Perkenalan mereka bermula 2 bulan yang lalu lantas tanpa membuang masa untuk menjadi suami isteri yang sah dalam masa terdekat ini..
"Kami mula berkenalan kira-kira dua bulan lalu sebelum bersetuju untuk berkahwin tidak berapa lama selepas perkenalan itu. Saya tidak pernah menjangka akan kembali bergelar isteri apatah lagi pada usia seperti ini, namun kita tidak dapat melawan ketentuan takdir Allah.
Dalam waktu yang sama, saya turut bersyukur dan terharu kerana masih ada individu yang bersedia menjadi tempat berlindung dan menumpang kasih dan sayang,
Sesungguhnya saya amat sedih apabila ada suara-suara yang melemparkan kata-kata kurang manis seperti saya sudah tua namun masih gatal dan sebagainya.
Sejujurnya saya bersetuju dengan perkahwinan ini bukan disebabkan hawa nafsu atau harta dunia. Tetapi saya mencari teman hidup, sekurang-kurangnya saya mempunyai peneman hidup yang dapat berkongsi waktu susah dan senang. Walau apa tohmahan masyarakat sekeliling, saya berharap mereka di luar sana dan peminat akan mendoakan kebahagiaan saya,"
@
Tagged @ Ahli Perniagaan
Tagged @ Artis Janda
Tagged @ Berita Artis
Tagged @ Johor
Tagged @ Pelakon Vateran
Tagged @ Perkahwinan Artis
Tagged @ Wan Maimunah
0 comments:
Post a Comment - Kembali ke Post