Gosip Artis Malaysia | Thalia 'Rosalinda' Buang Tulang Rusuk Untuk Cantik ~ KakiGosip <b>...</b> |
- Thalia 'Rosalinda' Buang Tulang Rusuk Untuk Cantik ~ KakiGosip <b>...</b>
- Nabil Ahmad Jelaskan Isu Disingkir Dari Meletop ~ KakiGosip <b>...</b>
- Hollywood <b>Malaysia</b> bawa zombi ke SACC Mall ~ KakiGosip <b>...</b>
- Lagi isu poligami menerusi teater Tiga Kali Sayang ~ KakiGosip <b>...</b>
- Lee Seung Gi Elak Jawab Soalan Tentang Yoona (Girls Generation <b>...</b>
Thalia 'Rosalinda' Buang Tulang Rusuk Untuk Cantik ~ KakiGosip <b>...</b> Posted: 14 Aug 2014 02:41 PM PDT PELAKON Mexico yang pernah popular dengan watak Thalia dalam telenovela Rosalinda satu ketika dahulu mengakui membuang sepasang tulang rusuknya dengan tujuan kecantikan. Thalia yang kini berusia 42 tahun ini mendedahkan perkara itu melalui sebuah video yang dimuat naik di laman Instagam miliknya beberapa hari lalu. Seperti dilaporkan oleh Daily Mail, wanita ini membuang tulang rusuk bagi mengekalkan bentuk pinggang yang kecil dan seksi. Dalam video tersebut, Thalia bergambar bersama sebuah bekas yang berisi tulang rusuknya. |
Nabil Ahmad Jelaskan Isu Disingkir Dari Meletop ~ KakiGosip <b>...</b> Posted: 25 Aug 2014 01:56 PM PDT Pelawak Nabil Ahmad menyifatkan gosip dia bakal disingkirkan sebagai pengacara program hiburan Meletop dalam masa terdekat ini adalah mengarut. Nabil atau nama sebenarnya Ahmad Nabil Ahmad, 30, terkejut dengan berita tersebut sedangkan dia baru saja menandatangani perjanjian bagi menyambung kontrak selama dua tahun bagi mengendalikan program berkenaan. "Siapalah yang buat gosip macam ini, apa salahnya tanya saya dahulu? "Terkejut saya apabila membaca gosip tersebut. Saya terus bertanyakan pihak produksi Meletop adakah ia benar sedangkan saya baru saja menyambung kontrak dengan mereka. "Pihak produksi pun terkejut dengan berita itu kerana apa yang dinyatakan dalam gosip itu adalah salah dan tidak benar," tegasnya. Minggu lalu, sebuah akhbar menerusi ruangan pojok melaporkan Nabil bakal disingkirkan daripada Meletop oleh pihak produksi memandangkan pengacara gandingannya, Neelofa mahu menarik diri mengendalikan program berkenaan. Meletop disiarkan pada setiap Selasa, pukul 10 malam di saluran Astro Ria. Laporan tersebut turut menyatakan tempat Nabil akan digantikan dengan pelawak popular, Zizan Razak. Perkara itu membuatkan Nabil berasa hati dengan keputusan yang dibuat pihak produksi kerana ia dilakukan tanpa melakukan perbincangan dengannya. Dalam pada itu, Nabil berkata, sehingga kini gosip mengatakan Neelofa bakal menarik diri juga tidak diketahuinya kerana dia bersama pengacara wanita itu masih lagi menjalankan tugas masing-masing seperti biasa. "Saya ada dengar juga mengatakan Neelofa mahu tarik diri. Tetapi sehingga kini pihak produksi tak cakap apa-apa lagi. Peliklah, macam-macam spekulasi pula yang muncul. "Apa-apapun, saya percayakan pada rezeki. Jika pihak produksi masih lagi mahu saya terus mengendalikan Meletop, itu rezeki. Dan jika mereka enggan menggunakan khidmat saya pun tidak apa. Yang penting biarlah segala urusan dibuat dengan betul," ujarnya. Sementara itu, Nabil berkongsi berita gembira bahawa dia bakal menimang anak kedua tidak lama lagi. Kata pelawak itu, isterinya, Nazirah Ayub, 26, kini sedang hamil dua bulan dan berita itu membuatkan dia lebih bersungguh-sungguh dalam mencari rezeki agar lebih stabil pada masa akan datang. Nabil dan Nazirah turut mempunyai seorang anak bernama Naira Mikayla yang berusia dua tahun. |
Hollywood <b>Malaysia</b> bawa zombi ke SACC Mall ~ KakiGosip <b>...</b> Posted: 15 Aug 2014 02:27 PM PDT JANGAN terkejut jika terserempak dengan zombi yang berkeliaran ketika beli-belah di SACC Mall, Shah Alam. Ia adalah sebahagian daripada gimik pameran 'Hollywood Flash Museum' yang dianjurkan Hollywood Malaysia berlangsung selama tiga hari bermula 15 Ogos sehingga 17 Ogos 2014. Konsep unik yang diketengahkan adalah muzium bergerak untuk membawa pameran mereka ke seluruh Malaysia. Amat sesuai jika anda merupakan peminat setia filem Hollywood kerana anda akan mendapat pengalaman untuk menyaksikan sendiri secara dekat peralatan yang digunakan dalam beberapa filem seperti Avengers, Harry Potter, dan filem seram Hollywood. Menurut pengurus operasi Hollywood Malaysia, Zairul Nazran, antara objektif utama pameran ini diadakan adalah untuk memberitahu orang ramai bahawa pemilik barangan eksklusif ini adalah anak jati Malaysia. Bagaimanapun katanya, pemilik koleksi karakter dari Marvel Comics dan filem seram Hollywood itu mahu namanya dirahsiakan dan ia hanya dikongsikan menerusi pameran sebegini. "Hanya satu sahaja objektif pameran ini, iaitu untuk memberitahu orang ramai tentang seorang rakyat Malaysia adalah pemilik kepada barangan daripada filem-filem Hollywood ini dan berbesar hati untuk membuat pameran kepada orang ramai,"katanya. Ini merupakan pameran pertama muzium bergerak Hollywood Malaysia, dan mereka juga merancang untuk melanjutkan pameran ini ke seluruh Malaysia pada masa akan datang. Sesiapa yang berkelapangan bolehlah bersama-sama memeriahkan lagi suasana Hollywood di Malaysia dari jam 10 pagi hingga ke 10 malam. |
Lagi isu poligami menerusi teater Tiga Kali Sayang ~ KakiGosip <b>...</b> Posted: 24 Aug 2014 06:41 PM PDT ATAS saranan Kerajaan Selangor agar setiap pihak berkuasa tempatan (PBT) merancang program kebudayaan di kawasan masing-masing, Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) memilih teater untuk diketengahkan. Justeru, bagi melaksanakan inisiatif tersebut, MPAJ mengambil keputusan untuk menjalinkan kerjasama dengan aktivis teater, Persatuan Geliga Merah Opera (GMO). Tambahan pula, kolaborasi yang terjalin bersandarkan kepada hasil kejayaan persatuan itu menerusi teater Hantu Ketapang, Hantu Rumah Mayat, Bukan 404 dan Pocong Bukit Pasir yang dipentaskan di Auditorium MPAJ. Tidak terhenti di situ, kerjasama itu diteruskan lagi dengan buah tangan terbaharu GMO, iaitu Tiga Kali Sayang yang bakal dipentaskan di Auditorium MPAJ pada 28 hingga 31 Ogos ini. Lebih bermakna, pementasan teater ini juga mendapat kerjasama daripada Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia sempena Tahun Melawat Malaysia 2014. Mengetengahkan penyanyi popular, Ezad Lazim sebagai teraju utama, Tiga Kali Sayang turut menampilkan Azza Suaymi, Vicha Saywho, Zue Islam, Wira Wili, Lokman Harmin, Shazli Cuit, Romashi, Opie Idayu dan Ganu Raja Lawak. Mengambil khidmat pengarah berkaliber, Raja Azrey Raja Kamaruzzaman, Tiga Kali Sayang menampilkan genre komedi romantik selain menyelitkan cerita berkenaan isu poligami. Bagi menghurai lanjut mengenai buah tangan terbaharu GMO ini, Kakigosip mendapatkan Raja Azrey yang juga penulis skrip serta Presiden GMO ini. Bagaimana anda melihat perjalanan kerjasama di antara MPAJ dan GMO? Alhamdulillah, ini adalah tahun kedua kumpulan saya dapat terus beraksi di atas kerjasama dan sokongan yang tidak pernah putus daripada MPAJ. Ini adalah satu perkongsian bijak kerana GMO turut membantu pengembangan teater dengan menganjurkan bengkel untuk guru dan murid sekolah sekitar serta kakitangan MPAJ yang meminati seni teater. Menariknya, pementasan teater Tiga Kali Sayang turut mendapat perhatian daripada pihak kementerian. Komen anda? Saya bersyukur dengan perhatian yang diberikan ini. Menerusi pementasan ini, saya perlu melaksanakan usaha mempromosikan kebudayaan negara apatah lagi skripnya juga adalah baru dan membabitkan perkahwinan daripada tiga negara iaitu Malaysia, Indonesia dan Filipina. Malah, melalui bantuan daripada kementerian juga, kami berjaya mendapat dana untuk mementaskan teater ini. Sejak kebelakangan ini, tema poligami sering saja dibawa di dalam teater? Jadi, apa kelainan yang cuba dibawa? Saya tidak nafikan akan perkara tersebut tetapi bagi membezakan dengan teater yang sedia ada, saya ada menyuntik sedikit kelainan. Memang ia berkonsepkan poligami tetapi kali ini ia adalah poligami bertaraf antarabangsa. Maksudnya, tiga madu yang ditampilkan adalah dari tiga negara negara yang berbeza. Harapannya naskhah ini tidak dilihat mencedok idea Maduku Kalut dan Bahayanya Wanita yang turut menyentuh isu sama. Objektif yang cuba disampaikan? Teater ini diadakan bagi menyediakan ruang serta wadah seni bagi karyawan teater menyalurkan mesej-mesej yang boleh memprihatinkan masyarakat terhadap konflik dan cabaran kehidupan seseorang. Selain itu, ia mampu menggarap kepekaan masyarakat terhadap keperluan persekitaran lantaran mewujudkan suasana berwawasan sekali gus menjadikannya sebagai pedoman dan tauladan dalam kehidupan ini. Bagaimana pula dengan pemilihan pelakon? Pemilihan pelakon dibuat sendiri oleh saya dan ia terdiri daripada banyak faktor. Apa-apa pun, faktor utamanya adalah kepada seseorang yang memiliki sikap lepas laku. Individu yang bersikap seperti ini sentiasa boleh melakukan apa-apa saja di atas pentas. Jadi, sebab itu anda memilih Ezad Lazim sebagai teraju utama? Ezad ialah seorang individu yang mempunyai sifat sedemikian. Ketika, saya menulis skrip ini, saya memang hanya teringatkan dia sekali gus memilih dia sebagai teraju utama dalam teater ini. Bagi pelakon-pelakon lain, mereka semua memang sudah di senarai pendek sejak awal lagi lantaran kerap bekerjasama dengan saya kecuali bagi pendatang baharu Zue Islam. Dia menjalani sesi uji bakat. Kebetulan, dia saudara baharu jadi secara tidak langsung saya sesuaikan dirinya menerusi watak dalam teater ini. Konsep persembahan yang dibawa? Ia disampaikan secara drama sebabak. Pelakon beraksi di dalam sebuah set banglo yang dihiasi peralatan rumah yang lengkap. Ceritanya pula disampaikan mengikut babak ke babak yang hanya diselang-seli dengan gelap dan terangnya pentas. Keseluruhannya, sebagai Presiden GMO, apakah harapan anda kepada perhatian yang diberi oleh PBT dan kementerian dalam bidang teater ini sendiri? Kerjasama seperti ini dapat melahirkan aktivis seni teater untuk terus terlibat memeriahkan kegiatan seni teater di samping memajukan perkembangan kegiatan di tanah air. Malah, usaha daripada kementerian melalui Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara dalam menyalurkan bantuan dana menyebabkan kumpulan kecil seperti kami, mampu untuk terus berkarya. |
Lee Seung Gi Elak Jawab Soalan Tentang Yoona (Girls Generation <b>...</b> Posted: 23 Aug 2014 02:17 PM PDT HUBUNGAN cinta di antara Lee Seung Gi dan Yoona daripada kumpulan Girls Generation bukan lagi suatu rahsia dan pasangan berkenaan dilihat sering menghabiskan masa bersama-sama ditempat awam yang dapat dilihat peminat mereka. Bagaimanapun, Seung Gi ketika dimuncul dalam sebuah program bagaimanapun enggan bercakap mengenai soal peribadinya secara terbuka apabila ditanya mengenainya. "Saya tahu jawapan apa yang anda mahukan, sayangnya masanya tidak sesuai," katanya ringkas sebagai respon kepada soalan yang diajukan. Seung Gi tampil dalam program tersebut bagi mempromosikan filem pertamanya, Today's Love. |
You are subscribed to email updates from gosip artis malaysia - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
@
Tagged @ Artis Baru
Tagged @ ARTIS MALAYSIA
Tagged @ Artis Melayu
Tagged @ Artis Seksi
Tagged @ GOSIP ARTIS
Tagged @ GOSIP ARTIS MALAYSIA
0 comments:
Post a Comment - Kembali ke Post