Tiada angin atau ribut, gosip ini semakin liar tanpa arah tujuannya sebenarnya.
Memetik portal mStar semalam, Jep yang ditemui telah menafikan sekeras-keras yang dirinya sudah bertunang seperti yang didakwa oleh penulis blog berkenaan.
Jep akui dirinya masih single dan masih dalam proses pencarian calon isteri, walaupun dihentam dengan gosip yang tidak benar, namun Jep seorang yang cool, dia menganggap ianya satu doa.
"Perkara itu (bertunang) langsung tidak berlaku dan berita itu adalah bohong.
"Terkejut juga apabila mendapat tahu berita 'pertunangan' saya sedangkan saya sendiri tidak tahu tentang hal itu. Pelik rasanya apabila ada pihak yang lebih tahu mengenai saya berbanding saya sendiri,"
"Saya tidak faham kenapa penulis berkenaan tidak menghubungi saya sebelum keluarkan berita tersebut.
"Kenapa selepas keluar berita tidak sahih itu barulah semua nak hubungi saya?
"Bukannya saya tidak mahu beri kerjasama tetapi saya rasa ianya cukup adil antara kedua-dua belah pihak apabila mereka keluarkan berita tanpa mendapatkan penjelasan saya dan saya pula tidak memberi kerjasama untuk memberi penjelasan," - Jep
@
Tagged @ Gossip Artis
Tagged @ Hot FM
Tagged @ Jep Sepah
Tagged @ Johor
Tagged @ Pelawak
Tagged @ Pertunangan
0 comments:
Post a Comment - Kembali ke Post