Aliff Aziz Nafi Curi Telefon Bimbit - Info Hiburan | <b>Cerita Artis Malaysia</b> | Gosip Artis Malaysia |
- Aliff Aziz Nafi Curi Telefon Bimbit - Info Hiburan | <b>Cerita Artis Malaysia</b>
- Muna #AF2014 Tidak Kecil Hati Tersingkir - Info Hiburan | <b>Cerita</b> <b>...</b>
- <b>Cerita</b> sebenar Ibu pukul anak sampai mati, buang dalam semak (3 <b>...</b>
Aliff Aziz Nafi Curi Telefon Bimbit - Info Hiburan | <b>Cerita Artis Malaysia</b> Posted: 30 Sep 2014 09:45 AM PDT Aliff Aziz Nafi Curi Telefon Bimbit Penyanyi Aliff Aziz menafikan dia telah mencuri dua buah telefon bimbit namun mengakui ditahan pihak berkuasa Singapura bagi membantu siasatan berhubung kes berkenaan. Aliff, 22, memberitahu, ketika kejadian dia berada di tempat yang salah dan menjadi polisi biasa pihak berkuasa di Singapura untuk menahan semua suspek yang berada di lokasi serbuan bagi menjalankan siasatan. "Saya mengaku ditahan oleh pihak berkuasa ekoran kes kecurian telefon bimbit seperti mana didakwa tetapi saya tidak melakukan kesalahan itu. "Saya berada pada waktu dan tempat yang salah ketika kejadian itu dan saya telah memberikan kerjasama kepada polis untuk mereka menjalankan siasatan sepanjang kes itu," katanya ketika menghubungi mStar Online di sini. Akhbar Berita Harian Singapura pada Selasa melaporkan Aliff dikenakan denda sebanyak $2,000 dolar Singapura (RM5,138) pada Jumaat lalu atas kesalahan mencuri dua buah telefon bimbit dan boleh dipenjarakan selama 20 hari sekiranya gagal membayar denda tersebut. Menurut laporan itu lagi, Aliff melakukan kesalahan itu pada Mei lalu apabila dia dan seorang lagi rakannya dikatakan mencuri telefon berjenama HTC One dan Samsung Note 1 milik dua individu berbeza. Aliff dilaporkan telah didakwa pada 16 Ogos lalu atas kesalahan tersebut. Dalam pada itu, Aliff berkata, akibat kejadian itu pasport perjalanan antarabangsanya dirampas pihak berkuasa Singapura sejak tiga bulan lalu namun ia akan dikembalikan dalam masa seminggu lagi. "Akibat kes tersebut saya terpaksa dipanggil ke balai polis untuk membantu siasatan dan memberi keterangan di mahkamah namun Alhamdulillah semuanya selesai dengan baik. "Orang yang bertanggungjawab dalam kes berkenaan telah pun menerima akibatnya dan pasport saya bakal dipulangkan dalam masa seminggu lagi," katanya. Sementara itu, Aliff berkata, kejadian itu juga adalah antara sebab dia menghilangkan diri selama beberapa bulan kerana dia tidak dibenarkan meninggalkan negaranya selagi kes berkenaan tidak selesai. Jelas Aliff, dalam tempoh itu juga dia banyak bermuhasabah diri tentang pelbagai perkara termasuk pergaulannya dengan rakan-rakan yang memberikan impak negatif kepadanya. "Bukan saya ingin salahkan kawan-kawan dengan apa yang terjadi tetapi sudah tiba masanya saya menjauhi mereka yang mampu memberi impak negatif kepada saya. "Kejadian tersebut banyak mengajar saya supaya lebih berhati-hati pada masa hadapan," jelasnya. Aliff menjelaskan dia bakal kembali ke Malaysia selepas sambutan Hari Raya Aidiladha untuk menyiapkan proses rakaman album terbaharunya yang kini dalam proses akhir. "Sudah tiba masanya saya kembali fokuskan kepada kerjaya nyanyian tambahan pula album terbaharu akan keluar tidak lama lagi. "Saya kini sudah bebas dan akan kembali ke Kuala Lumpur dalam masa dua minggu lagi," katanya. ~ Mstar |
Muna #AF2014 Tidak Kecil Hati Tersingkir - Info Hiburan | <b>Cerita</b> <b>...</b> Posted: 30 Sep 2014 08:07 AM PDT Menurut Muna atau nama sebenarnya Muna Shahirah Munadi, dia tidak boleh menyalahkan mana-mana pihak mengenai penyingkiran tersebut kerana semuanya bergantung kepada undian penonton. "Saya rasa kawan-kawan saya semua layak berada di #AF2014, jadi tidak sedikit pun saya terasa hati dengan penyingkiran ini. "Nak kata salahkan lagu pun tak boleh juga kerana saya seronok menyampaikan lagu itu jadi saya rasa tidak perlu nak salahkan sesiapa, kena akur dengan undian. "Kita sedia maklum bahawa peratusan undian adalah 100% mengikut undian penonton, jadi kalau ada yang pertikaikan tentang penyingiran saya ini, saya harap mereka faham," jelasnya ketika ditemui semasa majlis sidang media pelajar #AF2014 yang tersingkir di MBSA pada Ahad. Bagaimanapun, Muna menyifatkan penyingkirannya itu adalah sebagai penyingkiran bermaruah kerana segala ilmu yang diberikan oleh tenaga pengajar telah digunaka olehnya dengan baik. "Kecewa tu semua orang mesti rasa, tipulah kalau saya kata saya tak kecewa sebab bagi saya ilmu-ilmu yang saya dapat dalam Akademi susah nak cari di luar. "Saya puas hati dengan persembahan saya kerana apa yang cikgu-cikgu nak saya sudah pun beri, saya juga dah buat yang terbaik untuk mak dan ayah saya," katanya Pelajar yang berasal dari Pahang ini juga mengakui sebaik sahaja melihat tangga kedudukan pelajar-pelajar #AF2014 yang ditayangkan di skrin semasa konsert berlangsung sedikit sebanyak membuatkan dirinya bersedia. "Sebenarnya dari segi undian semasa ia ditayangkan saya dah nampak undian saya semakin menurun, waktu itu saya dah redha. "Saya kata kepada diri saya, andai kata saya tersingkir pun saya tetap puas hati kerana saya dah 'sampaikan' ajaran cikgu dengan baik sekali." ujarnya tersenyum. Selain itu, Muna juga tidak akan menolak sekiranya ada tawaran nyanyian yang diberikan kepadanya dan berterima kasih kepada peminat yang mengundi serta menyokongnya sepanjang perjalanan di dalam #AF2014. Dengan tema 'Tribute Komposer', Muna telah menyampaikan lagu berjudul 'Kekal' ciptaan komposer terkenal Saari Amri dan nyanyian asal oleh Ziana Zain. Penyingkiran Muna telah diumumkan oleh hos #AF2014 iaitu Zizan Razak dan Faizal Ismail sebagai pelajar kedua tersingkir dengan peratusan undian sebanyak 5%. |
<b>Cerita</b> sebenar Ibu pukul anak sampai mati, buang dalam semak (3 <b>...</b> Posted: 29 Sep 2014 06:31 PM PDT Bukit Mertajam: Seorang ibu tergamak menghumban mayat anaknya ke dalam kawasan semak di sebuah ladang kelapa sawit di Kampung Tongkang, Jalan Pematang Tinggi, di sini, bagi menyembunyikan perbuatannya yang dikatakan secara tidak sengaja memukul kanak-kanak lelaki berusia lima tahun itu sehingga meninggal dunia. Berikutan panik dengan kejadian itu, wanita berusia 30 tahun itu dengan teman lelakinya berusia 24 tahun, bertindak membuang mayat kanak-kanak itu di kawasan berkenaan. Ketika ditemui kira-kira jam 12 tengah hari semalam, mayat mangsa berada dalam keadaan masih lengkap berpakaian dan dibungkus menggunakan selimut. "Polis menerima laporan daripada ibu kanak-kanak itu pada Sabtu lepas mendakwa anaknya hilang ketika mereka bersiar-siar di Padang Kota, George Town pada pukul 2.30 petang," katanya ketika dihubungi Bernama di sini. Lokasi mayat kanak-kanak dibuang Polis yang menjalankan siasatan mendapati keterangan yang diberi wanita berusia 30 tahun itu bercanggah dan mencurigakan menyebabkan wanita itu ditahan bagi membantu siasatan. "Susulan penahanan itu, polis turut menahan teman lelaki wanita berkenaan di Klang, Selangor bagi membantu siasatan," katanya, dan menambah, lelaki berusia 24 tahun itu tidak bekerja. Mazlan berkata hasil soal siasat yang dijalankan mendapati wanita yang tidak bekerja itu mengaku memukul anaknya hingga mati di rumah mereka di Kulim, Kedah. Mangsa juga dipercayai sudah meninggal dunia sejak beberapa hari lalu selepas pemeriksaan dijalankan anggota forensik hanya menemui rangka kanak-kanak berkenaan. "Wanita itu mendakwa anaknya telah mati kira-kira pukul 4.30 petang pada 20 September iaitu tiga hari sebelum dia membuat laporan polis berhubung kehilangan kanak-kanak berkenaan. Teman lelaki wanita terbabit dilihat dibawa sepasukan anggota polis untuk menunjukkan lokasi di mana mayat mangsa dibuang. Selimut yang digunakan untuk membungkus mangsa juga dikatakan dipenuhi ulat berikutan keadaan mayat kanak-kanak itu yang sudah mereput. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri Senior Asisten Komisioner Mazlan Kesah, ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian dan berkata siasatan lanjut sedang dilakukan. Sumber: HMetro, mStar |
You are subscribed to email updates from cerita artis malaysia - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
@
0 comments:
Post a Comment - Kembali ke Post