Gosip Artis | Artis Malaysia | Gossip Artis Malaysia | Cerita Artis Malaysia | Gambar Artis Malaysia | Malaysia Artist | Artis kontroversi

Irma Hasmie Rindu Dunia Lakonan

Sudah lama kita tidak melihat kelibat Irma Hasmie berlakon kan tak kira di slot drama mahupun filem. Namun Irma akui yang dia kini lebih suka menjaga anak sulungnya, Redza Syah Irfhan yang kini berusia 8 bulan dan juga merindui bidang lakonan yang pernah diceburinya dahulu.

Memetik portal Kosmo! Irma mengatakan yang dia terpaksa menolak tawaran berlakon kerana kesempitan waktu setelah bergelar ibu dan isteri pada ketika ini.
"Saya amat merindui untuk kembali berlakon, namun selepas bergelar seorang ibu kekangan masa membataskan saya untuk kembali aktif. Saya masih mendapat tawaran lakonan tetapi buat masa sekarang saya terpaksa menolak.

"Saya boleh membuat pertimbangan jika tawaran watak tersebut tidak memerlukan saya berada terlalu lama di set penggambaran," -Irma.



@



0 comments:

Post a Comment - Kembali ke Post

Irma Hasmie Rindu Dunia Lakonan