Gosip Artis | Artis Malaysia | Gossip Artis Malaysia | Cerita Artis Malaysia | Gambar Artis Malaysia | Malaysia Artist | Artis kontroversi

USAH FITNAH MAMAT SEPAH

USAH FITNAH MAMAT SEPAH
USAH FITNAH MAMAT SEPAH. Ini ucapan yang boleh saya lontarkan disini, jangan gosip berunsur fitnah. Mamat adalah bekas kumpulan lawak Sepah tak habis dengan kontroversi. Banyak cerita tak benar di papar dalam media hiburan dan boleh menjejaskan periok nasi Mamat.

Jangan fitnah mamat dengan cerita sensasi. Mamat ada maruah dan perkara kecil dan peribadi jangan  di hebohkan. Kosmo melaporkan mamat amat sedih dengan gosip pada dirinya.

MAMAT: Saya tidak faham macam mana boleh timbul isu mengenai kenduri kahwin itu sedangkan, ia telah setahun berlaku. Majlis itu membabitkan kaum keluarga saya. Kami memang keluarga ‘gila-gila’, benda itu (mencalit kek) tidak menjadi isu pun dan tiada sesiapa yang marah pun.

Bagaimanakah dengan isu nyaris dipukul di Johor Bahru pula?

Demi Allah saya tidak pernah buat perkara itu. Gosip saya naik motosikal Sportbike (di kawasan perniagaan di Johor Bahru) dan ada orang nak pukul memang tidak berlaku. Ia memang mencemarkan maruah saya.

Adakah benar anda memiliki motosikal sportbike seperti yang didakwa?
Memang saya ada sportbike. Satu-satunya pelawak dari Johor Bahru yang ada motosikal itu hanya saya tetapi perkara (gosip) itu tidak pernah berlaku. Kalau saya balik Johor Bahru, saya selalu lepak di Singapura atau tinggal di rumah sahaja.

Anda rasa kenapakah gosip itu boleh timbul?
Saya rasa ada orang yang dengki. Susah saya hendak tutup mulut orang. Saya juga tidak faham kenapa tidak habis-habis orang dengki dengan saya. Disebabkan banyak kontroversi yang melanda, adakah ia menjejaskan karier anda terutama dari segi tawaran berlakon?

Saya mengaku ia mengganggu periuk nasi saya. Ia memang ketara sangat tetapi nak buat macam mana kalau itu bukan rezeki saya, nasib baik filem Sepah The Movie akan ditayangkan tidak lama lagi.

Jadi, apakah yang anda lakukan sekarang untuk tampung perbelanjaan?
Saya ada bisnes kecil-kecilan di Johor Bahru untuk mengekalkan periuk nasi saya. Ini bermakna saya tiada langsung, ada juga tawaran lakonan dan majlis di Singapura.

Apakah tindakan anda sekarang untuk membersihkan nama?

Saya ingin membina kerjaya saya balik selepas banyak isu yang tercalit. Saya akan berusaha lebih keras selepas ini bagi memastikan kerjaya saya lebih menonjol berbanding kontroversi.

Saya harap mamat akan berjaya, Selamat tahun baru Hijrah Mamat


@



0 comments:

Post a Comment - Kembali ke Post

USAH FITNAH MAMAT SEPAH