Gosip Artis | Artis Malaysia | Gossip Artis Malaysia | Cerita Artis Malaysia | Gambar Artis Malaysia | Malaysia Artist | Artis kontroversi

Gosip Artis Malaysia | Ezany Dedah Rahsia Rumah Tangga Goyang Sejak 7 Tahun Lalu ...

Gosip Artis Malaysia | Ezany Dedah Rahsia Rumah Tangga Goyang Sejak 7 Tahun Lalu <b>...</b>

Link to gosip artis malaysia - Google Blog Search

Ezany Dedah Rahsia Rumah Tangga Goyang Sejak 7 Tahun Lalu <b>...</b>

Posted: 04 Aug 2014 10:03 AM PDT

Pelakon Ezany Nizariff mendedahkan rumah tangganya bersama Lizda Nuryanti Abidin, 32, mula bermasalah sejak awal perkahwinan mereka lagi aiitu kira-kira tujuh tahun lalu.

Ezany atau nama sebenarnya Mohd Zani @Zohri Mohd Nizariff, 41, berkata, sepanjang tempoh tersebut dia cuba bertahan bagi menyelamatkan perkahwinan tersebut dan menganggap kemelut yang berlaku kini berada di tahap kritikal dan sudah tidak dapat untuk diselamatkan.

"Masalah bukan berlaku baru-baru ini tetapi sejak awal perkahwinan kami lagi tetapi sebagai seorang suami saya cuba bertahan untuk menyelamatkan rumah tangga yang dibina.

"Sepanjang tempoh itu saya banyak bersabar sehinggalah hadirnya saya ke mahkamah pada hari ini (semalam)," katanya.

Ezany ditemui selepas sebutan pertama permohonan cerai secara baik yang difailkan Lizda di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Petaling dekat sini pada Isnin.

Pada prosiding tersebut, Ezany selaku defendan tidak bersetuju untuk bercerai secara baik sebaliknya membuat permohonan nusyuz terhadap isterinya itu yang difailkan pada  pada 22 Julai lalu. Kes bersambung pada 3 September depan.

Dalam pada itu, Ezany enggan mendedahkan punca sebenar konflik yang berlaku dalam rumah tangganya kerana khuatir masalah sedia ada akan bertambah buruk sehingga memberi kesan kepada prosiding di mahkamah.
Jelas Ezany, cukuplah sekadar beberapa berita mengenai konflik rumah tangganya sebelum ini sudah menjadi perhatian umum dan baginya ia sudah memberi gambaran mengenai apa yang berlaku dalam perkahwinan mereka.

"Banyak benda yang tidak boleh saya perkatakan secara terbuka kerana ia terlalu peribadi dan saya juga tidak berniat untuk membuka keaiban mana-mana pihak," ujarnya.

Pergolakan rumah tangga pasangan berkenaan tercetus selepas Ezany mengakui isterinya minta diceraikan sebelum dia membuat laporan polis berhubung dakwaan wanita berkenaan dilarikan oleh seorang lelaki dikenali pada 17 Julai lalu.

Ezany ketika itu memberitahu dia tidak mempunyai pilihan selain terpaksa membuat laporan di Balai Polis Kinrara, Serdang selepas isterinya tidak pulang ke rumah selama tiga hari.

Ezany dan Lizda diijabkabulkan mereka pada 1 Julai 2007 dan mereka dikurniakan dua orang anak.

"Banyak Hati Perlu Dijaga" - Ibu Amyra Rosli ~ KakiGosip! - <b>Gosip</b> <b>...</b>

Posted: 05 Aug 2014 02:48 PM PDT

 Ibu kepada pelakon Amyra Rosli iaitu Noor Zaridah Ahmad mahu menjaga hati keluarga Dazrin Kamaruddin apabila membuat keputusan mengunci mulut mengapa perkahwinan anaknya dengan pemuda berkenaan pada Jumaat ini dibatalkan.

Noor Zaridah berkata, biarlah pihaknya sekadar membuka mulut bagi memaklumkan majlis berkenaan dibatalkan tanpa menjelaskan sebab-sebabnya.

"Maafkan Kak Noor kerana tidak boleh bercerita lanjut mengenai punca pembatalan tersebut kerana tidak mahu isu itu berpanjangan sehingga menimbulkan macam-macam konflik kerana banyak hati yang perlu dijaga.

"Cukuplah sekadar pihak kami memaklumkan pernikahan mereka dibatalkan," katanya.

Majlis pernikahan Dazrin, 26, dan Amyra atau nama sebenarnya Amyra Izzati Rosli, 23, sepatutnya berlangsung di Puchong dekat sini terpaksa dibatalkan pada saat-saat terkahir atas sebab-sebab peribadi.

Pasangan berkenaan menjalinkan hubungan sejak Februari tahun lalu sebelum mengikat tali pertunangan pada 25 Ogos tahun yang sama.

Dalam pada itu, Noor Zaridah berkata, dia juga ingin menjaga hati keluarga pihak Dazrin yang turut menerima kesan daripada kejadian tersebut.

Dia juga dia tidak mahu butiran mengenai isu tersebut akan mengeruhkan hubungan keluarga kedua-dua belah pihak yang masih kekal baik biarpun pasangan berkenaan tidak jadi berkahwin.

"Jika macam-macam cerita keluar pasti akan menjadi lebih keruh dan apa pula kata pihak keluarga sebelah lelaki nanti dan itu yang Kak Noor ingin elakkan daripada berlaku.

"Biarlah kami sahaja yang tahu apa tentang sebab sebenar kejadian ini berlaku," jelasnya.

Sementara itu, ditanya mengenai persiapan yang telah dilakukan oleh pihak perempuan, Noor Zaridah enggan mengulas mengenai perkara berkenaan.

"Apa yang boleh saya ulas persiapan yang dibuat belum sampai tahap kad diedarkan kepada tetamu dan butiran lain saya tidak boleh komen," ujarnya.

Ditanya pula mengenai hubungan anaknya dengan Dazrin selepas pernikahan mereka dibatalkan Noor Zaridah sekadar berkata; "Mereka telah membatalkan perkahwinan, jadi...," ujarnya yang seolah-olah menggambarkan pasangan itu juga sudah tidak sehaluan lagi.




@



0 comments:

Post a Comment - Kembali ke Post

Gosip Artis Malaysia | Ezany Dedah Rahsia Rumah Tangga Goyang Sejak 7 Tahun Lalu <b>...</b>