Gosip Artis | Artis Malaysia | Gossip Artis Malaysia | Cerita Artis Malaysia | Gambar Artis Malaysia | Malaysia Artist | Artis kontroversi

Gosip Artis Malaysia | Panas: Tengku Mahkota Selangor didakwa murtad. Ini cerita ...

Gosip Artis Malaysia | Panas: Tengku Mahkota Selangor didakwa murtad. Ini cerita <b>...</b>

Link to gosip artis malaysia - Google Blog Search

Panas: Tengku Mahkota Selangor didakwa murtad. Ini cerita <b>...</b>

Posted: 05 Aug 2014 03:14 AM PDT

Gempar hari ini Media Sosial apabila satu berita mengejutkan mengenai anak kepada Sultan Selangor, Sultan Sharifuddin Idris Shah yang diterbitkan oleh laman berita Antarabangsa, World New Daily Report tersebar dan menjadi viral.

Tengku Mahkota Selangor, Tengku Amir Shah didakwa telah murtad ke Agama Kristian Katolik kerana mahu berkahwin dengan Super Model Spain bernama Cristina Gomez yang baru berumur 16 tahun.

Malah, Tengku Mahkota dikatakan telah dibaptiskan minggu ini dan akan berkahwin di Gereja Santa Maria di Braga, minggu ini.

NAMUN...

Dakwaan itu adalah Fitnah semata-mata...

Laman berita WorldNewsDaily.com adalah sebuah laman web yang menyiarkan berita-berita palsu dan cerita-cerita satira di serata dunia. Laman terkenal About.com dalam satu artikelnya "Don't Be Fooled! A Guide to Fake News Websites" turut menyenaraikan laman web WordNewsDaily.com sebagai sebuah laman berita palsu.

Melalui carian di twitter juga. Seorang pengguna media sosial menyatakan rasa terkejutnya terhadap berita itu kerana beliau baru sahaja terserempak dengan Tengku Mahkota menunaikan Terawih pada 2 hari lalu!

Apa yang menarik dalam penemuan kami, WorldNewsDaily.com sebenarnya dimiliki oleh seorang warga berketurunan Amerika Yahudi Zionist dan berpangkalan di Tel Aviv, ibu negara Israel. Melalui maklumat itu, sudah cukup untuk kita mengesyaki motif buruk si penulis terhadap Institusi Raja yang menjadi penaung agama Islam di negara ini.

Mungkin ramai yang telah mempercayai berita karut seperti ini memandangkan ia dikeluarkan oleh sebuah laman web berbahasa Inggeris dan berasal dari Luar Negara. Namun, mentaliti seperti itu harus dibuang dan menjadi tugas kita untuk mendidik diri agar memeriksa kesahihan berita itu terlebih dahulu sebelum membuat sebarang kesimpulan.

Ally Iskandar Tinggalkan Isteri Hendak Bersalin Demi Tugas <b>...</b>

Posted: 07 Aug 2014 05:36 PM PDT

Tumpuan pengacara dan personaliti TV3, Ally Iskandar terganggu kerana terpaksa meninggalkan isterinya, Nurfarahin Romli atau Farah Lee yang dijangka bakal melahirkan anak pertama mereka pada bila-bila masa demi tuntutan tugas.

Ally, 38, berkata, isterinya dimasukkan ke sebuah hospital swasta di Shah Alam dekat sini pada awal pagi Khamis dan dia terpaksa bergegas ke acara pengumuman pelakon Izzue Islam dan Yana Samsudin sebagai duta produk Super 'The Secret To A Smile' di Cathay Cineplex E@curve di sini yang mana dia bertindak sebagai pengacara majlis.

"Sebelum datang ke sini saya menghantar isteri ke hospital terlebih dahulu kerana dia dijangka akan bersalin pada bila-bila masa kerana dia sepatutnya melahirkan anak pertama kami pada 30 Julai lalu.

"Tumpuan saya untuk mengacarakan majlis ini terganggu kerana memikirkan keadaan isteri di hospital dan akan bergegas ke sana selepas selesai acara ini," katanya.

Dalam pada itu, Ally berkata, dia teruja bakal bergelar bapa selepas tiga tahun berkahwin dengan Farah dan berharap kehadiran cahaya mata itu nanti akan menyerikan lagi rumah tangga yang dibina.

Malah kata Ally, kehadiran anak itu nanti akan mengeratkan lagi hubungan mereka yang sebelum ini terpaksa berjauhan ekoran isterinya itu melanjutkan pengajian di sebuah universiti di Korea Selatan.

"Saya tidak mengenali isteri sebelum kami berkahwin dan biarpun sudah beberapa tahun bersama kami masih dalam proses mengenali kerana sering berjauhan sebelum ini.

"Alhamdulillah sudah dua tahun dia kembali ke tanah air dan kehadiran cahaya mata sulung ini akan mengeratkan lagi hubungan kami suami-isteri selepas ini," katanya.

Sementara itu, Ally berkata, Farah sangat memahami kerjayanya yang sentiasa sibuk dan tidak mengira waktu dan sentiasa memberikan sokongan kepadanya.

Malah kata Ally, bagi mengelakkan rasa bosan, isterinya itu berjinak-jinak dalam bidang perniagaan dengan membuka sebuah butik pakaian wanita bagi mengisi masa lapang.

"Alhamdulillah nampak dia sangat berminat dalam bidang perniagaan dan sebagai suami saya menyokong keputusannya dan menggalakkan terhadap apa yang dilakukannya," katanya.

Ally dan Farah Lee bernikah pada 20 Januari 2012 dalam satu majlis pernikahan yang diadakan di Masjid Kristal, Kuala Terengganu.

25 Koleksi Kereta Mewah Artis Malaysia | <b>Gosip Artis Malaysia</b> <b>...</b>

Posted: 03 Aug 2014 11:14 PM PDT

Kereta AC Mizal

Kereta Tomok

Kereta Jimmy Shanley

Kereta Fara Fauzana

Kereta Linda Onn

Kereta Hans Isaac

Kereta Datuk Siti Nurhaliza

Kereta Aznil

Kereta Awal Ashaari

Kereta Irma Hasmie

Kereta Nora AF4

Kereta Adam AF2

Kereta Noryn Aziz

Kereta Ajai

Kereta Yusry KRU

Kereta Iskandar Chef

Kereta Zahid AF

Kereta Ebi AF5

Kereta Stacy AF6

Kereta Syamsul Yusof

Kereta Nabila Huda

Kereta Mustapha Kamal

Kereta Adibah Noor

Kereta Sazzy Falak

Kereta Samsul Ghau Ghau

Kereta Atilia

Kereta Ekin

Kereta Mila AF5

Kereta Emma Akma

Kereta Nabil Raja Lawak

Kereta Zarina AF2

Ranking: 5

Wanita Dedah Rahsia Suami Beyonce Curang ~ KakiGosip! - <b>Gosip</b> <b>...</b>

Posted: 07 Aug 2014 05:35 PM PDT

SEORANG wanita yang dikenali sebagai Liv tampil dengan sebuah video bertajuk Sorry Mrs. Carter yang merujuk kepada penyanyi Beyonce cuba mendedahkan perbuatan suaminya, Jay-Z yang berlaku curang.

Daily Mail melaporkan wanita berkenaan menyindir penyanyi tersebut selain cuba membuka aib Jay-Z secara terbuka dalam video berkenaan.

Jay-Z pernah mengajak saya tidur dengannya tetapi saya tolak kerana menghormati kamu (Beyonce).

Tetapi kamu perlu tahu bahawa dia pernah meniduri Rita Ora untuk melonjakkan karier nyanyiannya," katanya dalam pesanan video berkenaan.

Pergolakan rumah tangga pasangan itu bukan lagi rahsia apabila mereka dilaporkan memilih untuk tinggal di hotel berasingan dalam siri konsert jelajah On The Run yang melibatkan mereka.

Bagaimanapun pasangan berkenaan berkelakuan mesra di atas pentas bagi menutup gosip yang sedang bertebaran tentang rumah tangga mereka.

Kejadian Jay-Z dibelasah oleh adik Beyonce iaitu Solange baru-baru ini turut dikaitkan dengan sikap abang iparnya yang curang terhadap kakaknya.

Bagaimanapun sehingga saat ini kedua-dua selebriti terkenal itu belum membuat sebarang kenyataan rasmi berhubung dakwaan tersebut.

Erti bahagia Sazzy Falak ~ KakiGosip! - <b>Gosip Artis Malaysia</b> Terkini <b>...</b>

Posted: 08 Aug 2014 12:12 AM PDT


TERPANCAR keceriaan di raut wajah Sazzy Falak atau nama sebenarnya Sazlini Shamsul Falak tatkala bercerita tentang kehidupannya kini.

Masakan tidak, kini Sazzy semakin bahagia di samping suami tersayang, Nazril Idrus dan dua permata hatinya, Imaan Lily dan Tiara Rose yang semakin membesar di depan mata.

Bukan itu saja, keletah anak kembarnya yang kini sudah menginjak usia tiga tahun dan semakin aktif benar-benar menggembirakannya apatah lagi masing-masing kini sudah boleh bercakap dan memahami arahan.

Melihat anak membesar di depan mata adalah pengalaman yang tidak ternilai buat wanita ini.

Bagi Sazzy Falak dan suami, Nazril Idrus, anak kembarnya, Imaan Lily dan Tiara Rose adalah segala-galanya buat mereka.

Berkongsi pengalamannya dalam membesarkan pasangan kembarnya itu, Sazzy memberitahu, cabaran paling besar yang dihadapinya ketika mereka masih kecil.

"Penat membesarkan anak kembar ini hanya pada peringkat awal.

"Semasa mereka masih bayi memang agak sukar sebenarnya nak menguruskan kedua-dua sekali gus.

"Semuanya berganda termasuk gembira dan menangis. Tapi apabila sudah masuk usia tiga tahun masing-masing sudah semakin bijak dan mudah untuk diuruskan," katanya ketika ditemui pada Program Raya Astro, baru-baru ini.

Kata Sazzy lagi, kedua-dua permata hatinya itu punya karakter tersendiri dan berlainan di antara satu sama lain.

"Seorang lagi aktif, manakala seorang lagi lebih tenang dan cool.

"Tetapi, kedua-duanya sangat petah bercakap dan pandai mengadu jika terdapat sebarang masalah," katanya.

Begitu pun, kata Sazzy, perkara yang benar-benar membuatkannya 'terkejut' adalah apabila kedua-dua puteri kembarnya dengan sendirinya meminta untuk dihantar ke sekolah.

"Mereka baru saja berusia tiga tahun, tetapi mereka sendiri yang meminta untuk ke sekolah.

"Mungkin mereka berasa seronok dengan persekitaran sekolah seperti belajar melukis dan mewarna.

"Saya berharap agar minat mereka terhadap pembelajaran ini akan kekal sehinggalah mereka dewasa kelak," katanya yang akan memasukkan kembarnya itu ke program prasekolah tahun depan.

Sangat bertuah menjadi anak Sazzy, masakan tidak, Sazzy mengumumkan yang dia bakal muncul dengan koleksi pakaian kanak-kanak perempuan menerusi jenama Imaan Lily Tiara Rose, tidak lama lagi.

Mengulas lanjut, pengacara Beat TV ini memberitahu permintaan terhadap baju kanak-kanak kini semakin meningkat di pasaran selain ingin mempelbagaikan lagi pilihan dan variasi baju kanak-kanak.

"Sejak kebelakangan ini, permintaan untuk baju kanak-kanak begitu menggalakkan.

"Justeru, saya ingin mencuba pasaran sedia ada dengan menampilkan koleksi khas untuk kanak-kanak perempuan.

"Lagipun, pengikut anak-anak saya di laman sosial, Instagram boleh tahan ramai, jadi tidak salah untuk saya mencuba," katanya.

Tidak setakat itu, Sazzy juga baru saja diberi peluang untuk memperagakan busana jenamanya, SFbySazzyFalak di Minggu Fesyen Kuala Lumpur 2014 (KL Fashion Week 2014), baru-baru ini.

Biarpun sibuk mengendalikan perniagaan secara online, Sazzy mengakui masih lagi menerima tawaran pengacara jika diminta untuk mengacarakan majlis-majlis tertutup di sekitar ibu kota.

"Selepas menubuhkan laman web streetfashionkl.com dan menjual beberapa jenama pakaian dari seluruh dunia secara online, saya agak kurang muncul di kaca TV.

"Lebih-lebih lagi apabila saya sudah jarang mengendalikan rancangan hiburan.

"Tapi, saya masih lagi aktif mengacarakan majlis secara tertutup," katanya sudah dua tahun menjadi pengacara untuk sebuah rancangan sukan di saluran ESPN.

Selain itu, Sazzy juga sedang menunggu tayangan telefilem biopic Saloma, lakonannya bersama Nabila Huda, Tony Eusof dan Sharifah Amani yang diterbitkan oleh Melissa Saila.

Sementara itu, bercerita mengenai sambutan lebarannya tahun ini, Sazzy memberitahu, dia menyambutnya di rumah mertuanya, di Port Dickson, Negeri Sembilan.

Menurutnya, sambutan Hari Raya Aidilfitri adalah salah satu hari yang paling dinanti-nantikan olehnya dan keluarga.

"Saya sangat suka apabila tiba hari raya.

"Apabila tibanya Aidilfitri, saya dan keluarga dapat bertemu setelah sekian lama tidak bersua. Maklumlah, masing-masing sibuk dengan kerjaya dan susah untuk berjumpa.

"Malah, pada hari raya saja kami dapat bertanya khabar dan meluangkan masa bersama," katanya sambil tersenyum.

Jelasnya lagi, dia berasa sangat beruntung kerana dikurniakan keluarga yang agak besar, apatah lagi suaminya juga turut mempunyai bilangan ahli keluarga yang ramai.

Jelasnya, kehadiran Syawal pada saban tahun pasti dimeriahkan lagi dengan gelak tawa sanak saudara apabila berkumpul bersama.

"Oleh sebab itu, ramai yang mengatakan sambutan hari raya kami sekeluarga kelihatan meriah.

"Alhamdulillah, selepas berkahwin, keluarga saya yang sudah sedia ada besar ini menjadi semakin besar," kata pelakon berusia 33 tahun ini.




@



0 comments:

Post a Comment - Kembali ke Post

Gosip Artis Malaysia | Panas: Tengku Mahkota Selangor didakwa murtad. Ini cerita <b>...</b>