Memetik portal Bharian, Aidil mengakui mampu memberikan RM2000 sebulan untuk bekas isterinya itu. Jumlah itu diberikan selepas dia keluar rumah di kota Damansara pada Januari 2012, tapi tidak untuk bayaran tertentu.
“Ketika tempoh perkahwinan, saya memberikan (kepada Rita) RM5,000 untuk bayaran rumah, makan minum dan pengangkutan.Pada prosiding itu juga, peguam syarie turut membangkitkan pemilikan sebuah kereta Mercedes milik Aidil yang tidak pernah disebut oleh pemain bola sepak itu pada perbicaraan terdahulu.
“Bagaimanapun, sejak keluar (rumah) saya hanya bagi RM2,000 sebulan, selepas ditolak tanggungan rumah RM3,000. Saya tolak sebab majikan ketika itu, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sediakan rumah, jadi tak perlu bayar, ”
Menjawab soalan itu, Aidil mengaku membeli kereta berharga RM240,000 itu pada 2012, dengan bayaran ansuran bulanan sebanyak RM3,000.
Katanya, ansuran itu dibayar majikannya berdasarkan perjanjian dipersetujui ketika menandatangani kontrak untuk bersama pasukan terbabit.
Perbicaraan bersambung pada 9 dan 25 Jun ini.
@
Tagged @ Aidil Zafuan
Tagged @ Artis Baru
Tagged @ ARTIS MALAYSIA
Tagged @ Artis Melayu
Tagged @ Berita Artis
Tagged @ flexia
Tagged @ GOSIP ARTIS
Tagged @ GOSIP ARTIS MALAYSIA
Tagged @ Mahkamah
Tagged @ Mercedes
Tagged @ Nafkah
Tagged @ Pemain Bola Sepak
Tagged @ Perceraian Artis
Tagged @ Rita Rudaini
0 comments:
Post a Comment - Kembali ke Post