Gosip Artis | Artis Malaysia | Gossip Artis Malaysia | Cerita Artis Malaysia | Gambar Artis Malaysia | Malaysia Artist | Artis kontroversi

Iqram Lamar Soo Wincci Tapi..

Wah kejutan ni nampaknya, penyanyi dan model, Soo Wincci memang mengakui yang rapat dengan Iqram Dinzly. Iqram juga melamar Soo dengan cara yang tidak diduga Soo sendiri.

Jelas Soo, walaupun lamaran yang dibuat Iqram itu agak serius namun Soo akui belum menerima sesiapa jika belum sampai ke Hollywood lagi.
"Setakat ini, kami hanya kawan biasa, tidak lebih dari itu. Saya dan Iqram selalu meluangkan masa bersama. Rumah dia (Iqram) dan rumah saya berdekatan. Dia selalu menemani saya jika ada masa. Terlalu sibuk dengan aktiviti sekarang sehingga saya tidak sempat memikirkan lansung mengenai perihal cinta.

"Saya ada sasaran hidup yang masih belum tercapai. Awal-awal lagi saya sudah berjanji, selagi tidak menjejakkan kaki di Hollywood, saya tidak akan fikir langsung untuk mempunyai hubungan istimewa dengan sesiapa,

"Sedikit pun tidak menjangka dia akan datang. Apabila pengacara majlis beritahu akan ada kejutan dan saya lihat Iqram datang sambil membawa bunga dan cincin, saya sungguh terkejut kerana dia sanggup buat sedemikian.

"Saya sudah beritahu Iqram, saya belum bersedia untuk bercinta selagi tidak sampai ke Hollywood dan dia faham," -Soo. Utusan



@



0 comments:

Post a Comment - Kembali ke Post

Iqram Lamar Soo Wincci Tapi..