Gosip Artis | Artis Malaysia | Gossip Artis Malaysia | Cerita Artis Malaysia | Gambar Artis Malaysia | Malaysia Artist | Artis kontroversi

Gosip Artis Malaysia | Pernikahan Jue Aziz, suami sah, ikut syarak ~ KakiGosip! - Gosip ...

Gosip Artis Malaysia | Pernikahan Jue Aziz, suami sah, ikut syarak ~ KakiGosip! - <b>Gosip</b> <b>...</b>

Link to gosip artis malaysia - Google Blog Search

Pernikahan Jue Aziz, suami sah, ikut syarak ~ KakiGosip! - <b>Gosip</b> <b>...</b>

Posted: 06 Aug 2014 05:07 AM PDT

Mahkamah Rendah Syariah di sini memutuskan pernikahan aktres jelita, Jue Aziz dengan pemuzik Indonesia, Bayu Pramana Putra Achmal Danial adalah sah dan mengikut syarak.

Afiq doa kebahagiaan Eina! ~ KakiGosip! - <b>Gosip Artis Malaysia</b> <b>...</b>

Posted: 07 Aug 2014 03:36 AM PDT

TAHUN lalu industri seni digemparkan dengan kisah pelakon ini yang pernah dilabelkan anak derhaka oleh ibu kandungnya sendiri, namun di sebalik ujian yang dilaluinya, dia menganggap apa yang berlaku sebagai pengalaman hidup di bumi ALLAH SWT.

Mengakui kehidupannya lebih stabil kini, figura berusia 22 tahun ini berkata, dia berharap kejadian tersebut tidak akan berulang lagi.

Malah, kisah cintanya dengan seorang pelakon remaja, Eina Azman yang dikatakan menjadi punca kepada peristiwa berkenaan juga sudah lama tertutup dalam kamus hidupnya.

Bagi pemilik nama Muhamad Afiq Muiz Azman Shah ini, dia telah melupakan semuanya dan hanya mahu menjalani kehidupan normal seperti manusia biasa.

Di tebak pertanyaan adakah dia masih berhubung dengan pelakon Zombi Kilang Biskut itu, jelas pelakon yang lebih dikenali sebagai Afiq Muiz ini, mereka tidak pernah berhubung selepas mengambil keputusan untuk berpisah.

"Masing-masing sudah punya kehidupan dan hala tuju sendiri, saya dengan hidup saya dan begitu juga sebaliknya.

"Apa pun, saya sentiasa mendoakan kebahagiaan dia," katanya.

Ditanya apakah dia tahu bekas kekasihnya itu bakal mendirikan rumah tangga bersama jejaka berketurunan Sikh, akui Afiq, dia ada mendengar khabar mengenai perkara itu.

"Orang nak bina masjid baguslah, benda baik perlu dipercepatkan. Saya harap apa yang dia rancang berjalan dengan lancar dan terus berbahagia dengan pilihan hati sehingga ke akhir hayat," katanya tidak ketinggalan mengucapkan selamat pengantin baru buat pelakon tinggi lampai itu.

Sementara itu, Afiq memberitahu, dia kini lebih selesa solo selepas peristiwa tersebut.

"Buat masa sekarang saya tidak mahu ada sebarang hubungan cinta, bukan kerana serik, tetapi kalau ada, adalah nanti.

"Lagipun umur saya masih muda dan rasanya biarlah saya berikan tumpuan kepada keluarga dan karier sahaja," katanya bersyukur hubungan dengan ibu sudah pulih.

Tahun lalu, Afiq mencetuskan kontroversi apabila ibu kandungnya, Hasliza Mohd membuat pendedahan eksklusif meluahkan rasa kecewa dan kesal terhadap perubahan pelakon itu.

Dia juga didakwa berubah sikap selepas berkawan rapat dan menjalinkan hubungan istimewa dengan Eina Azman sehingga dia dilabel anak derhaka.

Jarang muncul di kaca televisyen sejak kebelakangan ini, anak kedua daripada empat beradik ini berkata, dia sengaja merehatkan diri seketika daripada bidang lakonan selepas kontroversi tersebut.

Bagaimanapun, jadualnya kerjanya kembali sibuk bagi pembikinan drama di bawah Radio Televisyen Malaysia (RTM) sejak awal tahun lalu.

"Memang saya jarang muncul tetapi mungkin bagi stesen televisyen lain, tetapi dengan RTM memang banyak drama yang saya lakonkan," kata teraju utama Hanya Dengan Bismillah ini.

Ditanya adakah kontroversi yang tercetus menjadi sebab dia kurang mendapat tawaran lakonan, beritahu Afiq, perkara itu tidak pernah menyekat rezekinya.

"Manusia tidak pernah terkecuali melakukan kesilapan dan Tuhan juga sentiasa memaafkan hambanya serta memberi rezeki kepada kita.

"Saya percaya kerana itulah rezeki saya tidak pernah kering setakat ini," katanya kini bernaung di bawah pengurusan produksi Global Station.

Sedikit perkembangan terbarunya, Afiq baru sahaja pulang dari Istanbul bagi pembikinan drama bersiri 26 episod iaitu Diespora Cinta.

Selain Afiq, drama ini turut dibintangi Fathia Latif, Zain Saidin dan Zarina AF.

Pergerakan Maria Farida Dikawal Anak Lelaki ~ KakiGosip! - <b>Gosip</b> <b>...</b>

Posted: 30 Jul 2014 09:41 AM PDT

Pelakon Maria Farida tidak berasa terkongkong apabila anak lelakinya, Mizan Ashley, 17, sentiasa mengawasi pergerakan dan menemaninya ke acara hiburan yang dihadiri.

Maria, 44, berkata, tindakan Mizan itu semata-mata ingin melindunginya sebagai seorang ibu selain berasa bangga dengan tindakan itu.

"Dari dahulu lagi Mizan memang bersikap protective dan ia semakin menyerlah apabila dia sudah dewasa. Saya tidak berasa tertanggu dengan sikapnya itu kerana itu adalah tanggungjawabnya untuk melindungi saya sebagai seorang ibu.

"Malah kadang-kadang kalau saya lambat balik dari penggambaran dia akan menelefon dan menunggu sehingga saya pulang," katanya.

Dalam pada itu, Maria berkata, sikap anaknya itu yang terlalu melindunginya bukan penyebab dia masih solo biarpun sudah 10 tahun hidup menjanda.

Sebaliknya kata Maria, perkara itu adalah pilihannya sendiri tambahan pula dia masih belum berjumpa dengan lelaki sesuai untuk dijadikan pasangan hidup.

"Setakat ini saya masih solo dan tidak bertemu dengan mana-mana lelaki. Saya selesa dengan kehidupan sekarang bersama anak saya selain memberi fokus kepada kerjaya lakonan," jelasnya.

Bagaimanapun kata Maria, sekiranya ada lelaki yang ingin mendekatinya mereka perlu bijak mengambil hati anak kesayangannya itu terlebih dahulu.

"Mizan bukan seorang yang mudah mempercayai orang dan jika ada lelaki yang ingin berkawan dengan saya orang itu mesti memenangi hati anak saya kerana pendapatnya sangat penting.

"Saya tidak akan membelakanginya dalam soal tersebut kerana dia paling penting dalam hidup saya," katanya.

Dalam perkembangan lain, Maria berkata, dia akan kembali sibuk di lokasi penggambaran selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri menerusi beberapa projek drama.

Kurung Moden Gaya Tania Hudson ~ KakiGosip! - <b>Gosip Artis</b> <b>...</b>

Posted: 26 Jul 2014 09:18 AM PDT

SUDAH lama rasanya tidak melihat kelibat pelakon Tania Hudson yang juga adik kepada Natasha Hudson tampil dalam mana-mana majlis hiburan.

Rezeki bulan Ramadan agaknya, terjumpa si manis Tania ketika dia menghadiri majlis berbuka puasa bersama artis Wirefame di Kelana Jaya, Selangor baru-baru ini.

Tanpa sebarang solekan tebal, Tania tampil dengan baju kurung Kedah yang cukup anggun pada tubuhnya menaikkan lagi sisi ayu wanita berusia 29 tahun itu.

Jelas Tania, baju kurung tersebut adalah pilihannya sendiri tajaan daripada Azura Azma khas untuk menghadiri acara tersebut.

"Sudah lama saya tidak datang ke majlis-majlis sebegini dan saya pilih baju kurung kedah kerana ia tidak keterlaluan dan pada masa sama ia nampak cantik," katanya.

Malah kata Tania, dia kebiasaannya suka warna cerah namun tertarik dengan gabungan warna tanah dan hijau untuk digayakan.

Well, Tania! Kalau orang cantik, pakai apa pun cantik!

Hyuna &#39;4Minute&#39; Kongsi Rahsia Berbadan Langsing - KakiGosip.com

Posted: 02 Aug 2014 09:07 AM PDT

MELIHAT bentuk tubuh badan ahli kumpulan 4Minute, Hyuna, pasti ramai wanita yang langsing dan seksi sepertinya.

Menurut laporan Soompi, Hyuna yang ditemubual menerusi program SBS Power FM's 'Cultwo Show'  berkata, dia seorang yang suka makan tetapi pada masa sama turut bersenam.

"Memandangkan saya suka makan dengan banyak, makan saya perlu berusaha untuk bersenam mengikut kadar pemakanan yang diambil," katanya.

Tambah Hyuna, dia juga akan memastikan untuk tidak duduk atau tidur selepas makan kerana ia antara penyebab seseorang itu mudah gemuk.

Katanya, dia mengambil pendekatan untuk bermain badminton selepas makan.

Dalam perkembangan lain, Hyuna kini sibuk mempromosikan album solo terbaharu berjudul A Talk.

Misha Omar Cipta Lagu Istimewa Buat Suami ~ KakiGosip! - <b>Gosip</b> <b>...</b>

Posted: 30 Jul 2014 09:41 AM PDT

Penyanyi Misha Omar menzahirkan rasa cinta kepada Firos Ezzwan Rossly, 32, dengan menghasilkan sebuah lagu untuk suaminya itu.

Misha atau nama sebenarnya Samihah Omar, 32, berkata, ini merupakan kali pertama dia menghasilkan lagu selepas 12 tahun berkecimpung dalam dunia muzik tempatan.

"Sebenarnya idea ingin mencipta lagu hasil tangan sendiri tercetus selepas melihat kad kahwin kami dan ketika itu melodi lagu hadir secara spontan.

"Kemudian saya terus meminta bantuan Helen Yap (komposer) menghasilkan lagu tersebut. Ia mengisahkan tentang cinta dan harapan saya terhadap suami," katanya.

Bagaimanapun, tambah Misha, lagu tersebut tidak akan dimuatkan dalam album baharu yang dijangka akan dipasarkan pada akhir tahun ini kerana ia tidak sesuai dengan konsepnya.

Dalam pada itu mengenai album baharunya itu, ia akan memuatkan lapan buah lagu dan tinggal dua buah lagu sahaja lagi yang perlu dirakamkan.

Sementara itu, mengenai sambutan Hari Raya pula, Misha berkata dia gembira kerana pertama kali menyambut bersama keluarga suaminya di Negeri Sembilan namun pada masa sama bersedih kerana tahun ini juga merupakan kali pertama dia menyambut Aidilfitri tanpa ayah di sisi.

"Ayah baru sahaja meninggalkan kami pada Disember tahun lalu dan memang sukar untuk saya lupakan kenangan manis kami ketika menyambut Aidilfitri.

"Walaupun sudah ada suami, kasih dan cinta kepada ayah tiada penggantinya. Saya reda dengan ujian yang diberi ini kerana saya percaya ada orang lain yang diuji lebih berat berbanding diri ini. Saya positif," ujarnya.




@



0 comments:

Post a Comment - Kembali ke Post

Gosip Artis Malaysia | Pernikahan Jue Aziz, suami sah, ikut syarak ~ KakiGosip! - <b>Gosip</b> <b>...</b>