Gosip Artis | Artis Malaysia | Gossip Artis Malaysia | Cerita Artis Malaysia | Gambar Artis Malaysia | Malaysia Artist | Artis kontroversi

Gosip Artis Malaysia | Artis Popular Bakal Jayakan Karnival Amal OMG Fest ~ KakiGosip ...

Gosip Artis Malaysia | <b>Artis</b> Popular Bakal Jayakan Karnival Amal OMG Fest ~ KakiGosip <b>...</b>

Link to gosip artis malaysia - Google Blog Search

<b>Artis</b> Popular Bakal Jayakan Karnival Amal OMG Fest ~ KakiGosip <b>...</b>

Posted: 16 Oct 2014 01:44 PM PDT

Seramai 10 orang selebriti terkenal bakal menjayakan Karnival OMG Fest! yang akan berlangsung di Dewan Sri Bestari, Intekma Resort & Convention Center, di sini, pada 22 hingga 24 Oktober ini.

Selain barisan artis, kira-kira 100 peniaga lain turut terlibat dalam acara bagi mengutip dana untuk disalurkan ke Tabung Gaza.

Karnival itu dibuka dari pukul 10 pagi hingga 9 malam.

Antara barisan artis yang bakal terlibat ialah Nora Danish, Mawar Rashid, Catriona Ross, Aida Khalida, Arja Lee, Bienda, Adam dan Afdlin Shauki.

Sementara itu, pengurus OMG Fest!, Lieza Baharom berkata, penganjuran kali keempat ini bertujuan memberi peluang kepada peniaga dalam talian (online) untuk berniaga sambil membantu mengumpul dana membantu kesengsaraan rakyat Palestin.

Katanya, selain membeli-belah para pengunjung juga boleh berbakti dengan menyumbang terus ke Tabung Gaza yang disediakan.

"Penganjuran kali keempat ini lebih panjang iaitu tiga hari berbanding sebelum ini kita buat sehari atau dua hari sahaja.

"Peniaga-peniaga online dapat mempamerkan barangan mereka terus kepada pengunjung, manakala pengunjung yang datang bukan sahaja dapat bertemu artis, malah melihat dan membuat tawar-menawar sesuatu produk yang dijual.

"Semua orang boleh menyumbang sama ada melalui pembelian barangan yang dijual ataupun menghulurkan terus ke tabung yang kami sediakan," ujarnya.

Tambahnya, setiap lima peratus hasil jualan akan disalurkan terus kepada tabung kemanusiaan itu seperti yang dilakukan sebelum ini.

Dalam pada itu, Lieza turut berkata, mereka berbesar hati apabila pelakon yang mempunyai pengikut tertinggi di laman Instagram iaitu Nora Danish bersetuju untuk hadir memeriahkan karnival tersebut.

"Nora Danish akan hadir pada salah satu tarikh tersebut bersama produk Sure White kerana dia merupakan duta kepada produk makanan tambahan itu.

"Selain itu, kita masih menunggu persetujuan beberapa orang artis lagi, namun kali ini hanya 10 gerai sahaja diperuntukkan untuk artis," ujarnya.

Artis Naungan MIG Dipaksa Beli Rumah ~ KakiGosip! - <b>Gosip Artis</b> <b>...</b>

Posted: 13 Oct 2014 01:07 PM PDT

Ketua Pegawai Eksekutif, Metrowealth International Group (MIG) iaitu David Teo memastikan artis bawah naungannya dapat membeli sekurang-kurangnya sebuah rumah sebagai jaminan masa depan masing-masing.

David berkata, dia bersikap demikian kerana tidak mahu melihat mereka mensia-siakan wang hasil lakonan dengan menghabiskannya kepada perkara yang tidak mendatangkan keuntungan.

"Artis-artis sekarang kalau ada duit lebih suka beli kereta dan beg tangan berjenama daripada membeli rumah.

"Sikap ini yang ingin saya kikis kerana mereka perlu sedar pelaburan dalam bidang hartanah menjamin masa depan mereka kelak," katanya.

David ditemui pada sidang media Karnival Puncak Rasah Andaman Seremban yang diadakan di pejabat MIG di sini pada Isnin.

Turut hadir pada majlis itu adalah Ketua Eksekutif Kumpulan Andaman, Datuk Seri Vincent Tiew.

Dalam pada itu, David mengakui sukar untuk mengubah mentaliti artis naungannya tentang kepentingan membeli rumah namun dia sentiasa menasihati mereka supaya tidak menyesal di kemudian hari.

Jelas David, punca utama mereka enggan membeli rumah adalah kerana perasaan takut tentang komitmen ditambah dengan kurang pendedahan dalam proses membeli hartanah dengan betul.

"Saya tidak mahu apabila mereka tua nanti mereka terpaksa merayu untuk mencari tempat tinggal dan terpaksa mengharapkan ihsan orang lain.

"Sebab itu saya paksa mereka untuk membeli rumah kerana ia jaminan masa depan mereka dan sekurang-kurangnya jika sudah tidak berlakon mereka sudah ada kediaman sendiri," ujarnya.

David turut memuji sikap artis seperti Lisa Surihani, Farid Kamil, Nora Danish dan Shaheizy Sam yang bijak menggunakan wang hasil lakonan mereka untuk melabur dalam bidang hartanah.

Sementara itu, David berkata, kerjasama di antara MIG dan Kumpulan Andaman membuka ruang kepada artis di MIG untuk memiliki rumah sendiri dengan harga berpatutan.

Malah karnival yang bakal diadakan itu nanti membuka ruang kepada semua penggiat seni untuk memiliki hartanah untuk bekalan masa hadapan.

"MIG sangat serius dalam menguruskan perancangan masa depan artis dan pekerja syarikat kami dalam memastikan mereka faham bahawa pelaburan dalam hartanah sebenarnya menguntungkan.

"Saya mahu lihat mereka semua ada aset sendiri dan mungkin sekarang ia lihat seperti membebankan namun suatu kesenangan pada masa hadapan," ujarnya.

Karnival tersebut bakal diadakan pada 18 Oktober ini di Taman Puncak Rasah, Seremban dengan kehadiran artis terkenal seperti Diana Amir, Adeline Tsen, Shima Anuar, Fadlan Hazim, Ryzal Jaafar dan Zalif Sidek.

Kejutan Saleha, Amani ~ KakiGosip! - <b>Gosip Artis Malaysia</b> Terkini <b>...</b>

Posted: 13 Oct 2014 10:44 PM PDT

SIAPA yang tidak mengenali dua selebriti, Siti Saleha dan Sharifah Amani yang begitu popular sama ada di kaca TV mahupun di layar perak.

Bakat keduanya tidak perlu dipertikaikan lagi kerana sering menjadi teraju utama menerusi filem dan drama tempatan.

Kejutan buat peminat kali ini, kedua aktres ini bakal beraksi di pentas teater Asrama-Ra All Stars terbitan Revolution Stage (RS) yang akan diadakan pada minggu depan.

Selain dua figura ini, ia turut dibintangi pelakon hebat seperti Nadiya Nisaa, Dira Abu Zahar, Sherry Al-Hadad, Fynn Jamal, Amerul Affendi,  Intan Nor Saina dan Tuan Faisal.

Bagi Siti Saleha Mohd Baharum, 24, dia sangat teruja dengan penampilan sulungnya dalam pementasan teater versi bahasa Melayu.

Pernah beraksi dalam satu teater Inggeris (Stage Theraphy) lima tahun lalu, Saleha berkata dia sentiasa berhajat untuk berlakon di pentas namun kekangan masa sering menghambat dirinya.

"Saya bersyukur, kali ini masa mengizinkan untuk saya kembali ke pentas teater.

"Saya bernasib baik kerana sepanjang bulan ini, jadual tidak terlalu padat dan tawaran daripada abang Wan (Kharunazwan Rodzy) membuka pintu hati saya untuk menyertai pementasan ini," ujarnya yang memegang watak sebagai Laili.

Saleha berkata, penyertaannya kali ini untuk mencabar dirinya ke bidang yang lebih berbeza demi mengutip pengalaman.

"Saya lebih sukakan kebebasan teater yang lebih mencabar berbanding filem atau drama.

"Lagipun setiap pelakon perlu lebih versatil dengan mencuba pelbagai bidang berbeza," ujar pelakon drama Ramadan Jangan Pergi.

Memegang watak Ayu, bidang teater bukanlah suatu yang baharu buat pelakon Sharifah Amani atau lebih mesra disapa Nani.

Katanya, sejak kecil lagi dia sudah mula berjinak dengan pementasan apatah lagi ibunya, Fatimah Abu Bakar sangat aktif dalam bidang itu.

"Saya rasa teater merupakan medium lebih dekat dengan penonton dan artis-artis lain yang terlibat sama dalam persembahan.

"Bagi saya, teater lebih direct dengan penonton dan hanya ada satu peluang untuk melakukan yang terbaik di atas pentas nanti," katanya.

Bagi Nani, sebagai pelakon dia mahu mencabar dirinya ke satu tahap lebih baik dan teater adalah platform terbaik.

Dalam masa sama, dia turut memuji kesungguhan produksi ini dalam menjayakan pelbagai pementasan.

"Saya lihat RS merupakan satu-satunya produksi yang tidak pernah putus asa dalam berkarya.

"Mereka juga mengumpulkan golongan muda yang berbakat dalam satu bengkel sehingga berjaya menerbitkan banyak teater yang berkualiti," ujarnya.

Sementara itu, pengarah dan penulis skrip, Khairunazwan Rodzy berkata, persediaan pementasan itu sudah 70 peratus siap manakala selebihnya, terserah kepada latihan pelakon.

"Hampir dua bulan berlatih, kami jarang dapat mengumpulkan sembilan pelakon dalam satu masa.

"Kadang kala kami menangguhkan sesi latihan apabila pelakon terpaksa menunda latihan mereka," ujarnya.

Teater Asrama-Ra All Stars bakal dipentaskan di Kuala Lumpur Performing Arts Centre (KLPAC) pada 16 hingga 19 Oktober ini. Sila layari www.ticketpro.com.my untuk maklumat lanjut.

&#39;Switch Off&#39;14&#39; Tidak Beri Manfaat - Karyawan ~ KakiGosip! - <b>Gosip</b> <b>...</b>

Posted: 16 Oct 2014 01:41 PM PDT

Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan) mengambil pendirian untuk  tidak menyokong kempen 'Switch Off'14 anjuran beberapa penggiat industri seni tempatan yang akan diadakan pada 21 Oktober ini.

Presidennya, Datuk Freddie Fernandez berkata, kempen tersebut disifatkan sebagai terlalu negatif yang tidak akan membawa hasil kepada mana-mana pihak.

"Nampaknya mereka (penggiat yang terlibat) ingin mensensasikan sesebuah perkara untuk mendapat perhatian tanpa memikirkan kesan dan imej negatif yang dibawa kepada semua penggiat filem.

"Saya berharap penggiat filem tempatan tidak menyokong usaha negatif berkenaan yang tidak akan membawa apa-apa manfaat kepada industri hiburan.

"Sebaliknya ia menunjukkan betapa ceteknya pemikiran beberapa pemimpin dalam industri yang tidak mampu menyelesaikan masalah industri dengan cara professional," katanya.

Beberapa persatuan seni di bawah Gabungan Persatuan Karyawan Filem Malaysia (GAFIM) mengesahkan akan mengadakan kempen dikenali "Switch Off'14" untuk menghantar memorandum kepada Kementerian Komunikasi dan Multimedia agar pihak berkenaan memberi perhatian serius terhadap isu-isu industri perfileman dan televisyen di negara ini.

Kempen berkenaan bakal di adalakan di Kelab Sultan Sulaiman, Dataran Merdeka dekat sini.

Antara penekanan memorandum tersebut adalah permohonan mewujudkan Akta Industri Kandungan Kreatif bagi memberi perhatian terhadap isu pelarasan harga belian kandungan televisyen serta pengagihan slot televisyen yang lebih adil.

Selain itu aspek pengecualian cukai bagi syarikat-syarikat yang melabur dalam penerbitan televisyen tempatan dan pembelian peralatan teknikal turut ditekankan.

Kandungan memorandum tersebut turut meminta pihak kerajaan agar peka terhadap aspek kebajikan yang melibatkan pelakon dan pekerja dalam industri filem seperti skim insuran khusus atau tabung kebajikan.

Sementara itu, Freddie turut berasa pelik kerana kandungan memorandum berkenaan mempertikaikan pembayaran gaji kru-kru produksi yang tidak berpatutan sedangkan masalah itu perlu diselesaikan menerusi rundingan antara penerbit-penerbit filem dan bukan pihak kerajaan.

"Jika pembayaran kepada kru filem tidak berpatutan dan terlalu rendah mereka harus mengadakan rundingan dengan penerbit untuk menetapkan kadar bayaran yang adil dan saksama.

"Tetapi ironinya ialah penerbit sendiri yang menjadi penganjur kempen ini. Kenapa mereka tidak menyeru semua penerbit menaikkan bayaran kepada pihak kru? Sebelum ini persatuan yang mewakili kru pun tidak pernah mengeluarkan kenyataan atau aduan tentang perkara ini," ujarnya.

Tambah Freddie, pihaknya telah mengambil langkah memperbaiki keadaan tersebut  dengan mengadakan perbincangan dengan Persatuan Penerbit Filem (PFM) dan telah mewujudkan draf Kontrak Standard untuk penggiat industri yang akan berkuatkuasa dalam masa terdekat ini.

Selain itu Karyawan juga telah mewujudkan portal artistexchange.com.my untuk membantu penggiat industri mencari pekerjaan.




@



0 comments:

Post a Comment - Kembali ke Post

Gosip Artis Malaysia | <b>Artis</b> Popular Bakal Jayakan Karnival Amal OMG Fest ~ KakiGosip <b>...</b>