Gosip Artis | Artis Malaysia | Gossip Artis Malaysia | Cerita Artis Malaysia | Gambar Artis Malaysia | Malaysia Artist | Artis kontroversi

8 Tahun Bercinta, Ekin & Yazer Putus!

Dengarnya memetik portal Kosmo! semalam yang hubungan Ekin AF3 dengan penyanyi Yazer telah putus pada bulan Disember lalu dimana setelah 8 tahun bercinta.

Kasihan juga melihat satu hubungan yang lama dibina akhirnya putus tanpa ada ikatan yang sah kan. Apa boleh buat, kita sudah berusaha, mungkin ada pasangan lain yang pasti menunggu kita nanti.
Kosmo!: Kenapa hubungan Ekin dan Yazer boleh putus sedangkan kalian sudah bercinta selama lapan tahun?

EKIN: Ya. Saya bercinta dengan dia selepas keluar Akademi Fantasia pada tahun 2005 lagi. Selama lapan tahun kami bercinta pernah juga putus tetapi sambung kembali. Tetapi kali ini hubungan kami benar-benar sudah putus.

Bila kalian putus cinta dan apa puncanya?

Kami putus awal Disember lalu. Puncanya biarlah kami sahaja yang tahu. Tetapi kami putus secara baik.

Apakah perasaan Ekin bila hubungan dengan Yazer tidak berpanjangan?

Memang sedih sebab kami sudah bercinta selama lapan tahun. Tetapi hendak buat macam mana, jodoh kami sampai setakat ini sahaja.

Apakah perancangan Ekin selepas ini?

Selepas ini saya hanya fokus pada nyanyian. Lebih baik saya solo. Buat masa ini saya tidak fikir ingin bercinta.



@



0 comments:

Post a Comment - Kembali ke Post

8 Tahun Bercinta, Ekin & Yazer Putus!