Setelah seminggu permohonan cerai itu dibuat oleh Zahnita sendiri, dia belum lagi dapat menyerahkan tuntutan itu kerana kelibat suami berada di luar kawasan. Namun kes cerai ini akan dibicarakan semula pada 19 Disember ini.
"Pilihan ini untuk masa depan saya dan kedua-dua anak saya, Zahrafeena dan Zasharayna membina kehidupan yang lebih cerah selepas ini. Saya tidak mahu menjadi hipokrit lagi!
"Saya sudah memfailkan tuntutan fasakh untuk bercerai dengan suami saya pada 18 November lalu kerana kami bukan lagi ditakdirkan untuk hidup bersama. Jangan tanya kenapa tapi inilah keputusan terbaik untuk kedua-dua belah pihak dan keluarga kami
"Sudah banyak kali saya cuba memperbaiki hubungan yang makin retak tapi tidak berjaya. Kami cuba berbincang dan pernah membawa kes ini untuk mendapatkan khidmat kaunselor perkahwinan, namun tetap gagal.
"Bukan senang untuk membuat keputusan ini, saya tidak menyesal dengan perkahwinan yang telah terbina selama tempoh lapan tahun ini. Bagaimanapun, saya menganggap mungkin kesilapan saya berkahwin terlalu muda.
"Ketika itu saya terlalu naif dan terburu-buru membuat keputusan tanpa berfikir panjang tapi syukur Alhamdulillah saya dikurniakan dua orang puteri menyerikan hidup saya selama ini,
"Saya bersedia dengan sebarang kemungkinan pada masa akan datang. Saya sedia menjadi ibu dan bapa kepada kedua-dua anak saya. Disebabkan itu saya mengambil keputusan nekad ini," Zahnita. Kosmo!
@
Tagged @ Berita Artis
Tagged @ Model
Tagged @ Pelakon
Tagged @ Perceraian Artis
Tagged @ Rumah Tangga
Tagged @ Zahnita
0 comments:
Post a Comment - Kembali ke Post