Gosip Artis Malaysia | <b>Gosip Artis Malaysia</b> | Wajah Pelajar Yang Kena Buli Di UPM <b>...</b> |
- <b>Gosip Artis Malaysia</b> | Wajah Pelajar Yang Kena Buli Di UPM <b>...</b>
- Patutlah Kanak-Kanak OKU Ini Ditinggalkan Sebegini.. Ini Puncanya <b>...</b>
- M'sia Bukan Negara Islam Tetapi Negara Umat Islam -D/Ulama PAS <b>...</b>
- Muhyiddin Hampir Pasti Letak Jawatan Dalam Masa Terdekat.. Ini <b>...</b>
<b>Gosip Artis Malaysia</b> | Wajah Pelajar Yang Kena Buli Di UPM <b>...</b> Posted: 15 Jun 2014 07:20 AM PDT Tahukah anda bahawa di Malaysia, kes-kes perceraian dikalangan selebriti Malaysia semakin meningkat setiap tahun? Bilangan kes perceraian membabitkan selebriti di Malaysia agak tinggi. Timbul persoalan adakah kahwin dan cerai sudah menjadi gaya hidup masa kini? Mendirikan rumahtangga belum sampai setahun, sudah bercerai. Peliknya, yang sudah kahwin berpuluh-puluh tahun dan mempunyai cucu pun bercerai juga. Seorang demi seorang artis dan personaliti hiburan tanah air mengalami keretakan rumah tangga yang akhirnya tidak dapat diselamatkan. Antara selebriti Malaysia yang kini sudah bergelar janda atau duda yang menjadi perbualan hangat di laman sosial ialah Eraa Fazira, Adam AF dan pasangannya Fiza Elite, Izreen Asminda dan yang baru-baru ini menggegar industri tanah air isu penceraian Abby Abadi dan pasangannya. Apakah perceraian dan usia perkahwinan yang tidak panjang merupakan fenomena di kalangan warga industri hiburan semata-mata? Mungkin apa yang akan disampaikan sini berbunyi agak 'kontroversi'. Tapi inilah hakikat dan realiti yang perlu kita terima dalam kehidupan alam perkahwinan yang penuh dengan cabaran, onak dan duri. Biarpun tiada siapa yang mengharapkan perkahwinan yang dibina atas dasar cinta akan terlerai akhirnya, namun siapalah kita untuk melawan suratan. |
Patutlah Kanak-Kanak OKU Ini Ditinggalkan Sebegini.. Ini Puncanya <b>...</b> Posted: 21 Jun 2014 09:28 PM PDT Patutlah Kanak-Kanak OKU Ini Ditinggalkan Sebegini.. Ini Puncanya SEREMBAN- "Semua orang salahkan saya dan tuding jari ke arah saya menuduh saya tidak tahu menjaga anak dengan baik, tetapi mereka tidak tahu kesempitan hidup dan kesengsaraan yang saya alami." Saya sayangkan anak saya tetapi saya perlu bekerja dan menyara kehidupan dia, saya dan seorang lagi anak lelaki berusia tujuh tahun," kata ibu remaja orang kelainan upaya (OKU) yang ditemui dalam keadaan menyayat hati oleh Jabatan Imigresen Negeri Sembilan dalam sebuah bilik di Flat Semarak, Taman Semarak Fasa 2 di Nilai, semalam. Remaja malang itu, Muhammad Firdaus Dullah, 15, ditemui Pengarah Imigresen Negeri Sembilan Faizal Fazri Othman dalam operasi 6P bersepadu di kawasan flat berkenaan selepas melakukan pemeriksaan di rumah itu. Ibu remaja itu yang kini isteri kedua dan mahu dikenali sebagai Lola, 40, berkata, dia bukan meninggalkan anak sulungnya yang menghidap penyakit celebral palsy itu tanpa jagaan dan tidak diberi makan, sebaliknya dia mendakwa meninggalkan makanan dalam bekas polisterin sebelum ke tempat kerjanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Katanya, waktu kerjanya yang tidak menentu menyebabkan dia tiada masa menguruskan Muhammad Firdaus dengan baik dan mahu anak lelakinya itu berdikari. "Apabila orang lihat keadaan dia, semua orang salahkan saya, tetapi adakah mereka mahu menjaganya sepanjang ketiadaan saya di rumah. Tiada siapa yang sanggup menjaganya kerana dia cacat," katanya sedih ketika tampil di pejabat The New Straits Times Press (M) Berhad, di sini, semalam.FAIZAL memeriksa keadaan kanak-kanak OKU yang ditinggalkan dalam sebuah bilik kotor dan busuk di Nilai. Gambar kecil, Lola ketika ditemubual wartawan. Dia yang berasal dari Sabah berkata, Muhammad Firdaus adalah anak sulung hasil perkongsian hidup dengan bekas suaminya berusia 53 tahun dan berpisah sejak 14 tahun lalu sebelum berkahwin lain pada 2004 dan dikurniakan seorang lagi anak lelaki berusia tujuh tahun. Menurutnya, sejak berpisah dengan bekas suami yang berasal dari Tawau, Sabah, dia tidak lagi berhubung dan tidak tahu di mana bekas suaminya itu tinggal dan bekerja.border- Saya tidak pernah mendaftar anak saya dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kerana tidak tahu caranya dan terpaksa meninggalkannya sendirian kerana bekerja mencari wang," katanya. Apabila ditanya mengenai nasib anaknya selepas ini, Lola berkata, dia sudah membuat keputusan untuk menyerahkan anaknya itu kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). "Bukan saya tidak sayangkan dia, sebab saya sayangkan dia saya membuat keputusan itu. Saya fikir apa akan jadi pada Muhammad Firdaus jika saya mati nanti. Ajal maut di tangan Allah SWT, saya tidak tahu jadi saya perlu bersedia," katanya. ~hmetro |
M'sia Bukan Negara Islam Tetapi Negara Umat Islam -D/Ulama PAS <b>...</b> Posted: 20 Jun 2014 11:51 PM PDT Dewan Ulama PAS Pusat menyifatkan Malaysia adalah "negara umat Islam" kerana kuasa majoritinya diperintah orang Islam, sementara pelaksanaan Islam belum terpakai sepenuh di negara ini. Dalam kenyataan medianya, Ketua Penerangan Datuk Mohd Khairuddin Aman Razali berkata Malaysia juga tidak boleh ditafsirkan sebagai negara sekular sepenuhnya. Ini kerana, katanya, terdapat peruntukan Islam sebagai agama Persekutuan mengikut Perkara 121 dan di peringkat negeri melalui Mahkamah Syariah yang membuka jalan kepada pelaksanaan Islam. "Justeru, isunya ialah bukan status negara sama ada Islam atau Sekular tetapi ialah usaha untuk memberi makna bagi Islam yang lengkap dan syumul bagi peruntukan perlembagaan Islam sebagai agama Persekutuan. Beliau mengulas perdebatan mengenai status Malaysia sebagai negara Islam atau sekular yang dicetuskan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom baru-baru ini. Mohd Khairuddin berkata kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan seperti dalam Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan perlu diberikan makna sebenar menurut sudut pandang Islam dan cara hidup bernegara melalui dua cara. Sementara itu, MP Kuala Nerus itu berkata negara Islam pula meletakkan dasar ekonomi, sosial, politik, jenayah dan hubungan antarabangsa dengan merujuk kepada al-Quran dan Sunnah berdasarkan huraian ilmuwan Islam. "Realiti amalan bernegara Malaysia hari ini sejak merdeka 1957 belum sampai ke tahap pelaksanaan Islam yang menyeluruh. Komen Weblog Ibnu Hasyim: Kesimpulannya.. |
Muhyiddin Hampir Pasti Letak Jawatan Dalam Masa Terdekat.. Ini <b>...</b> Posted: 20 Jun 2014 11:22 PM PDT Muhyiddin Hampir Pasti Letak Jawatan Dalam Masa Terdekat.. Ini Penjelasan Dari Pemimpin Umno Bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin berkata beliau tidak menolak kemungkinan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bakal meletakkan jawatan dalam masa terdekat. MuhyiddinZainuddin menulis diblognya di zamkata.blogspot.com menyatakan khabar angin sedang bertiup kencang di seluruh tanah air mengatakan Muhyiddin akan hilang daripada rombakan kabinet yang akan diumumkan tidak lama lagi oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Katanya, Muhyiddin meletakan jawatan Timbalan Perdana Menteri dan akan digantikan oleh Datuk Seri Hishammuddin Hussein, iaitu Menteri Pertahanan dan Pemangku Menteri Pengangkutan. "Muhyiddin memang telah diketahui umum memberitahu hasratnya untuk bersara kepada rakan rakan rapatnya. "Walaupun alasannya adalah umur tetapi beliau dikatakan menyimpan perasaan kecewa yang mendalam dalam beberapa hal," katanya, dipetik media Selangorku.com. Katanya mengasaskan khabar angin ini tersebar dengan luasnya kerana beliau banyak menerima pertanyaan mengenainya dari utara , selatan dan timur tanahair. "Dua orang menteri baru yang pasti akan diantik ialah dari MCA dan Gerakan dan khabarnya Datuk Ahmad Zahid Hamidi Menteri Dalam Negeri akan berpindah kementerian untuk digantikan dengan Menteri Pelancongan Datuk Nazri Aziz," katanya. ~kd Iklan C (ii) |
You are subscribed to email updates from gosip artis malaysia - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
@
Tagged @ Artis Baru
Tagged @ Artis Cantik
Tagged @ ARTIS MALAYSIA
Tagged @ Artis Melayu
Tagged @ artis wanita malaysia 2014
Tagged @ flexia masuk islam
Tagged @ Gambar Artis
Tagged @ GOSIP ARTIS
Tagged @ GOSIP ARTIS MALAYSIA
Tagged @ hamil 2014
Tagged @ MALAYSIA
0 comments:
Post a Comment - Kembali ke Post