Gosip Artis | Artis Malaysia | Gossip Artis Malaysia | Cerita Artis Malaysia | Gambar Artis Malaysia | Malaysia Artist | Artis kontroversi

Gosip Artis Malaysia | 2 more - Gosip Artis Malaysia - Blogger

Gosip Artis Malaysia | 2 more - <b>Gosip Artis Malaysia</b> - Blogger

Link to gosip artis malaysia - Google Blog Search

2 more - <b>Gosip Artis Malaysia</b> - Blogger

Posted: 14 Jun 2014 12:44 AM PDT

Kehendak skrip, menjiwai dan menghayati watak selain membuktikan keberanian diri mencuba sesuatu yang baru, akhirnya mendorong pelakon menggadaikan maruah serta perasaan malu apabila sanggup membelakangi norma masyarakat dan memperjudikan hukum agama sekalipun memberi alasan ia dilakukan atas tujuan kerja mahupun nilai estetika sesebuah karya itu. Jom kali ini kita selongkar antara artis yang menayangkan tubuh mereka di dalam filem bagi menjayakan watak yang dilakonkan..!!

1 – Zizan


Zizan melucutkan pakaian towel yang dipakai bagi memenuhi tuntutan skrip berbogel apabila melihat pocong di dalam Filem Hantu Bonceng yang kontroversi itu. Cerita Hantu Bonceng mengisahkan Amran seorang budak Delivery yang gemar berlumba secara haram motor Drag. Satu hari selepas memenagi satu perlumbaan, Amran telah di hadiahkan seorang Bohsia bernama Maya sebagai habuan perlumbaan. Malang tidak berbau, di ketika Amran hendak membawa bohsia yang memboncengnya itu keluar dari port, mereka telah kemalangan dan Bohsia tersebut mati ditempat kejadian.

2 – Ana Dahlia



Pelakon baru yang meningkat naik menerusi drama Nora Elena ini memberitahu dia juga pernah mendedahkan tubuh untuk filem lakonannya berjudul Mantra. Gambar yang mendedahkan belakang Ana Dahlia itu yang dijadikan poster filem Mantra walaupun menjadi kontroversi, Ana mengakui tindakan berani itu sekadar memenuhi watak yang dibawakannya.

3 – Arja Le

Bagi pelakon filem Songsang, Anu dalam botol ini pula, Arja Lee semakin popular apabila aksi bogelnya untuk salah satu adegan dalam filem tersebut mendapat kritikan. Namun bagi pelakon baru ni, dia menganggap itu tindakan beraninya bagi menyampaikan mesej positif sesuai dengan mesej yang ingin disampaikan oleh filem. Pada mulanya saya diberi Seluar dalam warna kulit dan apabila air dan buih sabun mula mengalir di seluruh badan, keadaan menjadi tidak selesa. Akhirnya saya meminta kebenaran daripada pengarah untuk mandi bogel dan dia bersetuju dengan permintaan saya ituggambaran itu dilakukan dari sudut tepi dan Benda itu "Alat Sulit" saya tak nampak.

4 – Fasha Sandha

Fasha Sandha kembali menyengat dalam sebuah filem Prof Madya A. Razak Mohaideen dalam sebuah filem seram berjudul Skrip 7707. Kali ini, Fasha Sandha dengan berani matinya berkemban dalam satu scene di mana Fasha Sandha mandi di perigi yang hanya didindingi oleh daun kelapa. Realitinya, memang orang kampung dulu-dulu mandi berkemban, tidak macam orang zaman sekarang yang kebanyakannya tidak menutup badan ketika mandi.

5 – Remy Ishak

Remy Ishak menjadi buah mulut orang ramai apabila membintangi cerita pendek"Comolot" yang memaparkan aksi mandi Remy Ishak bersama pasangan songsangnya tetapi, sedang asyik dibuai asmara, pasangan songsang itu kantoi apabila teman wanita Remy Ishak menerjah masuk ke dalam tandas.

6 – Nabila Huda

Filem Bohsia – Jangan Pilih Jalan Hitam ini mengetengahkan unsur-unsur gejala negatif seperti mat rempit, bohsia, salah guna dadah dan seks luar nikah, maka dikenakan klasifikasi 18PL (penonton berusia bawah 18 tahun dilarang menonton atas sebab unsur ganas, seks, dan kebudayaan). Terdapat adegan Nabila Huda dirogol oleh Mat Rempit setelah kecewa dengan kekasihnya yang curang.

7 – Maya Karin

Izzah (Maya Karin), gadis yatim piatu yang kematian ibu dan ayah akibat kemalangan jalan raya. Justeru itu, ayah saudaranya, Taha, mengambil tugas memelihara Izzah. Pada masa sama, Pak Cik Taha banyak berhutang. Disebabkan kesempitan wang dia sanggup menjual Izzah kepada seorang tauke kelab malam. Di situlah dia berkenalan dengan seorang pelanggan bernama Hariz (Aaron Aziz). Hariz sanggup 'membeli' Izzah dengan harga yang mahal dari tauke kelab itu dan mahu membawa dia keluar dari neraka jahanam itu.

8- Nurul Ain

Artis baru, Nurul Ain yang kini hangat diperkatakan dan mencetuskan kontroversi di dada akhbar dan internet apabila gambarnya yang mendedahkan bahagian belakang tubuhnya untuk adegan sebuah filem berjudul "Suatu Malam Kubur Berasap" tersebar luas di internet.Menurut Nurul Ain, gambar itu sepatutnya tidak tersebar kerana dalam persetujuan, gambar tersebut perlu diedit terlebih dahulu sebelum digunakan bagi tujuan promosi. Malah dia juga meminta maaf jika gambar tersebut menyinggung perasaan mana-mana pihak.

9 – Zul Handy Black

Lakonan Zul di dalam filem Mantra memaksa Zul berbogel selepas salah satu adegan menuntut ilmu hitam.Filem seram ini mengangkat kisah penggunaan ilmu hitam kerana dendam dan kepentingan diri sendiri. Kisah bermula dengan pembukaan cerita di kawasan perkuburan di mana Muzir dianiaya oleh Hasbi demi melengkapkan ilmu hitam serta mendapatkan isteri Muzir. Akibatnya Muzir dipenjarakan seumur hidup. KISAH benar melibatkan pengamal ilmu hitam dan ajaran sesat di Bandung, Indonesia diterjemahkan secara mendalam dalam Mantra. Ejaan bagi judul filem tersebut juga sengaja dikekalkan kerana perahan idea dan jalan cerita berasal dari tanah seberang.

Ranking: 5

<b>Gosip Artis Malaysia</b> | Fara Fauzana: Berselendang Bukan Berhijab <b>...</b>

Posted: 12 Jun 2014 08:38 AM PDT

Fara Fauzana: Berselendang Bukan Berhijab. Mengapa? ~ <b>Gossip</b> <b>...</b>

Posted: 06 Jun 2014 05:49 AM PDT

Fara Fauzana: Berselendang Bukan Berhijab. Mengapa?

FARA FAUZANA lebih gemar menggunakan istilah berselendang berbanding hijab kerana dia masih dalam proses menukar imej secara berperingkat.

HALAMAN HIBURAN

"SAYA ikhlas mengenakan selendang dan buat masa ini. Banyak lagi yang perlu saya pelajari untuk memperbaiki diri. Ia tidak ada kaitan dengan mengubah penampilan saya kerana seorang lelaki."

Kata Fara Fauzana, 34, penyampai radio dan pengacara, yang mengambil keputusan untuk mengenakan selendang. Lapor Kosmo hari ini.

Ditanya,"Adakah anda bersedia untuk berhijab sepenuhnya?"

"Saya masih dalam proses untuk mengubah imej perlahan-lahan. Disebabkan itu saya menggunakan istilah berselendang bukan berhijab." Jawabnya.

Ditanya lagi, "Adakah gosip seperti ini merupakan petanda bahawa anda akan menamatkan zaman bujang?"

Dia menjawap ikhlas, terus terang dan tidak malu-malu lagi, "Usia saya semakin meningkat dan apa yang mampu dilakukan adalah berdoa. Saya juga berharap agar peminat di luar sana turut mendoakan saya dipertemukan dengan jodoh yang baik."

Komen Weblog Ibnu Hasyim: 'Berselendang ertinya memakai tudung. Ada tudung budaya yang tidak menepati ciri-ciri menutup aurat dalam agama Islam, dan ada 'hijab' yang memang dituntut sebagai pakaian wajib untuk Muslimah sejati.

Ya, mari kita sama-sama berdoa untuk beliau, sebutkan..

"Ya, Allah ya Tuhan kami, pertemukan anak gadis bernama Fara Fauzana ini dengan jodoh yang baik, sesuai dengan ciri-ciri dan kehendak agama Islam yang mulia ini."
 
Amin!!  (IH)

Lihat sebelum ini..
Penyampai Radio Hot FM Berselendang, Ke Arah Gaya ..Juga
E-Buku IH-87: Cara Fikir Salah Artis 
E-Buku IH-87: Cara Fikir Salah Artis

(Gambar) Akhirnya.. Fitnah Jahat Ini Terbongkar ~ <b>Gossip</b> panas <b>...</b>

Posted: 05 Jun 2014 04:45 PM PDT

(Gambar) Akhirnya.. Fitnah Jahat Ini Terbongkar

Sehari dua ini, sekeping gambar menunjukkan sekumpulan gadis muda memakai tudung berada dalam gereja disebarkan menerusi aplikasi Whatsapp dan media sosial dengan keterangan gambar, orang Melayu dimurtadkan beramai-ramai.


Diharapkan mereka yang menerima kirimin ini tidak menyebarkannya kerana ia adalah satu fitnah yang sengaja diada-adakan.

Hakikat sebenarnya, para gadis bertudung tersebut adalah penuntut Fakulti Ilmu Tarbiyah dan Keguruan dari IAIN Walisongo yang menyertai Pergerakan Mahasiswa Islam Indonesia (PMII) Abdurrahman Wahid.

Gambar tersebut diambil ketika mereka mengunjungi gereja Pastoran Kebon Dalem, Semarang, Indonesia, 31 Mei  lalu dalam satu lawatan muhibah yang dianjurkan untuk lebih memahami fahaman dan Gereja Katolik.

Gambar di bawah menjadi buktinya.

Tidak kira apa pun alasan diberikan pihak yang memulakan dan memanjangkan penipuan ini, fitnah adalah satu perbuatan yang dikeji dalam Islam. ~mynewshub

Iklan C (ii)


Sindiket Larikan Bayi Dari Hospital Pula.. ~ <b>Gossip</b> panas <b>artis</b> <b>...</b>

Posted: 05 Jun 2014 06:54 PM PDT

Sindiket Larikan Bayi Dari Hospital Pula..

Bayi yang disyaki dilarikan sindiket.

JOHOR BARU: Seorang buruh binaan percaya anak perempuannya yang berusia 15 hari dilarikan sindiket penjualan bayi. Kegiatan itu dipercayai didalangi pasangan yang mendakwa suami isteri selain kerjasama jururawat hospital sebagai perantara.

Yap Chan Hwa, 32, berkata, beliau mulanya menawarkan kepada sesiapa sahaja untuk mengambil anaknya itu sebagai anak angkat sebaik dilahirkan pada November tahun lalu. Katanya, ia terpaksa dilakukan kerana tidak mampu membesarkan anak keempatnya dengan pendapatan sebanyak RM2,000 sebulan.

Bagaimanapun, katanya, seorang jururawat di hospital memperkenalkannya kepada seorang wanita yang dikenali sebagai Hui Yee yang berminat untuk mengambil anaknya sebagai anak angkat. Kata Chan Hwa, beliau kemudiannya bertemu dengan wanita itu yang hadir bersama seorang lelaki yang didakwa sebagai suaminya.

"Pasangan tersebut bersetuju untuk menjadi ibu bapa angkat kepada anak saya yang ketika itu baharu sahaja berusia 15 hari.
"Mereka mengambil anak saya dengan mengatakan mahu menghantarnya untuk menjalani pemeriksaan kesihatan dan keesokannya wanita itu menghubungi saya memaklumkan bayi saya mengalami Sindrom Down.
"Apabila saya meminta untuk mendapatkan kembali bayi saya, wanita itu meletakkan telefon dan sejak itu tidak pernah menjawab panggilan saya," katanya pada sidang media di Biro Pengaduan Awam MCA negeri di sini, Khamis.

Chan Hwa berkata, beliau berjaya mengesan nombor telefon bimbit wanita tersebut yang berada di Pontian dan pergi ke sana untuk mencari anaknya.

"Penduduk di situ memberitahu saya bahawa wanita tersebut dikenali kerana kegiatannya menjual bayi ke luar negara," katanya.

Beliau kemudiannya meminta bantuan MCA untuk mengesan anaknya itu. (mStar)

Sah!! Mayat Yang Dijumpai Milik Gareth Huntley? ~ <b>Gossip</b> panas <b>...</b>

Posted: 05 Jun 2014 07:53 AM PDT

Laporan yang mendakwa polis menemui mayat yang dikatakan lelaki warga Britain, Gareth Huntley di Pulau Tioman mendapat liputan meluas di akhbar negara kelahiran pemuda itu.

Ia seolah-olah menyampaikan mesej bahawa peluang lelaki berusia 34 tahun itu untuk hidup adalah tipis.

The Telegraph melaporkan selepas beberapa hari usaha mencari dan menyelamat dijalankan mayat mangsa ditemui dalam longkang beberapa meter daripada tempat kejadian.

Mayat tersebut ditemui pada pukul 1.30 petang ketika pasukan mencari dan menyelamat dalam perjalanan pulang ke kem. Ia menimbulkan persoalan mengapa ia mengambil masa lama untuk menemui mayat berkenaan walaupun lokasi mayat itu sebenarnya berhampiran dengan kem berkenaan.

Dalam laporan yang sama, mayat tersebut dikatakan hampir reput.

Sementara itu, Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Pahang, Morni Mamat, berkata: "Kami telah menemui mayat namun ia masih belum disahkan sama ada ia milik orang yang hilang atau sebaliknya.

"Kita akan dapat mengetahui sekiranya ia adalah mangsa tersebut," kata kerana pasukan forensik sedang dalam perjalanan untuk melakukan pemeriksaan ke atas mayat berkenaan.

The Guardian pula memetik jurucakap Pejabat Luar Britain sebagai berkata: "Polis Malaysia telah mengesahkan satu mayat telah ditemui di Pulau Tioman.

"Pegawai pejabat konsulat kini bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa Malaysia dalam menyiasat perkara tersebut kerana ia merupakan isu penting. Kami akan terus menghulurkan bantuan kepada keluarga Gareth Huntley dalam menghadapi musibah ini." ~mstar

Iklan C (ii)


Sindiket Hamba Seks: Polis Siasat Dakwaan Pembantu Rumah <b>...</b>

Posted: 05 Jun 2014 05:42 PM PDT

Abdul Samah Mat

KLANG: Polis sedang menyiasat semua laporan yang dibuat seorang pembantu rumah berusia 33 tahun, termasuk dakwaan bayinya dibuang oleh ejennya di Genting Highlands. Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Samah Mat berkata, selain itu, pihaknya juga menyiasat dakwaan dia dirogol  seorang lelaki India.

"Sehingga kini, 13 pembantu rumah warga Indonesia, termasuk ibu bayi itu berada dalam tahanan polis dan mereka akan dihantar ke Jabatan Imigresen kerana tinggal melebihi tempoh di negara ini," katanya kepada pemberita selepas melawat Ibu Pejabat Polis Daerah Utara Klang, Khamis.

Mengenai sama ada pembantu rumah didera secara seksual, Abdul Samah berkata, ia masih dalam siasatan, sambil menambah bahawa beliau tidak dapat mendedahkan maklumat lanjut mengenai kes itu yang boleh menjejaskan siasatan.

"Saya tidak boleh mendedahkan maklumat lanjut sama ada ejen itu, pembantu rumah termasuk yang mendakwa dirogol atau mengapa ejen membawa bayi itu ke Genting Highlands kerana setakat ini polis sedang menjalankan sisatan.
"Bagi punca kematian bayi, kita perlu menunggu keputusan bedah siasat," katanya.

Ditanya jika pembantu rumah diletakkan di rumah usang, beliau menafikan, malah mereka diselamatkan di rumah mewah di Kota Kemuning dan turut dibenarkan menggunakan telefon. Beliau juga menafikan lelaki India yang didakwa bapa kepada bayi itu sudah ditahan.

Abdul Samah berkata, polis juga mencari pembantu rumah lain selepas siasatan awal menunjukkan terdapat sejumlah 20 daripada mereka yang tinggal tersebut. Selain itu, katanya, isteri kepada ejen itu yang ditahan pada Rabu telah dibebaskan dengan jaminan polis. (IH)

Banjir Kilat Di UIAM Gombak. ~ <b>Gossip</b> panas <b>artis malaysia</b>

Posted: 05 Jun 2014 03:51 AM PDT

Banjir Kilat Di UIAM Gombak.


KL: Banjir kilat yang melanda Universiti Islam Malaysia (UIAM) di Gombak dan kawasan sekitarnya semalam menyebabkan banyak kenderaan rosak teruk akibat ditenggelami air. Difahamkan banjir kilat tersebut berlaku akibat hujan lebat sehingga air sungai Gombak melimpah.

Bagaimanapun ia surut tidak lama kemudian dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan. Di kampus tersebut juga semalam berlangsungnya program siswa dan penjawat awam bersama bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. Gambar keadaan banjir itu semalam turut dikongsi pelajar kampus tersebut dan orang ramai di Facebook dan blog.





(IH)

Berita Baik Dari Negeri Selangor Yang Mungkin Tidak Disiarkan Di <b>...</b>

Posted: 19 Jun 2014 01:45 AM PDT

Berita Baik Dari Negeri Selangor Yang Mungkin Tidak Disiarkan Di Buletin Utama TV3

SHAH ALAM: Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor yang bersidang selama tiga hari telah berjaya mencatat sejarah untuk julung kalinya apabila meluluskan usul daripada pihak pembangkang Barisan Nasional.

ADUN Jeram (Barisan Nasional), Datuk Amiruddin Setro yang telah mencadangkan agar Kerajaan Negeri Selangor melalui Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) menyiasat dan menghentikan serta-merta sebarang projek pembangunan yang dilaksanakan tanpa kebenaran merancang.

Amirudin berkata, pembangunan yang tidak terancang dan terkawal akan membawa kepada masalah banjir kilat, hakisan dan tanah runtuh yang akan membahayakan keselamatan rakyat.

Speaker DUN Selangor Hannah Yeoh, ketika ditemui FMT berkata, ini merupakan satu perkembangan yang sangat baik kerana berjaya menunjukkan kematangan ahli-ahli dewan dan membahaskan sesuatu isu.

Katanya lagi, beliau telah membuat satu keputusan yang betul dan adil dengan membenarkan usul tersebut dibahaskan.

"Ini yang saya mahukan dalam politik Selangor, dan bukan hanya membawakan usul kaum dan sensitiviti agama.

Beliau turut memuji semua Adun kerana berjaya menganalisa isu-isu yang berlaku di kawasan mereka. ~fmt

Iklan C (ii)





@



0 comments:

Post a Comment - Kembali ke Post

Gosip Artis Malaysia | 2 more - <b>Gosip Artis Malaysia</b> - Blogger