Gosip Artis | Artis Malaysia | Gossip Artis Malaysia | Cerita Artis Malaysia | Gambar Artis Malaysia | Malaysia Artist | Artis kontroversi

Adakah Suara Wanita Tu Aurat

Adakah Suara Wanita Tu Aurat. Kenyataan yang menyatakan bahawa suara wanita adalah aurat adalah satu kenyataan yg bercanggah dengan dalil dan ajaran Islam yang sebenar.. Walaupun mungkin ianya dikeluarkan dengan tujuan untuk menjaga maruah wanita daripada terjadinya perkara2 yg buruk, namun sebenarnya ia lebih bersifat merendah2kan martabat kaum wanita.. Sedangkan suara itu adalah alat berkomunikasi yang penting.. Takkan nak tutup mulut dan gunakan bahasa isyarat, sedangkan wanita itu bukanlah seorang yang bisu?
Bila dikatakan suara wanita itu aurat, maka bercakap sahaja dengan lelaki sudah boleh menjadikannya berdosa.. Padahal itu bukanlah hukum yg sebenarnya.. Kerana berkata2, sama juga melihat2 dan juga mendengar2.. adalah harus.
Oleh itu, hukum suara wanita bukanlah aurat.. Sekalipun jika beliau bercakap dgn lelaki bukan mahram..
Yang dilarang cumalah melunakkan suara dengan tujuan menggoda.. itu bila kita khususnya dalam bab suara.. belum masuk isi percakapan lagi..
Suara lunak dan menggoda ini, memang ada larangan di dalam al-Quran :
Wahai isteri-isteri Nabi, kamu semua bukanlah seperti mana-mana perempuan yang lain kalau kamu tetap bertaqwa. Oleh itu janganlah kamu berkata-kata dengan lembut manja (semasa bercakap dengan lelaki asing) kerana yang demikian boleh menimbulkan keinginan orang yang ada penyakit dalam hatinya (menaruh tujuan buruk kepada kamu), dan sebaliknya berkatalah dengan kata-kata yang baik (sesuai dan sopan).” (al-Ahzab : 32)
Melunakkan suara yg menggoda ini tak sama dengan bercakap lembut.. Menggoda ni ada sedikit unsur mengada2 (gediks) dalam percakapan. Contohnya “Awak dah makan kewww?”.. “Sayeww tak sukeww tawww” dsb.. contoh je..
Berbalik kepada persoalan bolehkah wanita menyanyi? Kerana menyanyi ini termasuk dalam melunakkan suara.. Maka di sini, terdapat 2 pendapat.. ada yang mengharuskan dengan syarat, dan ada yg mengharamkan..
Ustaz Love nak fokuskan pada yg mengharuskan.. iaitu dengan syarat tidak melanggar batas syariat Islam spt adanya tarian atau meminum minuman keras dalam majlis itu.. Selain itu, nyanyian juga hendaklah tidak menaikkan nafsu pendengar.. contohnya mcm lirik lagu dikocok2, ada ahhh ahh dsb.. tariannya pula ada goyang punggung, goyang gergaji, goyang skrudriver dsb..
Lagu yg pasti tiada unsur2 ini sudah tentu lagu2 berunsur ketuhanan.. spt lagu nasyid dan lagu2 yang memuji tuhan..
Pun begitu, dalam kaedah usul ada mengatakan “Keluar daripada khilaf itu lebih terpuji”… maka lebih baik mengambil pendapat yg mengatakan haram.. tapi jangan membangkang mereka2 yg berpegang kepada pendapat yg mengatakan ianya harus.. Ketatkan hukum dalam diri kita, dan bertolak ansurlah dengan orang lain.



@



0 comments:

Post a Comment - Kembali ke Post

Adakah Suara Wanita Tu Aurat