Baguslah seperti ini kan, dapat suami mithali yang mahu menjaga isterinya, bukan nak suh p penyanyi dengan cara sebelum kahwin tu lagi, nak lihat isteri yang taat suami dengan mengikut kehendak syariat dan agama.
“Sejak berkahwin, rutin saya sudah berbeza di mana saya tidak mempunyai banyak masa terluang. Kehidupan saya kini hanya fokus untuk suami, keluarga, kerjaya dan juga amal jariah. Alhamdulillah, suami juga banyak membimbing saya. Dia tak nak saya seksi dan saya menghormati permintaannya. Dia juga menggalakkan saya ke arah memakai hijab dan secara peribadi, saya sudah bersedia pada bila-bila masa saja,
Tidak dinafikan sejak kahwin, ramai yang bertanyakan tentang soal anak. Alhamdulillah, saya tidak tertekan apabila ada yang bertanya mengenai perkara ini dan anggap ia sebagai satu doa. InsyaAllah, saya masih mencuba dan jika tak ada itu maksudnya belum ada rezeki saya lagi untuk mempunyai anak.
Secara jujur, ada juga saya memasang niat untuk mengambil anak angkat apabila tengok rakan-rakan artis seperti Umie Aida dan Misha Omar macam seronok saja ada anak angkat. Namun, perkara ini tak mudah kerana tanggungjawabnya sangat berat dan saya takut tak dapat laksanakan tanggungjawab andai saya mengambil anak angkat,” -Ella. memetik portal GUA
@
Tagged @ Berita Artis
Tagged @ Ella
Tagged @ Islam
Tagged @ Penyanyi
Tagged @ Ratu Rock
Tagged @ Suami Isteri
Tagged @ Tudung
0 comments:
Post a Comment - Kembali ke Post