Gosip Artis | Artis Malaysia | Gossip Artis Malaysia | Cerita Artis Malaysia | Gambar Artis Malaysia | Malaysia Artist | Artis kontroversi

Dira Abu Zahar Keguguran Anak

Dikhabarkan Dira Abu Zahar ditimpa musibah apabila kandungan anaknya hasil perkahwinan dengan Mohd Hekmi pada November 2011 yang lalu dikatakan doktor telah gugur pada awal November yang lalu.

Memetik portal GUA, kejadian keguguran anak mereka yang berusia 6 minggu itu tidak diketahui oleh mereka sehinggakan membuat pemeriksaan doktor.
“Saya tak sedar saya mengandung memandangkan haid saya datang seperti biasa. Namun pada hari keempat saya rasa pelik kerana keluar satu ketulan darah. Saya tidak pergi berjumpa doktor kerana ketika itu saya berada di Terengganu untuk penggambaran ‘TerengganuKu’ dan saya fikir mahu selesaikan kerja saya terlebih dahulu.

Setelah balik ke Kuala Lumpur, saya pergi ke Klinik Pkar Sakit Puan untuk buat pemeriksaan lanjut dan doktor mengesahkan saya keguguran. Doktor memaklumkan usia kandungan janin saya enam minggu dan memberitahu faktor keguguran mungkin kerana saya aktif dan sibuk bekerja,”

“Apabila dapat tahu saya gugur, saya rasa kecewa sebab kami berdua memang berusaha mahukan anak selepas dua tahun mendirikan rumahtangga. Jika saya masih mengandung, mungkin ia dapat menjadi hadiah buat suami, namun saya keguguran beberapa hari sebelum ulangtahun kelahiran dia,” tutur Dira redha.

“Suami saya memang mahukan anak. Kami redha kerana mungkin tiada rezeki kami kali ini. Suami terima apa yang berlaku, tetapi selepas kejadian tersebut, dia lebih banyak memantau saya agak saya tidak terlalu aktif bekerja. Selepas keguguran, saya terus menjalani penggambaran drama ‘Aku Bukan dia’ dan mungkin lepas habis 26 episod ini, saya akan berehat sekejap,” ujar Dira



@



0 comments:

Post a Comment - Kembali ke Post

Dira Abu Zahar Keguguran Anak