Gosip Artis | Artis Malaysia | Gossip Artis Malaysia | Cerita Artis Malaysia | Gambar Artis Malaysia | Malaysia Artist | Artis kontroversi

Cerita Wilma jumpa suami kedua

Cerita Wilma jumpa suami kedua
Cerita Wilma jumpa suami kedua. Saya berkenalan dengan suami sewaktu saya bekerja di sebuah syarikat perniagaan emas sebagai Eksekutif Pemasaran. Kami telah diperkenalkan oleh seorang rakan dan setelah beberapa bulan berkawan, akhirnya kami membuat keputusan untuk berkahwin.

Wilma mendirikan rumah tangga pada 16 Jun lalu. Sepanjang tempoh bergelar ibu tunggal dan sebelum mendirikan rumah tangga dengan suami sekarang, adakah anda ada berkawan dengan mana-mana lelaki?

Tidak dinafikan sepanjang tempoh tersebut memang ada beberapa orang lelaki yang cuba mendekati saya, tetapi kebanyakannya merupakan suami orang dan saya belum bersedia mendirikan rumah tangga semula pada waktu itu. Pintu hati saya terbuka untuk kembali berkahwin setelah berkenalan dengan suami dan melihat keikhlasannya untuk memperisterikan saya. Lagipun bekas ibu mentua saya turut berpesan supaya mencari pengganti sekiranya bertemu dengan lelaki yang sesuai.

Setelah lima bulan mendirikan rumah tangga, adakah anda dan suami merancang untuk memperoleh anak lagi?

Perkara ini memang telah dibincangkan dan kami sepakat untuk tidak menambah cahaya mata memandangkan saya sendiri sudah pun memiliki lima orang anak. Bagaimanapun, semuanya bergantung kepada rezeki dan kalau ditakdirkan saya mengandung, kami akan terima dengan hati terbuka.

Kini jadi duta muslimah Ratu

Tiada gosip lagi selepas ini

sumber kosmo



@



0 comments:

Post a Comment - Kembali ke Post

Cerita Wilma jumpa suami kedua