“Wardina Ajak <b>Artis Malaysia</b> Tamatkan Kontrak Dengan Jenama <b>...</b>” plus 1 more | Gosip Artis Malaysia |
Wardina Ajak <b>Artis Malaysia</b> Tamatkan Kontrak Dengan Jenama <b>...</b> Posted: 07 Aug 2014 10:00 AM PDT Kuala Lumpur – Pelbagai cara yang ditunjukkan oleh rakyat Malaysia sebagai tanda sokongan kepada Gaza dan Palestin yang menjadi magsa kekejaman Zionis. Selebriti tempatan juga tidak ketinggalan menunjukkan tanda sokongan mereka. Pengacara, Wardina Safiyyah juga ada cadangan yang tersendiri sebagai tanda protes. Baru-baru ini di laman Facebook miliknya, Wardina telah memuat naik status yang menyeru agar semua artis di Malaysia menamatkan kontrak dengan sebarang jenama yang membantu Israel, sama ada secara langsung ataupun tidak. Status yang dimuat naik pada 4 Ogos itu mendapat sokongan ramai apabila memperoleh lebih 2,100 jumlah likes dan telah dikongsi oleh 129 pelayar Facebook setakat ini. Rata-rata mereka memuji tindakan yang dilakukan oleh Wardina walaupun masih ada juga segelintir yang mempersoalkan kerasionalan untuk memboikot produk daripada jenama Israel. |
Wardina Saran <b>Artis</b> Tamat Kontrak Dengan Syarikat Bantu Israel <b>...</b> Posted: 06 Aug 2014 09:47 PM PDT Rakyat Malaysia dilihat antara yang paling lantang menentang kekejaman rejim Zionis yang sehingga kini dilaporkan sudah membunuh 1400 penduduk Palestin sejak memulakan serangan pada pertengahan bulan Ramadan lalu. Antara usaha yang ditunjukkan oleh rakyat kita ialah dengan memboikot produk keluaran Israel serta syarikat yang membantu sama ada secara langsung atau tidak langsung kepada Israel. Baru-baru ini, selebriti Wardina turut meluahkan pendapatnya sendiri berhubung isu semasa ini yang mana dia menyeru mana-mana artis menamatkan kontrak dengan syarikat yang membantu Israel dalam usaha mereka untuk menunjukkan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada penduduk Palestin yang teraniaya di bumi sendiri. Menulis di laman Facebook, Wardina berkata, "sebarkan perkara ini..panggilan buat semua artis Malaysia untuk menamatkan kontrak dnegan sebarang 'jenama' yang membantu Israel secara langsung atau tidak langsung membunuh saudara kita seperti binatang. Yes, even if they pay a lot..panggilan buat semua peminat memberi tekanan kepada artis kegemaran mereka memboikot menjadi duta produk yang bersangkutan dengan Israel. Panggilan untuk saya juga. We end this here. Bungkus balik your company and go back to where you belong, not here..Not in our name..not on our land.. we don't need you..we don't want you.. You need us. Cukuplah jadi bahan media, terpujuk dan tertipu dengan iklan mereka. I should know, we can do this Malaysia". Jadi, buat artis Malaysia yang menjadi duta produk kepada mana-mana syarikat yang menyumbang kepada Israel, beranikah anda menyahut cabaran seperti mana yang disarankan oleh Wardina? – MYNEWSHUB.MY Oleh: AUDREY LEE |
You are subscribed to email updates from Artis Malaysia - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
@
Tagged @ Artis Baru
Tagged @ ARTIS MALAYSIA
Tagged @ Artis Melayu
Tagged @ GOSIP ARTIS
Tagged @ GOSIP ARTIS MALAYSIA
0 comments:
Post a Comment - Kembali ke Post