Gosip Artis | Artis Malaysia | Gossip Artis Malaysia | Cerita Artis Malaysia | Gambar Artis Malaysia | Malaysia Artist | Artis kontroversi

Gosip Artis Malaysia | Fara Fauzana: Berselendang Bukan Berhijab. Mengapa? ~ Gossip ...

Gosip Artis Malaysia | Fara Fauzana: Berselendang Bukan Berhijab. Mengapa? ~ <b>Gossip</b> <b>...</b>

Link to gosip artis malaysia - Google Blog Search

Fara Fauzana: Berselendang Bukan Berhijab. Mengapa? ~ <b>Gossip</b> <b>...</b>

Posted: 06 Jun 2014 05:49 AM PDT

Fara Fauzana: Berselendang Bukan Berhijab. Mengapa?

FARA FAUZANA lebih gemar menggunakan istilah berselendang berbanding hijab kerana dia masih dalam proses menukar imej secara berperingkat.

HALAMAN HIBURAN

"SAYA ikhlas mengenakan selendang dan buat masa ini. Banyak lagi yang perlu saya pelajari untuk memperbaiki diri. Ia tidak ada kaitan dengan mengubah penampilan saya kerana seorang lelaki."

Kata Fara Fauzana, 34, penyampai radio dan pengacara, yang mengambil keputusan untuk mengenakan selendang. Lapor Kosmo hari ini.

Ditanya,"Adakah anda bersedia untuk berhijab sepenuhnya?"

"Saya masih dalam proses untuk mengubah imej perlahan-lahan. Disebabkan itu saya menggunakan istilah berselendang bukan berhijab." Jawabnya.

Ditanya lagi, "Adakah gosip seperti ini merupakan petanda bahawa anda akan menamatkan zaman bujang?"

Dia menjawap ikhlas, terus terang dan tidak malu-malu lagi, "Usia saya semakin meningkat dan apa yang mampu dilakukan adalah berdoa. Saya juga berharap agar peminat di luar sana turut mendoakan saya dipertemukan dengan jodoh yang baik."

Komen Weblog Ibnu Hasyim: 'Berselendang ertinya memakai tudung. Ada tudung budaya yang tidak menepati ciri-ciri menutup aurat dalam agama Islam, dan ada 'hijab' yang memang dituntut sebagai pakaian wajib untuk Muslimah sejati.

Ya, mari kita sama-sama berdoa untuk beliau, sebutkan..

"Ya, Allah ya Tuhan kami, pertemukan anak gadis bernama Fara Fauzana ini dengan jodoh yang baik, sesuai dengan ciri-ciri dan kehendak agama Islam yang mulia ini."
 
Amin!!  (IH)

Lihat sebelum ini..
Penyampai Radio Hot FM Berselendang, Ke Arah Gaya ..Juga
E-Buku IH-87: Cara Fikir Salah Artis 
E-Buku IH-87: Cara Fikir Salah Artis

(Gambar) Akhirnya.. Fitnah Jahat Ini Terbongkar ~ <b>Gossip</b> panas <b>...</b>

Posted: 05 Jun 2014 04:45 PM PDT

(Gambar) Akhirnya.. Fitnah Jahat Ini Terbongkar

Sehari dua ini, sekeping gambar menunjukkan sekumpulan gadis muda memakai tudung berada dalam gereja disebarkan menerusi aplikasi Whatsapp dan media sosial dengan keterangan gambar, orang Melayu dimurtadkan beramai-ramai.


Diharapkan mereka yang menerima kirimin ini tidak menyebarkannya kerana ia adalah satu fitnah yang sengaja diada-adakan.

Hakikat sebenarnya, para gadis bertudung tersebut adalah penuntut Fakulti Ilmu Tarbiyah dan Keguruan dari IAIN Walisongo yang menyertai Pergerakan Mahasiswa Islam Indonesia (PMII) Abdurrahman Wahid.

Gambar tersebut diambil ketika mereka mengunjungi gereja Pastoran Kebon Dalem, Semarang, Indonesia, 31 Mei  lalu dalam satu lawatan muhibah yang dianjurkan untuk lebih memahami fahaman dan Gereja Katolik.

Gambar di bawah menjadi buktinya.

Tidak kira apa pun alasan diberikan pihak yang memulakan dan memanjangkan penipuan ini, fitnah adalah satu perbuatan yang dikeji dalam Islam. ~mynewshub

Iklan C (ii)


Sindiket Larikan Bayi Dari Hospital Pula.. ~ <b>Gossip</b> panas <b>artis</b> <b>...</b>

Posted: 05 Jun 2014 06:54 PM PDT

Sindiket Larikan Bayi Dari Hospital Pula..

Bayi yang disyaki dilarikan sindiket.

JOHOR BARU: Seorang buruh binaan percaya anak perempuannya yang berusia 15 hari dilarikan sindiket penjualan bayi. Kegiatan itu dipercayai didalangi pasangan yang mendakwa suami isteri selain kerjasama jururawat hospital sebagai perantara.

Yap Chan Hwa, 32, berkata, beliau mulanya menawarkan kepada sesiapa sahaja untuk mengambil anaknya itu sebagai anak angkat sebaik dilahirkan pada November tahun lalu. Katanya, ia terpaksa dilakukan kerana tidak mampu membesarkan anak keempatnya dengan pendapatan sebanyak RM2,000 sebulan.

Bagaimanapun, katanya, seorang jururawat di hospital memperkenalkannya kepada seorang wanita yang dikenali sebagai Hui Yee yang berminat untuk mengambil anaknya sebagai anak angkat. Kata Chan Hwa, beliau kemudiannya bertemu dengan wanita itu yang hadir bersama seorang lelaki yang didakwa sebagai suaminya.

"Pasangan tersebut bersetuju untuk menjadi ibu bapa angkat kepada anak saya yang ketika itu baharu sahaja berusia 15 hari.
"Mereka mengambil anak saya dengan mengatakan mahu menghantarnya untuk menjalani pemeriksaan kesihatan dan keesokannya wanita itu menghubungi saya memaklumkan bayi saya mengalami Sindrom Down.
"Apabila saya meminta untuk mendapatkan kembali bayi saya, wanita itu meletakkan telefon dan sejak itu tidak pernah menjawab panggilan saya," katanya pada sidang media di Biro Pengaduan Awam MCA negeri di sini, Khamis.

Chan Hwa berkata, beliau berjaya mengesan nombor telefon bimbit wanita tersebut yang berada di Pontian dan pergi ke sana untuk mencari anaknya.

"Penduduk di situ memberitahu saya bahawa wanita tersebut dikenali kerana kegiatannya menjual bayi ke luar negara," katanya.

Beliau kemudiannya meminta bantuan MCA untuk mengesan anaknya itu. (mStar)

Sah!! Mayat Yang Dijumpai Milik Gareth Huntley? ~ <b>Gossip</b> panas <b>...</b>

Posted: 05 Jun 2014 07:53 AM PDT

Laporan yang mendakwa polis menemui mayat yang dikatakan lelaki warga Britain, Gareth Huntley di Pulau Tioman mendapat liputan meluas di akhbar negara kelahiran pemuda itu.

Ia seolah-olah menyampaikan mesej bahawa peluang lelaki berusia 34 tahun itu untuk hidup adalah tipis.

The Telegraph melaporkan selepas beberapa hari usaha mencari dan menyelamat dijalankan mayat mangsa ditemui dalam longkang beberapa meter daripada tempat kejadian.

Mayat tersebut ditemui pada pukul 1.30 petang ketika pasukan mencari dan menyelamat dalam perjalanan pulang ke kem. Ia menimbulkan persoalan mengapa ia mengambil masa lama untuk menemui mayat berkenaan walaupun lokasi mayat itu sebenarnya berhampiran dengan kem berkenaan.

Dalam laporan yang sama, mayat tersebut dikatakan hampir reput.

Sementara itu, Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Pahang, Morni Mamat, berkata: "Kami telah menemui mayat namun ia masih belum disahkan sama ada ia milik orang yang hilang atau sebaliknya.

"Kita akan dapat mengetahui sekiranya ia adalah mangsa tersebut," kata kerana pasukan forensik sedang dalam perjalanan untuk melakukan pemeriksaan ke atas mayat berkenaan.

The Guardian pula memetik jurucakap Pejabat Luar Britain sebagai berkata: "Polis Malaysia telah mengesahkan satu mayat telah ditemui di Pulau Tioman.

"Pegawai pejabat konsulat kini bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa Malaysia dalam menyiasat perkara tersebut kerana ia merupakan isu penting. Kami akan terus menghulurkan bantuan kepada keluarga Gareth Huntley dalam menghadapi musibah ini." ~mstar

Iklan C (ii)


Sindiket Hamba Seks: Polis Siasat Dakwaan Pembantu Rumah <b>...</b>

Posted: 05 Jun 2014 05:42 PM PDT

Abdul Samah Mat

KLANG: Polis sedang menyiasat semua laporan yang dibuat seorang pembantu rumah berusia 33 tahun, termasuk dakwaan bayinya dibuang oleh ejennya di Genting Highlands. Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Samah Mat berkata, selain itu, pihaknya juga menyiasat dakwaan dia dirogol  seorang lelaki India.

"Sehingga kini, 13 pembantu rumah warga Indonesia, termasuk ibu bayi itu berada dalam tahanan polis dan mereka akan dihantar ke Jabatan Imigresen kerana tinggal melebihi tempoh di negara ini," katanya kepada pemberita selepas melawat Ibu Pejabat Polis Daerah Utara Klang, Khamis.

Mengenai sama ada pembantu rumah didera secara seksual, Abdul Samah berkata, ia masih dalam siasatan, sambil menambah bahawa beliau tidak dapat mendedahkan maklumat lanjut mengenai kes itu yang boleh menjejaskan siasatan.

"Saya tidak boleh mendedahkan maklumat lanjut sama ada ejen itu, pembantu rumah termasuk yang mendakwa dirogol atau mengapa ejen membawa bayi itu ke Genting Highlands kerana setakat ini polis sedang menjalankan sisatan.
"Bagi punca kematian bayi, kita perlu menunggu keputusan bedah siasat," katanya.

Ditanya jika pembantu rumah diletakkan di rumah usang, beliau menafikan, malah mereka diselamatkan di rumah mewah di Kota Kemuning dan turut dibenarkan menggunakan telefon. Beliau juga menafikan lelaki India yang didakwa bapa kepada bayi itu sudah ditahan.

Abdul Samah berkata, polis juga mencari pembantu rumah lain selepas siasatan awal menunjukkan terdapat sejumlah 20 daripada mereka yang tinggal tersebut. Selain itu, katanya, isteri kepada ejen itu yang ditahan pada Rabu telah dibebaskan dengan jaminan polis. (IH)

Banjir Kilat Di UIAM Gombak. ~ <b>Gossip</b> panas <b>artis malaysia</b>

Posted: 05 Jun 2014 03:51 AM PDT

Banjir Kilat Di UIAM Gombak.


KL: Banjir kilat yang melanda Universiti Islam Malaysia (UIAM) di Gombak dan kawasan sekitarnya semalam menyebabkan banyak kenderaan rosak teruk akibat ditenggelami air. Difahamkan banjir kilat tersebut berlaku akibat hujan lebat sehingga air sungai Gombak melimpah.

Bagaimanapun ia surut tidak lama kemudian dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan. Di kampus tersebut juga semalam berlangsungnya program siswa dan penjawat awam bersama bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. Gambar keadaan banjir itu semalam turut dikongsi pelajar kampus tersebut dan orang ramai di Facebook dan blog.





(IH)




@



0 comments:

Post a Comment - Kembali ke Post

Gosip Artis Malaysia | Fara Fauzana: Berselendang Bukan Berhijab. Mengapa? ~ <b>Gossip</b> <b>...</b>