia seperti Joe Flizzow, SonaOne atau pun Altimet.

Didi masih muda dan baru sahaja habis sekolah, jadi Didi ada tak perancangan untuk menyambung pelajaran?
Ada, Didi memang cadang nak sambung belajar, tapi bukan tahun ini lah, mungkin tahun hadapan. Ini kerana tahun ini Didi nak beri serratus peratus tumpuan kepada karier nyanyi Didi. Jadi tahun depan baru Didi akan sambung belajar.

Okey, terima kasih sebab meluangkan masa dengan kami!
Terima kasih dan sama-sama!

Gempar !!! <b>Artis</b> Wanita Tempatan Cerita Pernah Berzina Dengan

Posted: 14 Sep 2014 03:32 AM PDT

Sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-57, Astro mengadakan dua kempen mempromosikan program baru dan program menderma darah sehingga 16 September depan sebagai tanda penghormatan kepada negara serta rakyatnya.

Sepanjang bulan kemerdekaan ini, Astro menayangkan sebanyak 48 program baru menerusi beberapa saluran bagi meraikan keindahan, keunikan dan perpaduan masyarakat di Malaysia.

Istimewanya, budaya masyarakat kali ini diberi tumpuan menerusi program utama antaranya Ride & Seek: Borneo, Jonathan Phang's Gourmet Trains, Time Capsule Malaysia, Malaysia Street Food Circus with Makansutra dan Eye on Malaysia: Malaysia's Best Teachers.

Antara rancangan baru yang bakal ditayangkan adalah Saloma, Selempang Kuning Kerana Anggun dan Sambanthan.

Manakala Kempen Derma Darah #kitasama pula diadakan di lapan negeri bagi menggalakkan rakyat membantu Pusat Darah Malaysia.

Kempen itu bermula di Johor Bharu pada 15 Ogos lalu diikuti Kuantan, Ipoh, Lembah Klang, Kuala Terengganu, Kota Kinabalu dan akan berakhir di Kuching pada 16 September ini.

Sementara itu, Majlis Pelancaran Kempen Negaraku dan Derma Darah #kitasama yang berlangsung baru-baru ini menyaksikan barisan artis turut meluangkan masa mereka menderma darah.

Pelakon dan Pengacara Mix FM, Sarimah Ibrahim menyokong kempen derma darah kerana menyampaikan mesej penting kepada rakyat.

"Kita mungkin berbeza dalam pelbagai aspek, tetapi dapat bersatu padu sebagai satu negara.

"Saya bangga berpeluang mengambil bahagian dalam kempen ini yang menggariskan kepentingan perpaduan negara," katanya.

Berikut senarai beberapa program dan filem khas yang ditayangkan sepanjang bulan kemerdekaan ini.

23 Ogos

TLC, 10 malam

Passage to Malaysia: Back to the Beginning

Denise Keller membawa penonton meninjau keindahan Kedah yang menjadi antara negeri di Malaysia yang masih mengekalkan sistem beraja. Perjalanan ini cukup istimewa bagi Denise kerana kembali semula ke Pulau Langkawi di Kedah. Di Kedah, Denise akan meneroka laluan arkeologi, fesyen, memasak untuk majlis perkahwinan kampung dan aktiviti menarik lain.

24 Ogos

Astro TVIQ. 9.30 malam

Oh My English! 1957 Merdeka

Bahagian 1

Ketika mengemaskan bilik setor, Jibam terdengar bunyi dering dari sebuah telefon yang tua. Namun sebaik Jibam angkat gagang, dia dihantar balik ke tahun 1957. Apa yang berlaku seterusnya?

28 Ogos

Astro First

Saloma

Telefilem ini mengisahkan sejarah hidup Biduanita Negara, Puan Sri Saloma yang menjadi ikon muzik negara sejak zaman kanak-kanaknya lagi. Bahagian pertama telefilem ini memaparkan zaman muda Saloma sehingga penceraian Allahyarhamah dengan suami pertama A R Tompel. Bahagian kedua pula berlatar kehidupan Allahyarham sewaktu bersama seniman agung Tan Sri P Ramlee.

30 Ogos

Astro Prima

Selempang Kuning, 9 malam

Salleh, Osman dan Bahar adalah guru yang belajar silat dengan Tuan Guru Abdullah. Sebagai murid pertama yang paling hebat, Salleh dikurniakan selempang kuning yang menjadi simbolik kumpulan silat mereka. Selepas Tuan Guru Abdullah meninggal, Salleh menggantikan tempatnya. Bagaimanapun, dia menyimpan hasrat untuk keluar dari kampungnya dan memajukan hidupnya.

31 Ogos

Discovery Channel, 9 malam Eye on Malaysia: Crocodile Lash

Dokumentari ini memaparkan pemburu buaya, Mazlan menjejaki reptilia yang mengancam kehidupan penduduk di Sarawak. Berikutan peningkatan serangan buaya di beberapa kawasan, ketua kampung mengambil tindakan sendiri untuk membalas dendam terhadap buaya yang menyerang penduduk mereka. Saksikan punca yang menyebabkan buaya menjadi agresif dan jalan penyelesaian terhadap masalah ini.

31 Ogos

Astro Vaanavil, 10 malam

Sambanthan

Program ini bagi memperingati sumbangan Tun V T Sambanthan yang turut terbabit dalam perjuangan kemerdekaan Malaysia. Beliau pernah dilantik sebagai presiden kelima MIC sangat disukai rakyat kerana sikapnya yang mesra, baik hati, jujur serta mengambil berat kebajikan rakyat.

Astro Awani, 3.30 petang U-Wartawan: Merdeka Special

Program khas sempena Hari Merdeka ini bagi memaparkan keunikan bidang kewartawanan. Penonton berpeluang mengambil bahagian dalam penyampaian laporan berita menerusi pelbagai aplikasi laman sosial serta Teknologi Komunikasi dan Informasi (ICT).

RTM Siar Kuala Lumpur Tattoo Antarabangsa 2014 ~ KakiGosip <b>...</b>

Posted: 04 Oct 2014 03:30 PM PDT

Radio Televisyen Malaysia (RTM) akan menyiarkan perarakan tentera bersempena dengan Kuala Lumpur Tattoo Antarabangsa 2014 secara langsung bermula 10 hingga 12 Oktober ini menerusi saluran TV2.

Acara yang dianjurkan oleh Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia dan Angkatan Tentera Malaysia itu akan berlangsung di Stadium Merdeka Kuala Lumpur pada pukul 8.30 malam.

"Kuala Lumpur Tattoo Antarabangsa 2014 merupakan salah satu acara utama dalam kempen Tahun Melawat Malaysia 2014 yang membolehkan pelancong tempatan dan luar negara melihat pertunjukan khas yang semangat patriotik negara.

"Persembahan perarakan terbesar ini melibatkan penyertaan dari 12 buah negara dengan melibatkan angkatan tentera terlatih dari negara Brunei Darussalam, India, Indonesia, Myanmar, New Zealand dan Singapura.

"Negara Afrika Selatan, Korea Selatan, Thailand, Turki, Emiriah Arab Bersatu dan United Kingdom turut terlibat dalam perarakan tersebut," kata pegawai perhubungan awam RTM .

Paparan menakjubkan gabungan disiplin dan koreografi kreatif perarakan, tarian persembahan dan orkestra muzik berkualiti juga bakal dipersembahkan oleh angkatan tentera terlatih dari Rejimen Angkatan Tentera Darat Diraja Malaysia termasuk Polis Diraja Malaysia.

Selain itu, tarian perang, paip beg dan band tembaga, akrobatik, demonstrasi tentera dan persembahan meriam, persembahan Artilary, pertunjukan bunga api, laser serta cahaya dan muzik turut dipersembahkan.

Sam (Bunkface) Sedia Kahwin Aida ~ KakiGosip! - <b>Gosip Artis</b> <b>...</b>

Posted: 02 Oct 2014 11:52 AM PDT

Vokalis kumpulan Bunkface iaitu Sam menjelaskan akan mengumumkan tarikh perkahwinannya dengan seorang penerbit rancangan bernama Aida Azila jika perkara tersebut sudah benar-benar pasti.

Sam atau nama penuhnya Shamsul Annuar Mohd Baharom, 27, berkata, dia memang ada perancangan untuk berumah tangga, namun masih mencari masa yang sesuai.

"Saya hanya merancang tapi Allah yang akan menentukannya. Apa yang saya boleh cakap kalau ada rezeki… adalah.

"Saya tidak mahu cakap apa-apa buat masa sekarang kerana takut kalau tidak jadi nanti orang akan bertanya. Seelok-eloknya biarlah kalau ianya benar-benar pasti baru saya akan beritahu kepada semua," ujarnya.

Dalam pada itu, Sam minta peminat mendoakan sesuatu yang terbaik untuk  perhubungan tersebut.

Sementara itu, bercerita tentang album ketiganya itu, Sam berkata, keseluruhan lagu ini banyak berkisarkan tentang perjuangan Bunkface selama lapan tahun dalam industri muzik tanah air.

Katanya, pemilihan lagu berjudul Malam Ini Kita Punya sebagai tajuk album adalah kerana ia mempunyai kekuatan tersendiri dan menunjukkan kematangan muzik Bunkface.

"Kami biasa akan buat lagu mengikut isu semasa, kali ini banyak lagu adalah tentang industri muzik kita yang sedang merudum sekarang dan tentang perjuangan kami sebagai anak seni.

"Seperti lagu Malam Ini Kita Punya adalah meluahkan tentang kepuasan kami selepas berusaha untuk melakukan sesuatu perkara itu sehingga berjaya terutama dalam bidang nyanyian," ujarnya.

Sementara itu, ketika ditanya bagaimana mereka mempertahankan ahli kumpulan tersebut agar terus kekal, Sam berkata ketiga-tiga mereka saling memerlukan dalam industri seni ini.

Katanya, persahabatan yang terjalin sejak di bangku sekolah membuatkan mereka saling memahami antara satu sama lain.

"Kami sudah kenal lama ketiga zaman kecil lagi, jadi sudah dapat baca perangai masing-masing. Bohonglah kalau tidak pernah bergaduh tetapi ia tidak sampai menjejaskan kumpulan ini.

"Pada saya kami bertiga ini saling memerlukan untuk berada dalam industri," ujarnya.

Album Malam Ini Kita Punya yang diterbitkan oleh Sony Music Malaysia ini memuatkan tujuh buah lagu termasuk sebuah lagu bonus berjudul Anugerah Syawal.

Tujuan buah lagu tersebut ialah Malam Ini Kita Punya, Darah Muda, Orang Kita, Rentak Laguku, Kembali, Goyang dan Salam.




@



0 comments:

Post a Comment - Kembali ke Post

Gosip Artis Malaysia | Didi Astillah kini tampil lebih segar & matang ~ KakiGosip! - <b>Gosip</b> <b>...</b>