Gosip Artis | Artis Malaysia | Gossip Artis Malaysia | Cerita Artis Malaysia | Gambar Artis Malaysia | Malaysia Artist | Artis kontroversi

Gosip Artis Malaysia | Artis Malaysia Yang Tergolong Spornoseksual - Dunia Penuh Gosip

Gosip Artis Malaysia | <b>Artis Malaysia</b> Yang Tergolong Spornoseksual - Dunia Penuh <b>Gosip</b>

Link to gosip artis malaysia - Google Blog Search

<b>Artis Malaysia</b> Yang Tergolong Spornoseksual - Dunia Penuh <b>Gosip</b>

Posted: 19 Aug 2014 07:11 AM PDT

Fenomena Spornoseksual di Malaysia sebenar telah lama berlaku terutama kepada golongan artis lalaki. Tapi ia semakin menjadi2 bila banyak pihak produksi atau penerbit dan pengarah yg mencari barisan artis yg bukan sahaja kacak malah menjaga tubuh badan agar tampak hebat di depan kaca tv. 

Namun bagi kebanyakan ia adalah satu perkara yg sihat kerana artis kita mula melihat mempunyai tubuh yg hebat dan mantap adalah eset untuk terus berada di dalam dunia industri hiburan tempatan. Ini sebenar telah lama di guna pakai di Hollywood mereka mengutamakan artis yg mempunyai susuk menarik untuk menjadi hero dalam sesetengah filem. 

 


Sehingga membawakan perbelanjaan tinggi oleh barisan pelakon lelaki di Hollywood untuk tampil hebat di depan peminat mereka. Moga fenomena sihat ini akan membawa kepada kemajuan dalam dunia huburan tanah air dan membawa kepada pekara positif. Ambil kesempatan ini untuk tampil lebih hebat barisan artis tempatan agar mampu bersaing dengan filem luar negara.

Kolaborasi APSB dan IMS ~ KakiGosip! - <b>Gosip Artis Malaysia</b> <b>...</b>

Posted: 18 Aug 2014 08:00 PM PDT

KEJAYAAN penggambaran siri epik kehidupan Marco Polo oleh The Weistein Company yang dilakukan di Pinewood Iskandar Malaysia Studio (PIMS) adalah 'batu loncatan' ke arah menjadikan Malaysia sebagai hub industri kreatif negara.

Rentetan itu, Astro Malaysia Holdings Bhd (Astro) melalui Astro Productions Sdn Bhd (APSB) terus mengorak langkah ke hadapan apabila menjalinkan kerjasama dengan Iskandar Malaysia Studios Sdn Bhd (IMS) dalam perkhidmatan penerbitan.

Menerusi usaha sama yang terjalin, APSB dan IMS berhasrat menjayakan penerbitan filem dan program televisyen (TV) bertaraf dunia sekali gus memastikan kedudukan Astro sebagai penyedia kandungan utama.

Lebih manis, majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) itu disaksikan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek yang turut memuji usaha kerjasama keduanya dalam membekalkan perkhidmatan penerbitan secara menyeluruh.

Bagi mengetahuinya secara lanjut, Kakigosip berjaya mendapatkan Ketua Pegawai Eksekutif Astro, Datuk Rohana Rozhan menerusi sidang media yang diadakan di PIMS, Nusajaya, Johor Baharu, baru-baru ini.

Bolehkah Datuk berkongsi sedikit mengenai perjanjian yang termeterai ini?

Perjanjian ini berlangsung selama lima tahun. Menerusi tempoh tersebut, Astro dilantik sebagai pembekal eksklusif kelengkapan dan perkhidmatan untuk penerbitan kandungan TV di dua studio stesen televisyen Definisi Tinggi (HD) seluas 12,000 kaki persegi di PIMS.

Sebagai balasan, Astro komited melaksanakan penerbitan sekurang-kurangnya 4,500 jam setiap tahun di PIMS dalam tempoh dua tahun yang pertama manakala penerbitan 3,000 jam setahun mulai tahun ketiga.

Pandangan mengenai kerjasama dua hala ini?

Kerjasama ini bakal membawa pelbagai perubahan kepada dunia perfileman negara sekali gus melahirkan Malaysia sebagai satu kuasa kreatif disegani di peringkat global.

Seperti semua maklum, PIMS digunakan untuk penggambaran Marco Polo yang menjadi syarikat produksi pertama studio ini. Kami juga mempunyai rancangan untuk menghasilkan produksi yang menarik seperti ini selain program realiti TV.

Selain itu, kami juga percaya kerjasama ini akan memainkan peranan penting dalam merealisasikan impian ini kerana ia menyatukan PIMS, kerajaan Malaysia melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), barisan bakat tanah air, penerbit tempatan serta global, rangkaian global dan Astro dengan satu tujuan yang sama iaitu membekalkan penerbitan TV yang cemerlang.

Maksud yang membawa kepada peranan penting dalam merealisasikan impian?

Kerjasama ini akan membantu Astro yang pada masa ini mempunyai keperluan menerbitkan kandungan TV antara 10,000 hingga 11,000 jam setahun.

Ia juga susulan pertambahan saluran TV yang ditawarkan di mana Astro menguasai penghasilan kandungan vernakular asli bagi memenuhi keperluan penonton tempatan dan serantau.

Setakat ini, bagaimanakah perjalanan Astro dalam menerbitkan kandungan TV?

Sehingga kini, Astro sudah menerbitkan lebih 50,000 jam kandungan TV dalam semua genre dan pelbagai bahasa.  Bukan itu saja, Astro turut menerbitkan sendiri saluran sukan menerusi Astro Arena dan saluran berita melalui Astro Awani yang beroperasi 24 jam sehari.

Malah, sehingga ke hari ini juga, Astro telah menerbitkan 9,000 jam kandungan sendiri dan telah melaksanakan lebih 20,000 jam pembikinan sari kata dan alih suara kandungan TV setiap tahun. Tidak ketinggalan, kami juga mengeluarkan kandungan lebih kurang 2,000 jam daripada syarikat produksi tempatan.

Semua ini meliputi juga kepada keperluan antarabangsa?

APSB telah menerbitkan beberapa program terkenal di Malaysia untuk studio antarabangsa seperti program kanak-kanak popular versi Australia, Hi5, Still Standing untuk NBC dan MBC Timur Tengah, Ben10 Game Show (Turner International), Ultimate Fighting Championship (WSG Singapura), Asia's Next Top Model (Active TV dan Fox International) serta banyak lagi.

Tadi ada disebut mengenai barisan bakat tanah air, adakah ia berkaitan dengan Program Pelatih Penyiaran Astro?

Bagi membangunkan krew penerbitan generasi baru, Program Pelatih Penyiaran Astro juga akan dilanjutkan ke rantau Johor Baharu. Program selama 10 bulan ini diperakui oleh organisasi Pendidikan Teknikal dan Lanjutan Australia.

Ia menawarkan sembilan modul kemahiran dengan lebih 500 jam kerja praktikal dalam studio dan acara penyiaran luar.

Raja Ilya tak kisah dibenci ~ KakiGosip! - <b>Gosip Artis Malaysia</b> <b>...</b>

Posted: 18 Aug 2014 06:52 PM PDT

RAMAI pelakon di negara ini tidak mahu membawakan watak antagonis dalam sesebuah filem mahupun drama ekoran bimbang di cop sebagai orang jahat.

Tambahan pula, masyarakat hari ini lebih beremosi jika ada pelakon yang berjaya membawakan watak hitam itu dengan jayanya.

Begitu pun, lain pula bagi Raja Ramilah Raja Mohd atau lebih dikenali sebagai Raja Ilya.

Pelakon berwajah Bollywood ini mengakui semakin selesa dan yakin untuk terus membawakan karakter jahat.

"Jika dulu, saya memang sangat risau kalau perlu membawakan watak jahat. Tetapi, selepas beberapa kali membawakan watak sebegitu, keyakinan untuk membawa watak jahat semakin meningkat.

"Malah, saya sudah tidak kisah lagi jika dibenci peminat kerana itu membuktikan lakonan saya 'menjadi'," katanya.

Kata bintang Dahlia ini lagi, ramai peminatnya memberitahu dia sememangnya serasi dengan watak hitam yang dibawakannya.

"Ramai yang cakap, saya memang sesuai bawa karakter antagonis dek muka saya ini seperti muka wanita perampas.

"Riak muka saya nampak jahat agaknya itu yang membuatkan ramai pengarah lebih kerap menawarkan karakter sedemikian.

"Mungkin itu satu kelebihan jugalah," katanya sambil tergelak.

Dek kecemerlangannya membawakan watak hitam, pelakon berusia 29 tahun itu sekali lagi diberikan kepercayaan oleh pengarah untuk memainkan watak antagonis melalui telenovela baru lakonannya, Cinta Ibadah.

Menjadi Ratna, kata Ilya, dia yakin lakonannya kali ini pasti membuatkannya lebih dibenci oleh penonton.

"Saya yakin penonton akan bertambah benci dan menyampah pada saya. Malah saya sendiri 'benci' dengan karakter yang saya bawa ini," katanya yang menjadikan watak Loki menerusi filem Thor sebagai sumber rujukannya.

Selain Ilya, Cinta Ibadah turut menampilkan Fattah Amin, Aishah Ilias, Nor Albaniah, Sherry Ibrahim, Hisyam Hamid dan Sharolnizam dan bakal disiarkan mulai 8 September ini secara eksklusif di Astro Prima (saluran 105), Maya HD (saluran 135), Ria PLUS dan Astro On The Go.

Sementara itu, Ilya yang juga bekas pramugari Malaysia Airlines (MAS) dari 2004 hingga 2009, turut terkesan dengan dua tragedi yang berlaku ke atas pesawat terbabit.

Katanya, di antara dua tragedi berkenaan, kejadian ke atas pesawat MAS, MH17 benar-benar memberikan impak yang sangat kuat ke atas dirinya.

Lebih memilukan lagi, tragedi MH17 mengorbankan rakan karibnya, Shoba bersama suami serta anaknya yang dijadualkan kembali ke tanah air bagi menghadiri perjumpaan semula mereka.

"Sebelum itu, Shoba pernah menghubungi saya dan membuat permintaan untuk meraikan Aidilfitri bersama-sama saya.

"Shoba meminta hidangan sate untuknya menjamu selera.

"Sehingga kini, saya masih lagi sedih mengenangkan permintaannya itu," katanya dalam nada sebak.

Jelasnya lagi, dia mendapat tahu berita berkenaan ketika dia sibuk dalam set penggambaran sekali gus menguji kemampuannya sebagai seorang pelakon.

"Masa itu barulah saya tahu, betapa susahnya menjadi seorang pelakon. Saya cuba kawal emosi saya agar ia tidak mengganggu lakonan saya.

"Setelah selesai, barulah saya menangis sepuas-puasnya dan menghubungi keluarga Shoba termasuk ibunya," katanya.




@



0 comments:

Post a Comment - Kembali ke Post

Gosip Artis Malaysia | <b>Artis Malaysia</b> Yang Tergolong Spornoseksual - Dunia Penuh <b>Gosip</b>