Gosip Artis Malaysia | Aiyo #confirmsurekenaban sudah ~ KakiGosip! - <b>Gosip Artis</b> <b>...</b> |
- Aiyo #confirmsurekenaban sudah ~ KakiGosip! - <b>Gosip Artis</b> <b>...</b>
- Gempar !!! <b>Artis</b> Wanita Tempatan Cerita Pernah Berzina Dengan
- <b>Gosip Artis Malaysia</b> | <b>Gosip Artis</b> Terkini | Donald Sterling <b>...</b>
- Tiada Bahasa Kasar Dalam 'Rombongan Cik Kiah Ke Kelana Jaya <b>...</b>
Aiyo #confirmsurekenaban sudah ~ KakiGosip! - <b>Gosip Artis</b> <b>...</b> Posted: 10 Oct 2014 02:23 PM PDT Rupa-rupanya, ini UMobile TVC diharamkan oleh media arus perdana tempatan. Apakah topik yang sensitif telah video ini disentuh, menyebabkan pengharaman itu? Apakah isu-isu telah berakar reaksi sedemikian dari papan sensor? |
Gempar !!! <b>Artis</b> Wanita Tempatan Cerita Pernah Berzina Dengan Posted: 14 Sep 2014 03:32 AM PDT Sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-57, Astro mengadakan dua kempen mempromosikan program baru dan program menderma darah sehingga 16 September depan sebagai tanda penghormatan kepada negara serta rakyatnya. Sepanjang bulan kemerdekaan ini, Astro menayangkan sebanyak 48 program baru menerusi beberapa saluran bagi meraikan keindahan, keunikan dan perpaduan masyarakat di Malaysia. Istimewanya, budaya masyarakat kali ini diberi tumpuan menerusi program utama antaranya Ride & Seek: Borneo, Jonathan Phang's Gourmet Trains, Time Capsule Malaysia, Malaysia Street Food Circus with Makansutra dan Eye on Malaysia: Malaysia's Best Teachers. Antara rancangan baru yang bakal ditayangkan adalah Saloma, Selempang Kuning Kerana Anggun dan Sambanthan. Manakala Kempen Derma Darah #kitasama pula diadakan di lapan negeri bagi menggalakkan rakyat membantu Pusat Darah Malaysia. Kempen itu bermula di Johor Bharu pada 15 Ogos lalu diikuti Kuantan, Ipoh, Lembah Klang, Kuala Terengganu, Kota Kinabalu dan akan berakhir di Kuching pada 16 September ini. Sementara itu, Majlis Pelancaran Kempen Negaraku dan Derma Darah #kitasama yang berlangsung baru-baru ini menyaksikan barisan artis turut meluangkan masa mereka menderma darah. Pelakon dan Pengacara Mix FM, Sarimah Ibrahim menyokong kempen derma darah kerana menyampaikan mesej penting kepada rakyat. "Kita mungkin berbeza dalam pelbagai aspek, tetapi dapat bersatu padu sebagai satu negara. "Saya bangga berpeluang mengambil bahagian dalam kempen ini yang menggariskan kepentingan perpaduan negara," katanya. Berikut senarai beberapa program dan filem khas yang ditayangkan sepanjang bulan kemerdekaan ini. 23 Ogos TLC, 10 malam Passage to Malaysia: Back to the Beginning Denise Keller membawa penonton meninjau keindahan Kedah yang menjadi antara negeri di Malaysia yang masih mengekalkan sistem beraja. Perjalanan ini cukup istimewa bagi Denise kerana kembali semula ke Pulau Langkawi di Kedah. Di Kedah, Denise akan meneroka laluan arkeologi, fesyen, memasak untuk majlis perkahwinan kampung dan aktiviti menarik lain. 24 Ogos Astro TVIQ. 9.30 malam Oh My English! 1957 Merdeka Bahagian 1 Ketika mengemaskan bilik setor, Jibam terdengar bunyi dering dari sebuah telefon yang tua. Namun sebaik Jibam angkat gagang, dia dihantar balik ke tahun 1957. Apa yang berlaku seterusnya? 28 Ogos Astro First Saloma Telefilem ini mengisahkan sejarah hidup Biduanita Negara, Puan Sri Saloma yang menjadi ikon muzik negara sejak zaman kanak-kanaknya lagi. Bahagian pertama telefilem ini memaparkan zaman muda Saloma sehingga penceraian Allahyarhamah dengan suami pertama A R Tompel. Bahagian kedua pula berlatar kehidupan Allahyarham sewaktu bersama seniman agung Tan Sri P Ramlee. 30 Ogos Astro Prima Selempang Kuning, 9 malam Salleh, Osman dan Bahar adalah guru yang belajar silat dengan Tuan Guru Abdullah. Sebagai murid pertama yang paling hebat, Salleh dikurniakan selempang kuning yang menjadi simbolik kumpulan silat mereka. Selepas Tuan Guru Abdullah meninggal, Salleh menggantikan tempatnya. Bagaimanapun, dia menyimpan hasrat untuk keluar dari kampungnya dan memajukan hidupnya. 31 Ogos Discovery Channel, 9 malam Eye on Malaysia: Crocodile Lash Dokumentari ini memaparkan pemburu buaya, Mazlan menjejaki reptilia yang mengancam kehidupan penduduk di Sarawak. Berikutan peningkatan serangan buaya di beberapa kawasan, ketua kampung mengambil tindakan sendiri untuk membalas dendam terhadap buaya yang menyerang penduduk mereka. Saksikan punca yang menyebabkan buaya menjadi agresif dan jalan penyelesaian terhadap masalah ini. 31 Ogos Astro Vaanavil, 10 malam Sambanthan Program ini bagi memperingati sumbangan Tun V T Sambanthan yang turut terbabit dalam perjuangan kemerdekaan Malaysia. Beliau pernah dilantik sebagai presiden kelima MIC sangat disukai rakyat kerana sikapnya yang mesra, baik hati, jujur serta mengambil berat kebajikan rakyat. Astro Awani, 3.30 petang U-Wartawan: Merdeka Special Program khas sempena Hari Merdeka ini bagi memaparkan keunikan bidang kewartawanan. Penonton berpeluang mengambil bahagian dalam penyampaian laporan berita menerusi pelbagai aplikasi laman sosial serta Teknologi Komunikasi dan Informasi (ICT). |
<b>Gosip Artis Malaysia</b> | <b>Gosip Artis</b> Terkini | Donald Sterling <b>...</b> Posted: 15 Sep 2014 07:56 AM PDT Terbaru menurut Kensington Palace, Duchess of Cambridge hamil sekali lagi. Kate Middleton yang kini berumur 32 tahun, bakal menimang bayi keduanya tahun depan bersama suaminya Putera William. Sebelum ini pasangan itu telah dikurniakan anak lelaki yang comel iaitu Putera George yang kini sudah berumur setahun. Malangnya Kate sekali lagi menderita dengan keadaan hiperemesis gravidarum, yang menyebabkan kesakitan yang melampau di kalangan wanita hamil. Hiperemesis gravidarum biasanya dialami oleh setiap seorang ibu daripada 50 kehamilan dan jauh lebih serius daripada loya yang biasa dialami oleh ibu-ibu mengandung. - Itsmepicture.blogspot.com Keadaan ini boleh menyebabkan dehidrasi yang teruk dan meletakkan kedua-dua ibu dan bayi berisiko kekurangan nutrien penting. Pesakit boleh muntah sehingga 30 kali sehari, dengan kesan-kesan yang amat meletihkan dan berbahaya. Mereka sukar untuk makan atau minum dan boleh kehilangan sehingga 10 peratus daripada berat badan mereka, yang boleh mencetuskan pengumpulan toksin dalam darah atau air kencing yang dikenali sebagai ketosis apabila badan cuba untuk mengimbangi kekurangan makanan melalui mulut. Sumber |
Tiada Bahasa Kasar Dalam 'Rombongan Cik Kiah Ke Kelana Jaya <b>...</b> Posted: 08 Oct 2014 02:39 PM PDT Pengarah drama iaitu Mamat Khalid tidak menganggap dialek beberapa negeri dalam Rombongan Cik Kiah Ke Kelana Jaya menggunakan bahasa kasar. Mamat atau nama sebenarnya Mohamad Mohd Khalid berkata, dialek filem itu merupakan bahasa pasar seharian yang digunakan oleh masyarakat kampung. "Ia bukan kasar tetapi keras yang sering digunakan oleh masyarakat kampung, bagaimanapun ia tidak membawa maksud yang tidak baik. "Kadang-kadang mereka bergurau menggunakan bahasa begitu, jangan risau kerana saya sudah teliti semua dialog dan perkataan dalam skrip drama ini," ujarnya. Mamat ditemui pada majlis tayangan drama televisyen Rombongan Cik Kiah Ke Kelana Jaya di sini pada Rabu. Filem itu akan ditayangkan bermula 23 Oktober ini di Astro First Exclusive. Filem televisyen tersebut merupakan kesinambungan daripada drama Rombongan Cik Kiah Ke Sukan Komenwel yang pernah disiarkan oleh sebuah stesen televisyen 16 tahun lalu. Tambah Mamat, kebiasaannya dia akan meminta pendapat anak-anaknya terlebih dahulu tentang bahasa yang digunakan sama ada terlalu kasar ataupun tidak. "Saya selalunya akan beri anak-anak saya tonton dahulu sesuatu filem itu, kalau mereka suka tentu tiada masalah dengan orang lain yang menontonnya," ujar Mamat. Sementara itu, kata Mamat, cabaran utama filem itu adalah untuk memastikan karya tersebut masih releven dan diterima penonton. Dia juga mencari isu yang bersesuaian dengan keadaan sekarang. "Ketika drama Cik Kiah Ke Sukan Komenwel dulu banyak isu dan kritikan sosial yang dapat saya selitkan sebagai panduan bagaimanapun tujuan yang baik sering mendapat halangan. "Kali ini saya mencari perkara yang rapat dengan masyarakat iaitu ibadah haji yang dilakukan oleh umat Islam apabila orang yang ingin menunaikan ibadah tersebut menemui pelbagai halangan," katanya. Karya itu menampilkan pelakon Delimawati, Imuda, Syuk Balas, Chacha Maembong dan Man Kadir. Ia mula ditayangkan pada 23 Oktober ini dengan langganan sebanyak RM15 menerusi Astro First Exclusive. |
You are subscribed to email updates from gosip artis malaysia - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
@
0 comments:
Post a Comment - Kembali ke Post