“N/Islam M'sia - Gossip panas <b>artis malaysia</b> - Blogger” plus 1 more | Gosip Artis Malaysia |
N/Islam M'sia - Gossip panas <b>artis malaysia</b> - Blogger Posted: 04 May 2014 05:54 PM PDT N/Islam M'sia (?) Jadi Tumpuan Pelacur Negara Bekas Soviet Pula.. KL: Negara Islam (?) atau yang sebenarnya 'negara umat Islam' Malaysia jadi tumpuan pelacur negara bekas Soviet Union pula.. Anggapan begini muncul apabila myMetro melaporkan.. "Jika dulu sukar mendapatkan wanita dari negara bekas Soviet Union sebagai pelacur, namun sejak setahun lalu kemasukan ramai wanita dari rantau berkenaan untuk tujuan melancong memungkinkan mereka dieksploitasi sindiket pelacuran bagi memenuhi permintaan lelaki tempatan." "Kebanyakan wanita berkenaan adalah dari Uzbekistan, Tajikistan, Russia, Kyrgyzstan dan Ukraine. "Namun, sukar mendapatkan khidmat wanita terbabit kerana dikawal ahli sindiket pelacuran dan dikhaskan kepada pelanggan yang 'berpoket tebal'. "Apakah rakyat Malaysia tidak merasa jijik dan malu dengan perbuatan tidak bertamadun ini? Siapakah yang bertanggung jawab, kalau bukan pemimpin-pemimpin Malaysia sendiri terutamanya yang beragama Islam, terhadap perlakuan najis zina ini?" Tanya weblog Ibnu Hasyim. (IH) |
Berteduh Di Kontena Terbuang Sejak 2008, Di Bawah K'jaan UMNO <b>...</b> Posted: 04 May 2014 04:45 PM PDT Berteduh Di Kontena Terbuang Sejak 2008, Di Bawah K'jaan UMNO/BN.. Berteduh di kontena terbuang "Walaupun tinggal di dalam kontena, tetapi kami tetap bersyukur kerana masih memiliki tempat berteduh. Dia menjadikan sebuah kontena di Kampung Pachitan, Chuah, di sini sebagai tempat berteduh bersama adiknya, Muhammad Shaffiq, 17, sejak kematian ibu mereka dan ditinggalkan bapa pada 2008. Menceritakan kisah hidupnya, Nur Atiqah berkata, sebelum tinggal dalam kontena terbabit, dia dan keluarga menetap di Pasir Panjang, di sini. Nur Atiqah berkata, ibunya meninggal dunia akibat radang paru-paru pada 2008 dan kesedihan itu bertambah seminggu selepas itu apabila bapa pula menghilangkan diri tanpa khabar berita. "Sejak itulah, saya dan adik (Muhammad Shaffiq) terpaksa menumpang di rumah ibu saudara di kampung ini dan bersekolah di kawasan ini," katanya. Menurutnya, akibat kesusahan hidup, adiknya terpaksa berhenti sekolah pada 2010 dan bekerja di kampung itu bagi mencari sumber pendapatan. Nut Atiqah berkata, nasib malang menimpa dia dan adiknya kerana pada 2012 terpaksa keluar dari rumah ibu saudara akibat masalah keluarga. "Saya dan adik menemui kontena terbuang di kampung ini dan meminta izin penduduk untuk tinggal di sini," katanya yang sempat menamatkan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada 2012. Bagaimanapun, kesusahan dialami Nuq Atiqah dan adiknya mendapat perhatian isteri Ketua UMNO Bahagian Telok Kemang Bibi Sharliza Khalid yang mengunjungi dua beradik itu bersama jentera Puteri dan Wanita UMNO. Kehadiran berkenaan dibuat sejurus penduduk membuat aduan kepada Biro Pengaduan Awam UMNO Bahagian Telok Kemang. Bibi Sharliza berkata, beliau sedih selepas mengetahui kisah hidup dialami Nur Atiqah dan adiknya. Sementara itu, Pergerakan Puteri dan Wanita UMNO Telok Kemong turut menyampaikan sumbangan keperluan harian kepada dua beradik terbabit. (myMetro) Komen Weblog Ibnu Hasyim: 6 Tahun, hidup menderita di bawah kerajaan UMNO/BN, baru sekarang ada yang ambil tahu? Bertanggung jawabkah pemimpin Malaysia hari ini? Lihat sebelum ini.. |
You are subscribed to email updates from Artis Malaysia - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
@
Tagged @ Artis Baru
Tagged @ Artis Cantik
Tagged @ ARTIS MALAYSIA
Tagged @ Artis Melayu
Tagged @ GOSIP ARTIS
Tagged @ GOSIP ARTIS MALAYSIA
0 comments:
Post a Comment - Kembali ke Post